CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sham159

Dr Julai/Dr Zach/Dr Effa: Offering information about Teeth and the prob

[Copy link]
liena911 This user has been deleted
Post time 8-10-2006 06:56 AM | Show all posts

Bolehkah rahang/Gusi senget dibetulkan

Aslmkum..slamat berpuasa. Dr, sy ada masalah ttg gigi sya ni. Puncanya sy baru lepas exident kereta 2 bulan lepas. Bahagian kiri muka (dah mcm jenglot rupa sya), kepala, mata dan rahang cedera. Gigi sy ada yg patah dan pecah. Tulang bawah mata sy telah diganti dengan palet. Sedihnya, saya tidak boleh menganga sperti biasa. Bahagian kiri gusi/rahang sudah terkedalam, seolah gigi kanan sya pula yg terjongket kedepan. Dentist telah ikat gigi atas dan bawah, hasilnya tak mengubah. Ia tetap senget. Mulut terasa ketat di sebelah kiri, gigi atas & bawah berlaga tetapi gigi sebelah kanan mcm tak kesampaian pulak. Gigi atas hadapan juga tidak lagi sama tengah (tak padan dengan bawah). Apakah yg boleh dibuat untuk merawat gigi saya? Senget rasanya. Sy disarankan agar ke dental berhampiran utk rawatan lanjut, namun dentist sarankan sy mencabut gigi. Sekarang sy sentiasa menahan kesakitan dan tak boleh mkn seperti biasa. Sy nak tanya:
Bolehkah rahang sya boleh dibetulkan semula?
Bolehkah kedudukan gigi hadapan atas dirapatkan semula?
Bolehkah bahagian dlam bibir yang melekat dengan gusi (akibat jahitan) sy itu dipotong agar tidak melekat terlalu rapat dengan gigi?
Bolehkah gigi yg pecah ditampal?
Tolong la saya wahai doktor.  Khidmat nasihat amat dihargai.  Terimakasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2006 07:20 AM | Show all posts
Originally posted by aleesa1940 at 4-10-2006 11:09 PM


samalah kita, dentist tu suruh cabut jer.. sebab dia kata lebih bahaya kalau tak cabut.. saya pregnant masa tu tapi dah tak ingat masa minggu ke berapa.. jumpa gynae pun dia suruh jumpa dentist ...




BUkan tak boleh cabut gigi masa pregnant... cuma beberapa faktor perlu dipertimbangkan... misalnya usia kehamilan, tahap kerosakan gigi dan infection, kehamilan ke berapa.. dan beberapa faktor lagi..

Kalau doktor gigi dan doktor gynae aleesa syor untuk dicabut, maka saya rasa mereka dah pertimbangkan faktor2 tersebut la... :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 07:32 AM | Show all posts
Originally posted by liena911 at 8-10-2006 06:56 AM
Aslmkum..slamat berpuasa. Dr, sy ada masalah ttg gigi sya ni. Puncanya sy baru lepas exident kereta 2 bulan lepas. Bahagian kiri muka (dah mcm jenglot rupa sya), kepala, mata dan rahang cedera. Gig ...



Hmm... kemungkinan besar ada tulang rahang liena yang patah semasa accident tu. Apabila satu atau beberapa tulang rahang patah, then 'occlusion' ataupun kedudukan gigi-geligi atas bawah akan turut berubah...sehingga menjadi tidak selari. Biasanya, pada rawatan pertama selepas tulang rahang patah, doktor terbabit akan memasang 'splint' dan mengikat gigi-gigi atas dan bawah kita pada kedudukan yang betul (diikat atas-bawah sampai tak boleh buka mulut)... kemudiannya beliau akan membuat satu pembedahan untuk menyambung tulang yang patah menggunakan pelat.. sehingga, apabila tulang tersebut sembuh, gigi2 akan berada pada posisi yang betul..

Namun dalam kes liena ini, kemungkinan besar telah berlaku pergerakan sehingga posisi gigi2 tersebut dah tak selari..

Saya nasihatkan Liena mendapatkan nasihat dari pakar Oro-Maxillo Facial Surgeon untuk membetulkan kembali kedudukan gigi2 Liena. Beliau akan mempertimbangkan samada gigi2 Liena dapat dibetulkan melalui pembedahan, atau pemasangan braces atau pencabutan..

Mengenai gigi2 yang patah tu, rawatan tampalan atau RCT atau pencabutan boleh dilakukan bergantung pada seberapa besar bahagian yang patah itu...

:nerd:

p/s : Liena baru lagi accident 2 bulan.. so, masih belum terlewat untuk membetulkan keadaan.. so, pegi la jumpa pakar tu ya..

[ Last edited by  zacharygibson at 8-10-2006 07:34 AM ]
Reply

Use magic Report

liena911 This user has been deleted
Post time 8-10-2006 07:35 AM | Show all posts
Aslmkum...Saya baru di sini...sy ada masalah ttg gigi sy ni. Puncanya sy baru lepas exident kereta 2 bulan lepas. Bahagian kiri muka (dah mcm jenglot rupa sya), kepala, mata dan rahang cedera. Gigi sy ada yg patah dan pecah. Tulang bawah mata sy telah diganti dengan palet. Sedihnya, saya tidak boleh menganga sperti biasa. Bahagian kiri gusi/rahang sudah terkedalam, seolah gigi kanan sya pula yg terjongket kedepan. Dentist telah ikat gigi atas dan bawah, hasilnya tak mengubah. Ia tetap senget. Mulut terasa ketat di sebelah kiri, gigi atas & bawah berlaga tetapi gigi sebelah kanan mcm tak kesampaian pulak. Gigi atas hadapan juga tidak lagi sama tengah (tak padan dengan bawah). Apakah yg boleh dibuat untuk merawat gigi saya? Senget rasanya. Sy disarankan agar ke dental berhampiran utk rawatan lanjut, namun dentist sarankan sy mencabut gigi. Sekarang sy sentiasa menahan kesakitan dan tak boleh mkn seperti biasa.
Bolehkah rahang sya dibetulkan semula?
Bolehkah kedudukan gigi hadapan atas dirapatkan semula?
Bolehkah bahagian dlam bibir yang melekat dengan gusi (akibat jahitan) sy itu dipotong agar tidak melekat terlalu rapat dengan gigi?
Bolehkah gigi yg pecah ditampal?
Tolong la saya wahai doktor.  Khidmat nasihat amat dihargai.  Terimakasih
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 07:38 AM | Show all posts
Originally posted by liena911 at 8-10-2006 07:35 AM
Aslmkum...Saya baru di sini...sy ada masalah ttg gigi sy ni. Puncanya sy baru lepas exident kereta 2 bulan lepas. Bahagian kiri muka (dah mcm jenglot rupa sya), kepala, mata dan rahang cedera. Gigi ...


hmm.. liena, saya dah jawab soalan ni dalam thread yang lagi satu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 11:42 PM | Show all posts
hoooo..rae tak tu pun yang takleh buat rawatan gigi masa pregnant.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2006 05:03 PM | Show all posts

Oral & Dental Hygiene

Pertanyaan utk dentist.. dan sesaper jer la yg terer

1. Elok ke guna TONGUE SCRAPER tiap2 hari? Ada efek mengkakis ker pada sel2 deria rasa?

2. Camner plak dgn KUMOR/GAGGLE dgn cecair mengkumor spt OralB hari2? ker ada waktu2 tertentu.

3. FLOSSING pulak... brp kerap yek yg seswai? Mcm menghakis gusi jer...

4. TEETH BLEACHING ... sekali setahun ok ka?

Aku punyala obses nak jaga kesihatan oral sampai buat hari2... kang ilang plak segala deria rasa haku.. :geram:


Maaf.. tlg la delete/merge kalau dah ada... thanks mod. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 08:05 AM | Show all posts

Reply #230 Enaklazat's post

1. Kalau u pakai tongue scraper yang jual di farmasi tu... then nak buat 2 kali sehari pon bagus jugak.. no problem.. tak mudarat pada lidah... tapi, kalau u pakai alat lain buatan sendiri... then jaga2 sikit..

2. Ubat gargle atau mouthwash memang untuk diguna setiap hari.. paling bagus tu, sebelum tido....

3. Kalau u boleh buat flossing setiap hari, bagus la.. product2 floss yang ada di pasaran tak menghakis permukaan gigi..

4. Bleaching setiap tahun ? hmm... terlalu kuning sangat ke gigi u? Rawatan bleaching ni actually ada bahan yang dapat membuat gigi jadi sensitif... so, kena consult dulu... Bukan tak boleh setiap tahun, tapi jangan pakai bahan2 bleaching tanpa consult..

Hmm.. kalau u jaga kesihatan oral mengikut recommendation dan menggunakan alat2 yang sesuai, then takkan ada risiko hilang deria rasa (??) In fact, sepanjang career saya, belum pernah saya terjumpa kes atau terbaca mana2 laporan orang hilang deria rasa pada lidah disebabkan membersihkan gigi/gusi/lidah..

:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2006 05:49 PM | Show all posts
dear dentist...
ada question sket nih. my sis ada diabetes. gigi dpn dia rosak, dah bnyk kali tampal & cabut so rasanya memang kena cabut dah tu. masalahnya i ada baca kalo diabetic people ni kena consult doctor kalo nak buat cabut gigi ke etc. prob is btol ke kalo dia cabut tu susah nak baik? fyi dia punya blood glucose tu average je ngan normal control.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2006 02:17 AM | Show all posts
iklan sensoddyn tuh bukan betulpon..:kant:
Reply

Use magic Report

kleer This user has been deleted
Post time 31-10-2006 01:07 AM | Show all posts

tooth decay, cavities...

Nak tanya kat sesapa yg ada pengalaman pasai tooth decay or cavities pada gigi kanak2.

apa akan berlaku kalau kita biarkan tooth decay ni hingga gigi tu tercabut dgn sendirinya bila umurnya 7-8years nanti? bahaya ka or ada possible infection ka?

ada doctor yg suggest utk buat crowning, agak mahal tapi adakah ni recommendable? selain tu apa lagi kaedah utk merawat tooth decay ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by kleer at 31-10-2006 01:07 AM
Nak tanya kat sesapa yg ada pengalaman pasai tooth decay or cavities pada gigi kanak2.

apa akan berlaku kalau kita biarkan tooth decay ni hingga gigi tu tercabut dgn sendirinya bila umurnya 7-8 ...


//seelok-eloknya, decay tu kita rawat.. jumpa dentist, nanti dia tampal @ rawatan yg sesuai dgn keadaan gigi tu.

// seelok-eloknya jugak, gigi tu kita jangan cabut.tunggu sampai dia tercabut sendiri bila umur 7-8 tahun tu.. kalo gigi tu tercabut dulu, nanti ada ruang kosong kan? ruangan kosong tu akan dipenuhi dengan gigi yang disebelahnya (tertolak @ tersesar). ini akan menyebabkan, gigi kekal yang sepatutnya tumbuh tu xde ruang untuk tumbuh di tempat yang sepatutnya, lalu tumbuh le kat tempat lain.. tu yang ada kes gigi terkedepan, terkebelakang, terabur, tak tumbuh pun ada kalo dah takde space langsung!~

// crown tu untuk sementara je.. asalkan gigi tu boleh berfungsi, sementara nak tunggu gigi susu tu tercabut dan gigi kekal tumbuh.. nak buat free? sila PM saya!~ (",)

// boleh refer sini jugak : GIGI

[ Last edited by  effa at 31-10-2006 06:46 PM ]
Reply

Use magic Report

kleer This user has been deleted
Post time 31-10-2006 10:39 PM | Show all posts
Originally posted by effa at 31-10-2006 06:37 PM


//seelok-eloknya, decay tu kita rawat.. jumpa dentist, nanti dia tampal @ rawatan yg sesuai dgn keadaan gigi tu.

// seelok-eloknya jugak, gigi tu kita jangan cabut.tunggu sampai dia tercabu ...



nak tanya lagi.. kalau dibiarkan gigi yg decay tu sehingga umur 7-8 tahun apa effectnya? la ni anak saya baru 4 yrs old. doktor sini cakap bole jadi infection pada muka dan seterusnya ke otak sbb tu dia suruh buat crowning. tapi tu la mahal sgt. bole jadi infection sampai mcm tu skali ka?

seingat saya kat msia tak pernah dgr budak2 buat crowning utk gigi susu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 03:16 PM | Show all posts
gigi nenek sekarang ni akan berdarah tiba2...
nape ek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 06:22 PM | Show all posts
// betul.. memang kalo decay tu dibiarkan dan tidak diberikan rawatan, boleh menyebabkan infection yang seterusnya akan merebak hingga ke otak..

// uisshhhh.. ramai je kat tempat saya (malaysia) patient kanak2 buat crown.. buat crown ni biasanya kita suggest kat kanak2 yang gigi decay, tapi belum lagi sampai masanya untuk gigi kekal tu tumbuh. crown dia xde la complicated mcm untuk patient dewasa..

[ Last edited by  effa at 3-11-2006 06:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 07:58 AM | Show all posts
Originally posted by idin at 27-7-2006 10:46 AM
sebenarnya gigi tu mungkin diakibatkan cara kita mengosok gigi cara yang tidak betul menyebabkan gusi pada pengkal gigi menjadi luka dan seterusnya menyebabkan gusi menjadi kecut. Oleh itu dentist  ...



gigi sensitip bukan ke gigi yang tak tahan sejuk?like minum air yg terlampau sejuk atau menggigit aiskrim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2006 09:27 PM | Show all posts
gunalah ubat gigi herba ...khasiat daun mambu dan bunga cengkih...utk elak gigi,gusi berdarah dan sensitif.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 02:59 PM | Show all posts
Boleh cadangkan dentist yg bagus tak kat area Petaling Jaya ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 10:39 PM | Show all posts

Gigi Bungsu

Sesiapa tau pasal gigi bungsu yg menyakit ini bila ianya tumbuh di hujung rahang bawah and tak selari lak tu...sakit wooo..nak cabut dgr2 my fren ckp sakit giler...kena buat minor operation plak tu..aduhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 09:55 PM | Show all posts
gigi bongsu ni kalau rahang tak muat..mmg tak betul pertumbuhannya...my geraham bongsu..dua-dua dah goodbye.. tumbuh tak sempurna..dan jadik rosak. Mmg buat mimor operation... ok la. sakit cabut mmg sakit, kejap jer... tapi sakit masa gigi tu sakit lagi sakit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.067902 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list