|
Ramadhan ini ( i.e. kueh mueh, makanan, program, bazar, zakat fitrah etc)
[Copy link]
|
|
Esok petang ingat nak terus balik kampung
mak dah call remind |
|
|
|
|
|
|
|
hubby dah balik
petang nak balik kampung, kalu sempat berbuka di sana
tak sabarnya |
|
|
|
|
|
|
|
dah selamat berhari raya dah
|
|
|
|
|
|
|
|
tak lamo laie dah nak poso
amacam semuo?
puaso dah ganti?
baju dah tompah?
kueh rayo?
order je lah tu |
|
|
|
|
|
|
|
ღ den dah TERdengar lagu raya mgu lopeh
buleh lak tersolit 1 lagu rayo kek dlm mp3 den...layan je ar |
|
|
|
|
|
|
|
ღ hak3...kastemer dtg...citer punya citer dia kata dia tgk bikin kuit tart tuk jual tuk rayo.....
den order 1 balang, tuk ngunyah2 |
|
|
|
|
|
|
|
aamoi
order lobih sikit
hantar ke opih ahkak nanti |
|
|
|
|
|
|
|
ღ allo...ekekeke...den tongah nunggu nie...mano ntah tak sampai2 laie... tolan air liur yo lah dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Berikut jumlah bayaran zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan dan Wilayah):
Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - RM7
Terengganu - RM5, RM7 dan RM8
Johor - RM5 dan RM7.50
Sabah - RM6.60
Negeri Sembilan - RM6.50
Melaka - RM6.30
Sarawak dan Perlis - RM6
- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam ramadhan semua
baru sampai rumah. dua hari aku kek pilah berbuka dgn mak. meriah sungguh semua adik adik aku pun balik. rumah nenek saudara kek sobolah pun meriah anak anak ramai yang balik utk berbuka bersama.
poi ke pasar ramadhan kek pokan pilah. tak byk gerai yang ada. pas tu keadaan sosak sungguh sebab ruang yg tersedia sempit bonar. aku beli murtabak azam, puas hati sedap rasa eh harga RM3.00 sekeping. kuih muih yang lain hampeh tak sodap.
besok aku ingat nak meronda kat stadium paroi lak..........nak jenguk kalau ada yg pekonan di hati. kuih favourite kelopong dan badak berendam. |
|
|
|
|
|
|
|
Bazar Ramadan @ Senawang
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9(@utusan.com.my
Bazar Ramadan @ Dataran Senawang menawarkan pelbagai jenis barangan untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri. - UTUSAN/Abd Razak Aid
suasana di bazar Ramadan di Dataran Senawang yang dibuka dari jam 3 petang hingga 3 pagi.
SEREMBAN 31 Ogos - Secara lazimnya setiap kali ketibaan bulan puasa, orang ramai di negeri ini pasti tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke bazar Ramadan di Dataran Senawang di sini.
Pelbagai jenis barang dijual di bazar itu sempena menyambut Syawal.
Lebih menarik, sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai itu secara tidak langsung menyaksikan bazar berkenaan mampu berkembang besar dari semasa ke semasa.
Pada saat awal pembukaan Bazar Ramadan @ Dataran Senawang sejak lapan tahun lalu, bazar tersebut hanya mempunyai lapan gerai yang dikongsi oleh beberapa peniaga yang mana kini sudah bertambah sehingga menjadi 132 tapak jualan.
Maka tidak hairanlah, jika orang ramai dilihat tidak henti-henti berkunjung ke bazar berkenaan yang dibuka seawal pukul 3 petang sehingga pukul 3 pagi itu bagi mendapatkan pelbagai jenis barang semurah RM1 sehingga yang berharga ribuan ringgit.
Berkonsepkan tidak menumpu kepada penjualan juadah berbuka puasa semata-mata, ia turut memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli pelbagai jenis barang.
Antaranya termasuk pakaian seperti baju Melayu, baju kurung selain kelengkapan rumah, kuih raya sehingga ada peniaga yang menawarkan perkhidmatan pakej persiapan perkahwinan.
Penyelaras bazar itu, Lokman Atan, 39, berkata, bazar tersebut menjadi tumpuan penduduk negeri ini terutamanya di sekitar bandar Seremban sejak lima tahun lalu walaupun telah dimulakan sejak 2001.
''Saya rasa kerana faktor lokasinya yang strategik, luas, selesa selain pengunjung pasti tidak akan menghadapai masalah untuk mencari ruang atau tempat letak kenderaan di sini.
''Selain itu, bazar ini juga tidak seperti bazar yang hanya menjual makanan yang dibuka pada sebelah petang sahaja, malah dibuka sehingga pukul 3 pagi," jelasnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, seperti tahun-tahun lalu, bazar tersebut akan dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan sehingga ke malam Hari Raya Aidilfitri.
''Antara faktor lain yang menarik peminat pengunjung adalah ia memberi peluang kepada golongan yang bekerja untuk membeli-belah pada waktu malam pada bulan puasa," katanya.
Bagaimanapun, Lokman memberitahu, pengunjung didapati lebih ramai bilangannya pada hujung minggu bermula dari hari Jumaat sehingga Ahad berbanding hari-hari lain.
Beliau seterusnya berkata, sambutan orang ramai terhadap bazar tersebut dapat membantu para peniaga kecil Melayu untuk menambah pendapatan mereka menjelang bulan Ramadan. |
|
|
|
|
|
|
|
PASAR RAMADHAN @ DATARAN SENAWANG
kat dalam surat khabar tadi ada kuar pasal pasar ramadhan @ dataran senawang.....ada sesapa yang dah p survey2 kat sana...
waktu operasi 3pm-3am.....citer arr sapa2 ynag dah pg sana....klu best boleh poghi selalu....skarang usha dari jauh jer dulu....hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
aritu ada g kt area depan kedai satay hj samuri tu,tp masa tu awal lg so xbyk kedai yg bukak..tp kalau kt sebelah mcd tu nmpk byk kedai tp semuanya xbukak lg time tu..kalau kt area ampangan dh g mlm merdeka aritu..mmg happening dgn jualan..tp brg yg dijual kebanyakkannya sama jek cuma rega je berbeza skit..tp meriah ler..nextweek nk try g bazar kt senawang lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
bazaar ramadhan kek paroi mmg mcm gilo.
dari mobil bawah stadium tu dah ponoh keto...jem, tak buleh naik paroi.
kono lajak sikit masuk paroi ikut blkg...lalu kek kg belacan |
|
|
|
|
|
|
|
2# elok12
skang napak dari jauh dah byak yang bukak kedai2 kat depan kedai satay tueh....tunggu masa nak ronda2 jer kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
dah ronda kek bazar ramadan ampangan dan juga senawang. bazar ramadhan ini akan mula meriah bila hari raya dah nak hampir. barang yang dijual lebih kurang sama tiap tahun. yang perlu di perhatikan ialah kualiti barangan dan harga yang berpatutan. yang menarik perhatian adikbun alas meja sulam kat bazar ampangan tapi harga rasanya mahal sikit nak kena tawar habis habisan baru boleh beli. |
|
|
|
|
|
|
|
salam ramadan semua
nak bagi info sikit, tiap tahun aku pasti tak miss beli beberapa juadah berbuka puasa kat beberapa tempat ni, pada selera aku sedaplah juadah dan minuman ni so kalau ada masa nanti bolehlah gi survey.
laicikang kat pasar ramadan stadium paroi jaya area belakang dekat dgn gerai mps pekedai namanya cik syed harga RM2.50.
kueh udang canpur/popia basah atau popia goreng. abang ni pernah keluar surat khabar popiah kuala kangsar masih kat stadium paroi jaya area belakang dekat dgn gerai mps. selalunya mesti kena beratur.
kueh teow ajaib. bersebelahan dgn gerai popiah ni masih kat stadium paroi jaya.
murtabak. kat dlm pasar taman dato harun jln klang lama. yang ni kena datang awal selalunya jam 6 dah habis. sold out.
mee rebus. kat dalam pasar taman dato harun jln klang lama.
ayam golek kat jalan 12 taman dato harun.
abc kat kedai R & K satay kat taman tasik jaya, seremban.
ok lah selamat mencuba dan menjamu selera semua. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
walaupun den ni duk kek senawang, sekali pun bolum menjongah bazaar ramadhan sebolah McD tu..
padat mampat sesak..
tak larat den dibueknyo la.. |
|
|
|
|
|
|
|
From Berita Harian..
Rasanya peniaga2 di negeri2 lain pun tak menjuntikkan diri mereka.. Mara bahaya...
Peniaga perlu ambil ubat elak jangkitan kuman
SEREMBAN: Mengejutkan apabila hampir sepertiga pengendali makanan di lapan bazar Ramadan sekitar bandar ini yang diperiksa dalam Operasi Pemeriksaan Gerai Ramadan petang kelmarin, didapati tidak mempunyai suntikan antitifoid.
Operasi Jabatan Kesihatan negeri mendapati seramai 216 daripada 601 pengendali makanan tidak mendapat suntikan itu.
Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata suntikan itu penting untuk mengelakkan penularan kes tifoid yang biasanya mudah merebak jika pengendali makan tidak menjaga kebersihan, terutama jika memasuki tandas yang kotor.
Katanya, pengendali makan yang tidak membasuh tangan dan tidak mempunyai suntikan tifoid akan menyebabkan kuman tifoid mudah merebak kepada orang lain.
"Kes tifoid di negeri ini hanya ada satu atau dua kes dan kita tidak mahu akibat sikap pengendali makanan yang bersikap acuh tidak acuh terhadap kebersihan akan menyebabkan kes tifoid kembali merebak di negeri ini.
Semua pengendali makanan yang masih tiada suntikan antitifoid diarahkan untuk mendapat suntikan itu dengan segera," katanya.
Dr Zainal Ariffin berkata, operasi yang disertai 58 anggota Jabatan Kesihatan dan dibantu 10 anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS) memberi tumpuan terhadap aspek kebersihan dan keselamatan makanan.
Selain itu, katanya, terdapat masalah lain yang ditemui, iaitu masih terdapat pengendali makanan tidak memakai apron, tidak memakai penutup kepala, memakai barang kemas dan memakai selipar.
Katanya, pengendali makanan mungkin memandang remeh aspek berkenaan, tetapi Jabatan Kesihatan melihat perkara itu amat penting untuk memastikan keselamatan makanan terjamin, terutama apabila dijual untuk orang ramai.
"Saya juga menasihat mereka supaya apabila dinasihat, tidak mengulangi lagi perbuatan terbabit," katanya.
Beliau berkata, penganjur bazar Ramadan juga didapati tidak membekalkan tong sampah untuk kegunaan peniaga menyebabkan peniaga membuang sampah secara tidak teratur yang menyebabkan masalah lipas, lalat dan tikus.
Bagaimanapun, katanya, operasi itu bukan semata-mata mencari kesalahan peniaga dan pengendali makanan, tetapi pada masa sama, kakitangan Jabatan Kesihatan mengedarkan 3,000 risalah kebersihan makanan dan Influenza A (H1N1) kepada pengendali makanan dan orang ramai. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|