CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JulietTheOrange

Ditutup Pintu Jodoh

 Close [Copy link]
Post time 13-11-2011 10:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by eyansss at 13-11-2011 22:27

lupa plak nak tinggalkan nasihat yang pernah ditinggalkan pada aku oleh seseorang dan diulang nasihat oleh Dr Fadzilah Kamsah...

belajar memaafkan orang setiap hari...  mostly sebelum tido...  maafkan semua tanpa pengecualian...  sebab dugaan banyak ni kerna hati kita berat...

aku praktikkan menda memaafkan ni bukan sebab nak jodoh...  masa tu kawan aku nasihatkan aku sebab aku selalu je dirundung malang (mostly tang boipren nie sume la)...  rezeki career mencanak2 naik tapi tang jodoh berat jek...  pastu ngan family hambar jek...

memula aku cakap la tang mana lak aku tak maafkan orang...  aku ni mudah memaafkan...  dia soh aku ingat n check balik...  renung balik...  then baru aku perasan...  aku terlalu berjauh hati dengan mak ayah aku, adek bradek aku n keluarga ayah aku...  maaf sekadar dimulut la kiranya...

dan aku belajar memaafkan mereka...  setulus hati...  seikhlas hati...  masa tu, hati aku sangat tenang...  rezeki aku sedia ada dah cukup, alhamdulillah... tapi pas aku memaafkan, tak berhenti2 rezeki yang aku dapat...  masa tu aku bertambah bahagia...  hubungan keluarga semakin pulih, rezeki plak semakin bertambah...

tetiba, awal tahun ni aku ditemukan jodoh...  masa tu aku rasa bahagia...  aku tersenyum...  terpikir gak, mungkin Allah dah dengar kata2 aku...

sampai la Dr Fadzilah Kamsah bercerita ngan aku tentang kuasa memaafkan...  aku terdiam...  aku tergamam...  bila aku story mory balik ngan dia, dia kata apa yang aku dapat bebaru ni sebab kuasa memaafkan...

selama ni Allah dengar apa yang kita pinta...  cuma Allah mahu kita bersihkan hati kita dari segala perkara dan dendam semoga kita lebih menghayati dan menghargai kurnia yang Dia nak bagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 257# sofiera


    tq ye sbb bg semangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 257# sofiera


    tq ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 256# alinapple


    tq
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 10:46 AM | Show all posts
percaya x kdg2 tu aku ckp sorang2 mcm dia ade depan mata utk aku luahkan perasaan aku. jgn takut, aku masih ingat ALLAH SWT.. waras lg cuma ada masanye nak berbual jugak. sblum tido, aku ambik gambar dia aku citer mcm2- pasal kerjalah, anak2 akulah atau ape aje janji dpt luahkan kan. org kata aku giler tp aku x.. alhamdulilah aku ok lagi. ada masa aku sms tp draft lah konon2 mcm send kat dia tp idak pun..
muka boleh senyum gelak ketawa tp dlm hati hanya ALLAH SWT yg tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 11:58 AM | Show all posts
dlm hati Allah SWT je yg tau..
sian akak.xpela akak slowly kak..try move on yea..channel kan sume kekusutan tu pg tpt lain..tgk muke anak2 insyaallah sejuk hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2011 12:06 PM | Show all posts
selalu mohon pada ALLAH SWT sampaikan salam pada dia.. arap2 sampailah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 01:58 PM | Show all posts
Assalamualaikum..
Kat sini aku nk share kejadian yg berlaku kat diri aku sendiri...
Kot2 ade yg sa ...
JulietTheOrange Post at 14-2-2008 10:30


Salam...perkara-perkara yg dikategorikan paranormal ni pada mulanya aku tak berapa ambik pot sangat. Konon-kononnya dengan berpegang kepada prinsip aku tak kacau ko, buat apa ko nak kacau aku. Tapi setelah terjadi perkara mistik (penyakit misteri) pada diri sendiri barulah aku ambik series dan berminat dengan hal-hal mistik ini.

Berbalik kepada tajuk TT 'ditutup pintu jodoh'..Sekadar berkongsi...September 2011 yang lalu, aku berkesempatan membawa seorang kawan perempuan bernama Yuna (bukan penyanyi) untuk berubat di salah satu negeri di Semenanjung. Masalah dialami oleh Yuna lebih kurang macam masalah yang dialami oleh TT. Kebanyakan lelaki datang dan pergi dalam hidup die...Ada lelaki yang dia sendiri putuskan hubungan walhal sudah berstatus dan punya pakej tanpa sebab konkrit, ada yang dah merisik, pun putus akhirnya walaupun kedua-dua keluarga sudah bersetuju...Itulah antara masalahnya, bila ada pasangan, putus akhirnya...Bila tiada pasangan, stress (aku agak je stress ni, sebab slalu tensen je takde orang nak kat dia).....

Sebelum berubat Yuna telah diberitahu akan apa yang perlu dibawa beliau...Antaranya, peralatan kosmetik yang diguna seharian (perfume etc....) dan peralatan2 lain seperti limau, 3 jenis bunga, dan sedikit barang makanan...Tiada keris, tiada kemenyan, tiada asap2, tiada tengkorak seperti selalu kita tengok dalam drama TV3...

Malam pertama, telah diberitahu kepada yang hadir bersama Yuna bahawa kawan baik Yuna (Perempuan) lah yang telah mensihirkan beliau. Menurut perawat, kawan Yuna mahukan Yuna ini menderita selama-lamanya tanpa jodoh. Dan Yuna disihir melalui makanan. Bahaya jugak kalau duduk serumah dengan kawan yang semacam ini...Yuna sendiri pun taknak mempercayai kawannya punya angkara. Pada malam itu, Yuna pulang dengan bahan2 tersebut dan mandi limau+bunga sebelum tidur.

Malam kedua, Yuna berubat dengan menggunakan bahan yang sama. Yuna menceritakan mimpinya kepada perawat bahawa YUna telah bertemu kawan baiknya semasa dalam mimpi. Antara perbualan yang diceritakan oleh Yuna: Sampai ati ko buat aku macam ni.....Walaupun telah bermimpi sedemikian, Yuna tetap tak mau percaya yang kawannya mensihirkan beliau.

Malam ketiga, bahan yang sama juga digunakan dan ditambah dengan bahan makanan dan kosmetik Yuna. Kesemua ini dijampi oleh perawat. Tiada apa yang pelik cuma pesanan perawat, Kosmetik ini jangan diguna untuk tujuan yang tidak baik atau dengan kata lain saja nak test power. Iman kena tetap...

Sehari selepas berubat aku dengar cerita Yuna telah pun dating dengan seorang lelaki. Harap-harap kahwin la Yuna tu nanti. Wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2011 04:24 PM | Show all posts
soal jodoh tu ketentuan Allah. tk baik tulieh kata pintu jodoh ditutup. kena tutup betul2 baru tau. umo 60 baru terbukak pintu jodoh tu. kot ye kalau hidup umo 60 tu. pastu tok nak tanya, solat lima waktu penuh tak? pernah tak rasa diri tu kotor dengan dosa? pernah buat taubat? lidah tu pernah jaga dari duk ngutuk orang sanaa sini? hati tu dah terjaga dengan baik ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 04:37 PM | Show all posts
Reply 261# eyansss


    mungkin betul cakap kau.. aku mesti ikhlas memaafkan org.. sbb aku nie byk berkecil ati dgn org terdekat dlm idup aku.
bukan x cuba tapi biler hati dah terluka susah nk sembuh. kau bayangkanlah kalau kau mintak bulan bintang malah matahari pun aku sanggup bagi malah doa pun aku sudi janji insan2 kesayangan aku bahagia tp biler aku mintak doakan utk jodoh aku, kenape aku dihina sebegitu sekali. apa dosa aku.
sejak hari tu aku berkecil ati dgn semua insan terdekat dalam keluarga aku.

kalau x suka, ckp elok2, Insya Allah aku x marah tp depan aku lain belakang aku ckp lain. x cukup tu heboh sana sini. aku pun ada maruah apatah lagi ank2 aku pun dah besar. sedikit sebanyak tempias pun kena diaorg jugak. Mana aku nak letak maruah aku mcm nie.

aku jadi manusia pendendam tp syukur aku x balas cuma aku mohon pada ALLAH SWT aje. Hingga kini setiap mlm biler tang solat tu aku selalu menangis.

org tgk aku gelak gembira tp dlm hati aku ini, ALLAH SWT aje yg tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 04:42 PM | Show all posts
Reply  eyansss


    mungkin betul cakap kau.. aku mesti ikhlas memaafkan org.. sbb aku nie byk  ...
mamaida28 Post at 14-11-2011 16:37


aku paham...  been there done that...  cuma kisah berbeza tapi tetap intipati yang sama...  kecil hati dan terasa...  honestly, memang susah memula nak buat...  aku pun amek masa 28 thn memendam perasaan...  dah ujung 28 thn pas dengo nasihat kawan aku, baru la aku cuba melapangkan perasaan aku...  dah nak dekat 2 thn pastu baru la aku berjaya melapangkan sehabis2 perasaan tu...

at least ko ada rasa mau mencuba ...  alhamdulillah...  dari ko tros tolak n masih nak memendam...  tu yang payah...


aku doakan semoga ko berjaya ...  aku doakan moga ko dapat jodoh yang terbaik untuk ko dan ko adalah jodoh yang terbaik untuk dia...  insya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 05:27 PM | Show all posts
thread closed. Permintaan ditunaikan.


harap maklum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.082499 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list