|
pokok sireh yang disemai guna keratan batang aritu... dah berpindah ke pasu. Nanti ada jgk pokoknya nak tanam kat tanah...
anak pokok daun selasih yg ditanam semula kat dalam pasu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya ada tanam pokok herba
1.kaduk
2.bangun2
3.sirih
4.jarum 7 bilah
5.apple atau lemon mint
6.pengaga
7.cekur hijau (makan)
8.cekur batik
9.bebuas
10.lengkuas
11.serai wangi
12.temu lawak
13.mulberi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak join..
dah tanam pokok..
1. kunyit
2. halia
3. 7 duri
4. serai
5. ulam raja
6. pegaga
nak tanam apa lagi ekk..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #130 shiina's post
TONGKAT ALI XDE KER??
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #139 tag's post
tanam ler pokok mengkudu..
mcm2 kegunaannye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #142 har123's post
pokok mengkudu tue pokok nya boleh membesar tinggi kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #143 sofiera's post
ya sofiera...kalau dah lama-lama nanti dia akan jadi besar dan tinggi... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #144 har123\ catat
jadie dkt umah double storey x leh tanam kan...intermediate lagie... . |
|
|
|
|
|
|
|
Stevia Rebaudiana : Tanaman herba pengganti gula
Timur: Tanaman herba pengganti gula
Oleh Wan Masarah W Embong
[email protected]
BACHOK:Bahan pemanis sememangnya penting dalam penyediaan makanan dan minuman,apatah lagi di kalangan masyarakat Kelantan yang terkenal gemarkan juadah manis dalam diet harian.
Namun, manis berlebihan khususnya pengambilan gula dari tebu boleh mengundang padah kepada kesihatan diri kerana boleh menjadi punca kencing manis.
Menyedari kepentingan bahan pemanis yang tidak memudaratkan kesihatan, dua sahabat dari Kampung Gelung Badak, Nazli Idris, 35, dan Abdul Mutalib, 39, sepakat mengusahakan tanaman herba renek, Stevia Rebaudiana yang juga dikenali sebagai pokok gula, sejak tiga tahun lalu.
Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887.
Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori,lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa.
Nazli berkata, ketika memulakan usaha pada 2007, mereka hanya bermula dengan kebun seluas 0.2 hektar untuk menanam tumbuhan herba itu sebelum memperluaskannya kepada 1.2 hektar ekoran permintaan tinggi terhadap hasil herba itu.
"Tanaman herba ini ditanam menggunakan keratan batang yang disemai pada kotak semaian yang menggunakan sabut dan serat akar kayu yang diimport dari Belanda dan Norway, sehingga mencapai ketinggian 12cm yang mengambil masa kira-kira 45 hari, sebelum dipindahkan ke atas tanah.
"Tumbuhan herba ini boleh mula dituai pucuk dan daunnya selepas usia tiga bulan dan mampu bertahan selama tiga tahun tetapi tumbesarannya akan terhenti apabila ia mula mengeluarkan bunga.
"Setakat ini, tumbuhan ini tidak berdepan sebarang masalah tumbesaran. Walaupun ia boleh menjadi pemanis tetapi serangga perosak tidak mengganggunya, kecuali herba ini tidak boleh terdedah kepada hujan," katanya ketika ditemui.
Nazli berkata, daun Stevia Rebaudiana yang dituai akan dikeringkan dengan dijemur selama dua hari atau selama kira-kira 30 minit dengan menggunakan alat pengeringan haba.
"Namun, untuk menghasilkan ekstrak Stevia Rebaudiana dalam bentuk serbuk, kami menghantar daun yang dituai ini ke sebuah kilang memprosesnya di Pulau Pinang.
"Ketika ini, ekstrak stevia yang boleh digunakan sebagai pengganti gula dalam makanan, minuman dan perubatan ini dijual pada harga RM15 sebotol, manakala daun stevia kering yang boleh dijadikan teh atau pemanis dalam masakan harian dijual pada harga RM40 sekilogram," katanya.
Tanpa menyatakan jumlah pengeluarannya setakat ini, Nazli berkata, permintaan terhadap pemanis daripada Sevia Rebaudiana itu menyaksikan hasil keluaran mereka kini dipasarkan di seluruh negara.
Malah, menerusi syarikat, Kelbio Industries (Kelbio), yang diusahakan dua sahabat itu kini dalam perancangan menghasilkan ekstrak dalam bentuk cecair ini bagi membantu pesakit kencing manis menambah kadar insulin dalam badan.
[ Last edited by Syd at 10-6-2009 13:29 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
sy pernah beli pokok nie RM10.00..tak menjadie susah nak jagalah...mati ler ...memang tak di nafikan manis.... |
|
|
|
|
|
|
|
ohh...
sawi tahu sgt pokok ni...
masa tu sawi pernah pergi MARDI kluang..
diorang suruh try rasa daub dia..
kunyah macam tu je...
seriously, rasa manis..sweet jer..
memang sawi tak sangka..
wah, indah betul kejadian Tuhan kan?
tu lah nanti kalu tebu dah takde boleh ganti kan?
sawi nak tanam depan rumah lah..nanti senang lah sawi
tak payah susah2 bli gula kat kedai
harga pun tak menentu, kejap naik, tak tau nak turun2
bagusnya pokok ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 sawi_bayam's post
tu laa
ingat nak p nursery
nak p tanya
ada jual tak
tingin plak rasanya nak tanam kat umah
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Syd's post
Tanam daripada bahagian apa pokok ni?...nak sangat tanam kalau dapat benihnya... ... |
|
|
|
|
|
|
|
ada nama lain tak.....kang pegi tanya tokey tu tak tau lak......
nak sebut pun dah berbelit lidah...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 cdini's post
Cuba tanya pokok gula...maybe diaorang tau... ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|