|
Edited by tatatititutu at 11-11-2016 04:14 PM
Selamanya JDT...
|
|
|
|
|
|
|
|
JDT KELAB TUNGGAL DARI MALAYSIA MEMILIKI STATUS AFC LICENSED CLUB 2017
AFC baru sahaja mengeluarkan senarai nama pasukan kelab yang telah diiktiraf dalam kategori ‘ AFC MA Licensed Club 2017’.
Jika dilihat dari bahagian ASEAN, sebanyak 5 negara telah mempunyai AFC MA Licensed Club seperti:
Thailand : 18 buah kelab
Vietnam : 3 buah kelab
Singapura : 6 buah kelab
Myanmar : 3 buah kelab
Malaysia : 1 buah kelab – JDT.
Apakah impak kepada pasukan yang tidak berada dalam kategori ‘AFC Licensed Club’?
Pasukan kelab tidak akan dapat bertanding dalam kejohanan berprestij peringkat Asia: AFC Champions League. Global FC sebagai contoh.
Walaupun mereka layak mendapat tempat dalam pusingan kelayakan Play Off 1, namun oleh kerana salah satu syarat AFC Champions League adalah kelab perlu memiliki status ‘ AFC Licensed Club’, maka Global FC tidak dibenarkan beraksi walaupun layak.
Perkara sama juga terjadi kepada kelab bola sepak dari Indonesia.
- JST -
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!
Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!
Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
PERLAWANAN KELAYAKAN LIGA JUARA-JUARA ASIA | BANGKOK UNITED VS JOHOR DARUL TA'ZIM
Untuk perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pusingan kedua musim 2017, Johor Darul Ta'zim akan menentang Bangkok United di Stadium Thammasat, Bangkok, Thailand pada 31hb Januari ini . Berikan sokongan anda agar kejayaan menjadi milik Harimau Selatan dan berjaya melangkah ke perlawanan berikutnya. Luaskan Kuasamu Johor.
|
|
|
|
|
|
|
|
KEPUTUSAN UNDIAN RASMI PIALA AFC 2017 - KUMPULAN F
Berikut adalah keputusan undian rasmi yang telah berlangsung sebentar tadi untuk Kumpulan F Piala AFC 2017.
Johor Darul Ta'zim (atau diganti oleh pasukan Kedah sekiranya JDT berjaya ke peringkat ACL) akan bersama pasukan dari Myanmar, Filipina dan Laos/Cambodia untuk saingan peringkat kumpulan Piala AFC 2017. Luaskan Kuasamu Johor.
|
|
|
|
|
|
|
|
KELAB BOLASEPAK JDT DAN BURIRAM UNITED SEDANG BERKEMBANG DENGAN BAIK DI DALAM DAN DI LUAR PADANG
Populariti dan kepentingan jenama JDT di pentas global semakin meningkat apabila hari ini Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards dijemput menghadiri mesyuarat dan sidang akhbar di Thailand atas undangan Pengerusi Buriram United FC, Encik Newin Chidchob.
"Saya berada di Bangkok pada masa ini untuk bermesyuarat bersama Pengerusi Buriram FC dan pengurusan kanan bagi berkongsi matlamat yang sama dengan JDT, kami pada masa ini sedang membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan lagi tahap kelab bola sepak di Asia Tenggara supaya kelab-kelab kami yang penuh dengan keinginan dan visi ini mampu bersaing secara teratur dalam saingan Piala AFC dan ACL"
"Kami akan mengharungi perlawanan persahabatan pada 14hb Januari 2017 di Buriram sebagai langkah pertama dalam mewujudkan hubungan yang lebih luas bagi membawa kepakaran dan pengalaman untuk kedua-dua kelab"
"Tahap profesionalisme di sini berada di kelas tertinggi, Encik Chidchob adalah seorang yang begitu bersemangat dan penuh pengetahuan mengenai bola sepak, cara Pengerusi dan suasana persekitaran di sini hampir sama dengan kami di JDT, oleh itu adalah mudah untuk melihat mengapa JDT dan Buriram United berkembang dengan baik di dalam dan di luar padang"
Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!
Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit
cepatlah sertai kami!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
JDT, Buriram United jalin kerjasama bangunkan bola sepak
Oleh Rizar Mohd Noor
[email protected]
Jumaat, 6 Januari 2017 @ 7:07 PM
JOHOR BAHRU: Aksi persahabatan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Buriram United FC pada 14 Januari ini dilihat sebagai serampang dua mata tatkala kedua-dua kelab berkenaan bakal menjalin kerjasama dalam pembangunan bola sepak.
Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, berkata jemputan Buriram United untuk mengadakan perlawanan persahabatan dan perbincangan mengenai kerjasama sememangnya membuktikan betapa kelab dari Thailand itu menghargai usaha JDT membangunkan bola sepak di Malaysia.
Katanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijemput oleh Presiden Buriram United FC, Newin Chidchob dan akan ada perbincangan kedua-dua pihak membabitkan JDT dan kelab dari Thailand itu.
"Kita sudah mengadakan kerjasama dengan kelab di Eropah iaitu Borussia Dortmund dan kelab Liga Jepun 1 (Liga J1) Consadole Sapporo dan kini akan ada kerjasama pula bersama Buriram United.
"JDT adalah kelab pertama di negara ini mengadakan kerjasama dengan beberapa kelab ternama dan saya lihat semuanya hasil kesungguhan Tunku Ismail yang begitu serius mahu memajukan bola sepak di Johor.
"Buriram United adalah kelab yang terbaik di Asia Tenggara malah projek pembangunan dan modul perancangan seakan-akan seperti JDT dan ia langkah tepat untuk bekerjasama dengan kelab berkenaan," kata Edwards ketika ditemui BH Sukan selepas aksi persahabatan JDT menentang Geylang International FC dari Singapura di Padang Seri Gelam, hari ini.
Edwards juga menegaskan betapa kerjasama itu meluas tatkala kedua-dua kelab bakal melakukan pertukaran pemain dan juga program akar umbi terutama akademi bola sepak.
Malah katanya, Tunku Ismail juga sedang merancang untuk mengadakan kerjasama dengan kelab ternama di China memandangkan kelab-kelab di sana tampak begitu agresif dalam pembangunan bola sepak.
"Kita lihat perspektif lebih meluas di China dan dalam masa terdekat bakal ada kerjasama dengan Negara Tembok Besar itu namun masih belum diputuskan kelab mana yang bakal mengadakan kerjasama," kata Edwards.
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|