Originally posted by makteh at 24-10-2008 11:28 PM
Kuih dimasak bersama sagu
dihidang oleh nak dara Melayu
betapa pilu betapa sayu
mengenangkan nanie berdendang syahdu......
ibu pengantin duduk di pintu
duduk dipintu tersenyum riang
hatiku ini berdendang syahdu
kasih diharap kepunyaan orang
Originally posted by makteh at 25-10-2008 09:41 AM
Teringin sungguh buah bidara
mahu yang sedap manis rasanya
harap yang bagus tiada tandingnya
Akan kucuba carikan penawarnya
biar terubat kecewa yang ada
biar ceria kembali melanda........
...
berjalan menuju ke inderagiri
ingin mencari si ikan keli
untuk santapan tuan permaisuri
terima kasih atas keperihatinan diri
terasa kehadiran amat dihargai
akan dikenang hingga kemati
Originally posted by makteh at 25-10-2008 09:50 AM
Bakar bahulu dengan sabut
sabut dikutip tepi perigi
mertua aje menyebut-nyebut
menantu disebut tak ambil peduli............
hantaran indah di atas dulang
serba serbi berwarna biru
hanya kita terkenang kenang
orang membenci kita tak tahu
Originally posted by makteh at 25-10-2008 10:38 AM
yesssss cintan.......sokongan....jgn biarkan dia ngalah......
nampak pengantin duduk disebelah
duduk disebelah terdiam kaku
sempat tersenyum kepada tetamu
mod tango bukan mengalah
pergi bertapa menambah ilmu
agar dapat menjadi menantu