CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blackpurple

Keratan Akhbar / Petikan Berita

[Copy link]
Post time 2-6-2010 11:02 AM | Show all posts
Utusan Online

Jangan terpedaya sindiket dana Pantai Labuan



MOHD. Fawzi Arshad menunjukkan salinan dokumen yang dirampas daripada sindiket penipuan Dana Pesisiran Pantai Labuan di Kluang, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

KLUANG 1 Jun - Dengan hanya menyerahkan salinan asal geran tanah, kad pengenalan, buku bank dan beberapa dokumen lain, anda boleh menyertai Dana Bank Pesisiran Pantai Labuan untuk menjadi jutawan.

Itu tawaran sindiket penipuan bertopengkan agama yang dikesan di daerah ini namun polis berjaya menahan tiga suspek berusia lingkungan 50-an pada 5 Mei lalu ketika sedang berceramah mengenai dana palsu itu.

Kebanyakan ahli sindiket ini berperwatakan seperti orang Islam yang kuat beragama dan menyasarkan mangsa terdiri daripada peneroka serta pengurus Felda dan pesara kerajaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, penduduk ditawarkan jutaan ringgit berdasarkan keluasan tanah dimiliki.

"Sebelum itu, penduduk perlu menjalani temuduga permohonan menyertai dana tersebut di Sabah.

"Di sana, mereka akan menandatangani surat perjanjian tertentu berkaitan dana itu dengan perbelanjaan termasuk tiket kapal terbang serta penginapan ditanggung sendiri," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, berdasarkan salinan syarat permohonan dana itu, setiap peserta bakal menerima pulangan RM1 juta atau lebih bagi setiap 0.4 hektar tanah yang dimiliki.

Tambahnya, kelulusan permohonan berdasarkan keluasan tanah iaitu tanah yang dimiliki luas maka cepatlah kelulusan.

Menurut syarat, pemohon yang mempunyai tanah seluas 20 hektar dan ke atas, kelulusan permohonan hanya mengambil masa antara dua dan enam bulan.

Difahamkan, sindiket juga meminta wang tambahan berjumlah RM10,000 untuk mempercepatkan kelulusan dan menambah nilai pulangan dana.

Bagaimanapun, Mohd. Fawzi berkata, sehingga kini belum ada mangsa tampil membuat aduan, sebaliknya polis berjaya mengesan aktiviti penipuan daripada masyarakat setempat yang tidak mempercayai ceramah yang disampaikan ahli sindiket.

"Kita percaya mangsa terlalu percaya yang mereka akan mendapat duit banyak dan masih tidak sedar mereka ditipu," katanya.

Mohd. Fawzi meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim penipuan tersebut dan menasihati mereka meminta pandangan pakar atau pihak berkuasa sebelum menyertai sebarang skim yang menawarkan pulangan lumayan.

Beliau turut menyatakan polis kini sedang mengesan empat lelaki untuk membantu siasatan kes tersebut iaitu Samsuri Yapa, 38, yang alamat terakhir di Pulau Sebatik, Tawau, Sabah.

Tiga lagi ialah Jamil Mustapha, 52, beralamat terakhir di No. 222 Jalan Berembang, Kampung Rumah 10 Plentong, Masai.

Selain itu, Meor Zulkepli Sohot, 49, beralamat di Lot 2341 B Off Jalan Satu, Taman Greenwood, Batu Caves, Selangor dan Pang Vui Kong, 60, yang juga dikenali sebagai Evan atau YB Pang beralamat di No. 15-2, Kompleks Mutiara Apartment, Batu 3 1/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2010 11:04 AM | Show all posts
Utusan Online

MFA bimbang kenaikan levi, geran

Oleh KAMIL MASLIH
[email protected]

MUAR 1 Jun - Pertubuhan Perabot daerah Muar (MFA) melahirkan kebimbangan keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar levi dan geran penaruhan pengambilan pekerja asing berkuat kuasa 2011.

MFA berpendapat, keputusan tersebut dikhuatiri akan menjejaskan sektor berkenaan daripada berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Presiden MFA yang juga Presiden Pertubuhan Perabot Negeri Johor, Bo Eng Chee berkata, industri perabot di negara ini telah mencatatkan pencapaian amat memberangsangkan namun keputusan kerajaan untuk mengurangkan penggantungan pekerja asing boleh memberi tekanan dan kesan negatif kepada industri.

"Pengeksport industri perabot diramalkan akan mencatatkan keuntungan pendapatan RM17.6 bilion untuk negara pada 2015, justeru, jika hasrat kerajaan tetap dilaksanakan, ramalan tersebut akan tinggal sebagai impian sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada pertengahan bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan cadangan kerajaan menaikkan kadar levi pekerja asing mengikut sektor mulai tahun depan dalam usaha mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing.

Jelas Eng Chee, sehingga kini, perkhidmatan pekerja asing masih tidak dapat dipisahkan oleh pengusaha kilang-kilang perabot memandangkan tenaga kerja tempatan yang terdiri daripada lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak memilih untuk melibatkan diri dalam bidang itu.

"Mereka lebih tertarik dengan persekitaran kerja yang lebih kondusif, lebih selesa, berhawa dingin dan berpakaian kemas.

"Maka, untuk memastikan proses produktiviti dikawal dan produk perabot menepati sasaran pengeluaran, pihak pengusaha terpaksa mencari cara lain untuk bergantung kepada perkhidmatan pekerja asing agar tidak mengalami kerugian," katanya.

Jelas beliau, MFA bersedia menyokong pelbagai dasar kerajaan dalam mengurangkan bilangan penggunaan pekerja asing, kawalan pekerja yang lebih sistematik dan cekap serta menghapuskan bilangan pekerja haram.

Katanya lagi, pihak juga sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk melatih tenaga tempatan dengan usaha sama Pusat Perkembangan Kemahiran Industri Kayu (Wisdec) serta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

"Apabila tamat latihan nanti, jawatan-jawatan naik pangkat seperti penyelia, pengurus, juruteknik dan eksekutif akan ditawarkan kepada mereka namun untuk pekerja seperti operator, kita masih perlu bergantung kepada perkhidmatan pekerja asing," katanya.

Menurut beliau, pihaknya bimbang dasar kerajaan terhadap pekerja asing itu akan menjejaskan kedudukan Malaysia di tempat ke-10 dalam senarai negara pengeksport perabot utama dunia.

"Saya menyeru supaya isu ini mendapat pertimbangan kerajaan dan saya berharap dapat juga diadakan taklimat atau perjumpaan dengan para pengusaha agar setiap maklum balas diambil kira," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 11:08 AM | Show all posts
Utusan Online

Claria V kenderaan pintar UTM

Oleh Khadijah Ibrahim
[email protected]


Zaini Ujang (empat dari kanan) bergambar bersama pelajar yang menjayakan kenderaan pintar Claria V bagi menyertai Shell Eco Marathon Asia 2010 di Litar Sepang, Julai ini ketika di UTM Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU 1 Jun - Memandangkan bentuknya seperti ikan keli, seramai 18 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini yang mencipta protaip kenderaan pintar berkenaan sepakat menamakannya sebagai Claria V.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Madya Pakharuddin Mohd. Samin berkata, kenderaan tersebut diberi nama Claria V sempena nama saintifik ikan keli, Clarias Bastrachus.

Beliau berkata, kenderaan rekaan para penuntut tahun dua itu akan dipertandingkan pada Shell Eco Challenge Marathon 2010 di Litar Lumba Antarabangsa Sepang pada 8 hingga 10 Julai ini.

"Prototaip kenderaan ini digerakkan dengan menggunakan enjin mesin pemotong rumput Honda GX35 yang telah diubah suai," katanya pada majlis pelancaran Claria V yang disempurnakan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Zaini Ujang di sini, baru-baru ini.

Pakharuddin berkata, kenderaan berukuran 2.8 meter panjang dengan kos pembinaan RM35,000 itu diubah suai pada bahagian enjin bagi mengurangkan penggunaan minyak sebagai bahan bakar.

Menurutnya, pengubahsuaian itu sejajar dengan konsep pertandingan iaitu membina kenderaan yang menggunakan tenaga secara efisien.

"Pertandingan ini menguji kemahiran peserta untuk mencipta kenderaan yang mampu bergerak sejauh mungkin dengan menggunakan tenaga paling minimum.

"Kenderaan yang mempunyai berat 100 kilogram (kg) termasuk pemandu itu turut dilengkapi mekanisme keselamatan yang secukupnya," katanya.

Sementara itu, Zaini berkata, pertandingan itu akan menjadi medium kepada mahasiswa untuk mengaplikasi segala teori yang dipelajari dari segi kekuatan bahan, reka bentuk, aerodinamik dan rintangan tayar.

Sejajar dengan itu, penyertaan itu diharap dapat memberi pengalaman berguna kepada mereka untuk menimba ilmu dalam bidang automotif dengan konsep reka, bina dan uji.

"Pertandingan ini sebenarnya memberikan cabaran kepada penuntut untuk menyelesaikan cabaran tenaga pada masa hadapan sekali gus mengkehendaki semua pasukan mempamerkan kreativiti dan inovasi masing-masing.

"Malaysia akan disertai oleh 19 pasukan termasuk 12 penyertaan dari universiti seluruh negara. Lain-lain pasukan adalah dari China, India, Indonesia, Iran, Pakistan, Filipina, Singapura, Taiwan dan Vietnam," katanya.

Dalam pada itu, pengurus projek Claria V, Syed Nur Adaf Zhafry Ismail, 22, berkata, reka bentuk kenderaan pintar itu dilakukan sejak September 2009 dan siap sepenuhnya kira-kira dua bulan lalu.

"Setakat ini, kami berpuas hati dengan ujian yang dilakukan ke atas Claria V tapi memandangkan ada masa lagi, kami akan terus memperbaiki mana yang patut.

"Untuk membuat Claria V, kami menggunakan gentian kaca yang ringan pada badan kereta dan gentian kaca lebih kuat di bahagian pengemudi. Transmisi pula daripada aluminium dan besi," katanya.

Memandangkan keupayaan kenderaan itu hanya mampu menampung sehingga 100 kg termasuk pemandu, Mohammad Safwan Burhaumudin, 22, yang akan memandu kereta itu diingatkan supaya mengawal pemakanannya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 11:33 AM | Show all posts
Berita Harian

13,000 pelabur tak terima deposit

Oleh Azidan Nahar

Syarikat pelaburan komunikasi belum pulang pelaburan bernilai RM900 juta

JOHOR BAHRU: Kira-kira 13,000 pelabur yang sudah melabur RM900 juta dalam skim perniagaan mesin tambah nilai prabayar, mendakwa belum lagi menerima pulangan pelaburan mereka daripada sebuah syarikat pelaburan teknologi komunikasi (IT).

Syarikat yang beribu pejabat di Bandar Penawar, Kota Tinggi itu mengambil deposit daripada pelabur seluruh negara bagi menjalankan usaha sama perniagaan terbabit sejak 2004, sebelum disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, pelabur kini masih tertanya-tanya mengenai status syarikat berkenaan dan wang yang dilaburkan mereka sehingga ada yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Wakil perunding pelabur, Mustaza Yusof, berkata semua pelabur sehingga kini belum mendapat kepastian perkara itu, malah syarikat terbabit juga sudah menutup pejabat selepas diserbu BNM April lalu.

“Jika perkara itu tidak dapat diselesaikan, ia tentu saja akan menyebabkan kerugian yang banyak kepada pelabur,” katanya yang hadir ke pejabat Berita Harian di sini, semalam.

Katanya, syarikat terbabit menawarkan satu mesin dengan harga RM5,000 dan menjanjikan pulangan 10 peratus daripada setiap mesin sebulan sekali gus mendapat sambutan menggalakkan.

“Difahamkan, syarikat itu memulakan operasi di Bandar Penawar sebelum menerima keahlian dari seluruh negara. Terdapat individu yang membeli sehingga 40 mesin sambil mengharapkan pulangan lumayan seperti dijanjikan.

“Bagaimanapun, sejak penghujung tahun lalu, pelabur tidak mendapat bayaran dijanjikan apatah lagi tiada dokumen pembelian dan perjanjian dengan syarikat terbabit. Pelabur hanya diberikan resit pembelian mesin berkenaan tetapi bukannya perjanjian bertulis mengenai pelaburan dibuat, semua urusan berkaitan di manakah mesin itu akan diletakkan, bonus dan sebagainya diuruskan oleh syarikat terbabit,” katanya.

Katanya, pelabur kini tidak dapat menghubungi pengurusan syarikat bagi mendapatkan kepastian dan mereka bimbang akan rugi berikutan sebahagian besar ramai membuat pinjaman daripada bank tempatan, menggadai harta persendirian, meminjam daripada keluarga serta mengeluarkan wang simpanan.

Pada 22 April lalu, BNM menyerbu Dencomm Sales & Services Sdn Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 12:57 PM | Show all posts
Suami isteri ‘bertani’ tanam pokok ganja


2010/06/02      SEGAMAT: Kreatif tidak bertempat. Begitulah sepasang suami isteri berusia 31 dan 27 tahun yang berlagak seperti petani moden apabila menanam tujuh pokok ganja secara hidroponik di belakang rumah mereka di Bandar Putra, di sini.

Dalam serbuan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, jam 11.30 malam Jumaat lalu, pasangan itu juga memiliki 1.3 gram dadah sama.

Difahamkan, dadah itu hendak digunakan terbabit untuk pembenihan semula berikutan penemuan tujuh pokok ganja yang disemai lebih seminggu lalu.


Mereka menggunakan alasan mahu melakukan uji kaji tanpa mengetahui pokok itu dadah terlarang.


Serbuan itu merencatkan cita-cita mereka yang baru menceburi penanaman dan pengedaran dadah.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, ketika serbuan pihaknya mendapati pokok berkenaan disemai dalam kotak lut sinar menggunakan kaedah hidroponik yang tidak memerlukan tanah. Pasangan suami isteri berusia 31 dan 27 tahun itu menjadikan alasan kononnya terpaksa menanam tumbuhan itu untuk melakukan uji kaji dan mereka juga tidak mengetahui pokok itu dadah terlarang.


“Kes ini pertama kali berlaku dan membuktikan pengedar dadah sekarang melakukan pelbagai taktik bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya. Katanya, polis tidak menolak kemungkinan pasangan itu menanam marijuana itu untuk kegunaan sendiri.


“Siasatan lanjut juga mendapati tumbuhan itu baru ditanam mereka sekitar enam hingga tujuh hari lalu, malah mereka juga baru selesai mengasingkan biji benih yang diperoleh melalui sebungkus plastik berisi ganja yang dibeli beberapa minggu sebelum itu,: katanya.


Abdul Majid berkata, pasangan itu kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup serta enam kali sebatan jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 09:54 AM | Show all posts
Utusan Online

Ambil tindakan tegas

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
[email protected]


Raja Zarith Sofia diiringi Azalina Othman Said melihat kesan tumpahan minyak di pantai Kampung Sungai Kapal, Pengerang, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI 2 Jun - Sultanah Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kapal-kapal dagang asing yang mencemarkan perairan Pengerang.

Titah baginda, tindakan kapal-kapal dagang asing terbabit yang mencemar perairan Pengerang dengan lambakan sampah dan sisa minyak telah menjejaskan mata pencarian masyarakat setempat.

"Kita tidak mahu kejadian membuang sisa dan tumpahan minyak sejak sekitar 1980-an sehingga kini berlarutan. Ia menjejaskan ekosistem dan kehidupan nelayan secara menyeluruh.

"Jika pihak berkuasa termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Pengangkutan beserta agensi dan jabatan yang berkaitan bertindak tegas terhadap kapal-kapal terbabit, kejadian seumpama ini dapat dibendung dan kehidupan masyarakat setempat akan terbela," titah baginda.

Terdahulu Raja Zarith Sofia mendengar taklimat mengenai pencemaran tumpahan minyak akibat pelanggaran dua kapal dagang baru-baru ini oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Zulkifli Abdul Rahman di Kampung Sungai Kapal hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang.

Dalam pada itu, Raja Zarith Sofia turut menyeru lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga nelayan terbabit.

"Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) akan memikirkan cara untuk memberi sumbangan terhadap masyarakat nelayan di perairan Pengerang yang kerap dilanda bencana tumpahan minyak.

"Saya cukup terperanjat kerana walaupun sudah lama tinggal di Johor, tidak menyedari kawasan perairan ini dipenuhi ratusan kapal dagang asing dan menjadikan perairan yang sungguh indah ini sebagai tempat pembuangan sampah dan sisa minyak," titah baginda.

Sempena lawatan itu, Raja Zarith yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Kebangsaan PBSM turut berkenan menyampaikan bantuan bernilai RM12,000 kepada 120 nelayan yang terjejas.

Baginda turut turun ke pantai Kampung Sungai Kapal bagi melihat sendiri kesan pencemaran akibat tumpahan itu.

Dalam kejadian 25 Mei lalu, pelanggaran kapal MV Waily dan kapal Bunga Kelana 3 telah menyebabkan tumpahan minyak di perairan dan pantai Pengerang sehingga menjejaskan pendapatan lebih 1,000 nelayan di kawasan berkenaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2010 09:59 AM | Show all posts
Utusan Online

Pantai Pasir Lanun memukau

Oleh NORAZMAN ABDUL RAHIM
[email protected]


KEINDAHAN dan kedamaian Pantai Pasir Lanun membuatkan hati pengunjung akan terpaut.

MERSING 2 Jun - Keindahan dan keunikan Pantai Penyabong tidak dapat dinafikan lagi kerana ia sememangnya menjadi sebutan ramai pengunjung yang pernah merasai sendiri pengalaman dan keseronokan bersantai di pantai berkenaan.

Namun sebenarnya terdapat satu lagi pantai yang lebih cantik dan menarik di Mukim Penyabong iaitu Pantai Pasir Lanun.

Walaupun namanya agak pelik, jika berkunjung ke Pantai Pasir Lanun pasti pengunjung terpaut pada suasana dan persekitaran pantai tersebut yang begitu mengasyikkan.

Terletak dalam mukim Penyabong iaitu kira-kira 52 kilometer dari bandar Mersing, pengunjung boleh tiba di Pantai Pasir Lanun selepas melalui beberapa kampung tradisional seperti Kampung Baru, Kampung Sisek, Kampung Teluk Sari dan Kampung Tanjung Resang.

Sebelum sampai ke destinasi itu, pengunjung perlu melalui jalan Rompin-Endau-Penyabong atau jalan Mersing-Tanjung Resang-Penyabong.

Apabila sampai di Pantai Penyabong, pengunjung seterusnya perlu menyusuri jalan yang agak kecil melalui dusun dan tanah milik penduduk tempatan untuk sampai ke destinasi berkenaan.

Terdapat banyak kemudahan chalet dengan kadar sewa yang berpatutan disediakan kepada pengunjung antaranya Chalet Coconut Beach Resort dan Chalet 4B yang sering menjadi tumpuan pengunjung ke pantai tersebut.

Pengunjung perlu membuat tempahan awal sekiranya berhasrat untuk bermalam di chalet yang terdapat di Pantai Pasir Lanun atau bagi mereka yang gemar aktiviti berkhemah, terdapat juga tapak perkhemahan yang disediakan dengan kemudahan lengkap seperti bilik air, tandas dan tempat meletak kenderaan.

Ketua Kampung Penyabong, Wan Azman Wan Jusoh, 47, berkata, Pantai Pasir Lanun dikatakan mendapat nama daripada kisah lanun-lanun yang merompak kapal dagang di Laut China Selatan dan menyembunyikan harta rompakan di sebuah gua di pantai itu malah dipercayai sehingga kini ia masih ada tetapi tiada yang berani meneroka kerana sebahagiannya telah tertimbus.

''Saya mendapat cerita ini daripada datuk dan diceritakan kepada bapa seterusnya kepada saya dan sehingga ini cerita bagaimana pantai tersebut mendapat nama masih kekal dalam ingatan penduduk setempat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, tidak lengkap datang ke Pantai Penyabong jika tidak mengunjungi Pantai Pasir Lanun untuk bersantai bersama keluarga.

Selain itu, Wan Azman berkata, pemandangan dari Pantai Pasir Lanun yang memperlihatkan Pulau Aceh sangat menarik apatah lagi pengunjung boleh menaiki bot yang disediakan oleh pengusaha chalet untuk ke pulau tersebut.

Terdapat juga sebuah kelong yang sangat digemari oleh kaki pancing kerana terdapat banyak spesies ikan seperti ebek, jemuduk, jenohong dan lain-lain.

Ujarnya, pengunjung ke pantai tersebut akan bertambah disebabkan oleh kebanjiran pengunjung dan kaki pancing dari negara jiran terutama dari Singapura.

"Secara tidak langsung rezeki penduduk di sekitar pantai tersebut akan bertambah terutama para peniaga, pengusaha bot dan pengusaha chalet," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia pada cuti umum baru-baru ini mendapati, ramai pengunjung datang secara berkumpulan, bersama keluarga bagi menghabiskan masa hujung minggu dengan aktiviti berkayak, bermain bola tampar pantai, bermandi-manda di pantai yang airnya sangat jernih.

Wan Azman berkata, , sekiranya kerajaan bercadang memajukan lagi kawasan itu, beliau sangat bersetuju kerana secara tidak langsung ia mempromosikan Penyabong kepada pelancong dari dalam dan luar negeri seterusnya ke pantai-pantai yang terdapat di Penyabong khususnya Pantai Pasir Lanun.

''Sebelum ini pun telah banyak pembangunan yang dibawa pihak kerajaan ke Penyabong, antaranya menaiktaraf jalan dari Tanjung Resang ke Penyabong dan sedang membina jalan dari Air Papan ke Tanjung Resang,''' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 10:05 AM | Show all posts
Utusan Online

PTW beri rahmat kepada ibu tunggal



ORANG ramai sibuk mengunjungi gerai di Pasar Tani Wanita di Jalan Datin Halimah Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 2 Jun - Pembukaan Pasar Tani Wanita (PTW) di Tapak Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah semalam memberi rahmat kepada golongan wanita terutamanya ibu tunggal.

Ini kerana PTW yang pertama di negeri ini memberi peluang kepada golongan tersebut untuk menambah pendapatan menerusi jualan produk yang dihasilkan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Faridulatrash Md. Mokri berkata, PTW merupakan pasar tani ke-57 beroperasi di negeri ini dan PTW kedua di negara ini selepas Pulau Pinang.

Menurutnya, kebanyakan wanita yang berniaga di PTW pada setiap Selasa mulai pukul 3.30 petang hingga 9.30 malam telah mendapat bimbingan daripada Jabatan Pembangunan Wanita Johor (JPWJ).

"Pada masa ini terdapat kira-kira 40 wanita telah memulakan perniagaan dan jumlahnya akan meningkat pada minggu berikutnya.

"Tujuh daripada mereka berniaga barangan kraf tangan hasil daripada kursus yang dipelajari dari JPWJ. Seramai 10 lagi adalah peniaga yang menerima geran daripada Amanah Ikhtiar Malaysia," katanya selepas merasmikan pasar tani berkenaan petang semalam.

Turut hadir Pengarah Pembangunan Wanita Johor, Rosmawati Mohamad dan Pengurus Program Kewangan Mikro Bandar Cawangan Johor Bahru, M. Shaiful Najib Abd. Malek.

Faridulatrash memberitahu, selain menggalakkan golongan wanita memasarkan barangan industri kecil dan sederhana (IKS) dan bahan segar seperti ikan dan sayur-sayuran, ia juga bertepatan dengan saranan kerajaan supaya melahirkan usahawan wanita yang berjaya setanding lelaki.

Seorang peniaga, Zaiton Kamaruddin, 45, dari Taman Perling berkata, pasar yang dikhaskan untuk wanita itu amat baik kerana ia mampu menambah pendapatan.

Zaiton yang menjual pes asam pedas, sambal belacan dan jem nanas (isi tat) berkata, buat permulaan dia hanya membawa sedikit sahaja barangan dan akan menambah jumlahnya pada masa akan datang.

"Saya merancang untuk membuat lebih banyak pes, tapi belum berkesempatan. Ini adalah pertama kali saya berniaga pes kerana sebelum ini saya jual kek dan biskut.

"Saya tukar produk jualan sebab mahukan kelainan. Lagipun bila fikirkan PTW, baik saya jual produk yang memudahkan semua pihak. Pes yang saya buat ini boleh membantu golongan ibu memasak dengan segera," katanya.

Sementara itu, Aisah Latif, 54, yang berniaga tudung dan pakaian berkata, PTW boleh dijadikan platform untuk menambah pendapatan keluarga.

"Pihak JPWJ banyak memberi sokongan kepada saya dan wanita lain untuk menjana pendapatan. Sekurang-kurangnya dengan adanya gerai tetap begini, setiap minggu kami dapat memasarkan produk masing-masing," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 10:35 AM | Show all posts
Berita Harian

UTM perkenal sistem rawat sisa jimat kos

2010/06/03

JOHOR BAHRU: Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, berjaya menghasilkan sistem rawatan sisa industri melalui penghasilan kaedah bioteknologi dikenali sebagai Sistem ChromeBac mampu menjimatkan separuh daripada kos yang terpaksa dikeluarkan pengusaha industri di negara ini.

Malah, Sistem ChromeBac yang dibangunkan sejak lebih setahun lalu, sudah digunakan oleh Perstima Bhd yang menghasilkan perkakasan saduran timah di kilangnya di Pasir Gudang dan terbukti mampu mengurangkan kos rawatan sisa air sebanyak 50 peratus berbanding menggunakan kaedah konvensional.

Pensyarah Fakulti Sains UTM, Prof Dr Wan Azlina Ahmad, berkata penghasilan Sistem ChromeBac berkenaan, hasil usaha sama antara universiti itu dengan Perstima dan turut mendapat geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“ChromeBac adalah satu sistem yang dibangunkan kumpulan penyelidik kita dikenali sebagai Kumpulan UTMBac Tec dengan menjadikan kaedah biologi sebagai alternatif yang murah dan mudah sekali gus membuktikan bidang bioteknologi berpotensi untuk digunakan dalam sektor industri di negara ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Bengkel Sistem Sisa Rawatan Air Industri di UTM Skudai.

Dr Wan Azlina yang juga pakar Bioteknologi Alam Sekitar berkata, secara asasnya, Sistem ChromeBac berfungsi untuk merawat air di permukaan dan bawah tanah serta sisa buangan industri dengan memasukkan bakteria serta sedikit hampas nanas yang akan merawat air sisa buangan industri dengan menguraikan semua komponen kimia termasuk bau, besi dan bahan bukan bukan organik.

“Air yang sudah dirawat itu akan boleh dilepaskan pada sistem pengairan kerana ia sudah bertukar pada tahap dua dan selamat digunakan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 02:26 PM | Show all posts
Johor: Peniaga runcit tamak
Oleh Kalam Hadi
[email protected]
2010/06/03

KEDAI runcit di tingkat bawah sebuah rumah pangsa didakwa menjual nombor ekor tanpa lesen.
Ubah suai rumah jadi kedai, jual nombor ekor kepada pelajar sekolah


JOHOR BAHRU: Asalnya sebuah rumah, kemudian ia diubah suai menjadi kedai runcit secara haram untuk menjual barangan keperluan harian bagi penduduk di sebuah penempatan rumah pangsa pinggir bandar raya ini sejak lima tahun lalu.
Perasaan tamak pemilik kedai itu menyebabkan beliau sanggup terbabit dalam kegiatan menjual nombor ekor haram sejak awal tahun ini sehingga menimbulkan keresahan penduduk di penempatan itu.
Kedai runcit yang beroperasi di tingkat bawah itu menjalankan perniagaan tanpa kelulusan sah daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan pemiliknya menyediakan sebuah meja khas di sudut tepi kedainya untuk menjual nombor ekor haram kepada pelanggan yang dikendalikan oleh seorang pekerja bermula seawal jam 8 pagi hingga 10 malam.

Penduduk pada mulanya tidak membantah operasi kedai runcit di kawasan terbabit kerana menyedari kedai itu memberi banyak manfaat terutama untuk mendapatkan barangan keperluan seharian.

Bagaimanapun, tindakan pemilik kedai terbabit yang mula menjual nombor ekor secara haram menimbulkan rasa kurang senang penduduk dan kemarahan mencapai kemuncak apabila kedai turut menjual nombor ekor haram kepada pelajar sekolah.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Habsah, 34, kesal kerana pemilik kedai runcit itu tidak menghiraukan rungutan penduduk kawasan berkenaan supaya tidak lagi menjual nombor ekor kepada pelajar.
Katanya, beliau pernah menasihati pekedai terbabit supaya menghentikan kegiatan haram itu tetapi beliau diberitahu pemilik berkenaan kebanyakan pelajar membeli nombor ekor atas arahan ibu bapa masing-masing.

“Setahu kami, mereka yang banyak membeli nombor ekor di kedai itu adalah penduduk yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Kami tidak hairan kerana mereka sudah biasa dengan amalan berjudi itu termasuk membeli nombor ekor haram.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat menerima perbuatan pemilik kedai itu secara terangan menjual nombor ekor itu kepada pelajar walaupun beliau mendakwa mereka membeli bagi pihak ibu bapa mereka, ” katanya.

Jurucakap Bahagian Penguat kuasa MBJB ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membuat siasatan dalam tempuh terdekat terhadap aduan penduduk terbabit bagi mendapatkan laporan lengkap mengenainya.

Bagaimanapun, katanya, perniagaan kedai runcit tanpa lesen sah adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan kompaun mengikut undang-undang MBJB termasuk menyita premis terbabit jika terbukti aduan adalah benar.

Sehubungan itu, jurucakap itu meminta penduduk supaya bersabar sementara tindakan diambil pihak berkuasa MBJB bagi mencegah kegiatan terbabit berterusan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 02:27 PM | Show all posts
Johor: Perhentian ‘teksi biru’ dipindah
Oleh Johan Afandi
[email protected]
2010/06/03
JOHOR BAHRU: Selama 14 tahun, lebih 300 pemilik kereta sewa atau lebih dikenali sebagai ‘teksi biru’ di bandar raya ini, mengeluh kerana perhentian mereka di bahagian belakang Terminal Bas dan Teksi Larkin di sini, tersorok daripada pelanggan, sekali gus menyebabkan kehilangan punca pendapatan.

Bagaimanapun, semuanya berubah selepas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Johor Bahru baru-baru ini, bersetuju untuk memindahkan perhentian Kereta Sewa Johor Bahru ke bahagian depan terminal berkenaan.
Keputusan itu disambut gembira semua pemilik kereta sewa yang mengharapkan pelanggan akan menggunakan perkhidmatan mereka, sekali gus menambah mata pencarian.
Tinjauan Edisi Johor ke perhentian baru 'teksi biru' di Terminal Bas dan Teksi Larkin mendapati lebih 10 kereta sewa sedang menunggu penumpang di kawasan itu dan pemandu yang ditemui mengakui rezeki mereka mula bertambah sejak berpindah ke Jalan Garoda 2, pertengahan Mei lalu.

Seorang pemilik kereta sewa, Mohd Jali Ahmad, 50, berkata beliau berterima kasih dengan keprihatinan Menteri Besar yang mengambil tindakan segera dengan membuat keputusan memindahkan perhentian ‘teksi biru’ ke kawasan baru itu.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Tuan-Tuan Punya Teksi dan Kereta Sewa Perjalanan Jauh Antara Bandar Ke Bandar Dan Ke Singapura, Johor Bahru mengakui Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Larkin, Khalid Mohamad membantu dalam membawa permasalahan itu kepada pihak atasan.

"Dalam lawatan Menteri Besar itu yang turut bertemu dengan kami, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Halimah Mohamad Sadique juga turut bersetuju dengan tempat baru ini.
"Menteri Besar juga mengarahkan JCorp yang juga pemilik kawasan ini, memperuntukkan tanah seluas kira-kira 1/4 hektar untuk membina perhentian baru kereta sewa supaya ia lebih selesa bukan saja kepada pemandu tetapi juga pelanggan," katanya di sini.

Bagaimanapun, beliau mengakui selepas 10 hari berpindah ke kawasan baru itu, pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera bagi membina kemudahan lebih selesa kerana buat masa ini, semua pemandu dan penumpang terpaksa menumpang sebuah perhentian bas yang sedia ada.

Katanya, jika pada musim hujan atau panas, pemandu dan penumpang terpaksa bersesak dalam perhentian berkenaan, sekali gus menyebabkan rasa kurang selesa.

Pemilik kereta sewa, Yaakob Palil, 60, berkata beliau gembira berpindah ke kawasan baru itu dan yakin orang ramai akan menggunakan perkhidmatan kereta sewa kerana ia lebih mudah berbanding bas.

“Teksi biasa tidak boleh mengambil atau menurun penumpang di luar kawasannya, tetapi kereta sewa boleh, manakala bas tidak boleh membawa penumpang terus ke depan rumahnya, kereta sewa boleh... inilah kelebihan kereta sewa yang ramai tidak tahu," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata, beliau akan membawa cadangan pembinaan perhentian kereta sewa di tapak baru itu kepada MBJB bagi membolehkan pembangunannya dilaksanakan dengan segera.

“Pada masa sama, Damansara Asset yang juga pengurus Terminal Bas dan Teksi Larkin juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk pemilik kereta sewa beroperasi di kawasan berkenaan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 02:28 PM | Show all posts
Berita Harian

Johor: Belian panik jejas bekalan gula


2010/06/03
TANGKAK: Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembelian panik berikutan kesukaran mereka mendapatkan bekalan gula di beberapa kawasan kerana ia hanya bersifat sementara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang, berkata pembelian panik oleh pengguna akan menjejaskan bekalan gula di pasaran.
“Pengguna yang membeli gula dengan kuantiti yang melebihi daripada kebiasaan menyebabkan orang ramai yang lain tidak memperoleh di mana kebiasaannya mereka membeli satu atau dua paket tetapi akibat panik dengan ketiadaan gula mereka membeli lebih daripada kuantiti biasa.
“Keadaan ini menyebabkan stok yang sepatutnya mencukupi bagi sesetengah kawasan terjejas dan akibat permintaan yang meningkat mendadak di samping kelewatan bekalan gula tiba dan bukan disebabkan masalah kekurangan bekalan, ” katanya mengulas mengenai masalah kekurangan bekalan gula di pasaran ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 09:58 AM | Show all posts
Berita Harian

Isteri dirogol depan suami
Oleh Junita Mat Rasid

2010/06/04
Penjenayah laku perbuatan keji kerana tak puas hati hasil rompakan

TANGKAK: Sekumpulan empat perompak bertindak kejam dengan bukan saja memecah masuk sebuah rumah dan merompak, malah turut merogol seorang suri rumah berusia 40-an di depan suami mangsa dan anak perempuannya berusia 11 tahun, dalam kejadian di Bukit Gambir, dekat sini, awal pagi Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, seorang perompak yang tidak memakai sebarang topeng dan dipercayai warga Indonesia dikatakan bertindak merogol mangsa selepas tidak berpuas hati dengan hasil rompakan yang mereka peroleh.
Difahamkan kumpulan itu memecah masuk rumah itu yang terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan kebun kelapa sawit, dengan memotong pintu gerigi pintu belakang sebelum memasuki bilik mangsa yang ketika itu tidur bersama suami dan anak perempuannya, manakala empat lagi anak pasangan itu berusia antara lapan tahun hingga 17 tahun tidur di bilik bersebelahan.
Kumpulan perompak itu kemudian menggeledah rumah berkenaan sebelum merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM1,000, barang kemas dan empat telefon bimbit yang semuanya bernilai lebih RM3,000.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata perompak itu melarikan diri dengan menggunakan Proton Wira milik mangsa sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan di tepi jalan berhampiran kawasan Pagoh, iaitu kira-kira 20 kilometer daripada tempat kejadian.

Katanya, kemudian kumpulan perompak itu melarikan diri mungkin dengan menggunakan kenderaan lain atau berjalan kaki dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Setakat ini kita tidak dapat memastikan sama ada kumpulan itu melarikan diri dengan menggunakan kenderaan lain atau berjalan kaki kerana kita masih menjalankan siasatan lanjut kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Komen AndaGuna Facebook id anda.
Nama :       
Emel :       
Komen :       
       

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen
Zahdi
Itu lah pendatang asing indon,dari dulu lagi selalu buat onar di negara orang,kalau aku dapt orang mcm ne,aku belasah habis2.
ghani nordin
jangan biarkan penjenayah ini terlepas
stam
memang satu tindakan kebinatangan..tahniah perompak2 masa anda akan mati akan tiba jua..buat abg2 polis buru dan tembak sampai mati perompak2 tadi..saya bersimpati kepada keluarga tersebut
yieza
sampai bila rakyat akan hidup dalam ketakutan... masalah warga asing makin menjadi-jadi. esok lusa pak menteri kata negara kita masih selamat. jenayah warga asing tak sampai 0.2%. ini merupakan kes terpencil. aduh...
aziz pegawai penjara kajang
manusia begini janganlah diberi pluang untutk hukuman ringan . masukan ke dalam penjara dengan pendekatan yg sesuai jadilah mereka ini manusia semula.
Shuhaimi abdul Rahim
salam.
takziah kepada keluarga berkenaan, di harap dapat bersabar dengan musibah dan ujian yang melanda..berserahlah Kepada ALLAH agar perompak dan perogol itu di berikan balasan yang setimpal dengan perbuatannya...Simpati yang Ikhlas tapi Jauh....
Azrey Poseidon

adui..cian family tu
wan shah
kalau diberi peluang aku sembelih mat indon tu idup2. Bagi PDRM : teruskan usaha mencari penjenayah ini. Bawa ke muka pengadilan. Sungguh kurang ajar, datang negara org buat onar.
abdul karim bin jaafar
kerajan dan pihak berkuasa perlu mengambil langkah yang tegas dalam menangani masalah seumpama ini.. keselamatan rakyat perlu didahulukan..
hazelnutt
Dah lama kerajaan malaysia terlampau bagi muka kpd pekerja luar!
kerajaan malaysia salah, terlalu manjakan warga indonesia terutama sekali dalam pengambilan perkerja asing , melaysia sangat bergantung kepada warga asing dari warga tempatan sendiri.
paman wan
Kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan penjenayah sekarang. Tangkap, humban ke lokap dan kenakan hukuman berat. Sabarlah.
Anak Melayu Perak
Mesej ni patut di siarkan besar besaran ke Indonesia. selama ni warga indonesia yang berkerja pembantu rumah banyak songeh sangat dan kerajaan kita pun terlalu takut kerna nak jaga hati jiran...Saya sebenar nya tak marah pada orang Indon tapi Indon harus melihat kecurangan dan kebinatangan nya sahabat anda. Dah lah merompak ..di rogol pula isteri orang.Bayang kan jika ia terjadi pada ahli keluarga kita...salam...
ebizz
gejala sosial dari seberang yg sedang dialami oleh rakyat.
Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di 06-9781222 atau balai polis berhampiran.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 09:59 AM | Show all posts
Berita Harian

100 sukarelawan Media Prima, NSTP bersih pantai Teluk Ramunia


2010/06/04
PENGERANG: Kira-kira 100 sukarelawan Media Prima Bhd termasuk kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menjayakan program Selamatkan Pantai Kita dengan membersihkan kawasan pantai Teluk Ramunia yang terjejas akibat tumpahan minyak mentah dari kapal tangki Bunga Kelana 3, baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan membersihkan pantai berkenaan selain menunaikan tanggungjawab sosial korporat mereka.
“Walaupun kami bukan pakar dalam hal ini tetapi lebih penting dapat mendedahkan kakitangan kepada semangat sukarelawan dan menimba pengalaman serta menghulurkan bantuan apabila diperlukan.
“Meskipun secara kecil-kecilan, kita yakin kesannya amat besar bukan saja kepada masyarakat dan penduduk kampung tapi dapat membantu memelihara alam sekitar," katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini, semalam.

Sukarelawan terbabit membersihkan kawasan sejauh kira-kira satu kilometer di sekitar Kampung Changi, Teluk Rumania. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah dan Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pengerang, Norazli Kasmin
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 10:01 AM | Show all posts
Berita Harian

Johor: Igauan ngeri berakhir
Oleh Mohamed Farid Noh

2010/06/04
Penduduk kawasan rendah di Batu Pahat lega projek tebatan banjir siap sepenuhnya Julai

BATU PAHAT: Penduduk di kawasan rendah di sepanjang Sungai Batu Pahat kini mampu menarik nafas lega dengan selesainya projek tebatan banjir yang membabitkan kerja mengorek dan mendalamkan muara sungai terbabit, bulan lalu.

Ia berikutan banjir besar di beberapa kawasan rendah di sekitar daerah itu terutama di sepanjang Sungai Batu Pahat pada hujung 2006 dan awal 2007 lalu, menjadi igauan ngeri penduduk yang tidak mahu ia berulang lagi.
Bagaimanapun, projek yang dimulakan pada April tahun lalu itu siap dalam tempoh 12 bulan, iaitu tempoh yang ditetapkan kerajaan, sekali gus melegakan penduduk sekitar sungai sepanjang 6.6 kilometer (km) itu.
Selain kerja mengorek dan mendalamkan muara sungai, projek tebatan banjir di sepanjang sungai terbabit turut merangkumi kerja membersih, membaiki tebing serta membuang kelodak dan lumpur.

Projek Sungai Batu Pahat itu projek tebatan banjir pakej pertama yang siap sepenuhnya, manakala bagi projek pakej kedua hingga keempat, yang masing-masing membabitkan Sungai Simpang Kanan (18 km), Sungai Simpang Kiri (19 km) dan Sungai Bekok (15 km) di sini, dijadualkan siap sepenuhnya Julai ini.

Sejumlah RM100 juta disalur kerajaan Pusat kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bagi membiayai empat projek penebatan banjir berkenaan sebagai perancangan jangka panjang kerajaan mengelak banjir besar berulang di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin berkata, beliau bersyukur kerana projek pakej pertama itu selesai mengikut jadual di samping tidak menimbulkan masalah kepada penduduk di sepanjang sungai terbabit.
“Saya yakin penduduk di sepanjang Sungai Batu Pahat, terutama nelayan akan mendapat manfaat besar dengan selesainya projek tebatan banjir ini.

“Bukan saja sungai ini semakin ceria dan bersih, malah kita jangkakan hasil tangkapan nelayan yang mencari rezeki di Sungai Batu Pahat akan kembali meningkat kesan pembersihan sungai secara intensif ini, " katanya pada majlis kesyukuran menandakan selesai projek tebatan banjir pakej pertama berkenaan yang dianjurkan kontraktornya, Malaysia Maritime and Dredging Corporation Sdn Bhd (MMDC) di sini.

Penasihat Korporat dan Pengarah MMDC, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, berkata projek tebatan banjir di Sungai Batu Pahat itu dilaksanakan menggunakan dua kapal korek yang dilengkapi sistem DGPS (Diffrential Global Positioning System) bagi memastikan kerja pengorekan dilakukan di lokasi yang tepat.

“Operasi pengorekan bagi mendalamkan Sungai Batu Pahat dilaksanakan 24 jam sehari sebelum sampah sarap di samping kelodak dan lumpur yang diperoleh dilupuskan di kawasan tapak pelupusan yang diluluskan JPS.

"Kami mengeluarkan kira-kira 30 tan sampah dan bahan buangan termasuk puluhan kayu balak serta ratusan bungkusan plastik berisi sampah sarap ketika operasi pembersihan dan mendalamkan sungai itu dibuat," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 10:10 AM | Show all posts
metro

Mahu tatap ibu
Oleh Salman Hamat
[email protected]
2010/06/04
      

ULU TIRAM: Mahu tatap wajah ibu. Itu perkara pertama ingin dilakukan Dr Mohd Arba’ai Shawal, 48, seorang sukarelawan yang terselamat selepas kapal bantuan misi kemanusiaan dinaikinya diserang komando Israel, Ahad lalu.
Isterinya, Dr Fauzanah Ishak, 46, ketika ditemui berkata, sebaik tiba ke tanah air dijangka esok, mereka sekeluarga akan terus pulang ke rumah ibu mentuanya di Kulai bagi menyempurnakan hasrat suaminya itu.


Katanya, sebelum berangkat ke Gaza, suaminya tidak memaklumkan ibunya dia akan ke wilayah bergolak itu untuk menghantar misi bantuan bagi mengelakkan wanita berkenaan risau.


“Suami saya satu-satunya anak lelaki yang tinggal selepas abangnya meninggal dunia akibat serangan jantung empat tahun lalu. Hubungannya dengan ibu mentua saya, Zainab Sadimin, 90, rapat.


“Sejak kematian abang, ibunya mengalami trauma teruk dan bagi mengelak emosi terganggu, kami sekeluarga tidak memaklumkan kejadian itu. “Sebelum berangkat ke Gaza, ibu seperti tidak merestui pemergian suami dan merungut ‘tak sayang mak ke, asyik kena tinggal’,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Gunung Emas di sini, semalam.


Bagaimanapun, katanya, walaupun kejadian dirahsiakan, ibu mentuanya seakan tahu nasib menimpa anak lelakinya itu selepas melihat laporan televisyen dengan menitiskan air mata.


Fauzanah berkata, dia sendiri tidak menduga kejadian itu akan berlaku dan hanya tahu mengenainya selepas dimaklumkan rakan yang menghubungi untuk bertanya khabar.


“Pada hari kejadian, saya merawat pesakit di klinik, bagaimanapun saya tabahkan hati merawat pesakit sebelum pulang. Selepas Isyak beberapa rakan datang berkunjung ke rumah sebelum kami menunaikan solat Hajat.


“Memang gusar apabila ada rakan mendakwa menerima e-mel mengatakan suami saya meninggal dunia dalam serangan itu, bagaimanapun lega apabila menerima panggilan daripadanya mengatakan selamat dan berada di sempadan Jordan pada jam 12.15 tengah hari Selasa lalu.


“Walaupun berbual tidak sampai lima minit, ia cukup membuatkan saya merasai kegembiraan yang turut dikongsi bersama anak-anak yang risau nasib menimpa bapa mereka,” katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2010 10:11 AM | Show all posts
metro

200 ahli NG0 bantah serangan


2010/06/04
      

JOHOR BAHRU: Lebih 200 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NG0) berkumpul di hadapan Stadium Larkin di sini, petang semalam sebagai bantahan serangan komando Israel terhadap kapal membawa misi kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu.
Selain sepanduk mengutuk kekejaman rejim itu, orang ramai yang berang dengan serangan ke atas kapal yang membawa 12 rakyat Malaysia itu membakar bendera dan gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.


Presiden Persatuan Fisabilillah Malaysia, Abdul Rahman Mahdi, berkata dunia patut sedar tindakan terkutuk Israel dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menghentikan kekejaman yang bukan pertama kali berlaku itu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 10:12 AM | Show all posts
metro

Pekerja warga asing dicekup
Oleh Salman Hamat
[email protected]
2010/06/04
      

PONTIAN: Sekumpulan pekerja warga asing lari lintang-pukang selepas menyedari mereka dikepung pasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor dalam operasi khas di kawasan kilang membuat tiang konkrit di Ulu Choh Pontian di sini, bermula jam 3.30 petang semalam.
Kumpulan warga asing terbabit melarikan diri dalam semak di kawasan bukit berhampiran, dan ada yang bersembunyi di sebalik tiang konkrit.


Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, ketika serbuan, sebahagian warga asing terbabit sedang bekerja menyebabkan ada yang gagal melarikan diri.


"Jalan ke kilang berkenaan tidak boleh dimasuki menggunakan kenderaan biasa kerana rosak teruk menyebabkan 120 anggota terbabit dalam operasi ini terpaksa menggunakan 30 motosikal untuk ke kawasan terbabit. "Hasil pemeriksaan, daripada 210 pekerja, 90 orang terpaksa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen kerana pelbagai kesalahan seperti salah guna pas kerja, tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah," katanya.


Semua yang ditahan adalah warga Indonesia dan Bangladesh berusia antara 25 hingga 45 tahun termasuk tiga wanita Indonesia, seorang lelaki warga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu.


Seramai 72 individu disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (c) akta sama kerana tinggal lebih masa dan mengikut Peraturan 39B kerana menyalahgunakan pas kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 10:14 AM | Show all posts
metro

30 kertas kerja
Oleh Mahaizura Abd Malik
[email protected]
2010/06/04
      

JOHOR BAHRU: Penganjuran Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Belumut, Kluang 2010 bukan saja mendedahkan dunia penyelidikan khazanah alam, malah menjadi platform bertukar pandangan dan idea baru.
Seminar dua hari membabitkan lebih 180 peserta terdiri penyelidik, saintis dan pegawai pelbagai jabatan dan agensi itu kali kedua diadakan di negeri ini selepas Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Panti, Kota Tinggi 2007.


Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Razani Ujang berkata, penganjuran seminar itu susulan ekspedisi di lokasi dijalankan pada 10 hingga 14 Ogos lalu.


“Ekspedisi empat hari itu bertujuan memperoleh dan mengumpul sebanyak mungkin maklumat berhubung kepelbagaian biologi di Hutan Gunung Belumut sekali gus memperkukuhkan lagi kekayaan khazanah hutan di negeri ini.


“Selain itu, usaha melindungi dan memelihara khazanah hutan juga perlu diberi keutamaan bagi memastikan peranannya kepada ekonomi dan sosial negara dapat dikekal dan dipertingkatkan,” katanya.


Katanya, 30 kertas kerja dibentangkan pada seminar itu dan akan dijadikan panduan dan rujukan masa depan.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan dan tumpuan kepada pengurusan hutan secara berkekalan supaya khazanahnya terpelihara. “Sektor perhutanan memainkan peranan penting dalam arus pembangunan sosio-ekonomi negeri dan pelbagai kaedah sesuai difikirkan bagi meningkatkan lagi hasil hutan serta nilainya menerusi jabatan perhutanan.


“Kerajaan negeri memperuntukkan kos banyak tahun ini bagi memastikan usaha pembangunan dan pemuliharaan hutan melalui amalan silvikultur berkesan serta sempurna selaras konsep Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dapat dilaksanakan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 10:58 AM | Show all posts
Berita Harian

Jalur lebar mampu rangsang ekonomi

2010/06/07

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pihak menyedari kepentingan impak jalur lebar kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mengambil langkah perlu untuk memperluaskan penggunaannya serta kualiti penyampaian.

Timbalan Perdana Menteri berkata, laporan kajian ke atas negara Asean mendapati bagi setiap peningkatan 10 peratus penembusan jalur lebar, ia boleh menyumbang kepada satu peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Dalam usaha memacu negara ke arah pencapaian yang lebih tinggi di bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi teknologi (ICT) serta jalur lebar, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar yang dipengerusikan saya sendiri bersetuju supaya beberapa inisiatif perlu dilaksanakan termasuk pelaksanaan projek daerah digital di beberapa daerah termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Digital-Pagoh-Muar 1Malaysia, di Kompleks Sukan Pagoh, di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Pengerusi Suruhanjaya dan Multimedia, Tan Sri Khalid Ramli serta Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf.

Muhyiddin berkata, usaha juga dijalankan bagi memperluaskan penggunaan jalur lebar kepada masyarakat luar bandar melalui projek Pusat Jalur Lebar Komuniti bagi mengatasi isu pemilikan komputer peribadi rendah yang setakat ini 2,143 projek dibina di seluruh negara, manakala 383 projek lagi akan dibina dalam masa terdekat.

Katanya, perkhidmatan selular di kawasan luar bandar juga akan dipertingkatkan dengan membina 1,000 menara baru di seluruh negara untuk mencapai 97 peratus liputan kawasan penduduk menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata, pada masa ini, penembusan jalur lebar isi rumah sudah mencecah 36.1 peratus berbanding dengan sasaran 50 peratus yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini.

“Selain itu, satu lagi bidang yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan inisiatif jalur lebar melalui pembangunan kandungan kreatif digital iaitu kandungan yang boleh dihantar melalui rangkaian jalur lebar.

“Dengan adanya rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi itu, pelbagai kandungan kreatif yang dihasilkan dalam era multimedia termasuk video, animasi dan data dapat disalurkan melalui rangkaian jalur lebar, " katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.194908 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list