CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_slayers

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

[Copy link]
Post time 23-6-2009 10:11 AM | Show all posts
aku dok kat area melaka raya..hurm..bertambah sesak laa kat situ gamaknyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2009 06:17 PM | Show all posts
aku dok kat area melaka raya..hurm..bertambah sesak laa kat situ gamaknyer..
Kambeng_Gurun Post at 23-6-2009 10:11



patot sblm dier nak buat ni sume kasik naik tarap skit jln kat mlke ni.. psl da la sesak jerk... jln kecik.. x byk alternatif.. klu cuti skola jam x hengat!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 12:44 AM | Show all posts
Projek Aerorail Melaka Berharga RM1.5 Bilion Mula Tahun Depan

MELAKA, 25 Jun (Bernama) -- Projek Sistem Transit Bandar Aerorail bernilai RM1.5 bilion dijangka bermula pada suku pertama tahun depan, demikian menurut pemajunya, Pyramid Express Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya Lim Sue Beng berkata sebanyak 26 tren akan digunakan bagi laluan yang mempunyai 10 stesen dan pembangunannya terbahagi kepada dua fasa.

"Keseluruhan projek dijangka disiapkan dalam masa enam tahun," katanya kepada pemberita pada pameran awam projek itu di ruang legar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini Khamis.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Sistem aerorail di Melaka akan dibina, dikendali dan diuruskan oleh Pyramid Express Sdn Bhd dengan bantuan ejen tempatan Aerobus International dari Houston Amerika Syarikat.

Antara pembangunan yang dirancang ialah struktur, stesen dan depot Aerorail, hotel, pangsapuri servis dan kemudahan lain.

Menurut Lim, fasa pertama projek berharga RM500 juta bagi laluan sepanjang 7.8 kilometer dengan pembinaan tujuh stesen dan sebuah depot manakala fasa kedua berharga RM1 bilion.

"Fasa kedua meliputi laluan sejauh 7.5 kilometer dengan pembinaan tiga stesen dan lain-lain," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali berkata antara 10 stesen itu ialah stesen Tun Ali (pusat bandar), stesen Chempaka, stesen Sentral, stesen Peringgit, stesen Kolej (berhampiran Kolej Yayasan Melaka), stesen MBMB, stesen MMU, stesen MITC dan stesen terakhir di kawasan Zoo Melaka.

Pameran di MBMB itu bermula Selasa lepas dan akan berakhir pada 22 Sept ini.

"Orang ramai dialu-alukan memberi komen, cadangan dan bantahan terhadap projek ini untuk Melaka menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik kepada penduduk dan pelancong ke negeri ini," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 10:04 AM | Show all posts
3 bulan tempoh kemuka bantahan projek aerorel

MELAKA 25 Jun – Kerajaan negeri memberi tempoh tiga bulan kepada penduduk negeri ini untuk mengemukakan cadangan atau bantahan berhubung pelaksanaan projek sistem pengangkutan aerorel yang menghubungkan Ayer Keroh ke Dataran Pahlawan di pusat bandar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri tidak boleh meneruskan pelaksanaan pembinaan projek berkenaan sekiranya mendapat bantahan daripada penduduk di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk mengemukakan bantahan atau cadangan di ruang legar di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Menurutnya, setakat ini, pihaknya menerima pandangan yang positif berhubung pelaksanaan projek yang meliputi dua fasa dengan peringkat pertama menelan perbelanjaan sebanyak 200 juta.

‘‘Setakat ini, 60 orang sudah membuat komen mengenai projek aerorel dan maklum balas mereka amat positif malah menggalakkan kerajaan negeri untuk meneruskan projek itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan laluan sistem transit aerorel Melaka di sini hari ini.

Sistem aerorel tersebut meliputi jarak sepanjang 18.4 kilometer dan melibatkan dua fasa.

Fasa pertama, sejauh 9.56 kilometer termasuk 10 hotel melibatkan dari Melaka Mall di Lebuh Raya Ayer Keroh seterusnya ke Hospital Melaka, Melaka Sentral, Hang Tuah Mall, sepanjang Sungai Melaka, ke stesen Jam Besar dan berakhir di Pusat Perubatan Mahkota di Banda Hilir.

Fasa kedua pula, sejauh 8.77 kilometer melibatkan laluan dari Melaka Mall ke Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Zoo Melaka dan berakhir berhampiran dengan Tol Ayer Keroh.

Ia dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Kos pembinaan dan pengurusannya ditanggung oleh pihak swasta Pyramid Express Sdn. Bhd. dengan kos bernilai RM1.8 bilion termasuk pembinaan 10 hotel berbintang empat di setiap stesen hentiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 09:42 PM | Show all posts


  1. Sistem aerorel tersebut meliputi jarak sepanjang 18.4 kilometer dan melibatkan dua fasa.

  2. Fasa pertama, sejauh 9.56 kilometer termasuk 10 hotel melibatkan dari Melaka Mall di Lebuh Raya Ayer Keroh seterusnya ke Hospital Melaka, Melaka Sentral, Hang Tuah Mall, sepanjang Sungai Melaka, ke stesen Jam Besar dan berakhir di Pusat Perubatan Mahkota di Banda Hilir.

Copy the Code


ak nak membayangkan mcm ne nak buat sampai 10 hotel skali sederet dlm jarak x sampai pon 10 KM

nak kate bebal, lu pikir la sendiri Ali Ketam oiii

ak rase gerenti projek ni awal2 kene rijek, x kn diapprove pya oleh kementerian, mengarut....

sepatutnye pergi hapuskan semua bas2 berkerak mcm baru keluar oven kt Melaka Sentral tu....

Dah la berkerak satu hal, dah tu x de jadual, boleh giler dibuatnyer tunggu2 x dtg.....

Mcm org terencat tggu kt bustop berjam-rejam!!:@:geram::kant:
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 09:46 PM | Show all posts
wah..menarik..x sabar plak aku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2009 09:51 PM | Show all posts
RM1.5 Billion Aerorail Melaka Project To Take Off Next Year

MELAKA, June 25 (Bernama) -- Melaka's Aerorail Transit System project worth RM1.5 billion is expected to start in the first quarter next year, according to its developer Pyramid Express Sdn Bhd.

Its managing director, Lim Sue Beng, said a total of 26 trains with five compartments each will be offered to serve 10 stations while the development will be carried out in two phases.

"The whole project is expected to be completed in six years," he told reporters at the initial preview of the project at the lobby of the Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) building here Thursday.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam was also present at today's event.

The aerorail system in Melaka will be built, operated and managed by Pyramid Express Sdn Bhd with the help of the local agent of Aerobus International from Houston, US.

In the development plan are the construction of structure, stations, the aerorail depot, hotel, serviced apartment and others.

Lim said the first phase costing RM500 million will see the construction of the route covering 7.8 km in length, seven stations and a depot while the second phase will cost RM1 billion.

"The second phase will cover another 7.5 km and the building of three stations and the other facilities," he said.

Meanwhile, Mohd Ali said that among the 10 stations identified were the Tun Ali station (town central), Chempaka station (near Jusco/Tesco Shopping Malls),Melaka Sentral station, Peringgit station (Melaka Hospital), College station (close to Kolej Yayasan Melaka), MBMB station, MMU station, MITC station and the last station near Zoo Melaka.

The project plan is on the display to the public until Sept 22. Mohd Ali said the people were invited to give their comments, suggestions and any objections so that Melaka is able to provide an efficient public transportation system for its people and visitors.



Huaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Hentikanlah mencacatkan Melaka ak yg terchenta ini.....

buruk giler design dier, tiang tinggi2 bagai.....

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 09:56 PM | Show all posts






x ke burok nk mati??!!

Dgn tiang setinggi2 alam...:geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2009 09:57 PM | Show all posts
http://aerorail.net/

ni website dier kalu nk tgk lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 12:27 AM | Show all posts
dyorg ni
buat development kat tmpt len plak
ini x,nk jgk dy sumbat kat area banda hilir tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 10:59 AM | Show all posts
BN nk try kongker ctu x dpt2, tu yg galak bgnkn bndar hilir kot {:2_67:}
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 11:03 AM | Show all posts
makk aii bumbung .. hahahhaha .. wat leklok sket kang senang .. ni pusing2 haaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 01:07 AM | Show all posts
kg jawa tu mmg best la sgt klasik.. isk sayang la plak nk d ubah2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 10:47 AM | Show all posts
kalau la melaka ada memacam benda baru
berbaloi jenjalan ke sana
banyak tempat boleh pegi, boleh explore


/- plan aku tuk coti hari raya akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 02:42 AM | Show all posts
aku nk p this coming 24... 1 week.. heheh.. nk try eye on malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 07:40 AM | Show all posts
13 tapak warisan Jepun dipamer

MELAKA 1 Julai - Masyarakat di negeri ini tidak perlu lagi ke Jepun untuk melawat tapak-tapak Warisan Dunia di negara matahari terbit itu.

Ini kerana mereka berpeluang mengetahui dan melihat keindahan tapak-tapak berkenaan dengan hanya berkunjung ke Pameran Gambar Tapak Warisan Dunia Jepun di Muzium Sejarah dan Etnografi, Banda Hilir di sini.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas berkata, ia mempamerkan sejarah serta maklumat mengenai ke semua 13 tapak Warisan Dunia yang terdapat di Jepun.

Menurut beliau, antara yang dipamerkan seperti Pergunungan Shirakami-Sanchi, Pulau Yakushima, Istana Himeji-jo dan Monumen Buddha di Kuil Horyu-ji.

"Tapak Warisan Dunia di Jepun lain yang dipamerkan ialah Kubah Genbaku, Itsukushima-jinja Shrine, Monumen Ancient Kyoto serta serta perkampungan Gassho-zukuri dan Goyakama.

"Turut dipamerkan adalah Tapak Gusuku serta peninggalan Kingdom of Ryukyu yang meliputi Kota Shuri-jo, tapak suci di Pergunungan Kii, Kuil Nikko, Monumen Ancient Nara dan semenanjung Shiretoko," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2009 10:05 AM | Show all posts
btol2 melaka maju 2010 ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 07:48 AM | Show all posts
sape ckp muzium negara masuk free?

parking RM2
masuk muzium RM2


tapi aku puas ati giler
masuk muzium negara yang baru lepas renovate ni..
memacam ada...

aku tak puas sekali masuk
aku masuk dua tiga kali
baru aku rasa aku dapat tengok baca semua nye dgn puas ati..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 07:50 AM | Show all posts

Planetarium Melaka

Planetarium dibuka 15 Julai

Oleh AMRAN MULUP
[email protected]

MELAKA 2 Julai - Melaka menambah satu lagi tarikan kedatangan pelancong ke negeri ini apabila Planetarium Melaka bernilai RM20 juta akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Julai ini.

Apa yang pasti, ia bakal menjadi tarikan baru kepada pelancong dalam dan luar negara jika mereka ingin melihat 20 peralatan berteknologi tinggi bernilai RM2.4 juta yang terdapat di sini.

Menambah tarikan itu, Planetarium Melaka turut menyediakan kemudahan seperti galeri, ruang persembahan dan pameran, muzium astronomi, restoran dan kios.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerja-kerja pembinaan bangunan itu di kawasan seluas 2.8 hektar sudah siap 95 peratus.

''Kini tinggal hanya kerja-kerja akhir iaitu menyiapkan landskap dan pemasangan penghawa dingin akan dilakukan.

''Apabila lengkap semua ini ia akan dibuka kepada orang ramai pada 15 Julai ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke planetarium itu di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin, Pengarah dan Pengarah Rekaan Syarikat Konsultan Jururunding Pico International (M) Sdn Bhd, Edmund Chen dan Bruce Head.

Planetarium Melaka terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dekat sini.

Planetarium terbaru itu jauh lebih besar daripada Planetarium Al-Khawarizmi yang pertama dibina di negeri ini terletak di Tanjung Bidara, Masjid Tanah dekat sini.

Menurut Mohd. Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hadir untuk merasmikan planetarium itu pada 1 Ogos ini.

Di samping itu kata beliau, angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri Sheikh Mustapha juga dijangka hadir pada perasmian itu.

''Kerajaan negeri juga merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan empat lagi planetarium di Kuala Lumpur, Terengganu, Sarawak dan Planetarium Al-Khawarizmi," katanya.

Hubungan kerjasama itu, katanya, tertumpu kepada pertukaran bahan dan filem.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memajukan planetarium itu terutama di bidang sains dan teknologi.

Malah, beliau menyifatkan planetarium yang akan dibuka kepada orang ramai pertengahan bulan ini akan menambah tarikan kedatangan pelancong ke Melaka

Mengenai harga tiket untuk masuk ke planetarium itu, katanya, ia masih belum ditetapkan tetapi menjangkakan RM10 untuk dewasa dan pelajar pula dikenakan potongan harga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 02:11 PM | Show all posts
tgh2 bulatan mitc .. hahahhaha .. no komen ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.518003 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list