|
Hobin Jang Hobin..[Tujuh muka baru kuatkan NS]
[Copy link]
|
|
sobolum final aritue..pueh nak cari mano nak boli jersi kuning tue ..
last2 poie stadium pakai gak jersi nogori..tp warne merah leh yo kan..
janji kito dah monang..:pompom::pompom: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Piala Malaysia: Pemain Negeri Sembilan Dapat RM200,000
SEREMBAN, 11 Nov (Bernama) -- Pasukan Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia Sabtu lepas akan mendapat ganjaran berjumlah RM200,000, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan berkata bonus dan insentif itu akan dibayar dalam masa terdekat.
Katanya ramai yang tidak menyangka pasukan negeri ini boleh menang malah merasakan Kelantan akan membelasah pasukan berkenaan pada perlawanan akhir itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.
" Ini semangat yang nak kita tanam, kita mesti ada kepercayaan pada diri sendiri dan kalau kita sudah letak matlamat, kita mesti mencapai matlamat itu, kita kena kerja keras," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu.
Sebelum ini, pasukan Hoben Jang Hoben itu mendapat RM50,000 apabila berjaya ke separuh akhir dan dibayar RM100,000 selepas layak perlawanan akhir, katanya.
Katanya untuk merayakan kemenangan itu, satu program khas akan dibuat pada pada malam Sabtu ini di padang Majlis Perbandaran Seremban.
"Pada sebelah pagi, kita akan arak Piala Malaysia dan pemain dalam sebuah bas terbuka melalui bandar Seremban, Senawang dan Ampangan," katanya.
Selain pertunjukkan bunga api, program itu akan melibatkan persembahan hiburan dan pelbagai aktiviti menarik, katanya.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat menunaikan permintaan ramai rakyat negeri ini yang mahukan kerajaan negeri mengumumkan cuti khas sempena kemenangan pasukan bola sepaknya.
"Kalau kita umum cuti yang tidak diwartakan ini, ia akan melibatkan banyak kos. Kita negeri yang ada banyak industri, pihak industri terpaksa menanggung kos yang banyak seperti pembayaran gaji apabila pekerja terpaksa bekerja pada hari tersebut," katanya.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
indra tu den tak suko sobab dio sajo terajang kaki zakuan.. nasib zakuan tak injured teruk mcm aidil first half tu.
den lupo nak bwk kamera nak ambik gambar buek kenangan... waaa |
|
|
|
|
|
|
|
banggo den kito monang. alhamdulillah. seb bek ada ado komba ensem |
|
|
|
|
|
|
|
sabtu ni sapo2 g perarakan pialo tu..ambik2 lah gambar yo..
xdapek nak join ado konduri kek kg pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
takdo sapo ko pi tengok perarakan tu |
|
|
|
|
|
|
|
takdo sapo ko pi tengok perarakan tu
MetalFire Post at 16-11-2009 18:52
bukan ko seluroh nogori dio berarak?????
manjang ujan yo...x pek nak nengok do..... |
|
|
|
|
|
|
|
hari ahad dah sampai kat padang rembauu dah.....den pun x tgk gak....kojo...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Piala Malaysia diarak
Oleh RAIS YEOP JOHARI
SEBAHAGIAN daripada penyokong bola sepak Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang memegang Piala Malaysia yang diarak oleh pemain skuad Hoben Jang Hoben di Dataran Senawang, Seremban semalam.
SELEPAS seminggu Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia, akhirnya seluruh peminat skuad Hoben Jang Hoben dapat menatap trofi itu dari dekat dalam satu perarakan besar-besaran semalam.
Sambutan besar-besaran itu dibuat bagi meraikan kejayaan skuad Negeri Sembilan muncul juara selepas kali terakhir mereka mendakap piala berprestij itu 61 tahun lalu.
Acara perarakan itu bermula kira-kira pukul 3.30 petang di Dataran Senawang, Seremban, dengan pemain diarak menaiki bas tanpa bumbung.
Biarpun hujan lebat ketika perarakan lewat petang semalam, namun ia tidak menghalang 1,000 orang peminat untuk turut serta bergembira meraikan bersama-sama para pemain.
Kesemua kesebelasan pemain utama termasuk jurulatih, Wan Jamak Wan Hasan berada dalam bas mengelilingi kawasan sekitar Senawang.
"Walaupun hujan lebat, kita tetap meneruskan program ini dan kita tidak mahu mengecewakan peminat yang telah lama menunggu di setiap destinasi yang kita janjikan," kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Ismail Lasim.
Piala Malaysia akan dibawa ke seluruh daerah bermula di Rembau hari ini pada pukul 4 petang di Dataran Rembau.
Keesokan harinya, Piala Malaysia akan diarak pula di Stadium Kuala Pilah pada waktu yang sama.
Sambutan juga akan diadakan di Stadium Tampin, Tampin, pada 17 November, di Stadium Kuala Klawang (18 November) sebelum Piala Malaysia dibawa ke bandar Jempol pada 19 November.
Perarakan Piala Malaysia itu akan berakhir di Port Dickson di Padang Merdeka pada 20 November ini.
Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 November lepas, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain NS dapat bonus
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
[email protected]
MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) menjulang Piala Malaysia yang ditunggu-tunggu sejak 61 tahun lalu.
SKUAD Negeri Sembilan yang muncul juara Piala Malaysia 2009 selepas penantian selama 61 tahun mendapat 'durian runtuh' apabila menerima insentif dan imbuhan bonus sebanyak RM300,000 semalam.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insentif tersebut termasuk RM100,000 yang disumbangkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).
"Sehingga kini pemain dan pengurusan pasukan telah pun menerima insentif dan bonus sebanyak RM450,000 daripada PBNS.
"Selain hadiah wang tunai itu, semua pemain akan dibawa ke Bandung, Indonesia bagi menjalani latihan persiapan menghadapi Piala Sumbangsih awal Januari depan," katanya pada majlis penyampaian penghargaan itu kepada pemain di Klana Resort, Seremban semalam.
Turut hadir ialah Naib Presi- den PBNS, Datuk Ismail Lasim; Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd. Halim Abd Latif; juru- latih Wan Jamak Wan Hasan serta semua pemain kecuali S. Kuna- lan dan pasangan kembar, Mohd. Aidil Zafuan Radzak dan Mohd. Zaquan Adha Radzak yang sedang mewakili skuad negara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2011.
Beliau menambah, sepanjang di Bandung nanti, skuad Hoben Jang Hoben akan mengadakan empat perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan.
Katanya, perlawanan itu adalah bagi menilai prestasi pemain bagi menghadapi Selangor (juara Liga Super) pada perlawanan pembukaan Liga Malaysia (Liga M) 2010 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi nanti.
"Bagaimanapun, semua pemain akan dibenarkan bercuti selama 10 hari selepas siri jelajah dan perarakan Piala Malaysia akan berakhir minggu ini di Port Dickson.
"Kita tidak melakukan banyak perubahan dan hampir semua pe- main sedia ada dikekalkan. Buat masa ini, kita telah menyenarai- kan 20 pemain, dengan lima lagi kekosongan akan diisi kemudian," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, jurulatih Wan Jamak akan dikekalkan untuk terus membimbing skuad negeri selepas prestasi cemerlangnya membawa pulang Piala Malaysia yang dinanti- kan sejak 61 tahun lalu.
"Kebanyakan pemain negeri ini mempunyai kontrak lima tahun kerana PBNS hendak membina pasukan dalam jangka masa panjang dan mantap. Untuk itu tidak timbul soal pasukan lain yang berhajat memancing pemain skuad negeri," tegasnya.
Mohamad turut memaklumkan, mulai musim depan pasukan negeri akan menggunakan jersi baru berwarna kuning apabila bermain di gelanggang sendiri dan menggunakan jersi merah apabila beraksi di tempat lawan.
Katanya, warna kuning lebih cerah dan membawa tuah kepada skuad Negeri Sembilan.
Mengulas mengenai pemain pinjaman dari pasukan T-Team, Hairuddin Omar, beliau berkata, PBNS memang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan telah pun menawarkan tempat untuknya bermain dengan pasukan Negeri Sembilan.
"Bagaimanapun, ia terpulang kepada Hairuddin untuk membuat keputusan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
katenye.. HaiO da sign kontrak ngan Tteam..pastu..dikatakan ade 3 orang player utama kita dah mule berunding ngan team luar..antaranya selangor dan kl plus |
|
|
|
|
|
|
|
apo yg di tunggu laei tu
sapo la offer dr luar
masa saham tongah naik ni...
sok maso dah soliyuh kaki tu,..x laku daaa |
|
|
|
|
|
|
|
den banggo den anak nogori.. tahniah team n9.. anda mmg hebat..
beskotdonat23 Post at 11-11-2009 16:35
salam sumo...sey namo eh nurina..
sey pon banggo ado 'blood jolobu' nih...
congrats to all hoben players, jurulatih, dan pihak pengurusan!!!
p/s walo pun sey sodih Selangor x dapek masuk final...
sey totap sokong dan 'memeriahkn' Pialo Malaysia nih
hidup Jang... |
|
|
|
|
|
|
|
hujung minggu ni.ramai2 turun ar stadium Paroi.Pialo sumbangsih lawan Selangau |
|
|
|
|
|
|
|
274# MetalFire
insyaallah kok takdo pohal deyen turun ko paroi sabtu neh....Hoben Jang hoben.:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Ha pada sapa2 yang nak pergi stadium paroi sabtu ni pastikan beli tiket tu awal2.
Sebabnya pada Final Piala Malaysia hari tu banyak yang tak dapat tiket. |
|
|
|
|
|
|
|
ehehehe...i pn pegi tgk...dpt tiket free lagik...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
final Piala Malaysia itu hari memang banyak yg tak dapek boli tiket, tapi kok sapo yang nunggu last minit sobolum sepak mulo, berlambak laei sobona ey tiket smpai ado yg jual Rm5 jo sokoping.. den tahu la pasal kek deyen pun dioaghang offer...
tak mustahil game kali ni musti ado jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
yg banyak tiket murah masa final piala malaysia tu sebab penyokong kelantan masuk free (ikut pagar besar stadium).jadi bila dah masuk free jadi tiket yang ada tu dijual murah.
harap kali ni penyokong n9 lebih ramai berbanding final piala malaysia hari tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|