|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: DELICATE ORCHARD
[Copy link]
|
|
sebelum buat dorang tak terfikir ke
ni 1st ke dorang terlibat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire replied at 6-11-2024 10:14 AM
kalau tengok youtube tu aduhaiii takuttt
Seremmmm nak menengoknyer |
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire replied at 6-11-2024 10:14 AM
part makan tu terukmakan makanan yang dah busuk
Dashyatttnye!! |
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire replied at 6-11-2024 10:15 AM
sebelum buat dorang tak terfikir ke
ni 1st ke dorang terlibat...
Tu lah..
Org2 muda yang mudah gelap mata
But all of them positif dadah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Page 14 |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk penjara ini, kaki wajib dirantai dengan besi. Pesalah tertekan hingga ada yang gila dan tamatkan riwayat sendiri
UMUMNYA bila disebut penjara, kita tahu ia adalah tempat para banduan menjalani hukuman selepas didapati bersalah oleh mahkamah. Banyak kisah-kisah ngeri dan menakutkan sering kita dengar berlaku dalam penjara.
Pernahkah anda dengar banduan yang dipenjarakan dirantai kakinya? Inilah salah satu keadaan ‘unik’ yang berlaku di penjara Bang Kwang di Thailand.
Penjara yang menempatkan pesalah lelaki ini terletak di wilayah Nonthaburi, 11 kilometer di utara Bangkok. Penjara ini menempatkan para banduan yang dihukum mati dan tempoh penjara yang panjang. Penjara ini juga menempatkan ramai pesalah luar negara.
Apa yang paling ditakuti oleh para pesalah kerana ‘siksaan’ kehidupan di dalamnya. Mengikut tradisi penjara ini, banduan yang dimasukkan ke sini wajib memakai rantai besi di kaki selama tiga bulan. Sementara itu, bagi banduan yang dijatuhi hukuman mati, rantai besi di kaki mereka akan dipateri kekal sehingga tiba waktu mereka menjalani hukuman mati (ia telah ditamatkan pada 2013).
Sudahlah dikurung, kaki pula dirantai. Keadaan itu bukan saja menyebabkan mereka susah untuk bergerak tetapi juga menyebabkan tekanan perasaan. Malah, ada di antara banduan menjadi gila dan membunuh diri akibat tidak tahan dengan kehidupan di dalam penjara itu.
Sebenarnya, tekanan perasaan yang dialami ini bukan hanya datang daripada tradisi pemakaian rantai besi semata-mata, tetapi juga keadaan penjara yang amat sesak dan jauh melebihi had. Bahkan, makanan juga tidak mencukupi menyebabkan banduan berasa sukar hidup di sini.
Menurut laporan yang pernah disiarkan Bangkok Post, sel penjara di Bang Kwang ini cuma bersaiz 6×8 meter persegi dengan menempatkan 43 orang penghuni. Keadaan itu menyebabkan seorang penghuni cuma mempunyai ruang antara 0.7 hingga 0.8 meter persegi sahaja.
Tekanan paling dirasai apabila mereka terpaksa makan semangkuk nasi dengan sup sayuran saja setiap hari. Makanan lain cuma boleh dibeli di kantin penjara dan hanya mereka yang kaya dan ada wang saja boleh berbuat begitu.
Para penghuni di sini berasa terseksa dan azab sepanjang menjalani hukuman. Adakalanya keadaan itu seperti berada dalam zaman kebuluran akibat peperangan.
Warren Fellows, warga Australia yang pernah dipenjarakan di sini kerana kesalahan menyeludup dadah. Warren yang telah bebas menceritakan dalam buku The Damage Done, kehidupannya dalam penjara tersebut cukup terseksa. Dan siksaan itu datang dalam pelbagai bentuk.
Penjara ini pada asalnya adalah untuk tahanan luar negara yang dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup. Ia dikawal rapi dengan kelengkapan dan kemudahan yang sangat daif.
Sistem Chit yang digunakan di penjara ini menyebabkan banduan berasa sangat seksa apabila mereka terpaksa berkhidmat kepada banduan kaya dan pegawai penjara hanya untuk mendapatkan makanan.
https://utusantv.com/2022/01/23/ ... an-riwayat-sendiri/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mamanoni replied at 6-11-2024 10:15 AM
Reminder kepada yang nak seludup dadah
Nak wang mudah
Sampai sanggup buat perkara yang mungkar |
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire replied at 6-11-2024 10:17 AM
Masuk penjara ini, kaki wajib dirantai dengan besi. Pesalah tertekan hingga ada yang gila dan tamatk ...
Jadi tertekan sangat sampai gile & bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnyerr, sistem penjara pun tak telus ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Pastu menyusahkan diri sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
mamanoni replied at 6-11-2024 10:21 AM
Pastu menyusahkan diri sendiri
Kesian dekat keluarga yang tak sangka
Ingat anak2 pandai bianes cari duit |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh hisap rokok/vape di thailand |
|
|
|
|
|
|
|
boleh dipenjara dan didenda dengan serta merta |
|
|
|
|
|
|
|
kalau di thailand jangan buang sampah merata.. denda 100 ribu baht |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu kes dadah ni mmg dah biasa/pernah buat |
|
|
|
|
|
|
|
kalau di thailand tak boleh pijak or langkah duit thailand...
sebab dorang hormat raja dorang |
|
|
|
|
|
|
|
aku sambil2 menolak dgn info yer
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|