Hahaha .. kaannnnn~ .... 74 keping to be exact ye .....
By the way, 3000 keping tu cuma ...
jojiekejung Post at 28-9-2011 14:08
TUJUHPLUHPAT?!!! giler ganas mak!!
RIM definitelt should be more active in tracking the sales of the albums, dulu kat Majalah Billboard RIM punya Malaysian Album Chart ada, but for some unknown reason, RIM dah takder kat situ. In fact, kat official website pun dah stop providing this kinda chart. This chart shoud be once again made to the public for information sharing, plus help tracking what album or artistt sold the most. Biler bukak page RIM, pusing2 pasal cetak rompak jer...
kah kah kah,.... kawan aku kena sedas ngan aku!... dok kutuk tokti tak sedar diri buat album omputih padahal speaking kelaut!...
baru tadi aku just rename lagu Stand up dari "Siti Nurhaliza - Stand Up" jadi Adele - Stand Up (saja je aku rename ke adele sebab dia cerita dia suka lagu set fire to the rain + rollong in the deep tu!)
pastu aku blutut ke hp dia suruh dia dgr... dia cakap best giler. siap kata itu mesti jadi single ke-3 adele!..... sampai skang dia tak tau lagi lagu tu Tokti yg nyanyi!
jahat tak aku?
nanti malam aku nak bagi tau dia nak tgk reaksi dia macam mana!
KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2011: Bukan masalah sebutan dan bukan juga kerana gusar album Inggeris pertamanya itu tidak akan mendapat sambutan, sebaliknya penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza,32 percaya tuah amat diperlukan bagi membolehkan album All Your Love miliknya itu terus bersinar.
Hakikat itu diakui Datuk Siti ketika bercakap kepada pihak media sebaik saja selepas majlis pelancaran album Inggerisnya di Starhill Gallery, di sini petang semalam.
"Album ini nyata telah mencabar keupayaan saya dalam bidang nyanyian. Kerana lagu-lagu Melayu merupakan makan minum saya, tapi kali ini saya telah mencabar diri sendiri dengan lagu Inggeris.
" Apatah lagi inilah kali pertama saya bekerjasama dengan komposer dari luar negara. Untuk itu, saya serahkan sepenuh kepercayaan kepada peminat untuk menilai album ini. Semuanya juga terpulang kepada tuah yang akan menyebelahi nasib album ini," katanya penuh redha.
Jelas Datuk Siti Nurhaliza lagi, album yang diterbitkan di bawah label What's Up Entertaiment Sdn Bhd iaitu syarikat produksi milik anak tirinya, Adib Khalid adalah di luar kebiasaannya sebagai penyanyi dan berharap album itu nanti akan menjadi permulaan terbaik untuknya menembusi pasaran antarabangsa.
"Memang sudah lama saya mahu melahirkan album Inggeris. Cuma sebelum ini saya tidak berpeluang dari soal masa dan juga tiada persediaan ke arah itu.
"Tapi apabila buat pertama kalinya Adib mencadangkan untuk menerbitkan album ini, saya bagaikan tak percaya yang dia akan menerbitkan album saya di bawah syarikat rakamannya sendiri.
"Tetapi dengan adanya individu yang bekerjasama dengannya seperti Bryan Bouro iaitu seorang produser terkenal dari Australia, malah saya sendiri berpeluang mendengar sendiri lagu-lagu ciptaannya yang menarik dan catchy, saya tertarik," katanya.
Menampilkan sepuluh lagu baru iaitu All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love dan Stand Up, album ini juga disifatkan cukup istimewa kerana turut menampilkan duet bersama penyanyi terkenal antarabangsa Sean Kingston menerusi lagu Remember You.
Malah, Datuk Siti Nurhaliza turut menyifatkan kelahiran album Inggerisnya itu terutama selepas lebih 15 tahun berkecimpung dalam arena seni suara bukanlah agendanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa dia boleh menyanyikan lagu berbahasa Inggeris, sebaliknya lebih sebagai mengembangkan kerjaya seninya pada peringkat yang lebih tinggi.
"Saya serahkan sepenuh kepercayaan kepada tenaga kerja muda cara bagaimana untuk mereka mempromosikan dan memasarkan album ini.
"Kalau album-album saya sebelum ini menggunakan langkah promosi di stesen-stesen radio, tapi sekarang ini saya sudah boleh lihat album saya berada di internet. Maksudnya, peminat dari negara mana juga boleh mendapatkan album saya dari saluran ini," katanya.
Datuk Siti dia turut gembira, sejak album berkenaan mula di pasarkan pada 24 September lalu, sambutan yang menggalakkan telah diterima, malah menerusi laman Twitter miliknya, Datuk Siti telah berjaya menambaa bilangan ahli baru dari pelbagai bangsa.
"Syukur Alhamdulillah, sejak mula di pasarkan, cetakan pertama sebanyak 3,000 salinan album telah habis dijual dan sekarang sudah masuk cetakan kedua.
"Walaupun album Inggeris agak baru buat saya, sekurang-kurangnya saya telah menambahkan peminat-peminat daripada pelbagai bangsa termasuklah mereka berbangsa Cina dan India.
"Mereka semua sangat gembira dan ada diantara mereka yang bagaikan tak percaya saya telah lahir dengan album Inggeris, Itulah kata orang, kalau tak cuba kita takan tahu" ujarnya.
Sementara itu menurut Adib, pihak What's Up sedang merangka strategi memasarkan album berkenaan ke peringkat antarabangsa terutama di beberapa negara berhampiran seperti di Melbourne, Australia.
"Cara terbaru paling terbaik bagi memasarkan album ini ialah dengan menggunakan social media yang ada sekarang kerana pada masa ini ramai peminat yang menggunakan internet dalam kehidupan mereka.
"Selain memperkenalkan album ini di itunes, peminat juga boleh mendapatkannya di Amazon dan SitiDIGITAL yang semuanya ada dalam satu laman portal. Mudah saja.
"Kami tidak mahu membuat sesuatu perkara secara mendadak. Mula-mula, What's Up akan fokus kepada pasaran di Malaysia dan tidak lama lagi ia akan berada di Indonesia pula diikuti dengan Singapura serta Brunei.
"Selepas itu kami akan memasarkan di negara-negara Asia dan barulah ke Eropah. Bagaimanapun semua itu masih lagi dalam perancangan," ujar Adib.
Amor sbg peminat mengakui kelemahan Inggeris Siti TAPI sekurang2nya dia mmg berani cabar diri WALAUPUN ada yg kata dia bwt album ni utk luaskan market SimplySiti kat luar n kaut lagi banyak harta
Hello! takat dia nak jadik kaya even org buat taik fitnah dia pun kalau dah Tuhan tu adil even isu bulu babikkkss pun tetap laku produk dia ok!
Haters atau anti tetap akan memuntahkedarahhh kat Siti ni sebab mmg dorg xminat..Kau letak lagu cak lempong ke, Negaraku ke, OST Bersamamu ke hapa ke kalau dah mmg dengki tu sume benda kata xsedap lah, xkena lah chorus choiii lah......
kah kah kah,.... kawan aku kena sedas ngan aku!... dok kutuk tokti tak sedar diri buat album omputih ...
adie82 Post at 28-9-2011 16:04
kihkih.....lawak...lawak......takyah la kasitau cepat cepat
lusa ker ngko kasi renama balik ....ngko kata nie siti nyanyi cover version lagu adele hari tue...
biar dia dia kondemn/kutuk bagai...baru ngko cakap...