CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

Najib sudah murtad, hadiri acara Thaipusam

  [Copy link]
Post time 15-2-2012 10:33 PM | Show all posts
Harussani: Najib hadir sambutan Thaipusam tak menyalahi hukum syarak


9:43PM Feb 15, 2012


Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
   
Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk perdana menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.
   
"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh perdana menteri hari ini.
   
Harussani yang hadir pada seminar itu berkata perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.
   
Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.
   
Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.   
   
Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.
   
"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.
   
"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.
   
Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan PAS di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera PAS seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 10:34 PM | Show all posts
harussani kena ugut ke????
dulu dia haramkan sureheboh tapi tv3 tukar jadi jomheboh terus dia halalkan balik.inilah mufti yg disayangi pemerintah yg zalim.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 10:51 PM | Show all posts
jadi, x betullah yg harussani dok bagitau najib jgn pi menyambut thaipusam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 10:54 PM | Show all posts
tu la kan

tengok orang PAS kuat iman,
selamba je bagi duit kat tokey babi dan salam2

tak la ...
d'zeck Post at 15-2-2012 20:28








   



bagaimana dgn yg ini........kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 10:59 PM | Show all posts
org cite pasal mufti tegur akidah najib......datang peccacai umno dibawaknya klip anwar menari.apa punya sengkeklaaaa otak badigol nie.org nak berporum,dia nak berporum
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:04 PM | Show all posts
org cite pasal mufti tegur akidah najib......datang peccacai umno dibawaknya klip anwar menari.apa p ...
golok mail Post at 15-2-2012 22:59


mufti tu dah perbetulkan isi sebenar
pandangannya sebelum ni dengan mengadap
PM siang tadi

beliau tak bermaksud menegur akidah PM

golongan terpinggir tak tengok berita tv
seperti penduduk golok macam ko apa tau mail lambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2012 11:08 PM | Show all posts
bagaimana dgn yg ini........kah kah kah
crossfire Post at 15-2-2012 22:54


tiap kali tengok muka nuart je rasa nak terkucil

tiap kali rasa nak terkucil je, mesti disebabkan muka nuart..

hish.. bossan betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:29 PM | Show all posts
Hamek ni.. Malas nak cakap banyak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 11:32 PM | Show all posts
Malaysian Insider tulis lain, Bernama laporkan lain.. Mana satu sebenarnya betul ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:49 PM | Show all posts
Statement sudah tukar...baru najib berdehem sikit...

Btw aku tgh tgk soal jawab kat tv3suku skrg... Satim diman tgh melobi nak jadi mb selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:13 AM | Show all posts
Harussani: Najib hadir sambutan Thaipusam tak menyalahi hukum syarak



Kehadiran Perdana Menter ...
along3746 Post at 15-2-2012 22:33



    Aik.. memula tak ok sekarang ok pulak. Ulama' pun boleh flip flop juga ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:18 AM | Show all posts
Jadi atheist adalah yg terbaik. Boleh pergi semua tempat agama utk mengeratkan hubungan kesaudaraan  ...
gogo2 Post at 14-2-2012 09:40



    Ada atheis yg tak baik jugak noks. Terutama yg antireligion. Diorang kalau boleh semua benda taknak ada kaitan dgn agama. Tapi so far kawan2 aku yg atheis ok jer.. tak byk songeh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:58 AM | Show all posts
mesti Najib rasa lega
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:08 AM | Show all posts
jadi, x betullah yg harussani dok bagitau najib jgn pi menyambut thaipusam tu?
DTECCONAN Post at 15-2-2012 22:51



   najib datang sebagai pemimpin nak jumpa rakyat ..anwar tu siapa ekk ? setau aku dia tu parlimen kat kedah kan ..kat selangor tu buat apa ? tak kan penasihat ekonomi RM 1 dah mcm MB lagak dia melawat kawasan tuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:13 AM | Show all posts
najib datang sebagai pemimpin nak jumpa rakyat ..anwar tu siapa ekk ? setau aku dia tu parlimen kat kedah kan ..kat selangor tu buat apa ? tak kan penasihat ekonomi RM 1 dah mcm MB lagak dia melawat kawasan tuu
asklinux Post at 16-2-2012 10:08 AM


ahli parlimen tu bukan pemimpin ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:15 AM | Show all posts
Statement sudah tukar...baru najib berdehem sikit...

Btw aku tgh tgk soal jawab kat tv3suku skrg. ...
copypaste Post at 15-2-2012 23:49


SATIM DIMAN YG HANYA BERKELULUSAN SPM DAN PENGALAMAN SEBAGAI KERANI CABUK IPM TUH DAH TAK SABAR2 NAK JADI MB SELANGOR NEGERI TERMAJU MALAYSIA YER....HAHAHAHAA{:4_241:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 10:17 AM | Show all posts
najib datang sebagai pemimpin nak jumpa rakyat ..anwar tu siapa ekk ? setau aku dia tu parl ...
asklinux Post at 16-2-2012 10:08



   ALAHAI bodohnya Ass-Senan nih.. dia kan ketua pembangkang...sama level ketua berhaluan kiri, ketua berhaluan kanan, apsal limited plak pergerakan dia....camnih kaa akal pencacai2 umno...{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:18 AM | Show all posts
Tak menyalahi hukum syarak


Najib Tun Razak bersalaman dengan Harussani Zakaria pada Seminar Profesionalisme Penceramah Agama UMNO Bahagian Pekan 2012 di Bangi, semalam. Turut kelihatan Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd. Ariffin Daud. - BERNAMA

BANGI 15 Feb. - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves, baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan kaum lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain tidak mengapa, tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama UMNO Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama. Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan reda dengan orang yang melakukan kufur. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:19 AM | Show all posts
najib datang sebagai pemimpin nak jumpa rakyat ..anwar tu siapa ekk ? setau aku dia tu parlimen kat kedah kan ..kat selangor tu buat apa ? tak kan penasihat ekonomi RM 1 dah mcm MB lagak dia melawat kawasan tuu
asklinux Post at 16-2-2012 10:08


Sejak bila Permatang Pauh kat Kedah

Senan oiii???



"ahak"
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:36 AM | Show all posts
Tak menyalahi hukum syarak


Najib Tun Razak bersalaman dengan Harussani Zakaria pada Seminar Pro ...
Anak_Nogori Post at 16-2-2012 10:18



    erk..harussani kata tak menyalahi hukum syarak..oklah..aku boleh terima..tapi tindakan najib tu boleh menimbulkan fitnah dan perasangka buruk org terhadapnya..kalau dh pergi majlis2 mcm tu, konfirm org ngata.

mcm org Islam gi pub, atau duduk semeja dgn org yg minum arak walhal dia tak minum..tp kalau gmbar tu tersebar, ia akan menimbulkan fitnah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.294606 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list