|
Kompleks beli-belah dan Pasaraya di Kuala Terengganu
[Copy link]
|
|
biase2 je tu baru. kite tunggu parkson dgn pb square la plok. doks abor nok tgk wayang kat KTrg. dulu2 zaman panggung rex dgn Cathay tu ambe dok dang |
|
|
|
|
|
|
|
owsosss... giant gong badok...
Tolong kim salam ke sepol azlan.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu PAS/PR amik alih Trganu..adakah wayang yg dikatakan akan ada di PB Sq AKAN DIKENSEL OR POSPON??
OHH TIDAKKKKKKKK.... |
|
|
|
|
|
|
|
hoh..pah ke gong badok ada gergasi... |
|
|
|
|
|
|
|
watachiwa posted on 2-3-2013 10:02 AM
jual tako la.. dgn kerpok leko. ade gop jual pau tu
tako tu biase jual kat jusco. dia kueh mcm al ...
tako tao... peberet aku...
biase beli kat jusco je
|
|
|
|
|
|
|
|
nashrudean posted on 7-3-2013 08:10 PM
kalu PAS/PR amik alih Trganu..adakah wayang yg dikatakan akan ada di PB Sq AKAN DIKENSEL OR POSPON?? ...
molek ah tuh...
kurang seket maksiat
wakakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
IRZeeBuk posted on 8-3-2013 04:25 PM
tako tao... peberet aku...
biase beli kat jusco je
setakat ni hok Jusco is the best la pada lidah wata. yg Tako leko di mydin tu ade rase kureng sket. tp still edible. x lari jauh rasa dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
07 Mac 2013
PMINT Square ubah lanskap pembangunan Kuala Terengganu
Oleh: Aida Abd Rahman
Bandar Raya Kuala Terengganu akan berubah wajah dalam tempoh lima tahun lagi apabila PMINT Square, yang melibatkan enam komponen bangunan pusat komersial, ruang pejabat serta hotel, bakal dibangunkan di kawasan Paya Bunga, tidak lama lagi.
Komponen bangunan seperti Menara PMINT, Wisma PMINT, PB Sentral, Plaza Paya Bunga dan PB Square yang dihubungkan menggunakan jejantas pejalan kaki bakal menjadi mercu tanda baru Terengganu yang merubah lanskap pembangunan Kuala Terengganu khasnya dan Terengganu, amnya.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata PB Sentral merupakan satu komponen yang terdapat dalam PMINT Square yang mula dibangunkan sejak bulan lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.
“Enam komponen bangunan itu termasuk PB Square yang melibatkan hotel dan ruang pejabat (sedang dibangunkan), selain PB Sentral dan satu lagi projek baru akan dibangunkan di tapak stesen bas lama dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.
“Semua kawasan pembangunan ini dinamakan sebagai PMINT Square dan komponen bangunan berkenaan bakal dihubungkan dengan jejantas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah PB Sentral, di Jalan Engku Embong Fatimah, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam negeri, Dato’ Za’abar Mohd Adib dan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Osman Muda.
PB Sentral sempena nama kawasan `Paya Bunga’ sebagai kesinambungan pembangunan projek PB Square (bersebelahan PB Sentral) yang sudah 82 peratus siap dan Plaza Paya Bunga yang dijangka beroperasi selewat-lewatnya Jun ini, selepas terbengkalai agak lama.
Menteri Besar berkata, PB Sentral yang bernilai RM90 juta setinggi sembilan tingkat akan dilengkapi 679 lot parkir (tingkat satu hingga enam), 10 panggung cineplex (tingkat tujuh hingga lapan) serta pusat boling (36 lorong) di tingkat sembilan.
“Kita berharap dalam tempoh lima tahun akan datang Terengganu akan berubah wajah kerana selain Menara PMINT di tapak stesen bas lama, satu syarikat swasta juga akan bangunkan hotel 23 tingkat di tapak Panggung Rex (bersebelahan Hentian Bas MBKT).
“Manakala di Ladang Tok Pelam kita sedang bangunkan premis 31 tingkat, di mana sekarang sudah siap hampir 19 tingkat dan dua tiga bulan lagi akan siap lebih tinggi,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan negeri juga merancang membangunkan pusat perniagaan baru dikenali sebagai `Life Style Mega Mall’ di kawasan seluas satu juta kaki persegi di Kampung Tanjung yang dilengkapi dengan kompleks membeli-belah, panggung wayang, pusat boling dan juga apartment.
Selain itu, tender pembinaan bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu setinggi 23 tingkat bernilai RM80 juta di Kampung Tanjung juga sudah ditutup dan kerja pembinaan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
"Kita merancang pada masa depan untuk membina satu lagi apartment 31 tingkat di Kampung Tanjung sama seperti reka bentuk apartment di Ladang Tok Pelam, bagi mengekalkan penduduk yang terlibat dengan kawasan pengambilan balik tanah di situ.
"Di samping itu, kita juga akan membina pasar baru Pasar Kedai Payang setinggi empat tingkat yang lebih moden, ada penghawa dingin, eskalotor dan jejambat yang menghubungkan Bazaar Warisan, selain hotel lima bintang 23 tingkat dan apartment 30 tingkat,” katanya.
Katanya, Menara bangunan Yayasan Islam Terengganu juga akan dibangunkan membabitkan kos RM20 juta bersebalahan bangunan Wisma Darul Iman yang kini sedang dalam peringkat kerja membersih tapak bangunan.
|
|
|
|
|
|
|
|
09 Mac 2013
Pasar raya baru elak penduduk ke luar Terengganu
Oleh: Aida Abd Rahman
Kewujudan lebih banyak pasar raya baru di Bandar Kuala Terengganu memberi peluang Bumiputera di negeri ini untuk meningkatkan penglibatan di bidang ekonomi dan mengelak penduduk daripada berkunjung ke luar Terengganu khususnya Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan untuk membeli-belah.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kebanyakan penduduk negeri ini yang berkemampuan dan mempunyai kuasa beli yang tinggi memilih untuk berkunjung ke pasar raya terkenal di bandar besar luar Terengganu bagi mendapatkan barangan pilihan masing-masing terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
“Apabila mereka keluar membeli-belah di negeri lain, menyebabkan kita rugi kerana aliran perbelanjaan mereka, wang keluar di tempat lain bukan negeri kita sendiri.
“Dengan adanya kemudahan pusat beli-belah di tempat kita sendiri, kita akan wujudkan perbelanjaan yang berterusan dalam ruang likup (kawasan) kita sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek PB Sentral, Jalan Enku Embong Fatimah, baru-baru ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam negeri, Dato’ Za’abar Mohd Adib dan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Osman Muda.
PB Sentral sempena nama kawasan `Paya Bunga’ sebagai kesinambungan pembangunan projek PB Square yang sudah 82 peratus siap dan Plaza Paya Bunga yang dijangka beroperasi selewat-lewatnya Jun ini, selepas terbengkalai agak lama.
Menteri Besar berkata, PB Sentral yang bernilai RM90 juta setinggi sembilan tingkat akan dilengkapi 679 lot parkir (tingkat satu hingga enam), 10 panggung cineplex (tingkat tujuh hingga lapan) serta pusat boling (36 lorong) di tingkat sembilan.
Selain itu, Dato’ Seri haji Ahmad berkata kerajaan negeri juga merancang membangunkan pusat perniagaan baru dikenali sebagai `Life Style Mega Mall’ di kawasan seluas satu juta kaki persegi di Kampung Tanjung yang turut dilengkapi dengan kompleks membeli-belah, panggung wayang, pusat boling dan juga apartment.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya Giant gong badak ni kat mana...baru ni pergi 2x pusing xjumpe2...yng jumpanya sabasun je...dh nampak ada signboard kata 2.2 km lg tp bila jalan terus smpi kat kompleks sukan doh...puah doh giant hi;iran...nok rasa Giant gong badok plop sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
lovelyna posted on 20-3-2013 11:10 AM
nak tanya Giant gong badak ni kat mana...baru ni pergi 2x pusing xjumpe2...yng jumpanya sabasun je.. ...
bleh rujuk bawah ni peta dia :
Peta panduan Giant GB
|
|
|
|
|
|
|
|
tuan_wu posted on 20-3-2013 01:44 PM
bleh rujuk bawah ni peta dia :
Peta panduan Giant GB
tq tuan
|
|
|
|
|
|
|
|
balik trg baru ni dok dan jenguk giant gok badak lalu time malam skali, takdok bangunan lain keliling ork? gelap gok situ |
|
|
|
|
|
|
|
last project sblm aku join dgn oil & gas...hee.. |
|
|
|
|
|
|
|
cineplex dan pusat boling akan dibina di bangunan parking bertingkat di tepi pb square....tak silap dalam 7 tingkat ruang parking kereta dan kat atas tu ada cinema dan pusat bowling....,10 hall cineplex....
tapi tu la,kate nok start bina bangunan tu awal tahun 2012 tapi pa
siap ada bridge sambung ke pbsquare dgn pbmall ikut propasal. masa conceptual design dulu. pernoh konsultan offer utk aku design utk fire protection. xpi aku x dang. tolak. xpi tgok jgk lah shape building tu. biasa je. rasanya arkitek dh hilang idea utk kreativiti modern design agoknya. petok segi.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak dop update terkini ke...latest development kat KT |
|
|
|
|
|
|
|
Terengganu Islamic Foundation To Build Shopping Complex, 15-storey Hotel By Year-end
Jul 31, 2013
http://www.iproperty.com.my/news/737...el-by-year-end
KUALA TERENGGANU: The construction of a five-storey shopping complex and a 15-storey hotel costing over RM100 million at Kampung Paya Bunga here by the Terengganu Islamic Foundation is expected to start by year-end.
Director Md Kamaru Al-Amin Ismail said the project to be undertaken in collaboration with a local company was supposed to be implemented early this year but was postponed due to unavoidable circumstances.
"The project that will become the foundation's landmark has been delayed due to handing over of the land and the award of the land title by the state government," he told a popular English daily on 30 July.
He said the complex will take about three years to complete.
The complex in the heart of Kuala Terengganu town will be built on a 0.8ha site and will be another tall building here.
Md Kamaru also said the foundation intends to develop its land in the state this year at a cost of more than RM7 million.
He said the foundation has called for tenders to build five-storey shophouses costing RM4 million and seven units costing RM3 million at Bandar Permaisuri in Besut.
"The two projects will be implemented soon," he said, adding that the foundation was considering undertaking similar projects in other districts in the state.
- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|