|
[Tempatan]
VERSI 2 - EDISI KHAS PILIHANRAYA UMUM KE-13 - 5 MAY 2013. ( with poll)
[Copy link]
|
|
teringin nak rase suasana perang kibar bendera kat kelantan...meriah, syok tengok...
tempat aku stay skang nih banyak gelombang biru, bendera lain tak nampak ag....
sekolah aku salah satu tempat buang undi...aku memang tak apply pon jadi kerani spr sebab memang nak balik mengundi...ingatkan mengundi time cuti sekolah, paling paling pon cuti sekolah bulan 5 ni...menunggu2 aku dari tahun lalu nak buang undi time cuti sekolah, sudahnye hari biasa hujung minggu plak....
paham paham je la ramai jgk che mek n awe kelate kije di borneo ni...geram tak dapat balik sebab kena beli tiket lain plak untuk balik ngundi,..
mane2 wakil rakyat takde nak sponsor ke? tahun 2008 dulu bleh plak tabur duit kat perantau kelate suh kelik kg ngundi... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tengok statistik pengundi tahun ini berbanding tahun-tahun lalu, aku yakin tahun ini paling ramai pengundi hantu.
jaga-jaga, ada hantuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
depa tangguh....biarkan. tapi kita tukar depa. 5 tahun lagi bagi depa sembang lain pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
LuCkY-sTaR posted on 10-4-2013 08:40 PM
Bila tengok statistik pengundi tahun ini berbanding tahun-tahun lalu, aku yakin tahun ini paling ram ...
ada beberapa negeri yg kenaikan jumlah pengundi begitu drastik.... heran pulak. SPR ni bahaya, dia komponen parti BN.
|
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 posted on 10-4-2013 08:13 PM
Aku pun dengar begitu juga. BN menang kali ini tp menang tipis. Cuma aku harap kali ni betul2 BN k ...
kita cuba hingga berjaya... selagi kita ikhlas Allah tetap akan membantu... ingat tak dulu khir toyo dok laung pembangkang sifar... tgk sekarang dia yg sifar... jadi keseronokan semua kompom bn menang akan jadi mimpi ngeri buat mereka nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
nw111 posted on 10-4-2013 05:56 PM
negara kapir tempat aku duduk ni, masa nak election seketul poster pun aku tak penah nampak..
su ...
Msia ni jer pelik sikit sbb majoriti rakyat bawahan x pernah pegi obersea so depa tak tau yg krjn BN buat selama hari ni ada persamaan mcm North Korea sikit2. media mainstream disekat utk siar penjelasan parti opponent. harap zaman tu akan berlalu selepas 5 Mei. masuk ke era baru, semua ada hak utk kempen guna TV, radio & mainstream media. boleh buat siaran langsung sbgm yg BN buat berhari2.
|
|
|
|
|
|
|
|
RedDevils posted on 10-4-2013 06:48 PM
Ironi kan..
Bila Rakyat mintak:
doc, berdasarkan pembacaan serba sedikit, kajian sikit2 dengan kapasiti negara malaysia yg kaya dengan sumber alam semulajadi, perkilangan, import export, minyak gas, sawit dan memacam lagik yg negara lain takder, tapi kita ada... sepatutnya negara kita dah lama jadi negara maju.. jika diuruskan dengan jujur dan telus...rakyat kita boleh dapat memacam fasiliti kerajaan selama ini...jangan kata pendidikan percuma ajer, malah apa yg tertulis dalam manifesto boleh diadakan sejak sekian lama dulu....
tapi, yg kita nak bantereas nih bukan pemimpin umno zaman dulu2 yg jujur memerdekakan negara, yg jujur membanngunkan negara, tetapi penyamun2 yg sanggup berbuat apa sahaja untuk pertahankan kuasa mereka... dan lepas pilihanrqya nanti rasa lah azabnya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Khalid Ibrahim antara calon PKR Dun Pelabuhan Klang
10 April 2013
Abdul Khalid Ibrahim
PELABUHAN KLANG - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disenarai pendek sebagai antara empat calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi panas Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Tersenarainya beliau bagi kerusi Dun itu dikatakan antara strategi PKR untuk memenangi semula kerusi itu setelah penyandangnya daripada parti itu melompat parti menyokong Barisan Nasional (BN) pada 2009 dan kemudian menyertai BN pada 2010.
Kalangan pemimpin dan anggota PKR Pelabuhan Klang bagaimanapun berharap seorang tokoh tempatan akan diletak sebagai calon PKR untuk bertanding kerusi itu dan bukan Abdul Khalid.
Sumber-sumber yang dihubungi Bernama tidak menolak kemungkinan Abdul Khalid akan kekal mempertahankan kerusi Dun Ijok, yang dimenangi pada PRU12 2008 dan pilihan masih terbuka kepada beliau untuk memilih satu daripada kerusi DUN itu.
Setidak-tidaknya perkembangan ini memberi petanda bahawa Abdul Khalid mungkin kekal sebagai Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang masih dapat menguasai Selangor pada PRU13.
Seorang anggota Exco Angkatan Muda Keadilan Irwan Ismail memberitahu pemberita di sini pada Rabu bahawa Abdul Khalid adalah antara empat nama dalam senarai pendek calon PKR untuk DUN Pelabuhan Klang.
Nama Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin, yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding bagi kerusi itu tiada dalam senarai pendek itu, katanya.
Irwan berkata pemilihan calon yang tepat untuk Dun Pelabuhan Klang penting kerana ia adalah kawasan panas bagi PKR setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR pada 2009.
Badrul Hisham memenangi kerusi itu atas tiket PKR pada pilihan PRU12 2008 dengan majoriti 4,407 undi, mengalahkan seorang calon BN dan seorang calon bebas tetapi meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi Adun bebas yang menyokong BN. Beliau kemudian menyertai Umno pada Mei 2010.
Irwan berkata jika PKR meletakkan calon yang tidak sesuai bagi Dun Pelabuhan Klang, banyak masalah boleh berlaku terutamanya usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap PKR.
Beliau berharap pucuk pimpinan PKR akan memilih penyelaras Dun Pelabuhan Klang Suhaimi Mohd Nor, yang turut disenarai pendek, untuk bertanding bagi kerusi DUN itu.
Irwan berkata Suhaimi telah bekerja untuk parti memikul beban yang ditinggalkan Badrul Hisham sejak 2009 sehingga hari ini dan diterima oleh para penyokong akar umbi.
Ditanya mengenai peluang Abdul Khalid memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang, beliau berkata Menteri Besar Selangor itu kemungkinan besar boleh diterima rakyat kawasan itu tetapi beliau perlu bekerja kuat untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PKR.
Abdul Khalid memenangi kerusi Dun Ijok pada PRU12 2008 mengalahkan calon BN Mohamed Sayuti Said dengan majoriti 1,920 undi.
Irwan berkata pemimpin dan anggota PKR Pelabuhan Klang turut kecewa kerana cadangan mereka agar Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding kerusi Dun Pelabuhan Klang tidak mendapat reaksi positif daripada pucuk pimpinan parti itu. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai hampa PM belum umum senarai calon BN
10 April 2013
Para perwakilan yang mewakili parti komponen BN hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Pengerusi BN di Dewan Merdeka PWTC di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan hari ini.
Antiklimaks, begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan para pengundi pada 5 Mei nanti.
Bagi pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi.
"...belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Pilihan Raya Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Najib, yang juga Penerusi BN berkata proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan dengan teliti sebab BN hendak mengukuhkan peluangnya untuk menang pada PRU-13.
Seorang individu yang mengaku namanya antara yang disebut-sebut akan menjadi calon berkata beliau sangat berharap Perdana Menteri akan membuat pengumuman itu hari ini namun akan tetap bersabar sehingga mendapat kepastian mengenai perkara
itu.
Penulis dan rakan-rakan sekerja yang juga pengundi berharap Najib akan segera membuat pengumuman itu untuk mengetahui calon-calon BN di kawasan masing-masing kerana ia sekali gus dapat melenyapkan khabar angin yang bertiup kencang berhubung nama-nama yang akan menjadi calon di kawasan pilihan raya masing-masing.
Pada perjumpaan hari ini, Perdana Menteri menjelaskan kepada jentera pilihan raya BN bahawa penentuan kerusi dan calon parti itu adalah proses yang kompleks kerana pelbagai faktor perlu diambil kira.
BN, kata Najib tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu sambil meminta anggota BN memahami hakikat bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Ibrahim Ali sahkan diri bertanding di Pasir Mas
2013/04/10 - 19:06:17 PM Cetak Emel Kawan
http://w1.bharian.com.my/bharian ... diPasirMas/pix_gal0
Datuk Ibrahim Ali
KOTA BHARU: Datuk Ibrahim Ali mengesahkan beliau akan bertanding merebut kerusi Pasir Mas, Kelantan.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sama ada akan bertanding atas tiket Bebas atau mana-mana parti.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
LuCkY-sTaR posted on 10-4-2013 08:40 PM
Bila tengok statistik pengundi tahun ini berbanding tahun-tahun lalu, aku yakin tahun ini paling ram ...
psl tu PACA mainkan peranan penting dan jadi benteng terakhir utk pastikan antu2 ni tak terlepas....Harris Ibrahim pon ada buat skuad nak tangkap antu2 ni.....masa kat ampang hari tu dapat tangkap tapi kene bagi lepas camtu je
|
|
|
|
|
|
|
|
setel beli tiket blk mengundi..sempat la sabtu b4 ngundi tu ada kt kg, bleh tgk suasana pru |
|
|
|
|
|
|
|
malam ni anwar, ts khalid ibrahim, tian chua etc patut ada kat BTR utk umumkan calon2 PKR bagi kerusi Parlimen Lembah Klang....hujan lebat dari tadi sure lambat start ni |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 posted on 10-4-2013 06:13 PM
buat la sbyg hajat ramai2 lawan feng shui..
aku tak tau camna saluran atau jom ramai2 hantar post cadangkan pakatan rakyat membuat solat hajarserentak diseluruh malaysia di stadium2 atau masjid2 masa penamaan calon nanti m8hon bagi kemenangan yg berlangsung serentak..... nak tgk kuasa Allah mengizinkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
gals2 posted on 10-4-2013 05:40 PM
Betul ke derang leh semak siapa undi apa ye? aku pernah dengar.. kalau orang kerja kerajaan undi pr. ...
tak la... p2nipuan ajer semua tuh.... mereka menakut2kan korang supaya terus sokong umno jah.... ugutan tak bertanggungjawab tuh... jgn percaya.. yg penting, ini kalilah...
|
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 10-4-2013 08:57 PM
Ramai hampa PM belum umum senarai calon BN
kerusi wangsa maju lom setel..tgh berebut skg ni
|
|
|
|
|
|
|
|
nw111 posted on 10-4-2013 05:56 PM
negara kapir tempat aku duduk ni, masa nak election seketul poster pun aku tak penah nampak..
su ...
camna rasanya undi pos ko tuh ko pangkah pr, sampai malaysia kompom masih pagi pr atau tetiba jadi bn...kekekeee
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku cakap 6 mei cuti umum. betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tobby posted on 10-4-2013 08:45 PM
ada beberapa negeri yg kenaikan jumlah pengundi begitu drastik.... heran pulak. SPR ni bahaya, dia ...
yup, aku percaya diorang pun bersekongkol. byk sgt beza dgn 5 tahun lepas. mungkin umur rakyat Malaysia ni naik mendadak. inilah Msia kita, banyak tangan2 magik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|