|
iols dah baring2 ni... kalo xde pape iols nk tido... so esok upload 4 gambo...
- pagi gambo kaka
- tengahari gambo wonderpet & gambo bossnett
- ptg skit kul 3 gambo tok m & eoon
|
|
|
|
|
|
|
|
iols dah g jengjalan kat BG yg @naimhana cakap tadi
tumpang bangga abam masuk carta |
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 17-2-2014 11:39 PM ![](static/image/common/back.gif)
iols dah g jengjalan kat BG yg @naimhana cakap tadi
tumpang bangga abam masuk carta
Theyols kutuk abam x?
|
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 17-2-2014 11:41 PM ![](static/image/common/back.gif)
Theyols kutuk abam x?
xder abam biase2 jek...xde saper nak komen sangat pon ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
drg sebok KF dgn jebat jek
iols bersyukur xder yg rembes sesangat ngn abam...
|
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 17-2-2014 11:44 PM ![](static/image/common/back.gif)
xder abam biase2 jek...xde saper nak komen sangat pon
drg sebok KF dgn jebat jek
Kt mna remvesssnyer KF tuuu...![](static/image/smiley/onion/question.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
zuri154 posted on 17-2-2014 11:32 PM ![](static/image/common/back.gif)
ok... esok uols update sekali dgn kepsyen... takyah ngetac abam tau... ngetac tok m & eoon jer...
...
Pa kata hapdet dlu lyma msuk sing @aincomey
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: Gua.Com Nama Zara Zya mula meniti di bibir peminat selepas dia membintangi drama bersiri slot Akasia TV3, 'Love You Mr. Arrogant'. Biarpun semakin dikenali, tetapi ramai yang sebenarnya kurang tahu tentang pelakon genit ini.
Jom semak 12 perkara tentang Zara yang mungkin anda belum tahu.
1. Gadis ini sangat meminati muzik. Jika ada sesetengah orang meminati sesuatu genre muzik sahaja, lain pula dengan Zara. Dia menyukai semua jenis muzik. Menurut Zara, dia boleh layan apa saja jenis muzik, tidak kiralah apa bahasanya. Asalkan rentak muzik tersebut sedap didengar.
2. Pelakon drama 'Tanah Merah' ini merupakan penggila jam tangan dan wangian. Koleksi wangian Zara amat banyak sehingga boleh dimuatkan dalam satu almari khas. Kadang-kadang, Zara membeli wangian berdasarkan bentuk botol yang menarik, bukan kerana harumannya.
3. Pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini gemar makan ayam. Zara juga merupakan seorang pakar dalam menyediakan hidangan berasaskan ayam seperti Kari Ayam dan Nasi Ayam.
4. Selain ayam, Zara merupakan penggemar masakan India dan makanan Jepun. Bagaimanapun, Zara tidak gemar makan sushi. Sebaliknya, Zara suka menikmati makanan Jepun yang lain seperti 'teppanyaki' dan 'udon soup'.
5. Pemegang watak Zaraa Amirah dalam 'Love You Mr. Arrogant' ini menggemari warna jingga dan merah hati.
6. Zara tidak ada lesen menunggang motosikal. Malahan Zara juga tidak tahu dan takut untuk menunggang kenderaan tersebut.
7. Gadis berusia 28 tahun ini geli dengan labah-labah. Ada satu kejadian ketika Zara sedang asyik memandu kereta dan ternampak labah-labah dalam keretanya, dia sangat terperanjat. Zara yang terkejut terus memberhentikan keretanya dan menjerit ketakutan.
8. Tidak semua orang tahu yang sebenarnya Zara dilahirkan dengan sakit jantung berlubang semenjak dia lahir lagi. Namun begitu, penyakit Zara pulih apabila dia menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara pada usianya 10 tahun. Zara bersyukur kerana selepas pembedahan, kondisi dirinya berubah menjadi normal dan sihat sehingga kini.
9. Disebabkan sakit tersebut, Zara tidak pernah aktif dalam lapangan sukan sejak dibangku sekolah. Namun begitu, Zara merupakan seorang Pengawas Pusat Sumber suatu ketika dahulu.
10. Zara mula berlakon drama semenjak sepuluh tahun lalu. Drama pertama lakonan Zara adalah drama 'Sumayyah', arahan Erma Fatima. Drama tersebut dibintangi oleh Aaron Aziz dan Haliza Misbun.
11. Zara sangat sukakan kucing. Di rumahnya kini ada lapan ekor kucing. Baru-baru ini, kucing peliharaan Zara, Audy telah selamat melahirkan dua ekor anak yang diberi nama Lipstick dan Bistick.
12. Zara yang lahir pada 28 Oktober ini merupakan seorang gadis yang sangat takut dengan ular. Melihatkan gambar ular sahaja sudah boleh membuatkan Zara takut dan gerun. |
|
|
|
|
|
|
|
Morata posted on 18-2-2014 01:38 AM ![](static/image/common/back.gif)
Sumber: Gua.Com Nama Zara Zya mula meniti di bibir peminat selepas dia m ...
barula bukan soklan djdave
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum.. mornink alls |
|
|
|
|
|
|
|
Morata posted on 18-2-2014 01:38 AM
Sumber: Gua.Com Nama Zara Zya mula meniti di bibir peminat selepas dia m ...
Tq awak tolong tepek.. baru tau kaka ada sakit jantung b4... ptt kaka mudah pengsan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & selamat pagi... |
|
|
|
|
|
|
|
zuri154 posted on 18-2-2014 07:48 AM
Assalamualaikum & selamat pagi...
Waalaikumussalam. Slmt pg awakk |
|
|
|
|
|
|
|
wani1608 posted on 18-2-2014 07:48 AM
Waalaikumussalam. Slmt pg awakk
selamat pagi juga. jom sarapan... ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
zuri154 posted on 18-2-2014 08:07 AM
selamat pagi juga. jom sarapan... ekekeke
Ko nk makan nasi lemak kn.. pegi beli sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
OSEMMM posted on 17-2-2014 11:56 PM
Kt mna remvesssnyer KF tuuu...
Ntahla nokkksss...KF not my taste...ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Morata posted on 18-2-2014 01:38 AM
Sumber: Gua.Com Nama Zara Zya mula meniti di bibir peminat selepas dia m ...
Good morata...uols mmg sumber berita...abam kat bh semalam xder ker? Akakaka |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum & selamat pagi semua ummah porem
wahhh buka2 je nmpk @Morata share pasal kaka...yg abam semlmkt BH xde sapa nk ngeshare ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
naimhana posted on 18-2-2014 09:04 AM
assalamualaikum & selamat pagi semua ummah porem
wahhh buka2 je nmpk @Morata share pasal kaka...y ...
Xder saper ker yg baca paper tu semalam? |
|
|
|
|
|
|
|
aincomey posted on 18-2-2014 09:13 AM ![](static/image/common/back.gif)
Xder saper ker yg baca paper tu semalam?
Comey pa kata post lyma msuk sing dlu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan artis laman sosial
Tidak berniat meninggi diri, pelakon yang mula mengecap populariti selepas membintangi drama Love You Mr Arrogant, Azlee Khairi, mendedahkan dirinya rimas berada dalam gelombang populariti.
Jejaka berusia 25 tahun ini turut menjelaskan, beliau tidak melihat dirinya sebagai pelakon. Sebaliknya, bidang itu dijadikan batu loncatan sebelum beliau meneroka dunia pengarahan.
Atas alasan itu juga, beliau tidak begitu aktif berkongsi aktiviti sehariannya di laman sosial, seperti dilakukan kebanyakan artis. Lagipun, ujarnya, peminat yang ikhlas sanggup melakukan apa saja asalkan dapat bertemu muka dengan artis diminati.
"Saya mengaku bukan artis laman sosial. Saya tidak gemar membalas komen peminat di situ.
"Bukan tidak menghargai sokongan peminat terhadap kerjaya saya, tetapi saya lebih suka jika dapat bertentang mata dengan mereka.
"Sekiranya peminat hadir pada majlis membabitkan diri saya, insyaAllah saya akan memberikan layanan terbaik buat mereka.
Bagi saya, peminat yang menyokong kerjaya saya melalui laman sosial tidak benarbenar tulus meminati.
"Saya pula masuk ke bidang ini dengan satu tujuan iaitu bekerja dan mencari rezeki. Sebelum bergelar pelakon, sudah lebih enam tahun saya berada di belakang tabir. Jadi saya melihat diri saya lebih kepada kru, bukannya pelakon, sebab itu saya agak kekok apabila semakin dikenali," katanya yang memulakan langkah dalam bidang lakonan menerusi filem Ratu The Movie.
Tak suka buat kerja tergesa-gesa
Disebabkan sikapnya yang dikatakan tidak mengejar glamor, graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam bidang perfileman ini didakwa bersikap dingin terhadap media. Bagaimanapun, ia disangkal pemuda dari Kuala Kangsar, Perak ini.
Bukan mahu berlagak, sebaliknya kata Azlee, mereka yang pernah bekerja dengannya lebih mengenali siapa dirinya.
Jika ada kelapangan, Azlee tidak mempunyai masalah untuk menjayakan sesi fotografi, namun pemuda ini akan menolak jika ia bertembung dengan jadual lakonan.
"Saya tidak suka melakukan sesuatu perkara dalam keadaan tergesa-gesa. Sebab itulah jika ada penggambaran, saya akan menolak undangan fotografi, walaupun waktu keduaduanya berbeza.
"Saya suka melakukan kerja dalam keadaan tenang. Manalah tahu sesuatu berlaku sewaktu dalam perjalanan dari sesi fotografi ke lokasi penggambaran, bukankah nanti saya akan menyusahkan semua orang di set? Sebab itu saya akan menolak undangan media, tetapi saya alualukan jika mereka mahu datang ke set menemui saya," katanya yang digandingkan bersama Zara Zya dalam drama cukup digemari ramai itu.
Gembira Zara Zya lebih dikenali
Biarpun bersama membintangi drama yang berjaya memecah rekod tontonan sehingga 4.6 juta orang, nama Zara nampaknya lebih menyerlah berbanding Azlee.
Keadaan itu sedikit pun tidak mendatangkan kudis kepada jejaka ini. Seperti ditegaskan sejak awal, beliau terjun ke dunia seni bukan untuk mengejar populariti. Justeru. sebagai sahabat, beliau gembira melihat pencapaian pelakon wanita terbabit.
Sementara itu, Azlee menafikan dirinya sebagai anak emas TV3 selepas kejayaan drama terbabit.
Katanya, beliau tidak terikat dengan manamana stesen televisyen, malah bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa saja. Cuma, Azlee berpegang kepada prinsip dirinya hanya menerima satu tawaran pada satu masa kerana bimbang mutu lakonannya nanti mengecewakan pengarah dan penerbit andai melakukan beberapa kerja dalam tempoh sama.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|