CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: protonpersona

[Tempatan] V28 Latest news MH370 : Malaysia tidak pernah menolak 'plot membunuh diri' oleh

[Copy link]
Post time 30-5-2014 08:55 PM | Show all posts

75. Menjadi persoalan saya, mengapakah Vietnam tiba-tiba berani bersuara lantang menentang China?? Rujuk artikel ini bagaimana Vietnam berani menentang China sekarang.

76. Jawapannya kerana US. Vietnam telahpun dibeli dan dipengaruhi oleh US atas dasar-dasar ekonomi dan kemajuannya. Kerana itu juga, dalam isu hilangnya MH370, Vietnam diperhati memihak kepada US bukannya kepada China. Sedangkan, kandungan kargo dalam MH370 itu sedang menjadi rebutan China dan US.

77. US tidak mahu kargo itu jatuh ketangan China yang mana kandungannya adalah CNC dan Drone serta beberapa kargo berisi emas jongkong, yang mana kesemua ini jika jatuh ke tangan China, maka ada potensi untuk menjadikan China kuasa besar nombor satu dunia. Secara tidak langsung, US akan kehilangan kuasanya dan menjadi lemah dibawah China. Pendedahan berkenaan emas jongkong sila rujuk
sini, sini, sinidan sini. Kredit kepada Shah Paskal. Mohon maaf saya tak mahu ulas sangat pasal emas dalam artikel ini kerana telah diulas panjang lebar sebelum ini.

78. Oleh kerana US TIDAK berani melancarkan perang secara zahir dengan mengangkat senjata menembak China, begitu juga dengan China, maka mereka telah melancarkan perang strategi dan juga perang teknologi.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 08:56 PM | Show all posts


   79. Sehingga hari ini, satu dunia langsung TIDAK tahu apakah senjata terhebat yang pernah dihasilkan oleh dua negara kuasa besar, China dan Russia. Namun, satu dunia sudah tahu (dunia ketenteraan), bahawa US telah mencipta 3 buah senjata termodennya yang lebih hebat daripada bom nuklear dan juga atom.

80. Tiga senjata itu adalah HAARP, Particle Accelaration dan juga Superstring. Superstring sahaja yang masih belum selesai pembikinan, manakala ujikaji HAARP dan Particle Accelaration sudahpun selesai dan mereka (US) berjaya dalam misi mereka mencipta alat tersebut. Buktinya, anda boleh tonton filem Godzilla, X-Men yang terbaru tu dan juga Transformers 3. Dalam ketiga-tiga filem tersebut, Hollywood telahpun mementaskan ketiga-tiga senjata tersebut secara tidak anda sedari.

81. Untuk makluman, dalam filem Godzilla, sebuah senjata bernama Electro Magnetic Pulse (EMP) telahpun digambarkan dan ia menjadi ancaman dunia. Dalam banyak-banyak negara, ada satu negara di rantau Asia Tenggara yang memiliki senjata EMP tersebut dan negara tersebut terlibat dalam kehilangan MH370 ini.

82. Dan kerana perang teknologi, kuasa serta harta inilah, US tidak mahu precious cargo tersebut jatuh ke tangan China. Jika ia jatuh ke tangan China, sudah pasti kuasa US akan melemah. Jika China memperoleh CNC Controller tersebut, maka dengan mudah kelemahan Drone US itu akan diketahui. Jika China berjaya mendapat emas jongkong itu, maka China dengan mudah mampu membeli dengan banyak apa yang mereka mahu. Hal ini ditakuti oleh mata helang.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 05:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:56 PM | Show all posts

    83. Kerana itulah, MH370 harus dilenyapkan daripada mata dunia dan cerita disebaliknya harus disenyapkan dan ditutup media.

84. Mengapa pula Kapten Zaharie dipilih untuk membawa MH370?? Kerana, precious cargo yang terdapat di dalamnya datangnya daripada Afghanistan yang mana cargo yang sama telah dibawa dari Afghanistan ke Malaysia menggunakan pesawat Airbus (data ini tidak dapat disahkan secara bertulis) beberapa bulan / minggu sebelum MH370 mahu terbang ke China.


85. Pilotnya juga orang yang sama iaitu Kapten Zaharie, dan kargonya juga sama. Billionaire China itu telah membeli senjata tersebut dari Afghanistan dan ingin membawa pulang ke China. Kargo tersebut tidak mungkin melintasi banyak negara yang ada merentasi laluan dari Afghanistan ke China. Tiada penerbangan terus dari Afghanistan ke China. Kerana itu, Malaysia harus menjadi tempat transit.


86. Kebetulan juga Malaysia adalah sebuah negara yang merupakan hab terrorist. Sila rujuk artikel ini Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:56 PM | Show all posts


   87. Apa sebab musabab Malaysia menjadi hab teroris? Salah satunya adalah kerana negara kita adalah sebuah negara yang 'acuh tak acuh' dalam sistem keselamatan dan kita dalam kategori negara yang 'sudah terhantuk baru terngadah'. Sebab lain pula, Malaysia adalah "negara paling timur dalam bumi". Kita merupakan TIMUR yang disebut-sebut dalam Hadis Rasulullah SAWAW berkenaan, "Islam akan bangkit dari TIMUR".

88. Bagaimana hendak menjelaskan "Islam akan bangkit dari TIMUR" itu? Bukan sekarang masanya. InsyaALLAH akan datang jika saya dipanjangkan usia akan diceritakan dalam artikel yang lain pula. Sekarang kita harus fokus kepada jalan cerita MH370 sahaja.

89. Okay, sekarang anda semua sudah faham kan bagaimana jalan cerita MH370 hilang?
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 05:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:56 PM | Show all posts

   90. MH370 terbang dari KLIA membawa precious cargo untuk dihantar ke China. Mereka sengaja menggunakan pesawat komersil kerana bagi mengelakkan kargo tersebut dijejaki oleh ejen perisik luar negara dan ia juga perlu bagi memancing Kapten Zaharie menjadi pilotnya. Kalau Billionaire China tu bawa kargo tu guna pesawat biasa, susah la Kapten Zaharie nak pandu, takut bertembung dengan jadualnya. Lagipun, mana ada orang syak kargo berharga dalam pesawat komersil yang membawa penumpang.

91. Kemudian, Kapten Zaharie telah dipanggil waktu terakhir untuk membawa MH370. Ada satu penafian telah dibuat oleh pihak MAS bahawa mereka tidak memanggil Kapten Zaharie saat akhir dan Kapten Zaharie tidak bercuti ketika itu. Saya sifatkan hal ini sebenarnya, bukan pihak MAS itu yang memanggil Kapten Zaharie, tetapi ada individu dalam MAS atau luar MAS yang memanggilnya untuk menjadi juruterbang sekaligus meluluskannya memandu MH370 walaupun hari tersebut dia sepatutnya bercuti. Kapten Zaharie juga saya sifatkan telah dimaklumkan lebih awal tentang penerbangan tersebut namun dia tidak tahu pada tarikh bila kargo itu harus dihantar ke China. Kerana itu, hanya sehari sebelum MH370 hilang baru Kapten Zaharie mengosongkan rumahnya. Ini bukti daripada analisa fakta saya. Anda boleh rujuk artikel
ini. Baca juga artikel inimenceritakan bagaimana Kapten Zaharie seakan-akan tahu nyawanya mati tidak bertanda. Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:57 PM | Show all posts


   92. Sebelum MH370 terbang, perisik dari mata helang telahpun mengenal pasti kargo tersebut akan dihantar ke China pada tarikh 8 Mac 2014 menggunakan pesawat MH370. Sudah pasti seorang ejen risik akan dapat mengetahui informasi ini dengan mudah. Dalam ratusan orang yang terlibat, sudah pasti ada seorang yang akan pecah mulut. Begitu juga dengan rahsia MH370 ini, walaupun cuba ditutup rapat, namun setelah 82 hari akhirnya terbongkar juga.

93. Maka, MH370 pun terbang dengan jayanya pada malam tersebut tanpa ada apa-apa kesangsian. Tidak diduga, sekitar jam 1.30 ke atas, MH370 telahpun diserang dengan 'bom jangka' yang saya tidak dapat pastikan bagaimana situasinya. Sama ada benar-benar ada bom diletakkan di dalam sebuah kotak kasut dan dipasang dibawah pintu kokpit atau tidak, itu saya tidak dapat pastikannya sehingga ada pihak yang berani bersuara mengenai "Bagaimana enjin MH370 berhenti berfungsi?". Sila rujuk gambar ini


  
bagaimana seorang rakan saya menceritakan teorinya tentang bom jangka tersebut.


Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 06:11 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2014 08:57 PM | Show all posts

   94. Namun, saya secara peribadinya mengatakan ada KEMUNGKINAN bukan bom jangka dalam kotak kasut yang diletakkan dibawah pintu kokpit, namun ia adalah kerja perisik tersebut dan juga dibantu oleh Boeing dan Rolls-Royce yang mampu mengawal pesawat tersebut dari jauh. Namun, menurut seorang rakan, TIADA perisik di dalam MH370 semasa penerbangan, kerana perisik sudah cabut lari awal-awal keluar daripada pesawat setelah meletakkan bom jangka ditempat tertentu. Kemudian, setelah bom meletup dan kokpit pecah, maka sudah pasti pilot dan co-pilot tidak dapat membuat apa-apa komunikasi setelah itu dan, pufffff..... MH370 dissappeared dan berubah haluan menghala ke lokasi yang saya nyatakan dalam bulatan merah di gambar ini


95. Analogi yang saya rasakan mungkin lebih tepat, MH370 telah diputuskan komunikasi oleh pihak Boeing dan Rolls-Royce daripada kesemua radar dalam bumi ini kecuali radar mereka sahaja, dan mereka telah mengubah laluan MH370 ke lokasi bulatan merah itu sebelum menjunamkannya jatuh ke bawah. Hal ini amat berkait rapat dengan sistem auto-pilot, sila rujuk artikel
Tun Mini untuk memahaminya.
   




Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:57 PM | Show all posts
    96. Sejauh mana kesemua analogi ini tepat atau tidak, itu saya tidak pasti. Anda sendiri boleh menanti sehingga ada pihak yang berani bersuara mendedahkan perkara sebenar yang terjadi. Jika tidak ada apa-apa pendedahan, maka anda ada dua pilihan. Sama ada mempercayai cerita ini atau tidak. Itu terpulang kepada anda.

97. Maka, kesemua penumpang dalam MH370 telahpun pergi meninggalkan kita semua ketika saat MH370 terjunam jatuh. Dan kesemua mereka masih lagi terikat di tempat duduk masing-masing seperti normal namun sudah tidak bernyawa.

Al-Fatihah kepada semua mangsa yang berugama Islam....

98. Saya sifatkan tragedi hilangnya MH370 merupakan sebuah kes penipuan bertaraf antarabangsa dan kelas A. Kerana ia melibatkan satu dunia dan lebih 26 negara yang terlibat dalam misi SAR. Untuk pendedahan mengenai siapa yang bayar kos SAR yang melebihi USD 600 juta, saya dah jawab dalam artikel
ini dan ini , dan untuk makluman, kesemua yang berdiri dalam sidang media setiap hari itu menerima bayaran bukannya berdiri percuma tanpa ada habuan. Kerana itu, tragedi MH370 dikelola oleh Dato Seri Hishamuddin dan tragedi Sulu juga bawah kelolaan dia. Kerana, dia antara Menteri yang berani bersuara dalam keadaan tenang di saat orang lain cemas. Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:20 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 08:57 PM | Show all posts
99. Perang teknologi, perang kepercayaan, perang harta dan kekuasaan serta perang strategi atau perang saraf ini masih berterusan antara kuasa besar dunia, US, Russia, China dan kesemua blok kecil yang menyokong paksi mereka, termasuk Blok Zionis - US, blok komunis-syiah dan juga blok negara kelas ketiga atau berkecuali. Semoga dengan terungkainya misteri MH370 ini akan membuatkan anda semua celik mata, apa sebenarnya yang terjadi di depan mata kita dan haruslah bagi kita bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan. Saya sifatkan, pemergian Dato Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini sebagai satu misi membayar semula kerugian pihak China yang ditangung dalam hilangnya MH370. Rujuk videoini

Saya juga menyifatkan kedatangan Obomba ke negara kita baru-baru ini dan ke beberapa lagi negara yang berpihak kepada US adalah satu jalan untuk US memberi habuan kepada semua penyokong setianya dan semua yang telah mengikut telunjuknya.
Sila rujuk artikel ini.
Selain Malaysia, Obomba telah ke Filipina dan juga Jepun. Selain itu, di Vietnam juga telah bersuara banyak isu yang berkait hal anti-China. Hal ini amat jelas, bahawa Vietnam telah menerima dana yang amat besar dalam sosio-ekonomi dan teknologi mereka daripada US sekaligus menjadikan Vietnam sebuah negara yang lantang berani bersuara melawan China. Maka, huraian saya untuk teori "Bila tenggelam tak ramai mati, bila timbul ramai mati" ini secara tak langsung membawa dua maksud.

a. Apabila perkara sebenar ditimbulkan di media antarabangsa, ia boleh mengakibatkan lebih ramai yang mati daripada jumlah penumpang MH370, iaitu mungkin ada yang dibunuh bagi menutup cerita dan ada kemungkinan boleh mencetuskan perang sekiranya ada negara yang mempertikaikannya.

b. Ramai yang mati akal memikirkan hal seperti ini kerana satu dunia sudah di'brainwash' bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi, namun berdasarkan rekod bertulis, MH370 langsung TIDAK berakhir disana dan pencarian di Lautan Hindi disahkan sebagai wayang dan tidak menemui sebarang jawapan kerana ada pihak yang gagal meletakkan debris palsu di sana.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:57 PM | Show all posts
    Tambahan info:

99.1 - Obomba telah datang ke negara kita dan membuat banyak tuntutan selepas hilangnya MH370. Selain ia telah dirancang awal, lawatan ini juga bersifat tuntutan ke atas negara kita yang telah banyak cuai dalam misi menjaga keamanan dirantau ini dan lemahnya sistem kawalan keselamatan di negara kita. Kerana itu, sehari selepas Obomba pulang, telah ada berita mengenai pengganas yang ditangkap dilaporkan oleh media semasa. Ini bertujuan bagi menjaga air muka kita dihadapan pihak dunia. Rujuk artikel
ini. Untuk makluman semua, negara kita telahpun menjadi sebahagian daripada New World Order (NWO) dan kita mengikut telunjuk US. Dek kerana kelemahan dan kecuaian kita memberi laluan kepada teroris berkembang di negara ini dan memberi laluan transit kepada China, maka US telah menempelak kita dengan pelbagai tuntutan selepas kedatangan Obomba. Sebahagiannya telahpun ditandatangani tanpa pengetahuan umu. Sebanya 64 tuntutan dan perjanjian telah dimetrai dan ada antaranya disambung dan diperharui melalui perjanjian lama termasuk penjagaan Coral Triangle dan juga sistem sekuriti kita yang dikawal selia pihak US.

99.2 - Setelah ke Malaysia, Obomba telah melawat Filipina dan disana dia telah melakukan satu deal dengan pihak berwajib untuk mengambil semula Drone dan juga CNC milik negaranya yang telah diselamatkan oleh pihak Filipina daripada jatuh ke tangan China.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 08:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:58 PM | Show all posts
   99.3 - Pihak Vietnam telah melakukan banyak kerja-kerja pembersihan pesawat yang memakan masa lebih kurang 3 hari dalam perimeter fencing tersebut. Kerana itu, seawal 11 Mac 2014, SAR MH370 telah dipindahkan ke Selat Melaka dan terus ke Lautan Hindi bagi bertujuan mengelak ada pihak yang terjumpa secara tidak sengaja dengan saki baki MH370 yang tidak sempat dibersihkan.. Namun, kerja-kerja pembersihan telah dilakukan seawal jam 3 pagi hingga 8 pagi, 8 Mac 2014 iaitu sebelum pihak MAS mengesahkan MH370 hilang dari radar di media semasa. Manakala pihak Filipina pula menjadi tempat menyimpan saki baki dan barangan berharga. Kesemua kejadian ini TIDAK boleh berlaku dalam lingkungan radius perairan China bagi mengelakkan campur tangan negara China yang mana jika negara China campur tangan, maka sudahpasti mereka akan memperolehi kargo tersebut.

99.4 - Pihak Vietnam ada melepaskan tembakan amaran melalui armada laut mereka kepada armada China pada sekitar 11 Mac 2014 bagi bertujuan mengarahkan pihak China agar tidak memasuki perimeter fencing yang telah dibuat oleh mereka dalam misi membersihkan saki baki debris MH370 yang bertaburan.

0.5 - Ada satu laporan mengenai tumpahan minyak ditemui di perairan Laut China Selatan, namun telah dinafikan oleh media semasa. Saya sifatkan, ini adalah tumpahan minyak MH370 yang sebenar. Rujuk artikel
ini dan ini Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 07:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:58 PM | Show all posts

   100. Untuk makluman terakhir, ini adalah artikel TERAKHIR saya berkenaan MH370 dan saya TIDAK akan lagi menulis tentang MH370. Saya telah berhenti mencari dan menemui jawapan berkenaan MH370 pada tarikh 27 Mac 2014 dimana anda boleh rujuk artikel ini sebagai bukti yang saya tulis sehari setelah hari terakhir saya menemui jawapan yang pasti. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menulis lebih awal mengenai hal ini atas sebab-sebab tertentu, maka saya juga harus melengahkan masa demi keselamatan dan privacy saya serta ahli keluarga dan juga team members kami. Saya berharap dengan terbitnya artikel ini dapat memberi satu gambaran baru tentang MH370 kepada dunia dan anda semua dapat mengetahui yang mana benar dan yang mana salah. Seandainya artikel ini banyak salah silapnya, saya memohon jutaan kemaafan kerana itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri dalam menganalisa maklumat. Sekiranya artikel ini banyak yang tepatnya, maka kenanglah saya dalam doa kalian dan ingatlah nama saya sehingga bila-bila dan ketahuilah bahawa kesemua itu hanyalah kebetulan sahaja.

Sebagai konklusi, maka artikel ini adalah konklusi kepada misteri ini dan pencarian MH370 sudahpun berakhir. Hanya menanti masa dan waktu yang sesuai untuk mendapat jawapan daripada pihak kerajaan dan media serta Boeing dan Rolls-Royce. Kita juga telah mengetahui bahawa sebenarnya ada pihak yang mahu menutup cerita ini daripada tersebar dan tidak mahu dunia mengetahui kisah sebenarnya. Ketahuilah, sekiranya tiba-tiba MH370 ditemui di Laut China Selatan dan diumumkan kepada dunia, sudah pasti kotak hitam TIDAK akan dijumpai. Andai kata kotak hitam dijumpai, maka sudah pasti ada banyak perubahan rakaman audio yang dilakukan. Ini kerana, pihak Vietnam dan Filipina telahpun membersihkan lokasi jatuhnya MH370 itu seawal jam 3 pagi waktu Malaysia pada 8 Mac 2014 selepas upacara 'shake hand' dilakukan. Sesuatu yang pasti apabila US mahukan pesawat ini tidak ditemui di perairan Laut China Selatan, maka sekiranya tiba-tiba ada pihak yang menemui saki baki bangkai pesawat dan juga kotak hitam, maka isi kandungan kotak hitam haruslah diubahsuai agar tidak menunjukkan situasi dan keadaan sebenar pesawat ketika terhempas. Lebih malang, ada kemungkinan mereka akan menyatakan ia merupakan satu situasi kebetulan dimana secara tiba-tiba pesawat jatuh terhempas dan tidak dapat ditemui atas sebab-sebab yang tak dapat diterima akal.
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 07:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:58 PM | Show all posts

   Rundingan demi rundingan telah dibuat antara 3 buah negara, iaitu Malaysia - Vietnam - Filipina. Akhirnya, kata putus dicapai. Dato Seri Najib Razak telahpun mengambil satu langkah kurang bijak apabila cuba menutup cerita ini dengan mengikut telunjuk US dengan menyatakan bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi pada 24 Mac 2014. Rujuk artikel ini. Saya telahpun mengetahui bahawa hari terakhir untuk DS Najib melakukan pengumuman, sama ada dia mahu mengikut telunjuk US atau tidak seminggu lebih awal sebelum tarikh tersebut. Rujuk artikel ini pada point nombor 93.

Untuk itu, kita semua yang masih hidup ini, ayuhlah sama-sama kita membina masa depan yang lebih cerah agar tidak lagi dipermainkan seperti ini. Jangan tangguhkan dan lengahkan. Hidup perlu diteruskan, dan segala persiapan untuk bekal kita ke akhirat harus diperkemaskan. Siapa sangka, ajal kita berada sejenak dihadapan?? Seperti hilangnya MH370 secara misterius, begitu juga mati bagi kita semua, juga menjadi tanda tanya, bilakah aku akan mati? Sudahpasti setiap daripada kita mahu ke syurga. Maka, sementara masih ada masa, ayuh sama-sama tambahkan amal dan tingkatkan ibadah kita supaya kelak di Mahsyar kita ada jawapan dihadapan ALLAH atas perbuatan baik kita di dunia.

Jauhkanlah umpat mengumpat, keji mengkeji, memakan rasuah, memakan perkara haram dan menganiaya orang lain. Ayuh, banyakkan membaca surah Al-Kahfi dan bersiap sedialah menghadapai hari akhir zaman dan peristiwa dahsyat yang akan berlaku nanti. Bersiap sedialah, agar kita semua dapat dijauhkan daripada fitnah akhir zaman. Jangan lupa baca doa mengelak fitnah setiap kali lepas solat. Doanya boleh dibaca
disiniInsyaALLAH, moga kita semua termasuk dalam kalangan orang-orang yang selamat daripada fitnah Dajjal iaitu fitnah yang menipu.

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua !
Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 07:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:58 PM | Show all posts

   Penutup

  Saya amat berharap dengan terbitnya artikel ini, anda semua mendapat jawapan dan keluar daripada belenggu misteri serta tipu daya yang sering dimainkan di media arus semasa. Saya juga amat berharap ada pihak yang tampil menjelaskan kepada dunia tentang hilangnya MH370 ini, mengapa, bagaimana dan apakah sebabnya. Hal ini penting kerana di dalam pesawat tersebut ada lebih 200 nyawa penumpang yang tidak bersalah. Mereka semua menjadi mangsa keadaan dan juga ahli keluarga mereka sudah pasti menangisi hal tersebut.

Saya berasa amat simpati dengan kesemua penumpang yang pergi dan juga ahli keluarga mereka. Dengan ini saya mengucapkan Salam Takziah buat kesemua ahli keluarga, semoga anda dan kalian bersabar serta tabah dengan apa yang telah terjadi. Saya berharap anda semua dapat menerimanya dan memaafkan apa yang telah terjadi.

Saya memohon berjuta-juta kemaafan kepada para ahli keluarga mangsa yang terlibat terutama ahli keluarga Kapten Zaharie, sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa, harap diampunkan. Sekiranya analisa saya salah dan silap, harap jua dimaafkan. Sekiranya tiba-tiba ada ahli keluarga anda pulang ke pangkuan anda, bersyukurlah dan abaikan artikel ini.

Saya juga berharap kesemua pembaca agar dapat memperpanjangkan artikel ini kepada semua kenalan anda. Jangan kerana sudah lebih 80 hari kita pun melupakan apa yang terjadi dengan MH370. Jangan lupakan nasib mereka sehingga ada jawapan yang pasti dari pihak berwajib. Segala jasa baik anda semua amatlah saya hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Apapun, sekiranya tiba-tiba pihak berwajib menyatakan informasi yang lain daripada apa yang saya sampaikan, anggaplah bahawa analisa saya lemah dan saya silap dalam menulis dan menganalisa. Sekiranya ia benar-benar terjadi dan tepat, maka itu adalah kebetulan dan ingat serta kenanglah nama saya sebagai sebuah sejarah negara. Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 07:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:58 PM | Show all posts


   Saya berterima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370 serta kesemua pihak media baik arus semasa dan perdana waima media sosial dan blogger. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan saya 'laluan khusus' dalam apa jua gerakan saya sepanjang awal-awal MH370 hilang dahulu.

Sekian penulisan saya, insyaALLAH artikel seterusnya adalah mengenai Pulau Nangka yang akan ditulis minggu hadapan. Nantikan pendedahan saya mengenai isu yang sudah dilupakan itu. InsyaALLAH, dilain waktu kita akan bertemu lagi dan saya tidak akan berhenti menulis. Ini hanya artikel terakhir saya berkenaan MH370 bukan artikel terakhir dalam kerjaya saya.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudah membaca artikel ini dan menyebarkannya!

"Sesungguhnya kebenaran itu tetap akan tertegak jua, itu janji ALLAH dan ianya PASTI !"

Sekian.


  
******************

Jutaan Terima Kasih dan Kredit sepenuhnya diberikan kepada,

1. Kesemua team members saya.
2. Perguruan Tuk Kenali dan Ahlul Bait.
3. Shah Paskal and crew.
4. MiM Bersatu yang terlibat pada awalnya.
5. Rakan-rakan pengkaji.
6. Rakan-rakan konspirator.
7. Informer dalam.
8. Informer MAS.
9. Informer tentera dan risik.
10. Informer media.
11. Sinar Harian.
12. Harian Metro.
13. Utusan.
14. Berita Harian.
15. The Malaysian Insider.
16. The Malay Mail.co.uk
17. Kesemua media semasa yang tak dapat saya senaraikan disini.
18. Kesemua media sosial yang tak dapat saya senaraikan disini.
19. Kesemua geng scanner.
20. Kesemua informer.
21. Kesemua pembaca setia blog ini.
22. Kesemua peminat setia bradokapak.
23. Kesemua yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepada saya.
24. Kesemua haters yang banyak memberi pengajaran erti sabar kepada saya.

Dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan artikel ini serta artikel-artikel terdahulu.

JazakALLAHu Khairan Katsira. Toche, Shukriya, Thank You, Terima Kasih.

************************


Artikel berkaitan MH370 yang ditulis oleh
Brado Kapak


1. MH370: Suatu Misteri(artikel pertama)
2. Diego Garcia dan Kegoyahan
3. MH370: Suatu Kepercayaan4. MH370: Siapa Rugi?
5. MH370: Tenggelam di Hindia
6. Pencarian Berakhir
7. MH370: Penutup Episod Pertama
8. Perimeter Fencing
9. MH370: Grand Finale (sambungan kepada artikel nombor 7 dan konklusi kesemua artikel)

Saya amat percaya, sekiranya anda semua telah membaca kesemua artikel di atas ini dengan teliti, maka anda akan mudah memahami konklusi cerita yang saya bentangkan dalam artikel bernombor 9.

Harap anda semua dapat membacanya dan berkongsi artikel ini kepada yang belum membacanya

***********************

Sekian,


Terima Kasih.

-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.


Last edited by TEDDYASESARA on 31-5-2014 07:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 09:03 PM | Show all posts
dh dgr dh cita yg ni..psal drone tu. Kan us nk pull out of afghan n critanye talibans dpt hijeck drones n nk jual for good price.Fyi,drones can see any images  n can cypher apa2..Hebat klo own Drone. Nk jual ke cina thrU using MH370 .US dpt tau, n rancang hijeck atau apa2 lah asalkn dpt blk drones. waullahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 09:41 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 30-5-2014 10:18 AM
Yang dinafikan dari mh370 4 ping ketika pencarian di lautan hindi atau ping dari inmarsat ke 2 2 s ...

yg mereka nafikan adalah lokasi terakhir pesawat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik pah ada update...sat na...nk tepek line cm sipit plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 10:01 PM | Show all posts
US ni sungguh cadbury perangainye....tetibe org lain jadi mangsa....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 10:01 PM | Show all posts
tambah mengantuk aku baca artikel [panjang tu sambil terlayan lagu yuna ni ha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.098660 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list