CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myvios

[Tempatan] 'Saya Hendak Menyentuh Anjing'

[Copy link]
Post time 20-10-2014 12:41 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 12:29 PM
macam saya cakap awal2 tu lah..program tu mungkin baik..tapi ditakuti akhirnya jadi lain...malah p ...

takut jadi lain tu.. jadi apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 12:43 PM | Show all posts
mzzenma posted on 20-10-2014 12:40 PM
bila ko sebut pasal botol arak tu..baru teringat yesterday aku dengar dekat sinar ada orang tanya  ...

Dr. Izhar Ariff dalam nasi lemak kopi-o tv 9 semalam pun ada bgtau.

hukum guna cawan gelas yg sebelumnya dituang arak :
1. Haram guna, kalau guna terus tanpa dibasuh terlebih dulu
2. Boleh guna, kalau gelas tu dah basuh
Basuh ni basuh biasa2 la janji bersih.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:45 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 12:41 PM
saya pun sayang binatang..tapi takkan macam kita sayang bini dan anak2...usap2 pegang2.

macam k ...

Betul tu..tapi in the case of event ni, anjing tu domestic animal yang ada merata2.Bukan mcm harimau and buaya yang ada dekat tempat tertentu ja

tapi x tau lah kut one day organizer event ni nak buat 'i wanna touch a wildlife' day..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:46 PM | Show all posts
kazaraf posted on 20-10-2014 12:38 PM
kalau halau, mmg confirm dia lari ke? hahah.
kalau ayam pndai la nak shuh shuh. hehe

peratusannya bila dihalau akan lari...kalau tak lari...carilah apa yg boleh dijadikan senjata utk halau..ketuk bahagian ekornya...kalau tak jalan gak...ada air simbah...mencicitlah dia lari..kalau tak lari jugak..elok ko yg lari..entah2 tu anjing gila..jenis tak makan saman tu...



Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:46 PM | Show all posts
kazaraf posted on 20-10-2014 12:43 PM
Dr. Izhar Ariff dalam nasi lemak kopi-o tv 9 semalam pun ada bgtau.

hukum guna cawan gelas yg  ...

sememangnya mudah kan. tak susah mana pun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:46 PM | Show all posts
kat area rumah ayah tu melambak anjing
besor kecik, shantek dan kurang semua ada
dr dulu klu nak gie school mmg anjing2 belaan jiran ni akan jalan sama smp simpang jln besar
pastu dia blah
sebabnya dia nak protect anak2 jiran dr diganggu dgn anjing dr jln lain yg sama besor cam dia
x pernah terfikir bab kotor ke apa cuma dah diajar yg anjing tu xleh pegang sbb hukum hakam yg dah ditetapkan dlm Islam
dan anjing xleh dibuat pet itu jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 12:50 PM | Show all posts
atira posted on 20-10-2014 12:35 PM
so apa yg tertera dlm al-quran?

Menurut Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. Nabi bersabda: "Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih).
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:53 PM | Show all posts
mzzenma posted on 20-10-2014 12:45 PM
Betul tu..tapi in the case of event ni, anjing tu domestic animal yang ada merata2.Bukan mcm harim ...

kata sayangi binatang...anjing tu domestik yg ada merata2...beruk, kera, cikah pun merata2 gak sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma posted on 20-10-2014 12:13 PM
aku pun sayang binatang..and ada ja aku upload pic aku dekat social media dengan two of my frogs.
...

Boleh aja ambil gambar, tapi tak perlu tunggu apa2 event untuk tunjukkan sokongan.

Depan rumah pun ada banyak anjing liar, tak pula terhegeh2 ambil gambar kan...

Alang2 nak sangat tunjukkan perasaan cinta tu, ambil sekali gambar anjing liar yang hodoh kotor tu. Lebih baik kalau adakan kempen basuh taik anjing yang berak merata tu.

Sepatutnya pemilik haiwan2 ni yang perlu dididik dulu.

Dididik supaya haiwan mereka tak berak merata.
Dididik supaya anjing mereka tak menyalak malam2.

Jangan panggil diri pencinta haiwan kalau tahi pun tak boleh nak urus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:06 PM | Show all posts
atira posted on 20-10-2014 12:35 PM
so apa yg tertera dlm al-quran?

dia tak baca quran lah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:08 PM | Show all posts
mzzenma posted on 20-10-2014 12:40 PM
bila ko sebut pasal botol arak tu..baru teringat yesterday aku dengar dekat sinar ada orang tanya  ...

misal la ko nak terberak sangat nih k.. dok tekan2 perut..taik cam nak tersembol kuo jek ko rasa..aduhhhh mana jamban ni

ko pi jamban tadak paip air yang dok juloq2 salu kita tgk tu..tadak air apa pun cuma air pam nak pam taik karang dan cuma ada TISU JAMBAN

ko berak dak? ke ko carik air sampai dapat walo terberak skit lam suo ko

lupa nak cite sat..kawan aku ngan aku keje part time masa mude2 dulu..kejap jek..catering gitu alaaa tolong2 potong basuh ..blah malam la

satu kali tu aku sib baik tak terminum air botol dia, sib baik depan dia, aku dah capai nak teguk dia kata eeeehhh jangan.air tanah tuh

ahaahaha terkedu aku..air tanah? mati2 aku ingat coke tadi siottt..lahabau ko dol

rupa nya dia bawak air tanah sebotol tiap kali mai keje..pas abis keje dia samak tangan dengan air tu ler ..aku tak penah tau, aku basuh sabun jek end of the nite..sabun womgi laagi, handwash soap tuh

kalo jadi kes teraniaya aku memang akan samannnn dia aku cakap ahahahaha lawok jek, urban pun ye kaya toksah cite pak dia, leh cam tu pasai? Last edited by ajinomotonosuga on 20-10-2014 01:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya, kita lihat anjing anjing berkeliaran tu...dlm konteks perumahan Malaysia, apa yg berlaku? Nak didik masyarakat dulu ke atau pet owner?

Dalam konteks malaysia, anda pernah tengok tak dog owner, si pembela anjing tu kutip najis anjing ketika dia bawa anjing dia kekuar berjalan jalan? Dia pegang plastik dan kutip najistu dengan tangan dia , i mean with plastic glove?

Dah terdidik ke dog owner kat m'sia ni ?masa berjalan dah beli penutup mulut anjing?

In UK dog owner buat benda ni.

So tang nak educate org pun i rasa kena educate pet owner jugak.

Lagi satu, elok ade dog expert or vet yg boleh bagi penerangan ttg species anjing canine yg bahaya yg tend to attack people, what to do and how to spot. Bukan ape, ade kes kes even in UK pun ade serangan anjing.

So saya rasa lebih manfaat. Tang takut tu sapa takut anjing kan, even dlm tube ade je org bawak anjing selambak lepas anjing dia...ada yg selesa dan ade yg tak sebab bulu oenuh melekat kat coat depa yg kena gesel...haha Last edited by mbhcsf on 20-10-2014 01:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:13 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 20-10-2014 01:08 PM
misal la ko nak terberak sangat nih k.. dok tekan2 perut..taik cam nak tersembol kuo jek ko rasa.. ...

ko ni aji...kasi contoh pun kelakar..

kalu simpan berak tu...tak membusung ke Aji?....dah mudarat plak dah..

aji..aji...tak sama lah aji....minum dlm gelas bekas arak tu...belum masuk darurat lagi...boleh je gi gerai lain.

berak tu dah darurat dah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:14 PM | Show all posts
APAKAH HUKUM BAGI ORANG ISLAM MEMELIHARA ANJING ?


JAWAPAN :

Memelihara anjing adalah harus dan pemelihara perlu menjaga kebajikannya untuk tujuan-tujuan yang berikut :

1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu.

2. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas polis.

3. Anjing terlatih untuk menjaga rumah, kebun atau ladang.

4. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak atau peladang untuk kerja-kerja menggembala binatang ternakan

5. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang buta untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Tetapi masih perlu ditempatkan berasingan daripada kediaman tuannya .

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Darqutni dan Hakim dinyatakan pernah menolak jemputan satu kaum yang membela anjing untuk datang ke rumah mereka.

Bila ditanya, baginda menjawab dalam rumah mereka ada anjing, sebaliknya baginda menerima jemputan kaum yang membela kucing. Apabila ditanya, baginda menjawab "kucing itu tidak najis".

Sahabat mengambil faham daripada hadis ini bahawa baginda menolak jemputan mereka yang membela anjing kerana bimbang mengenai najis.

Menurut Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi, hukum membela anjing sebagai hobi adalah haram. Antara alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah:

i. Menakut-nakutkan jiran, orang lalu lalang dan tetamu.

ii. Berkurang pahala pemelihara. Nabi bersabda yang maksudnya:
Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap pahalanya berkurangan satu qirath.
(Bukhari dan Muslim)

iii. Malaikat enggan masuk ke rumah.

iv. Tabiat anjing suka menjilat dan kenajisan mughallazah pada jilatannya menyebab kesukaran pemeliharaannya. Cara menyucikan najis mughallazah ialah menyamaknya dengan tujuh kali air, dan salah satu air tersebut bercampur tanah.



* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) *


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:19 PM | Show all posts
oang buat keje molek kita sokong aje la..bukan suruh kawin dengan anjing or kawin sejenis

program tu nak beri kesedaran yang anjing tu bukan jijik  or sesuatu yang oang islam mesti lariiiiiiii dari depa

tu pasal title tu bunyik macam tu.. SENTUH ANJING..makna dia nak dekatkan diri ..toksah lari dari anjing

pasai pa oang melayu islam SELALU lari dari anjing kalo  jumpa?

banyak pengalaman leh cite..dari kawan kene kokak anjing pasal tak faham mende2 cam ni

aku dah kata jangan lariiii..dia nak memain, anjing memang cam tu..depa suka berkawan nak memain , kalo ko tak sudi sekali pun jangan lah hina or keji or sepak malah bunuh depa..takmo kawan kalo tak payah lah kawan

tapi kalo ada insiden misal di datangi anjing, jangan larik..nanti dia ingat samada ko nak bermain2 ngan dia cam hide and seek , atau dia ingat ko tu oang jahat ..kedua kes dia akan kejorrrrr yeop kejorrr

dan ko plak bodoh punye pasal, takmo p program cam ni malah takmo paham langsung apa aji bebel selama nih terus lari dan larikkkkkk...runn porest runnn bila kene kejo

btui dak aku cakap?  sikap cam ni yang mamat tu nak ubah..so buat program cam ni sentuh anjing maybe title tu gempak dan cathcy sangat.. mesra anjing maybe better or JANGAN LARI  KALAU DI KEJAR ANJING

tapi bagus ler jadi publisiti meluas dengan title cam tu..nak lai bagus buh title KISS YOU DOGGIE or I LOVE DOGGIE
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:26 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 12:50 PM
Menurut Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilaran ...

soalan saya apa yg tertera dalam al-quran la AN..
maklumla.. ummah2 dok suruh kembali kpd alquran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 01:28 PM | Show all posts
freebird posted on 20-10-2014 01:06 PM
dia tak baca quran lah tu...

tak mungkinla..
sbb bersunguh2 dia suruh org lain kembali kepada alquran


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean posted on 20-10-2014 12:02 PM
Yang berkumpul pun kebanyakannya pasti manusia2 hipokrit, the so-called animal lovers, 'pencinta hai ...

Ai suka komen yu ni.....skrg manusia hipokrit mmg melimpah ruah..perlu sayang anjing je ke..haiwan lain pun perlu disayangi..jgn dizalimi..tp pilih anjing..why...kunon urbanla sgt...terbukala sgt..ramaila org masuk islam lps ni tgk awek bertudung kepit kepit anjing comel..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 20-10-2014 01:09 PM
Sebenarnya, kita lihat anjing anjing berkeliaran tu...dlm konteks perumahan Malaysia, apa yg berlaku ...

Ni agak betul jugak..sesetengah pemilik anjing ni sori lah mcm x reti nk bela anjing.penah nmpk anjing rotweller gi kejar bdk2 tgh main..bleh owner dia buat bodo je..dah tau bela anjing ganas pandai2 la tutup pagar rumah
Satu yg best dok area ramai melayu ni anjing liar x ramai..mcm kt shah alam la heheh..nk g joging ke berbasikal ke takde was2 kena kejar anjing ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 20-10-2014 01:09 PM
Sebenarnya, kita lihat anjing anjing berkeliaran tu...dlm konteks perumahan Malaysia, apa yg berlaku ...

Area rumah aku ni 80% chinese... 15% Malay..balance india dll... Majority bela anjing.. Tp aku setuju dgn ko.. Mmg part2 najis anjing mmg xde sivik ..ada kebangangan kat situ.. Ada sekali minah sepet ni boleh tgk je anjing dia poopoo dpn gate jiran aku.. Ada india ni pulak bawak anjing dia jln2 boleh biar anjing dia kencingkn pasu bunga jiran blkg rumah aku.. Moralnya majority pembela anjing mmg tau bela utk jaga rumah je.. Part2 sivik ke laut.. Atau sbb Malaysia authority pun dlm bab2 haiwan peliharaan ni undang2 sgt longgar.. Bab dera pun mcm longgar..so owner pun amik mudah..kat nyc aku tgk siap bawak plastik lg kalau bawak anjing jln2 takut anjing berak kena Saman...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.275288 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list