CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]
Post time 27-7-2016 10:51 PM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 10:37 PM
Alhamdulillah. Nak buat macam mana. Dah terdidik macam tu

Untung lah dik, bakalan jadi menantu rebutan
Ok i nak sambung baca latest update
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2016 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 27-7-2016 11:22 PM

Cerita ini selingan sebelum aku sambung semula cerita tentang pemutihan Aku dengan Tok Rom ya?

-------------------------------------

CERITA ENAM BELAS - PADANG

Cerita ni Abang Aan yang ceritakan dekat aku. Benda ni berlaku dekat kawan dia masa diorang Form 3. Masa aku Form 1, abang Aan ni Form 4, so maksudnya aku memang tak sempat nak jumpa kawan abang Aan since dia dapat tawaran ke tempat yang jauh lebih baik lepas dapat result periksa besar Form 3 tu.

Abang Aan pulak lebih rela stay dekat sekolah berasrama penuh yang penuh suka duka ni instead masuk sekolah lain dan kena orientasi entah apa apa pulak.

Ceritanya macam ni, kawan abang Aan ni salah sorang budak player ragbi yang agak pemalas jugaklah nak turun meeting. Entah macam mana, satu hari tu, dia terkena ganggu.

Kawan Abang Aan ni terjaga. Ada kawan ragbi dia kejutkan dia sama. Dia ajak ikut dia sebab ada meeting. Kawan abang Aan ni assume ada meeting sebab kawan dia yang kejutkan dia ni, tunjuk tunjuk baju ragbi (sama macam mana yang biasanya dia buat kalau ada meeting ragbi)

So, abang kawan Aan yang masih mamai mamai ni pun ikut je lah kawan dia ni yang jalan dekat depan. Kawan abang Aan jalan kat belakang.

Kalau nak ikutkan blok asrama lelaki nak ke padang memang jauh pun. Memang budak budak ragbi akan buat latihan ragbi dekat padang yang berdepan dengan sickbay.  

Tak tahulah macam mana nak bayangkan kenapa & macam mana kawan abang Aan tu boleh tak rasa pelik satu pun walhal dia pergi pagi pagi buta time orang lain tengah berdengkur.

"Kau buat apa dekat padang ni?" tegur Pak Guard yang kebetulan tengah ronda ronda.

Terpinga pinga kawan abang Aan ni bila dia sedar yang dia ada dekat padang sorang sorang. Takde orang lain. So, apa lagi, Pak Guard yang baik hati ni pun tumpangkan dia dan hantar balik kawan abang Aan ke asrama.

"Dah. Dia saja nak sakat. Lain kali kalau ada meeting, jangan tak pergi. Dia saja nak ingatkan lah tu..."

Pak Guard dah biasa sangat dengan budak budak kena sakat ni. Kadang kalau nasib tak baik, berbual lah kau atau bersosial lah kau dengan "kawan" kau tu. Kalau nasib lagi tak baik, Pak Guard pulak yang kena tipu dengan "kawan" ni.  

Tapi yang ni baik sikit sebab dia tak ganggu teruk teruk.
Sekadar sakat sakat gitu je lah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 11:26 PM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 09:06 PM
Dah update. Nasib baik tak kantoi dengan bos kan?

Maaf kalau cerita aku tak seram. Tak niat na ...

Memang seram, 9teen.. dan menarik.  Mesti ada sebab di sebalik ni semua... mungkin Allah mahu 9teen menjadi lebih kuat daripada segi kerohanian.. benda-benda ni bukan semua orang dia boleh 'menumpang'.  ada certain certain je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
darlingangel replied at 27-7-2016 11:26 PM
Memang seram, 9teen.. dan menarik.  Mesti ada sebab di sebalik ni semua... mungkin Allah mahu 9tee ...

Alhamdulillah kalau seram. Just in case, ada pengajarannya, ambil lah...

Cerita cerita dekat sini memang tak ada tambahan perencah. Semuanya dengan izin Allah jugak yang izinkan semuanya jadi atas sebab sebab tertentu (yang cuma Allah tahu sebab Allah yang Maha Tahu akan benda benda ghaib ni)

Bagi cerita cerita yang disampaikan kepada aku tu, semuanya aku husnudzon je. Insya-ALLAH semuanya takde unsur tambahan perencah. Kalau ada, maaflah ya?     
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 12:57 AM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 11:18 PM
Cerita ini selingan sebelum aku sambung semula cerita tentang pemutihan Aku dengan Tok Rom ya?

- ...

aduh, sudah tahap kejut dari tidur ni.. agak melampau juga sakatan mereka... bahaya pun iya
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:00 AM | Show all posts
9teen replied at 27-7-2016 08:58 PM
CERITA LIMA BELAS - TEMURUN

"Aku benci darah! Aku suka darah! Aku benci darah!"

Ah sudah, kena check jugak ni barangkali. Aku pun orang kata sangat pendiam walaupun aku rasa aku ni banyak cakap, tapi dengan orang tertentu jelah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2016 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 28-7-2016 01:00 AM
Ah sudah, kena check jugak ni barangkali. Aku pun orang kata sangat pendiam walaupun aku rasa aku  ...

Wallahualam. Tak semestinya. Aku pun tak berapa pasti. Sebab setiap yang terjadi tu atas izin Allah jugak. Pendiam tu memanglah pendiam, tapi ada orang orang tertentu yang aku boleh ngam.

Jumlah kawan kawan aku memang boleh kira pakai jari   
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bro, bila nak bukak cerita #4? Aku nak tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2016 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
arrowtotheknee replied at 28-7-2016 01:26 AM
Bro, bila nak bukak cerita #4? Aku nak tahu

Aisehman!

Cerita 4 & Cerita 13 dalam fail tak boleh didedahkan.    
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 28-7-2016 01:29 AM
Aisehman!

Cerita 4 & Cerita 13 dalam fail tak boleh didedahkan.

Haha kau janji nak cerita kalau perlu kann    so apa ciri2 keperluannya utk kau nak bukak cerita tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita kau lately ni kurangg kickass. Aku banyak lepak rumah dammerung jadinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
arrowtotheknee replied at 28-7-2016 01:33 AM
Cerita kau lately ni kurangg kickass. Aku banyak lepak rumah dammerung jadinya

Maybe aura tak sampai. Setelah dispeku beberapa forummers ingat Aku ni perempuan. Terkejut & terkedu kat situ.

Apa apa pun, kick tak kick. Aku tak kisah pun, sebab aku just nak share je. Karang tambah perencah, tak elok untuk kesihatan. So biarlah aku cerita yang neutral je. Plus, rumah setinggan manakan mampu nak lawan kondo kondo dan banglo forummers yang ngetop & otai?          
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:54 AM | Show all posts
9teen replied at 28-7-2016 01:18 AM
Wallahualam. Tak semestinya. Aku pun tak berapa pasti. Sebab setiap yang terjadi tu atas izin Alla ...

Harapnya takdelah. Bukan apa. Sebab pernah perasan macam ada something. Karakter pun berubah sejak mula masuk U. Lagipun arwah moyang pernah membela tapi arwah tok sedara dah mintak ustaz buangkan dah baru2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 07:28 AM | Show all posts
Aku rasa aku macam boleh agak siapa Shark tu...hahaha
Tapi takpe laa...tunggu TT abeskan cerita dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nuena replied at 28-7-2016 07:28 AM
Aku rasa aku macam boleh agak siapa Shark tu...hahaha
Tapi takpe laa...tunggu TT abeskan cerita dul ...

Kenal Shark ke?
Kalau kenal nanti aku bagitahu dia, ada forummers Cari kenal dia

Ni semua persoalan persoalan yang aku tertanya tanya masa Form 1 (masa aku belum faham & kenal siapa Shark tu)    
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Oi manjang borak la kau ni TT cepat sambung. Ramai dah tunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau study mana skrg ni? Tengah cuti sem kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih SuperMod medangmru sebab bagi kacang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
arrowtotheknee replied at 28-7-2016 10:45 AM
Oi manjang borak la kau ni TT cepat sambung. Ramai dah tunggu

Eh, ada lagi?

Ingatkan dah bergentayangan dekat rumah lain.
Aku nak bertapa dulu. Menuntut ilmu tulis style lelaki. Kalau tak, nanti sepanjang umur orang akan ingat aku perempuan bila tulis dekat Cari Forum ni      
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 11:22 AM | Show all posts
9teen replied at 28-7-2016 10:57 AM
Eh, ada lagi?

Ingatkan dah bergentayangan dekat rumah lain.

Dah lame I bertapa kat sini. Tggu cerita u bile nk hbs. TT, kurangkanlah berborak. Sile sambung cerita....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.144829 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list