|
|
Simpati dengan nasib kakak2 di forum ni tentang hal sahabat. Hubungan sesama manusia memang sebegitu kakak. Tak kisah dalam lingkungan kerabat diraja, vip, orang kaya, orang miskin, warga sekolah, murid2, warga tua, rakan sekerja, saudara mara, sesama ahli agama, ahli politik, ahli perniagaan, sesama artis, tidak kira dalam kaum apa, agama apa, di ceruk dunia mana dia tinggal, pada zaman apa dan kurun keberapa, konflik sesama manusia pasti akan berlaku kerana perbezaan pendapat. Ada hati yang sentap dan pelbagai lagi. Berbahagialah orang yang selalu berlapang dada dalam kebanyakan hal, tiada mencari musuh dan meletakkan Allah dan syurga sebagai destinasi. Hal lain di sekeliling sebagai ujian yang perlu ditempui dengan sabar dan berusaha menyelesaikan dengan cara baik saja, kakak.
|
|