“Saya tetap dengan pendirian Wany Hasrita tak layak menang” - Fathia Latiff[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2018 1:17 PM
[size=0.75em]Fathia (kanan) tidak mempunyai masalah dengan Wany namun tidak berpuas hati dengan sistem keputusan ABPBH31.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PELAKON Fathia Latiff tetap bertegas dia berhak untuk menyuarakan pandanganya mengenai kemenangan penyanyi Wany Hasrita merangkul Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH31) pada Ahad lalu. [size=0.98em]Biarpun Fathia, 31, tidak mempunyai masalah dengan Wany namun baginya, penyanyi lagu Menahan Rindu itu masih belum layak untuk memenangi anugerah tersebut. [size=0.98em]Kata Fathia, ramai lagi selebriti yang sudah lama berada dalam industri dan mereka lebih popular berbanding Wany. [size=0.98em]"Saya berhak untuk bersuara dan berhak untuk memberi pandangan mengenai kemenangan Wany sebagai Bintang Paling Popular. [size=0.98em]"Sejujurnya, saya tidak ada masalah atau bergaduh dengan dia pun. Cuma, dia belum lagi layak untuk menang dan saya tidak berpuas hati dengan sistem keputusan pada malam itu.
[size=0.98em]Paparan skrin status Fathia mengenai Wany yang sempat diambil oleh netizen sebelum dipadamnya. [size=0.98em]"Sebab masih ramai lagi selebriti yang dah lama dalam industri ini lebih terkenal daripada dia," katanya kepada mStar Online. [size=0.98em]Fathia diminta mengulas kenyataannya yang mempertikaikan kemenangan Wany pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang berlangsung pada Ahad lalu. [size=0.98em]Menurut Fathia, dia memadam kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya itu kerana menghormati peminat Wany dan tidak mahu laman sosialnya itu kurang menarik dengan posting berkenaan. [size=0.98em]Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose ini tetap dengan pendiriannya yang menganggap Wany tidak sepatutnya membawa pulang trofi anugerah utama berkenaan. [size=0.98em]Sistem pengundian pemenang dalam pertandingan berkenaan dilakukan menerusi dalam talian. [size=0.98em]"Saya padam kenyataan di laman sosial itu kerana berfikiran saya perlu menghormati peminat-peminat Wany.
[size=0.98em]Fathia tetap dengan pendirian menganggap Wany tidak layak untuk menang. [size=0.98em]"Selain itu, saya tak nak foto di Instagram saya kurang cantik dengan adanya posting tersebut. [size=0.98em]"Tapi walaupun saya dah padam, saya tetap dengan pendirian yang Wany memang tidak layak untuk memenangi anugerah tersebut," ujarnya. [size=0.98em]Menerusi sebuah portal hiburan, Wany turut mempertikaikan tindakan Fathia memadam status tersebut dan beranggapan pelakon itu tidak tetap dengan pendiriannya. [size=0.98em]Bagaimanapun, Wany tetap menghormati setiap kritikan dilemparkan baik dalam kalangan artis atau netizen. [size=0.98em]Pada malam kemuncak ABPBH31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu, Wany turut membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... MlDCWeUx1xSj6JEw.99
|