CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Di mana Ustazah Nur Farhana?.

[Copy link]
Post time 17-1-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 17-1-2019 12:29 PM
balik pulau jauh.. penah skolah situ dulu.. naik bas dr komtar pegi stesen bas balik pulau, pastu na ...

I selalu rasa rumah kena dekat dgn tmpt kerja isteri sbb kebiasaannya isteri yg uruskan anak2 dan rumahtangga..
Boleh balik rumah awal tak buang masa di jalan..
Kecuali suami boleh handle so ok lah tengah2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua Polis Sahkan Ustazah Farhana Ditemui Selamat..
January 17, 2019admin

Alhamdulillah, Ustazah Nur Farhana ditemui selamat. Ini Kenyataan Awal Ketua Polis Daerah Barat Daya
USTAZAH Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Malam tadi, portal berita Harian Metro melaporkan Ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah itu sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.

Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana, 27, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah petang kelmarin seperti kebiasaan.

“Menurut suaminya, pada pagi Isnin dia menghantar isterinya ke Plaza Tol Alor Setar Utara pada 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

“Pada 4.30 petang, suami mangsa yang juga peniaga menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab.

“Apabila lelaki itu pulang ke rumah dia dapati telefon bimbit isterinya berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal,” katanya. Sumber harian metro

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan meneliti laporan daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

“Dalam kes ini kita perlu melihat laporan JPN terlebih dahulu dan tidak boleh menilai berdasarkan kenyataan-kenyataan dikeluarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Maszlee berkata, beliau sentiasa memberikan perhatian khusus terutama berkaitan isu dan masalah pertukaran guru.

“Saya beri perhatian kepada semua, semua guru-guru dekat di hati saya. Mereka adalah adiwira dan sentiasa ada di hati saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Singgah Cakna di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, hari ini.

Terdahulu, Nur Farhana Ibrahim, 27, dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah. Insiden itu disedari suaminya selepas guru terbabit tidak pulang ke rumah mereka yang terletak di Langgar, Kedah pada petang Isnin lalu. Menurut suaminya, mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan pada 2014.

Katanya, ia disebabkan akibat masalah kemurungan dan dipercayai tertekan kerana terpaksa berulang sejauh kira-kira 100km perjalanan dari rumah ke sekolah. Sinar

“Dia menangis ketika tidurkan anak kami’ – Isteri Masih Hilang, Suami Buka Cerita.
BALIK PULAU- Suami kepada guru Pendidikan Islam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Genting yang hilang masuk hari ketiga hari ini menceritakan keadaan isterinya, Nur Farhana Ibrahim, 27, sehari sebelum kejadian.

Muhammad Naim Mahayadin berkata, isterinya didapati menangis sendirian ketika menidurkan anak tunggal mereka pada malam 13 Januari di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.

“Saya ada tanya dia kenapa menangis tetapi dia hanya jawab tak ada apa-apa. Saya pun tak syak apa-apa lalu terus tidur,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, pada keesokan harinya, dia menghantar isterinya ke tol Alor Setar bagi ditumpangkan oleh rakannya untuk ke tol Sungai Dua, Butterworth.

“Isteri saya menumpang rakannya untuk ke tempat kerja dan meletakkan keretanya di tol Sungai Dua. Selepas menghantarnya di tol Alor Setar pada Isnin, jam 5.45 pagi, saya ada hubunginya pada sebelah petang namun panggilan tidak dijawab.

“Pada jam 6.30 petang, saya pulang ke rumah dan mendapati telefon bimbit isteri saya ada di atas almari di bilik. Saya kemudiannya menghubungi rakan isteri saya dan mereka juga tidak tahu di mana dia berada.

“Mereka hanya nampak kereta isteri yang diletakkan di luar kawasan sekolah namun mengesahkan dia hadir pada hari tersebut. Berdasarkan keterangan guru besar, kali terakhir isteri saya dilihat adalah pada 14 Januari lalu kira-kira jam 9.40 pagi di kantin sekolah,” katanya.



Operasi pencarian yang dibantu Unit K9 dijalankan sekitar sekolah tempat mangsa mengajar dan kawasan berhampiran.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah dengan isterinya dan mengesyaki kehilangan isterinya itu ada hubung kait dengan kegagalan permohonan pertukaran tempat kerja.

“Saya bersama guru dan guru besar mencarinya di sekitar sekolah pada Selasa namun gagal. Saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan isteri saya.

“Saya mengesyaki kehilangan isteri saya ini ada hubung kait dengan kegagalan permohonannya untuk menukar tempat kerja berikutan dia sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Alor Setar,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika ditemui berkata, sepasukan polis dengan bantuan Unit K9 telah diarahkan untuk melancarkan operasi mencari guru tersebut.

Menurutnya, operasi dilakukan di sekitar sekolah dan kampung berdekatan.

“Operasi dihentikan jam 6 petang tadi (semalam) berikutan tiada petunjuk mengenai mangsa di kawasan sekitar.

“Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa agar menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Balik Pulau,” katanya.

Nur Farhana didiagnosis mengalami simptom tekanan serius (‘reactive depression with marked anxiety symptoms’) sejak beberapa tahun lalu.

Dia dipercayai mengalami tekanan apabila perlu berulang alik dari Alor Setar ke sekolahnya setiap hari.



Sumber gpsbestari.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
walava replied at 17-1-2019 07:12 PM
tak habis2 nak speku rumahtangga orang, pangai cam setan sekor sekor

-400 tak pun card warning

Motif tolak kedit sendiri. Aku kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-1-2019 09:35 AM
kesian ustazah ni dpt laki mcm ni. patutla lari. kire nasib baik gak la bini tak kelar leher anak  ...

I pun kalau ada masalah atau apa2 yg tak puas hati memang cerita direct kat tok laki. Sebab laki ni bendul.. Bila cakap kita ok walaupun wajah mendung, dia tetap tak faham. So baik luahkan je semua. Weolz pun pjj. Hujung bulan atau 2 bulan sekali baru jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:45 PM | Show all posts
annehuda replied at 17-1-2019 03:40 PM
So akak ustazah ni nk ckp ustazah farhana disorok bunian ke?  Tau la balik pulau tu sunyi
Alhamdulillah ..
dah jumpa

Seorang guru wanita yang dilaporkan hilang selepas menghadiri sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau Isnin lepas, ditemui selamat di satu lokasi di Perak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, ditemukan oleh orang awam pada kira-kira pukul 4 petang tadi, namun menurutnya beliau tidak dapat mendedahkan lokasi penemuan buat masa ini.

"Berikutan keadaannya dalam kemurungan, saya tidak boleh dedahkan di mana ustazah itu ditemui.. yang penting dia selamat. Biarkan dia tenang bersama keluarga terlebih dahulu kerana saya bimbang keadaan kesihatan dan keselamatan beliau. Saya harap pihak media memahami dan dapat beri kerjasama, " katanya kepada Bernama di Balik Pulau hari ini.


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 17-1-2019 07:22 PM
Kalau kita ignore org mcm tu lama2 deyols akan perasan n sedar dorg salah. So uols ignore je nti s ...

Aiol dolu buat gitu. Tapi oleh sebab tahun ni berazam mengajar dengan lebey baik maka ai tamau ignore2 pelajar dah if boleh, haha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 17-1-2019 07:24 PM
Apa lg benefits cikgu eh? Gaji besar ek? Selain tu? Iols nampak rugi kt pencen je sbb dah keje ber ...

Besar la jugak sebab tak silap basic cikgu degree sekarang dah 2k, so if campo elaun  segala, dapat la dalam 4k (aiol rasa cikgu Farhanah ni gaji dah cecah 3.8-4k) huntok kerja separuh hari.

Pasal KWSP tu, if cikgu pilih skim KWSP, hada ja caruman tiap bulan sampai pencen. Tapi takda duit pencen tiap bulan la.

If sayang laki sayang rumahtangga barangkali berbaloi la kot benti keja. But if sayang karier, tak berbaloi. Lagipun huntok ummah macam ai yang suka pi sekolah, memang suka mengajar, boleh mati kutu if dok dendiam kat rumah jah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:00 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
X fahamla i netizen kt fb asyik salahkan PPD kenapa
Suami ustazah tu la mcm dungu x fikir bini kena travel jauh pi keja
Patut cari rumah yg dekat
Dalam negara je pun
Bukan berulang pi oberc pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:05 PM | Show all posts
Alhamdulillah sudah ditemui dgn selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 17-1-2019 07:28 PM
Kasut hitam2 dah kurangkan beban ibu2 basuh kasut anak2 setiap mggu..
Semoga ustazah ditemui dgn  ...

I nak setuju pasal kasut hitam tu
Bahagia rasa skrg
Hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:14 PM | Show all posts
iols pn pelik apesal setazah ni taknak sewa je rumah/bilik yg dekat ngn sekolah........... bawak jela anak tu tggal sama, drpd habis masa hari2 atas jalanraya baik la spend time dgan anak2.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustazah tidur di surau

MyMetroMutakhir


Muhammad Apendy Issahak dan Mohd Hafizee Mohd Arop
[email protected]

USTAZAH yang dilaporkan hilang di Balik Pulau, Pulau Pinang sejak semalam kini berada dalam keadaan selamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, dilaporkan datang sendiri ke balai polis berkenaan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, guru berkenaan bagaimanapun masih sukar untuk mengingati apa yang berlaku sepanjang kehilangannya.


“Guru berkenaan hadir ke balai polis jam 3.15 petang tadi dan setakat ini hanya memberitahu dia bermalam di surau untuk tidur.

“Polis sudah menghubungi suami dan keluarga guru berkenaan untuk hadir ke balai bagi membawanya pulang,” katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.

Razali berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan mengenai penemuan guru terbabit kepada pihak polis di Balik Pulau.

Semalam media melaporkan ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau itu dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.

Kehilangan Nur Farhana disedari suaminya selepas dia tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah, petang kelmarin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur dia selamat. Harap laki nya dapat guna lebih otak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 17-1-2019 08:14 PM
iols pn pelik apesal setazah ni taknak sewa je rumah/bilik yg dekat ngn sekolah........... bawak jel ...

Td baca kat fb ade berita gambar mak mertua n anak setazah nih.
Mil dia kata dia penah sewa kat p.pinang tp tahan setahun je sbb tk tahan berjauhan dgn famili.
Lgpun dia ada masalah kemurungan takleh duk berseorangan.
So dia duk balik ngan suami dan keluarga mil dia tu kt kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:33 PM | Show all posts
Suchi replied at 17-1-2019 08:27 PM
Td baca kat fb ade berita gambar mak mertua n anak setazah nih.
Mil dia kata dia penah sewa kat p ...

gambar husband dia ada? husband dia bisnes apa jah sebenarnya ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah takde kejadian buruk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dah jumpa..
Muga ustazah tenang..
Family terus bagi support.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 17-1-2019 06:10 PM
Cikgu Farhana dijumpai selamat.. keluarga kini dalam perjalanan ke Kuala Kangsar

17 Januari 2019
...

Aku takleh brain orang Malaysia tersesat jalan di bumi Malaysia.. tulis bahasa Malaysia kot papan tanda semuanya..kalau nak balik sungai petani tapi jalan tuju Kuala Kangsar..sah2 lah dah silap arah.


Alasan kehilangan sebab sesat jalan takleh diterima.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Kenapa suami tak nak berkorban travel jauh? Dah tau isteri tu kemurungan. Gentleman la sikit. 100km sehala tu. Fuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.164356 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list