CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

  [Copy link]
Post time 12-12-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca dgn berdebar debar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 12:13 PM | Show all posts
hadeiiiii...debau2

aku bayangkan bobot tu macam tobiruo
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 10:44 AM | Show all posts
Ganas betul bobot ni
Menyeramkan

Ni kira.kisah dua zaman ni
Menarik sangat dam
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bobot... bobot... apa sebenarnya yg buat dia mengganas ya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
debor la baca cite bobot ni
tq bro damm
keep on writing
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wau...bersambung lagi...debarnya baca kisah bobot ni. Harap cepat sambungannya nanti tuan tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih damm sbb bagi sambungan bobot.. x sabar utk yg seterusnya.. tp jgn lama sgt damm.. penat tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 02:54 PM | Show all posts
dh berjaya hbskan part iii kes 2 bersama bobot


btw kenapa bang dam ltk tajuk sbg kes?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemasss ni.. Phewww..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2019 11:49 AM | Show all posts
suspense giler baca.. rse cm diri sndri dlm kisah tu, btul2 dlm movie dh
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 11-12-2019 07:33 PM
Kes 2/2019 - Bobot (Bahagian III)

Teman Nenek Aton yang merupakan salah seorang jemaah pada malam ...

Allahu..berdebar nya baca..ditambah pulak background cerita zaman inggeris. Xdapat bayangkan mcmmana takutnya org kampung..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama tunggu update.  Happy New Year 2020
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols baru start nk mengekor nihh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sy komen slps baca first part citer bobot..kt kg sy ada seseorg y mcm tu..dia giler tp dia meniaga jual penyapu lidi..ada kalau dia mengamuk,habis baju2 dia selak and kdg2 dia akn bogel..kesian jgk kt dia..

Lama dia mhilang,rupe2nye dia mngandung..xtaw laa sapa y rogol dia..org y giler pun ada jgk manusia nak rogol..latest dgr berita psl dia tu last 2years..smpai skrg dah xde dgr plak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 2-1-2020 07:46 PM
Ni sy komen slps baca first part citer bobot..kt kg sy ada seseorg y mcm tu..dia giler tp dia meniag ...

Saja juga nak cite. Depan opis husband i pun ada budak perempuan terbiar. Org gelarkan Cak. Sebab dia suka cak2 kat kereta org yg parking tepi jalan n masa nak keluar tu la dia terpa. Tak ke tekejut kita bila tgh bawa keta ada org terpa ke kereta.

Kesian, siap org bawa dia p sampai padang besar. Then malam.baru hantar balik. Esok nya dia cerita kat kwn i yg jaga kedai kat situ.. Dia sakit kt bawah (mayb dia kena rape)..

Ending jye, dia kena langgar dgn trela. Mayb dia buat mcm dia selalu buat kt moto n kereta.. Tp bila trela memang x nampak la dia..  Time tu baru la kami tau Cak ni ada family.. Masa kejadian baru keluar wajah2 parent, mak pak sedara..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tau dammerung buat comeback...still berbisa cerita2 dia...xleh stop baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2020 07:15 PM | Show all posts
rose_2011 replied at 3-1-2020 11:42 PM
Saja juga nak cite. Depan opis husband i pun ada budak perempuan terbiar. Org gelarkan Cak. Sebab  ...

Sanggup eh waris2 tinggalkan.
Paling tidak pun hantar la jkm ke.
Terjaga la sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Damm, sudi la hapdet cerita sempena besday akak esok ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 01:58 PM | Show all posts
Tertunggu-tunggu update kisah bobot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2020 06:06 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 5-3-2020 07:04 PM

Kes 2/2019 - Bobot (Bahagian IV)

Pintu dibuka dan Nenek Aton ditolak dengan kuat oleh ayah sehingga tercampak ke dinding. Pasak tiang terjulur keluar yang sering dijadikan tempat sangkut beg rotan menggores dahi. Nenek Aton dapat merasakan muka basah dek darah tapi itu bukan masa nak fikir tentang luka kepalanya. Ayah menghempas pintu dan menolak gobok kayu menghadang pintu.

Satu keluarga berpelukan ketakutan di tengah ruang tamu. Penglihatan Nenek Aton berpinar, kepalanya terasa berat.

Hitam.

Tak tahu berapa lama tak sedarkan diri, Nenek Aton buka mata dengan balutan di kepala. Che Man, Tuan Dressar berborak dengan ayah di tangga. Terdengar bibit-bibit perbualan di antara mereka di mana antaranya ialah menghantar Nenek Aton dan adik-adik ke rumah saudara di Gemas.

Beberapa hari kemudian, seperti yang dijangka, kecuali ayah, Nenek Aton sekeluarga menuju ke rumah sepupu ayah yang bekerja dengan keretapi. Mereka hanya berpindah pulang ke kampong setelah Merdeka.
Kata Nenek Aton, sewaktu tiba di kampong halaman, kesuraman yang melanda tidak lagi dirasai. Malah, melihat sawah dan kebun sibuk dengan petani dan tali air meriah dengan budak-budak mengingatkannya kepada suasana sebelum kejadian...

Sebelum mereka bertolak pulang ke kampong, Nenek Aton dan adik-beradik diingatkan supaya tidak lagi menyebut dan membahas tentang Bobot. Dengan ketenteraman dan kedamaian yang kembali, ditambah pula semangat negara baru, kejadian Bobot dilupakan sehingga sekarang.

"Sayang eh Nek, cantik-cantik macam tu" keluh Khairul sebaik dia yakin Nenek Aton dah menamatkan cerita.

"Zaman dulu-dulu, baik ada rupa biasa-biasa dari cantik. Lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan" balas Nenek Aton.

Bila difikirkan semula, ada benarnya jugalah. Cuba kalau Bobot tak cantik, pasti tak ada siapa nak mencemar kehormatan dia, walaupun sewel.

Apa-apa pun, bahagian dimana beberapa mat salleh melawat rumah Mak Enab betul-betul buat Khairul tak senang duduk. Arwah nenek jangan kata cerita tentang mat salleh, cerita bagaimana rupa Bobot pun tak pernah.

Keesokan harinya, dia menziarah adik-beradik Tok Deng dan Tok Di. Semasa kejadian Bobot, kedua mereka ini masih remaja, jadi secara teknikalnya, dua orang ini lah penduduk tertua di kampong.

Tok Di muda tiga tahun dari Tok Deng, tapi dia yang terlantar tak berapa sihat sedangkan Tok Deng masih gagah di kala usia hampir mencecah se abad.

Semasa di rumah kedua orang tua itu, Khairul di bahagian belakang rumah dimana atap rumah sikit lagi nak cecah ubun kepala. Atap zink yang begitu rendah membuatkan keadaan dapur / ruang keluarga(?) macam dalam sauna. Berpeluh-peluh Khairul dibuatnya sampai dia terpaksa duduk di pintu untuk dapatkan udara luar, kalau tak boleh pengsan dibuatnya. Tak tahu macam mana mereka berdua boleh tahan panas-panas begitu.

Keadaan tak selesa membuatkan Khairul malas nak berkias panjang-panjang.

"Atok berdua ingat lagi tak pasal Bobot?"

Tok Di terbatuk-batuk sebaik mendengar 'Bobot' manakala abangnya terdiam.

"Hah apasal dengan dia?" tanya Tok Deng.

Khairul menjelaskan dengan terperinci dari pertama kali mendengar kisah Bobot dari arwah nenek sampailah sesi bersama Nenek Aton. Mindanya seperti ada slot memori khas menyimpan kisah-kisah Bobot kerana dia dapat ingat setiap cerita seperti baru mendengarnya, walaupun sudah berpuluh tahun.

Tok Di ketawa, disertai oleh Tok Deng. Khairul pula macam orang bangang tersengih-sengih.

"Ko la cerita..." kata Tok Deng kepada adiknya.

Tok Di bangun untuk duduk bersandar. Dia mengipas-ngipas kolar t-shirt putihnya.

Pasangan adik dan abang merupakan anak kepada ketua penduduk kampong. Tok Di menjelaskan bapa mereka bukan Penghulu sepertimana cerita arwah nenek Khairul dan Nenek Aton. Zaman itu tak wujud lagi konsep JKKK atau Penghulu, Ketua Kampung dan sebagainya. Tok Deng dan Tok Di mempunyai tiga orang kakak, dimana dua kakak pertama sudah berkahwin dah tinggal bersama suami di kota, dan kakak ketiga lari dari rumah ke Singapore untuk menjadi pelakon filem. Kakak ketiga bernama Salmon itu ditawar untuk ikat kontrak menjadi penari oleh Malay Film Productions yang sewaktu itu sedang melakukan scouting di sebuah tapak pesta dimana Salmon sering ligat menari.

Bapa Tok Di dan Tok Deng bernama Herman. Berasal dari Rongkibitung, daerah kecil di Bentan, kepulauan Jawa pada 1911 bersama ibu dan kakak-kakak. Tok Di dan Tok Deng lahir di Melaka dan sebaik Tok Di dilahirkan, mereka sekeluarga bersama-sama beberapa keluarga lain membuka penempatan baru, iaitu kampong halaman mereka sekarang.

Pada waktu itu, ketua komuniti hanya ada dua, imam surau dan bapa mereka. Bapa mereka dipilih kerana sebelum berpindah ke Malaya, dia bekerja buruh dengan Kampeni, atau nama panjangnya Dutch East India Company. Maka, bapa mempunyai tubuh tegap, ditambah pula dengan ketinggian berserta wajah garang, secara automatik dipilih oleh para peneroka sebagai ketua.
Lebih dikenali dengan panggilan Patinggi oleh penduduk kampong, tidak pasti dari mana datangnya nama itu, mungkin kependekkan dari 'Pak Tinggi' kerana bapa mereka dikatakan 'sama tinggi dengan orang putih'. Pada masa itu, Tok Deng baru berhenti sekolah kerana bapa tidak mampu menyekolahkan kedua-duanya serentak, maka Tok Deng dengan sukarela berhenti untuk memberi peluang kepada Tok Di untuk bersekolah, lagipun dia sudah boleh membaca dan mengira.

Berbalik kepada Bobot, mereka sekadar mengenali gadis malang itu sebagai orang gila kampong dan Patinggi sudah membawa kedua anak lelakinya ke alam dewasa dengan kerja-kerja kampong sebelum bersunat lagi. Maka, Tok Deng dan Tok Di mungkin dua orang belia yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti membuli Bobot.

Pengalaman pertama mereka bersemua dengan Bobot adalah sewaktu kejadian di surau dimana kedua beradik itu antara jemaah bersama bapa.

Mengikut cerita, Baharim, kenalan Tok Deng yang tua sedikit darinya terlantar di perkarangan surau. Tok Di masih ingat, anak Yakin, anak Sulong dan lagi dua orang tak ingat anak siapa di dakap erat oleh Bobot.

Kalau ikut cerita Nenek Aton, Bobot mengilai tetapi Tok Di mengatakan Bobot tak mengilai pun, tetapi menjerit-jerit kemarahan. Kata-kata carutan yang begitu berwarna-warni ditutur lancar seperti penyanyi rap, menghina setiap ahli keluarga jemaah surau. Sewaktu Bobot menghayun-hayun golok, bak kata Tok Di, rasanya tak disengajakan, bahagian belakang (tumpul) terkena kepala salah seorang tebusan, dan makin kuat lah raungan budak itu, disertai oleh raungan-raungan nyaring tebusan-tebusan lain.

Tok Deng mencelah, seorang jemaah yang dia yakin bernama 'Solihin' menerpa ke arah Bobot sambil menjerit. Tindakan serta-merta itu membuatkan tak ada siapa sempat menahan, dan tersaksi lah kejadian tidak dapat dilupakan, kepala Solihin terpisah dari tubuh dan tubuh tidak berkepala mengeletek-geletek di rumput. Disambung pula oleh Tok Di, dia kata ini bukan macam lihat lembu atau kerbau kena sembelih, bau hanyir darah menyengat hidung sebaik tubuh Solihin memuntahkan darah dari batang leher.

Ketika itulah ahli surau hilang waras. Tok Di tak ingat apa orang lain buat, tetapi bapa menyeret dia dan abang ke dalam surau. Patinggi dan Tok Sapi, imam kampong, menarik beberapa keping buluh panjang yang menjadi dinding surau, dan menyematkan di genggaman mereka dengan baju yang dipakai. Kedua-dua ketua komuniti yang tidak berbaju itu menuju ke luar surau.

"JANGAN KELUAR! DUDUK SITU!" gertak Patinggi kepada dua anak lelakinya. Adalah dimaklumkan, tambah Tok Deng lagi, zaman itu mana ada pencak silat bagai. Semua mereka hanyalah orang kampong miskin dan bapa mereka dan Tok Imam nekad 'mengorbankan' diri berhadapan dengan psiko pembunuh bergolok, ditambah pula dengan kehadiran anak-anak kecil.

Sebaik kedua orang itu keluar, Tok Deng dan Tok Di menerjah ke tingkap. Jeritan dari pelbagai sumber menghangatkan suasana dan malam yang hanya diterangi samar-samar cahaya bulan menambah kepada kemisterian situasi.

Kejadian terjadi begitu pantas dan kedua beradik tidak melihat jelas rentetan konfrontasi. Apa yang mereka saksikan adalah jeritan, lolongan, laungan oleh orang dewasa, kanak-kanak...

Tok Deng ternampak kelibat pantas meluru ke arah hutan apabila cahaya-cahaya dari pelita dan obor buluh mengerumuni jalan di hadapan surau.

Sumber cahaya yang banyak menerangi perkarangan surau dan Tok Di dan Tok Deng tak percaya ada yang terbunuh, lebih menyayat hati apabila melihat isteri Yakin memapah mayat anak dengan takik di sisi kepala sehingga terjojol keluar anak mata.

Makin lama, makin ramai orang di surau. Wakil-wakil dari kampong sebelah juga datang. Apa terjadi selepas itu sama seperti apa yang pernah diceritakan Nenek Aton.

Waktu itu, seluruh ahli keluarga Patinggi tidak berani menegurnya tatkala melihat wajah bengis seperti singa. Tok Imam menjadi jurucakap kepada kejadian manakala Patinggi hanya mendiamkan diri. Apa yang Tok Di dan Tok Deng ingat, bapa pantas pulang, ambil tiga golok tersemat di dinding dapur dan menyerah dua golok kepada mereka berdua.

Tidak berani bertanya, mereka hanya mengikut bapa ke rumah Tok Sapi. Lelaki-lelaki dewasa sudah berkumpul di ruang tamu, menunggu kehadiran Patinggi. Tok Di dan Tok Deng duduk mendampingi bapa dan mendengar butir perbincangan hangat. Ada yang mahu melapor perkara ini kepada pihak berkuasa di pekan kerana kudrat mereka sebagai petani kampong mana mampu nak berdepan dengan kegilaan Bobot, sekelompok lelaki yang lebih agresif, mengutuk keras cadangan tersebut sebagai tindakan pengecut. Patinggi dan Tok Sapi tidak banyak berkata dan membiarkan yang lain bersengketa sesama mereka.

Sehinggalah ada mencadangkan supaya ketua-ketua mereka membuat keputusan.

"Aku ingat engkau semua sudah tak ingat lagi sama aku dan Sapi!" perlian keras Patinggi membuatkan suasana hiruk-pikuk bertukar 180 darjah menjadi hening.

"Siapa kata yang nak lapor ke Inggeris tadi?" tanya Patinggi. Semua diam, termasuklah kumpulan yang mahu menyerah ke pihak berkuasa tadi.

"Kalau anak kau yang mati macam mane?" gertak Patinggi.

"Buang mase! lepas Zohor semua berkumpul di sini, bawa golok, bawa cangkul, bawa sabit dan bawa lah ape-ape pun yang boleh cincang betina tu" Patinggi membuat keputusan dan samada dipersetujui atau tidak, diakui dan diikuti oleh semua disana.

Dipendekkan cerita, tiga kumpulan memburu Bobot, satu diketuai Patinggi, satu lagi Tok Sapi dan kumpulan ketiga oleh seorang lelaki terkenal dengan kemahiran membina rumah, Jan Rimau mengetui kumpulan ketiga.

Tok Di satu kumpulan dengan bapa sementara Tok Deng mengikut Jan Rimau. Ketiga-tiga kumpulan itu akan memasuki hutan dari tiga laluan utama memasuki hutan di kampong.

Sebelum usaha memburu dimulakan, seluruh penduduk kampong, termasuk dari kampong-kampong berhampiran menyaksikan rumah arwah Mak Enab dibakar sehingga hangus dijilat api.

Patinggi membawa pasukannya masuk dari arah hulu, berdekatan jalan masuk ke kampung dan laluan paling sering digunakan oleh pencari hasil hutan. Kata Tok Di, sewaktu dia memasuki kawasan hutan, dia rasa sangat gementar dan persekitaran hutan dirasa begitu asing sedangkan dah berpuluh, mungkin beratus kali keluar masuk hutan itu. Tak tahulah samada dia takut dengan Bobot atau dengan apa, sepanjang menyusuri hutan, dia terpaksa menyorok tangan dalam baju, tak mahu orang tahu bagaimana mengigil ketakutannya dia.

Setelah mungkin hampir 30 minit, Patinggi mengarahkan pasukannya melakukan 'ayam hutan', iaitu sebuah formasi dimana kesemua mereka akan mengambil posisi dari bahu ke bahu dan menjarakkan sekitar 3 ke 5 meter antara satu sama lain, seperti memburu ayam hutan.

"Woooooo" laung dari salah seorang dari mereka membuatkan semua menuju ke arah suara tersebut.

Dia menunjukkan najis di banir pokok, dan dari bentuk dan bau, jelas itu hasil buangan manusia dan kehangatan tahi menyatakan seseorang baru melepaskan hajat, mungkin tak lebih dari 10 minit sebelum ketibaan mereka. Di hadapa, terdapat batang-batang renek patah dilibas oleh benda tajam. Patinggi mengarah semua berkumpul semula dan berjalan dalam satu barisan dimana dia di depan.

Kerosakan-kerosakan terhadap tumbuhan-tumbuhan dijejaki dengan berhati-hati oleh pasukan Patinggi sehingga membawa ke arah jeram. Deruan air dari puncak gunung memberitahu mereka semakin hampir dengan gigi air.

Patinggi menghentikan langkah, diikuti oleh yang lain. Seperti tentera, dia memberi isyarat kepada pasukan untuk mengambil tempat di kawasan yang ditunjuk. Bahu Tok Di di pegang, kemudian diarah untuk duduk, bersembunyi disebalik semak samun.

Jari telunjuk bapanya menunjuk ke arah sebuah batu besar di tengah jeram. Di atasnya, Bobot sedang mencangkung dan sibuk mengasah mata golok di permukaan batu. Tok Di lihat bagaimana tubuh cengkung Bobot tersorok di sebalik sepasang kaki panjang dan kekar. Dia juga perasan betapa besarnya tapak kaki Bobot sehingga boleh mencengkam permukaan batu seperti tangan.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Tok Di tersedar bahawa mereka hanya merancang untuk memburu Bobot, tetapi tiada pelan khusus bagaimana hendak menangkapnya.

"Bah, macam mana?" bisik Tok Di kepada Patinggi.

Tiada jawapan. Jelas bapanya juga tak tahu bagaimana untuk menewaskan Bobot. Salah seorang cuba memanggil Patinggi dengan bisikan keras dan ini menaikkan darah. Beria-ria dia menyuruh ahli pasukan yang berotak udang itu untuk mendiamkan diri, namun otak udang tetap otak udang. Mungkin isyarat Patinggi disalah erti seperti memanggil, dan berjalan itik lah dia menuju ke arahnya.

'Prakkk' bunyi ranting kering terpijak bergema di sebalik deruan jeram. Tubuh Bobot kaku serta-merta dan seperti ular dia memanjangkan leher, melihat ke arah semak samun di sebalik sungai. Lelaki otak udang tadi turut kaku melihat mata parang Patinggi betul-betul di batang hidung.

Bunyi air berkocak membuatkan Tok Di kembali melihat ke arah batu besar. Bobot tidak lagi berada di atas, tetapi sudah berada di bawah. Setapak demi setapak Bobot menyeberangi air deras separas lutut, menuju ke arah bunyi ranting sebentar tadi.

Beberapa cuba melarikan diri tetapi cukup dengan tenungan keramat Patinggi, tiada siapa berani bergerak. Bapa Tok Di memerhatikan Bobot yang masih tidak menyedari kehadiran dia dan pasukannya, dan waktu genting untuk memikirkan bagaimana untuk berdepan dengan si gila yang sudah mengambil beberapa nyawa, termasuk nyawa ibunya sendiri.

(Bersambung)


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.620527 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list