Rezeki anak. Itu kata Fattah Amin apabila Fazura dibuktikan tidak bersalah bagi tuduhan melanggar kontrak bagi mempromosikan produk kecantikan.
Memetik Harian Metro, Fattah meluahkan rasa lega kerana sokongan dan menemani isterinya hampir tiga tahun turun naik mahkamah tidak sia-sia apabila dibuktikan tidak bersalah.
Kredit foto: Harian Metro
"Alhamdulillah, keputusan mahkamah memihak kepada kami. Syukur dan seperti yang diungkapkan oleh pihak media, mungkin ini rezeki anak kami.
"Saya faham perasaan Fazura apabila dia sentiasa mengadu berkenaan kes ini kerana dia rasa penat. Dan sekarang dalam keadaan dia mengandung pula. Itu pun dia mengadu sakit belakang apabila duduk terlalu lama," katanya.
Kredit foto: IG Fazura
Fattah juga meluahkan rasa bersyukur apabila ditanya perasaan bakal bergelar bapa.
"Mereka sentiasa menunggu dan berdoa agar kami dapat cahaya mata. Syukur, saya tak mengalami apa-apa alahan dan normal bagi seorang ibu mengandung ada keinginan nak makan macam-macam. Sikap manjanya pun lain macam. Disebabkan tiada aktiviti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami banyak dapat luangkan masa bersama," katanya. - CARI |