|
cerita dari pengalaman orang lain
Kisah Seram: Episod 1
Dah lama tak muncul dengan Kisah Seram The Series dalam blog ni. Yang sudi membaca terima kasih diucapkan. Kental semangat awak awak ni ye. Hihi. Sebelum ni macam macam cerita seram aku dah tulis dan kebanyakannya cerita dalam kampus. Kali ni kita ke luar kampus ye ;)
Alkisahnya abah aku ni dulu hobi dia suka pegi memburu (sekarang dah bersara). Every weekend kitaorang akan balik kampung kat Pahang dan waktu malam je abah akan bermalam kat hutan dengan geng dia untuk memburu kancil, kijang etc. Waktu petang pun aku selalu ikut abah masuk ladang kelapa sawit nak memburu ayam hutan (boleh bawak balik dan masak) since abah memang ada lesen menembak. Bila dah selalu bermalam di hutan, cerita seram memang banyak la.
Cerita pertama yang aku masih ingat sampai sekarang ada satu malam tu abah bermalam kat dalam hutan macam biasa. Kejadian ni pun dah lama sangat berlaku, mungkin masa aku umur 4-5 tahun (diceritakan balik oleh abah). Bila nak tidur tu abah takda rasa apa apa yang aneh pun. Masih macam biasa. Diorang pun tidur ramai ramai. Bangun je esok pagi bukan main terkejut lagi bila masing masing kat atas pokok yang berbeza. Sorang kat situ sorang kat sini. Yang paling pelik atas pokok. Persoalannya sapa yang angkat diorang ke atas pokok? Dan mustahil diorang tak terjaga langsung waktu diangkat tu? Wallahualam.
Cerita pertama mungkin biasa biasa je bagi korang. Okay ready untuk cerita kedua? Kejadian ni pun dah lama jugak berlaku. Masa tu aku sekolah lagi. Kejadian ni berlaku masa waktu senja kat kampung. Macam biasa abah dengan geng dia masuk ke dalam ladang kelapa sawit nak buru ayam hutan. Waktu petang ke senja ayam hutan memang banyak berkeliaran.
Ditakdirkan seorang kawan abah ni (A bukan nama sebenar) dapat la tembak seekor ayam hutan. So ayam tu pun dia bawak balik. Nak tau apa jadi seterusnya? Malam tu si A ni dah mula rasa tak sedap badan. Lain macam je. Dan yang paling mengejutkan dia dah mula berkokok sejibik macam ayam!
Apa yang aku dengar si A ni terus dimasukkan ke hospital. Bila doktor dah taktau nak buat apa sebab takda sebarang penyakit dapat dikesan, ahli keluarga si A pun mula bawak dia untuk berubat secara tradisional. Ramai ustaz kata si A ni dah terkena badi ayam yang dia tembak. Mungkin ayam tu bukan haiwan, wallahualam. Dah ramai ustaz yang si A ni jumpa akhirnya baru dia pulih setelah diizinkan Allah. Masa dia 'sakit' tu, apa yang abah aku cerita gelagat dia tak ubah seperti seekor ayam. Tak boleh nak bercakap secara normal, dia akan berkokok sepanjang masa.
Sekarang ni pun abah aku dah bersara dari memburu. Senapang dia pun dah lama tak berusik. Lega jugak sebab kalau boleh tak nak kejadian ni berulang. Bila kita masuk ke dalam hutan tu macam macam perkara boleh berlaku so kena sentiasa beringat ada makhluk lain selain kita. Apa pun pendinding diri mesti mau kuat dan hati mesti sentiasa kental!
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 23-1-2013 11:00 PM
istana kenangan kuale kangsor...
dah bertahun tutup atas alasan nak renovate, tak bukak2 smpai sk ...
betul betul. 2-3 tahun yang lepas pernah pegi jalan2 kat kuala kangsar.sebelum pergi lagi dah niat di hati nak masuk istana kenangan tu ler. sebab dah dijadikan muzium kan. dengan senibinanya yang cantik dan unik. tapi ditutup lak.
|
|
|
|
|
|
|
|
lamya_aymal posted on 25-1-2013 04:28 PM
betul betul. 2-3 tahun yang lepas pernah pegi jalan2 kat kuala kangsar.sebelum pergi lagi dah niat ...
sampai sekarang ke masih lagi di tutup...? sayang dong... |
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 25-1-2013 03:41 PM
cerita dari pengalaman orang lain
Kisah Seram: Episod 1
Cecurut.. ini board kenamaan la yang.. jangan la terlalu banyak cerita misteri yang takde kaitan dengan kenamaan pon dishare di sini ...kalau cerita misteri lain boleh share kat thread board misteri yer.
Yang lain pon take note yer..
|
|
|
|
|
|
|
|
mnaa posted on 25-1-2013 08:33 PM
Cecurut.. ini board kenamaan la yang.. jangan la terlalu banyak cerita misteri yang takde kaitan d ...
ok boss noted.. |
|
|
|
|
|
|
|
colmar, bukit tinggi memang berhantu...pernah sy memasak disana . kita org masak lewat mlm, dan sy terpandang 2 org bertelekung duduk mengendap saya memasak dari bilik atas. semua org nampak. sy suruh bodyguard naik keatas dan ajak mereka turun utk melihat sy masak......dan tidak org duduk dlm bilik tu ......senyap lah kita semua. dahlah tu, dlm gambar, ada lembaga hitam di anatar kita semua.....so kalau pergi colmar bukit tinggi, bacalah ayatul kursi banyak2. |
|
|
|
|
|
|
|
seram meremang bulu roma saya membaca cerita ini. Saya juga pernah ke sana satu kali sahaja. Kawasan memang keras especially di kawasan tempat permainan paintball. Rasanya disitu perkampungan mahkluk jin di hutan tersebut cuma mata kasar kita sahaja tidak nampak apa yang ada disekitar padang permainan tu. Game dibuat waktu petang sehingga senja, saya tidak bersuara nak gelak ketawa pun tak berani takut ada yang ikut sampai ke bilik. Kawasan swimming pool pun agak menyeramkan dan keras tempatnya. Nasib baik dapat bilik yang ok walaupun saya dapat rasa ada penghuni bertelekung putih di hotel2 sekitar yang lain. Rasanya pihak pengurusan tidak buat 'pembersihan' dan 'perpindahan' semasa mendirikan pusat peranginan tersebut. Suasana malam agak seram walaupun ramai pelancong bersuka ria makan di restoran disitu.. rasa lebih baik duduk di dalam bilik rasa lebih selamat. pada pendapat ambo kalau yang memakai fesyen telekung putih tu kalau tak species bunian mungkin juga hantu hutan yang bergerak secara berkumpulan yang berkeluarga.. tapi bukan cik ponti sbb ponti bergerak solo.. dia terpikat nak melihat masakan apa sampai haruman nya semerbak wangi sedap sbb tu mengintai tapi dia tak kacau.. I love to see the way you cook. Punya style tersendiri. Nampak kemas elegant dan cantik. Tengok hasil masakan pun boleh jadi berselera. Belum lagi kek2 yang berbagai corak. Sedapnyer. |
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 25-1-2013 07:55 PM
sampai sekarang ke masih lagi di tutup...? sayang dong...
kalau betul apa yang @oni313 tu cakap, memang sampai sekarang lah tutupnya. agaknya, apa ceritanya yer.
sayang, bangunan tu senibinanya cantik.
aku selalu tengok dalam gambar, rasa teringin nak tengok apa ada kat dalam. tapi tutup lak.
|
|
|
|
|
|
|
|
lamya_aymal posted on 26-1-2013 11:08 AM
kalau betul apa yang @oni313 tu cakap, memang sampai sekarang lah tutupnya. agaknya, apa ceritanya ...
ni pendapat aku la, 1st, mungkin ade le kot misteri2 disebalik penutupan, klau tak silap, most of the items inside the istana kenangan, dah dibawak ke galeri sultan azlan shah tuk dipamerkan...
2nd, rasanya istana tu dah tak brapa kukuh kot, dinding istana tu pun buat dr tepas ke ape nama benda tu, ala2 cam org guna buat tikar tu, dulu last pegi pun cam ada bunyi kruk krek kruk krek bila naik istana tu... istana tu pun actually istana sementara tuk almarhum sultan idris I, time tu istana negara perak kat bukit chandan tu dirobohkan tuk pembinaan istana iskandariah skrg ni... klau dah nama nya pun istana sementara, duduk kejap je, mmg tak brapa nak kukuh la sngat tuk long term... so drpd nak elak benda tak elok jadi, better tutup trus istana tu, risau kot2 kita masuk istana tu, roboh plak nanti...
just pendapat aku je...
ni lak, istana negara perak, before dirobohkan tuk buat istana iskandariah
selain dari tu, rumah2 banglo org2 melayu kaya zaman dulu sekitar bkt chandan, misteri jugak, ada 1 banglo tu mak aku citer, pnah ada org tua mati kena bunuh ngan mat dadah, last2 umah tu kosong ... last pegi tngok umah tu cam terbiar, tak tau la wujud atau tak umah tu...
1 lagi, SMK raja perempuan kalsom, bekas kediaman org penting british dlu, tu pun angker jugak, especially tang menara bangunan tu...
selingan sikit,kat tangga sekolah ni, ada trcatat aras banjir yg pnah melanda kuala kangsar, skolah ni atas bukit, bayangkan tinggi mana aras banjir yg pnah landa kuale kangsor dlu...
Last edited by oni313 on 26-1-2013 08:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 26-1-2013 08:01 PM
ni pendapat aku la, 1st, mungkin ade le kot misteri2 disebalik penutupan, klau tak silap, most of ...
aku setuju dengan pendapat enko pasal istana kenangan tu. lagipun istana tu tak dibuat dari sebutir paku pun kan? rasanya maybe tutup untuk safety kot. tapi teringin sangat nak tengok dari dekat senibinanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia
Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya, sini ada 13 tempat dianggap paling berhantu di Malaysia..
1.Highland Tower – Kuala Lumpur
suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.
2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.
3. Kemayan City – Johor Bahru
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.
4. Lebuhraya Karak
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
5. Villa Nabila – Johor Bahru
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh tengok –>
Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru
6. Amber Apartment – Genting Highland
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang
Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.
8.Institusi St Michael – Ipoh
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar – Perak
Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.
10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur
Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.
11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur
Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.
12. Rumah ADO Menumbok – Sabah
Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.
13. Penjara Pudu
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ISTANA KELLIE YANG DIUBAHSUAI DAN BERHANTU
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan ruang dalam bangunan
|
|
|
|
|
|
|
|
seram
|
|
|
|
|
|
|
|
ada yang pernah nampak hantu si kellie berlegar-legar di kawasan sini
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama mati tapi hantu merayau-rayau kat istana sebab kempunan hajat tak kesampaian sbb istana tak sempat siap
|
|
|
|
|
|
|
| |
|