|
MyVi Getz Savvy, Swift Aveo & Picanto.. March Jazz??
[Copy link]
|
|
Myvi ataupun kenari
Originally posted by rambutan at 23-3-2007 02:54 PM
nak keta kontot pastu nak besar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by assaffah at 23-3-2007 06:09 PM
Myvi ataupun kenari
kenari kalau nak letak pasu bunga, pokok boleh laa.. lebar dia tetap sama dgn keta lain |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by freekey at 23-3-2007 10:58 AM
masalahnya nissan vannette tu bukannya kategori hatchback car..
so, kalau antara savvy & myvi.. sah2lah myvi lg luas.. :setuju:
h ...
aku komen ttg tempat letak barang bukan utk letak org... kalau utk letak barang.. sume keta compact myvi ka savvy ke boot dia sama je kecik... bukan cam keta sedan |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul, kalau nak mudah parking kenari atau kancil atau atoz
Originally posted by peYno at 23-3-2007 08:12 PM
kenari kalau nak letak pasu bunga, pokok boleh laa.. lebar dia tetap sama dgn keta lain |
|
|
|
|
|
|
|
Getz tawan anak muda
DENGAN padanan enjin 1.4 liter dan wajah terbaru Hyundai Getz diperkenalkan Sime Darby Hyundai ke pasaran, baru-baru ini, sememangnya mampu menawan hati orang muda yang masih tercari-cari kereta pilihan.
Model kompak yang ditawarkan pada harga RM54, 730.19 itu sememangnya berbaloi buat mereka yang inginkan kenderaan dengan pemanduan menyeronokkan, ruang dalam selesa serta memiliki pengendalian baik di jalan raya.
Getz 2006 yang menerima sentuhan lebih menawan pada wajah luarannya dipadankan dengan transmisi automatik serta dipasang enjin DOHC, empat silinder 16-valve.
Kereta ini turut dilengkapi dengan sistem brek cakera untuk semua empat rodanya dengan dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci Empat Roda (ABS) dan Edaran Daya Brek Elektronik (EBD).
Dari pandangan hadapan bahagian lampunya dipertingkatkan kepada gaya lebih moden selain bamper dan bonet turut menerima sentuhan daripada pengeluar.
Untuk bahagian dalaman ia turut direka bagi keselesaan pengguna termasuk ruang penyimpanan barang bertingkat di bonet belakang.
Dengan padanan enjin 1.4-litre DOHC dan kelancaran gear automatik empat kelajuan ia sudah memadai untuk memberikan keselesaan kepada pemanduan.
Model Getz terbaru ini menawarkan empat warna menarik dan ia dibina di kilang Inokom di Kulim, Kedah.
Getz dizahirkan untuk bersaing dalam segmen yang turut didominasi beberapa jenama besar seperti Toyota Yaris, Renault Clio, Peugeot 106 dan Honda Jazz.
GADIS VROOM
Nama: Norlizawati Ramlan
Asal: Melaka
Tarikh lahir: 15 Januari 1984
Bintang: Capricon
Kerjaya: Model
Hobi: Membela kucing
Status: bujang
Kereta dipandu: Proton Wira
Soalan:
V: Pandangan anda terhadap kereta ini?
J: Kereta ini nampak menarik dan feminin. Ia sesuai dengan jiwa saya.
V: Anda meminati kereta kompak?
J: Saya memang meminati kereta kompak ia nampak cute. Mudah untuk dikendalikan.
V:Aspek menarik pada kereta ini?
J: Hyundai Getz ini menawan di bahagian hadapan dan dalamannya selesa.
V: Apa yang anda suka ketika memandu?
J: Saya suka memandu laju di lebuh raya, ia sungguh seronok
V: Berapa kelajuan tertinggi?
J: Pernah capai 160km/j
V: Pengalaman memandu tidak dilupakan?
J: Kemalangan di Shah Alam, kereta saya dilanggar dari belakang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pandu Uji: Getz ada gaya, cukup selesa
SEGMEN kereta kompak semakin mendapat tempat di kalangan peminat tempatan terutama golongan muda yang inginkan jentera mudah dikendalikan serta menjimatkan untuk berulang-alik ke pejabat atau bersantai.
Kehadiran pelbagai model kompak baru di pasaran seperti Savvy, Myvi, Kenari, Suzuki Swift dan Naza Suria memberi petunjuk kepada pasaran betapa segmen berkenaan semakin berkembang dan mendapat sambutan daripada pengguna.
Pelancaran Hyundai Getz berwajah baru oleh Sime Darby Hyundai sebelum ini ternyata satu lagi taruhan syarikat berkenaan untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam segmen kereta kompak yang kompetitif di negara ini.
Getz dilahirkan untuk bersaing dalam segmen yang turut didominasi beberapa jenama besar seperti Toyota Yaris, Renault Clio, Peugeot 106 dan Honda Jazz.
Model yang dipertingkatkan wajah serta keselesaan dalamannya ini memang menawan dan seronok untuk dipandu.
Getz baru yang dihasilkan pengeluar Korea ini disasarkan kepada golongan muda yang masih tercari-cari dengan kereta pilihan.
Sesi pandu uji diatur sebelum ini memberi ruang kepada penulis mengenalinya dengan lebih dekat terutama dalam mengenali prestasi serta pakej keselesaan dalaman yang ditawarkan.
Dari aspek reka bentuk wajah baru Getz ini dibangunkan dengan penuh teliti oleh pengeluarnya terutama dalam mengkaji kecenderungan pengguna terhadap kompak yang aerodinamik serta lebih moden.
Perubahan ketara jelas pada bahagian hadapan yang menerima lampu baru lebih moden selain jeriji hadapan menarik.
Konsep sama dipersembahkan kepada bahagian dalaman seperti bahagian papan pemuka ringkas serta mudah dikendalikan pemandu di sepanjang perjalanan.
Aspek tambahan lain termasuk jeriji radiator melintang dengan logo "H" lebih besar, antena di bumbung, pelindung sisi bagi keselamatan tambahan dan spoiler belakang dengan lampu brek ketiga sporty.
Untuk prestasi, Getz dipadankan dengan enjin DOHC 1.4 liter 16-valve. Enjin berkenaan bukan saja lancar tetapi dipadankan dengan sistem transmisi automatik lancar dengan butang Over Drive (OD) jika inginkan tambahan kuasa sewaktu memecut.
Enjin berkenaan mampu menghamburkan kuasa maksimum 95bhp pada 6,000 rpm dan tork maksimum 125Nm pada 3,200 rpm. Walaupun kompak kelajuan maksimum mampu dicapai ialah 174 km sejam
Bagi mempertingkatkan ciri keselamatannya kereta ini dipertingkatkan dengan brek cakera untuk semua empat rodanya selain teknologi Brek Anti Kunci Empat Roda (ABS) dan Edaran Daya Brek Elektronik (EBD).
Pengendaliannya yang mantap disumbangkan penggunaan topang MacPherson dengan lengan bawah "A" serta palang antioleng pada silang depan bagi mewujudkan geometri sempurna roda depan.
Untuk memudahkan pengguna bahagian dalaman turut direka bagi keselesaan selain ruang penyimpanan barang bertingkat di but belakang.
Secara keseluruhan jentera kompak ini seronok dipandu terutama kepada golongan yang inginkan gaya. Dengan keselesaan serta prestasi ditawarkan Getz pada harga yang lebih rendah RM58,888 memang berbaloi.
Sebagai pilihan kepada pengguna, Getz turut diperkenalkan dengan 10 varian berbeza. Varian ditawarkan ialah Getz 1.4 Cross yang dipasang kit badan oleh Austrian MS Design, Elegantz (kit badan, rim 16 inci dan ruang dalaman kulit), Jukebox (rim 17 inci, kit badan, lampu Xenon, skrin LCD dan sistem audio bertenaga) dan Sportiz (ditala oleh Speedworks).
Varian lain ialah Artiz (grafik luaran, kit badan dan tempat duduk kulit), Unique (rim 15 inci, kit badan, pemecah angin), Jewelz (kit badan dengan pemecah angin, panel pintu satu warna) dan Flamz (warna badan Flame Red, kit badan, rim 15 inci putih dan karbon fiber).
Model: Hyundai Getz
Enjin: Dohc 1.4 liter
Kuasa maksimum: 95bhp@6,000rpm
Tork maksimum: 125Nm@3,200
Kelajuan maksimum: 174 km sejam
Kelajuan 0-100 km: 12 saat
Harga RM58,888 (atas jalan tanpa insurans) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hyundai Getz ni aku minat gak, dia punya curve, pehh, lawa..tapi mahal la, tak padan ngan harga. Dahla harga keta sekarang jatuh. Bagi aku savvy jugak la yg sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuuu elok ar minyak mahal so beli je ar kete saving kekeke..
org msia nih.. saving everyting.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi amacam skunk proton dah nak terlangkup..
ahaks... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai sokong sawy yek...naper eh..ok ke kete ni bukan cam petak2 |
|
|
|
|
|
|
|
savvy tetibe ekzos tecotok kat tgh belakang....huuhuhuuu lawaks nyew |
|
|
|
|
|
|
JoeJambul This user has been deleted
|
Originally posted by Acong at 5-8-2006 06:24 PM
pilih jazz.......... mmg suka sgt dgn design dier........... :love:
design dier jauh beza dgn body dasita kan kui kui kui |
|
|
|
|
|
|
|
takkan ko nak samakan keta kancil ngan savvy.. keta carb ngan drive by wayer... aku dah pakai start mula lancar dulu sampai skang dah nak masuk 2 tahun... tarak apa2 prob...
servis setiap 10k jer... tp tak perlu full sintetik.. sparepart tuh kerja proton... sbb dia dah kasi 5taon waranty kat new buyer... jd tarak masalah... mahal tak... aku servis major 20k kena 300.. member aku pakai myvi dia kata 270... lebih 30 hinggit.... tp aku servis setiap 10k... maksudnya baru 3 kali servis jer..... 1k... 10k.... 20k
banyak lg pasal part bleh rujuk www.savoc.net .. ko tanyalah dorang.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh lupa lak... 300 tuh termasuk benda2 yg tak wajib pon mcm cuci ciemin ngan coolan.. aku beli cooland tuh untuk spare jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rambutan at 25-4-2007 07:43 AM
eh lupa lak... 300 tuh termasuk benda2 yg tak wajib pon mcm cuci ciemin ngan coolan.. aku beli cooland tuh untuk spare jer...
biasanya urang simpan coolant spare nie kalau ader radiator problem..
setakat nie, haku tak pernah beli coolant wat per spare, beli trus masuk dalam tangki jer selalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde problem tp aku ready mana tau bocor kat maner2 tiba2 .... kekadang bila nak tunggu serbis lambat lg... dia kring skit bawah max line tuh barang satu inci aku topap ler....
weh ko pakai keta apa beli trus masuk tangjki.. keta aku klu kurang selalunya topap jer... aku sebis 20 k pong beli satu botol pastu dia topap skit belen melambak... aku tak topap pon takper tp aku prihatin jg mesti kena max line baru pueh ati... |
|
|
|
|
|
|
|
pesal aku tgk ramai yg vote for savvy...? lebih kurang jer dgn jazz..
ok ke svy ni..? |
|
|
|
|
|
|
| |
|