CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hacker

-- Cikgu Cikgu Di Board Ini --

[Copy link]
Post time 26-2-2007 09:59 AM | Show all posts

Reply #280 Agul's post

Actually kurang minat sikit. Coz i think kalau I kurang minat I tak boleh buat sepenuh hati dan hasil kerja nanti tak berkualiti.kalau I jadi cikgu sebab I minat, kalau I tak minat I tak nak melepaskan batuk di tangga , jadi cikgu semata-mata nak menyara hidup. (minta maaf kalau ayat nie kurang sedap di dengar).Besar tanggungjawap mendidik anak bangsa nie. This what i told my mom when i refuse to be a teacher.

I agree with you. sesetengah sekolah memang "hiperactive" dan sesetengah sekolah tu pulak setakat buka sekolah waktu belajar rasmi je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 12:31 AM | Show all posts
ponet,
kalau ko tak minat mengajar di skolah, ko masih boleh mengajar di tempat lain. Asalkan minat. Mcm sherrina minat mengajar dan suka mengajar. Boleh mengajar dan ada pengalaman mengajar. Tapi takleh nak mengajar di sekolah samada gomen mahupun swasta sebab tak suka dengan problem2 yg timbul di sana serta bilangan jam mengajar yg tak banyak, lebih kpd kerja2 pejabat, uruskan event dll....so saya cari jalan lain dengan mengajar tuisyen. Janji saya dapat mengajar mengikut tahap kepuasan saya.

Lain padang lain belalang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 08:59 AM | Show all posts
off topic jap.... sorry mod... saper tahu biler result spm kuar?....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 09:38 AM | Show all posts

Reply #282 sherrina's post

bagus juga you punya cadangan tu ye...emm boleh dipertimbangkan .thanks
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 01:34 PM | Show all posts
jangan putus asa. Kalau kita rasa memang kita teruja dengan sesuatu bidang, berkebolehan dan memang suka dengan bidang tu....cari jalan lain utk memasuki bidang itu. Sherrina maleh nak amik KPLI dan dip pendidikan sebab masa dan birokrasi yg tak henti2. Jadi sherrina ambil cara lain mengajar secara persendirian dan kini pelajar2 sherrina mostly adalah yg slow learner. So far 5 tahun mengajar sherrina x penah dapat pelajar yg cerdik. Bagus juga, sherrina tiada kemahiran mengajar pelajar yg cerdik tapi kalau bagi yg slow learner tu, paling seronok utk diajar.

Mcm student yg baru blaja ngan sherrina ni form 2 masih x hafal sifir dan tolak guna jari. Tapi seronok ajar dia sebab dia jenis minat belajar dan mahu menerima ilmu. Sherrina lihat student yg dilabel bodoh sebenarnya boleh diajar jika kena dengan cara dan gaya...

[ Last edited by  sherrina at 27-2-2007 01:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 03:39 PM | Show all posts

Reply #285 sherrina's post

Sherrina. Bagus la you nie. Kalau kita nak mengajar dgn ikhlas tu tak semestinya jadi cikgu secara formal  , betuk tak? Proses pembelajaran berlaku setiap masa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2007 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by fantagheero312 at 27-2-2007 08:59 AM
off topic jap.... sorry mod... saper tahu biler result spm kuar?....



usually ---
end of march ----
before  april --
check it out  third week or 4th week of march -

thanks -
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 08:56 PM | Show all posts
xde yg jawab.... sbb tu nina buka topik baru... xpela.... xde cikgu yg ajar moral kot dlm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2007 12:34 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 27-2-2007 05:09 PM



usually ---
end of march ----
before  april --

check it out  third week or 4th week of march -

thanks -


usually end of feb or early march.....

spm 2003  -  umum 28 feb 2004
spm 2004  -  umum 9 mac 2005
spm 2005  -  umum 13 mac 2006

[ Last edited by  NBI86 at 28-2-2007 12:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 02:12 PM | Show all posts

Reply #286 ponet's post

yupp...betul tu. Dan sherrina rasa sherrina membantu meringankan beban guru2 yg mengajar student2 sherrina tu di skolah yg mungkin x dapat memberikan mereka perhatian yg lebih tertumpu. At least sherrina dapat bantu mereka mengukuhkan asas mereka, dah seronok dah. Belajar ni asas yg paling penting. Bila asas dah kukuh, apa2 yg lebih advance akan mudah difahami.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 12:28 PM | Show all posts

minta tolong sangat2

nina nak minta tolong sangat... sapa2 cikgu dalam ni yg boleh tolong bg nina contoh kertas kerja aktiviti sekolah yang kalu bole libatkan masyarakat atau ibu bapa.... sbb kena hantar minggu depan... cari contoh dlm internet x jumpa

lagi satu nina nak contoh program gerak kerja penggal untuk satu penggal...  x kisahla untuk kelab/persatuan/sukan... baru masuk kelas DPLI ni sume nak cepat je... x paham pon lagi apa yg belajar.,...

harap sangat2 sapa bole bg tu... emelkan kat nina [email protected]

nanti nina edit n tukarla mana yg patut... n pastinya rahsia nina ngan org yg tolong je....

pensyarah soh tgk kat web2 sekolah tp x jumpala.... tolongla......
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 12:38 AM | Show all posts
tak dapat dinafikan kerja2 lain lebih banyak dari mengajar...

Kalau nak jadi cikgu tu kena pandai uruskan 'stress'...  

Sebab tu karier ni paling ramai yang jadi 'mental'...

Yang kes pelik2 tu biasanya mental dia dah tak sihat dah...

Lagi seronok kalau seorang guru tu tugas dia lebih kepada mengajar dan  mendidik pelajar2...

tapi nak jadi guru kerajaan ni kena terima lah semuanya...

Cara yang sherrina buat tu bagus jugak... dapat tumpukan kepada mengajar dan mendidik... Tapi jadi cikgu kerajaan pun banyak yang menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 12:36 PM | Show all posts
Bakal guru pada 19hb mac 2007 melapor diri
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 01:45 PM | Show all posts
Agul,
ya tak dinafikan ada juga beberapa aspek yg sherrina rindukan (teringat dulu2 ngajo kontrak setahun di 3 buah skolah) iaitu kenakalan budak-budak (kasut sekolah melayang ke dahiku), hari sukan, hari kantin dan makanan di kantin.....itu antara perkara yg tak dapat dialami dalam kerjaya sherrina kini. Apa pun asalkan kita lakukan tugas dengan dedikasi, dimana pun boleh

Quote untuk guru-guru:

It is no accident you're my teacher. God knew you were the perfect
one. He gave you the passion to mold and shape me, to challenge my
mind and make it fun.
Unknown Author

Teaching should be such that what is offered is perceived as a
valuable gift and not as a hard duty.
Albert Einstein

If you can read this, thank a teacher.
Anonymous teacher
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 01:40 PM | Show all posts
teringin sangat nak jadi cikgu....tapi apakan daya mintak KPLI tak penah dapat
kalau aku dapat jadi cikgu, nak jadi seaktif tuahayam
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 03:16 PM | Show all posts
ramai gak cikgu-cikgu kat sini yer. Saya bukannya cikgu tapi punya anak-anak yang mungkin bercikgukan orang-orang kat forum ni. Mana tau kan. Memang besar tanggungjawab cikgu dan bukan senang gak nak jadi cikgu. Dulu pernah jadi cikgu sandaran jap. Tapi kalau tak ada minat, susah gak nak mendidik anak bangsa supaya jadi orang berguna. Kalau jadi cikgu semata-mata nak mendapatkan gaji, susah gak nak memikul tanggungjawab guru ni. Syabas buat cikgu-cikgu semua kerana terus tabah mendidik anak-anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2007 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 2-3-2007 01:45 PM
Agul,
ya tak dinafikan ada juga beberapa aspek yg sherrina rindukan (teringat dulu2 ngajo kontrak setahun di 3 buah skolah) iaitu kenakalan budak-budak (kasut sekolah melayang ke dahiku), hari s ...


Memang... banyak爌engalaman爕ang kita tak akan dapat kecuali jadi guru sekolah. Yang seronok ada, yang tak seronok pun ada.

jadi guru tak cukup dengan minat, tapi kena ada "passion"...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 03:32 PM | Show all posts
Ada sesiapa yang belajar kat UPSI?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by fantagheero312 at 27-2-2007 08:59 AM
  off topic jap.... sorry mod... saper tahu biler result spm kuar?....



Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006

Oleh SUNARTI KIBAT

BATU PAHAT 4 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 yang akan diumumkan pada 12 Mac ini dijangka menyaksikan satu lagi rekod baru dilakarkan apabila seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di pekan Rengit dekat sini berjaya memperoleh 19 1A.

Pelajar pintar itu, Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon.



CEMERLANG... Nadiah Amirah Jamil yang memperoleh 19 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 menunjukkan 19 kertas soalan mata pelajaran yang diambilnya di Kampung Sungai Tongkang Tambak, Batu Pahat, Johor, semalam. – Gambar Ishak Rahmad.


Berita kejayaan itu dibayangkan kepada Nadiah Amirah oleh pegawai Kementerian Pelajaran yang menghubunginya pada 24 Januari lalu bagi mendapatkan biodatanya.

Pengumuman kejayaan itu kelak, jika benar, akan memadamkan rekod Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Ulu Tiram dekat Johor Bahru yang mendapat 17 1A dalam SPM 2004.

Nadiah Amirah, anak sulung daripada tiga beradik, mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi (EST).

Dia juga mengambil subjek Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Tasaur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains Teras, Geografi dan Sastera.

Gadis ini sememangnya pelajar pintar sejak di sekolah rendah lagi apabila mencatatkan keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, Rengit.

Keputusan itu melayakkannya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Kluang dan dia sekali lagi mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Demi cita-citanya untuk memadamkan rekod Nur Amalina yang menjadi idolanya, Nadiah Amirah sanggup meninggalkan segala kemudahan di sekolah berasrama penuh untuk kembali menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.

Tanpa had

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Nadiah Amirah berkata, hanya di sekolah biasa sahaja seseorang pelajar dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tanpa had dalam peperiksaan SPM.

Katanya, jika dia hendak menyaingi Nur Amalina, dia kena bertukar ke sekolah biasa.

Usaha dan pengorbanannya itu berbaloi dengan kejayaan cemerlang sebagai pelajar tunggal yang memperoleh 19 1A.

Namun apa yang pasti, Johor sekali lagi bakal melahirkan seorang pelajar pintar daripada keluarga sederhana.

Kata Nadiah Amirah: “Keazaman dan cita-cita mengatasi segalanya.”

Bapa Nadiah Amirah, Jamil Omar, 55, ialah guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon manakala ibunya, Zakiah Zakaria, 51, mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Rengit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 01:58 AM | Show all posts
minggu peperiksaan dah melanda....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070909 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list