|
[MERGED] Skandal ex-MB Johor, Abdul Ghani Othman
[Copy link]
|
|
Reply #281 kopikoko's post
dia kekal sbg mb johor utk kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #282 kodoklawa's post
betul la, dia stay... i pun baru terbaca ni... from The Star :
Thursday February 21, 2008
Ghani to stay put in Johor
By NELSON BENJAMIN
JOHOR BARU: Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman is expected to defend his Serom state seat, ending speculation that he will be moved to Federal level.
Party sources said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had contacted Ghani and told him that he was staying put in Johor.
They said Ghani, 62, has been given the mandate to lead Johor for a fourth term to ensure success of the Iskandar Development Region (IDR).
Abdullah and Ghani are co-chairmen of the Iskandar Regional Development Authority (IRDA).
The sources said Abdullah wanted continuity in implementing the IDR projects instead of 揾iccups |
|
|
|
|
|
|
|
hidup ghani...kalau nak halimah tu buat betul2...pinang dan kahwini dia..saudara mmpu zahir dan batin..yang ada tu mmg dah kurang geli..setuju..setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tau la nk cakap apa kat MB aku ni. DAn aku tak tau la ngapeorang umno melayu johor tak buka mata pasal dia ni. aku bukan naksentuh pasal peribodi dia, lantak ler dia nak simpan sapa pun. yang akutak berkenan ngan pemerintahan dia ni selama 2 penggal dia pegang jadiMB ni apa la sangat membangunnya johor ni. sejuk dan beku jer johor ni,yang banyak aku tengok dia perjuangkan adalah seni kuda kepang dia tu.itu pun tak sedo juga gek, aku tak tau la nak kata apa. Kalau nak kataSultan yang masih nak dia aku tak heran sultan tu memang tak boleh nakkomen banyak la kang kalau komen banyak2 menderhaka pulak. tapi akurasa kalau menderhaka kat sulatan tak apa kot tak masuk neraka.
Ghani ni pun lagi satu kenapa jawatan MB tu dia nak pegang sampai mati.Bagi la kat muka baru, tengok pembangunan yang nak dibawak. aku rasalah kalau penggal ni pun dia pegang jawatan ni memang johor lingkup lalepas ni. Come on la Pak Lah ko kan lebih berkuasa dari sultan Johor tukalau orang tak perform tak kan la masih nak dikekalkan. ikut la jejaklangkah Khir toyo bagi jer anugerah penyapu dekat MB yang tak performyang tk membawa pembangunan pada negeri. menghabis kan duit rakyat jerdia orang dia. Bekerja untuk rakyat tak nak..........eeee....aku takdapat terima lah......tak per aku canang kat kaum kerabat aku undilahparti yang boleh membawa perubahan. AKu tak nak orang yang sama yangtak membawa sebarang perubahan pada negeri aku yang tercinta ni. Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
ehehhe takpelah dia nak stay jadi mb ke apa ke, yang penting i tak sokong Milah
tulah sombong sangat, pasni kalau masih camtu gak memang beyond repair la.. |
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN BERITA HARIAN
Tiga MB sah pertahan kerusi
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat Ketua Perhubungan Umno negeri - Johor, Perak, Terengganu dan Melaka, sudah mendapat pengesahan akan dikekalkan sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Mereka - Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dikatakan dimaklumkan mengenai perkara itu dalam pertemuan berasingan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya.
Mohd Tajol Rosli, Idris dan Mohd Ali menemui Perdana Menteri kelmarin, manakala Abdul Ghani semalam, untuk memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional (BN) negeri masing-masing bagi Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac ini.
Berdasarkan senarai calon BN Melaka dan Terengganu yang diumumkan semalam, Mohd Ali akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru, manakala Idris di DUN Jertih.
Bagaimanapun BN Terengganu menggugurkan lima Ahli Parlimen termasuk Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang) serta tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dua Ahli Exco, Datuk Dr Abdul Latiff Awang (Bukit Payong) dan Wan Mohd Wan Hassan (Kota Putera).
BN Melaka pula menggugurkan 11 wakil rakyat termasuk Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Ruddin Abd Ghani (Parlimen Bukit Katil) dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof.
Empat Exco Melaka turut digugurkan. Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Gajah, Datuk Wira Hamdin Abdollah; Pengerusi Belia dan Sukan yang juga Pengerusi MIC negeri, Datuk R Raghavan; Pengerusi Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Perpaduan yang juga Ketua Wanita Umno Jasin, Datuk Ramlah Abas dan Pengerusi Penerangan, Multimedia, Sains dan Teknologi, Datuk Seah Kwi Tong.
MIC turut mengumumkan senarai calonnya semalam dengan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu kekal bertanding di Parlimen Sungai Siput untuk penggal kesembilan.
Senarai calon BN Perak pula dijangka diumumkan hari ini atau esok, tetapi Mohd Tajol Rosli semalam mengumumkan beliau kekal bertanding di DUN Pengkalan Hulu.
Sementara itu, Abdul Ghani dijangka mengumumkan senarai calon BN Johor pada Sabtu ini. Sebelum ini, tersebar spekulasi kemungkinan Abdul Ghani akan bertanding di kerusi Parlimen dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin disebut-sebut menggantikannya sebagai Menteri Besar.
Sumber bagaimanapun berkata, khidmat Abdul Ghani masih diperlukan bagi memantau dan merealisasikan koridor Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Abdul Ghani adalah Pengerusi bersama Pihak Berkuasa WPI (Irda), selain Abdullah sendiri.
Khamis lalu, Perdana Menteri menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene, dipercayai bagi membincangkan kedudukan Menteri Besar itu.
Menurut sumber itu, Mohamed Khaled sudah diberitahu mengenai keputusan mengekalkan Abdul Ghani sebagai Menteri Besar dan Ahli Parlimen Pasir Gudang itu dijangka mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum bulan depan.
Selain empat negeri itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, pula disebut-sebut akan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya BN merampas semula negeri berkenaan.
Malah, Dr Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, kini mengetuai jentera pilihan raya di Kelantan dan dibantu Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad.
Difahamkan, Dr Awang Adek akan bertanding kerusi DUN di Bachok, selain mempertahankan Parlimen Bachok yang dimenanginya pada 2004. Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa pula, jika bertanding akan berpindah ke kerusi Parlimen.
BN juga dikatakan akan mencalonkan tokoh korporat yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, untuk bertanding di kerusi Parlimen Pasir Putih.
Senarai akhir calon BN Kelantan dimuktamadkan Perdana Menteri pagi semalam dan akan diumumkan Annuar, hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #293 kopikoko's post
betul tu.. apapa pon tak sokong milah muehehehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #296 kopikoko's post
betul la.. asalkan dia dengan rakyat ok.. kerja ok.. gasak la.. scandal tu personal dia... kalau harap qualifications melangit dengan rakyat sombong pun apa guna... menyakitkan hati ngan mata je... |
|
|
|
|
|
|
|
betul la.. asalkan dia dengan rakyat ok.. kerja ok.. gasak la.. scandaltu personal dia... kalau harap qualifications melangit dengan rakyatsombong pun apa guna... menyakitkan hati ngan mata je...
ok ker dia ngan rakyak........aku tak rasa MB aku tu mesra rakyat, padaaku dah sampai masanya patut gani tu berundur, beri pulak peluang padaorang lain untuk mentadbir. Rasanya kalau dia tu superb AA+++ aku takder hal. rasuah tak rasuah aku tak tau la antara dia ngan tuhan. tapiyang jelas nyata terang lagi bersuluh pembangunan selama pemerintahandia sangatlah lembab. Aku pernah tengok muhyiddin mentadbir, ok apamembangun le gek johor ni compare to gani. tolong le sedokan sikit sigani tu, ramai orang dah sukakan dia. dia ni suka menggunakan sultanjohor untuk kepentingan peribodi dia sendiri. aku tak puas hati betullah gani ni masih kekal MB. |
|
|
|
|
|
|
| |
|