|
Reply #8 aizverus's post
setiap 100 tahun kan? so kita ada 100 tahun lagi ler sblum keluar sorg mujadid. dan kita mngkin baru je dpt 1 mujadid pd 1430,ngam2 cukup 100 tahun. x bermakna berakhirnya 100 tahun terus muncul.fahamkan fahamkan... |
|
|
|
|
|
|
|
kasi uppppp... |
|
|
|
|
|
|
|
Al Maahalmah Al Kubro, satu ungkapan yang diucapkan oleh Rasulullah SAW ketika bersama-sama para sahabat setelah selesai menunaikan solat Idul Fitrah pada 10 Hijrah, "Aku, Rasul kamu telah mendapat khabar yang disampaikan Jibrail As akan "Al Maahalmah Al Kubro", dan Syaiddina Abu Bakar Ra bertanya, apakah yang dimaksudkan akan "Al Maahalmah Al Kubro" wahai Rasul Kami, maka Rasul SAW berkata kita tidak akan merasainya tetapi mereka yang akan melaluinya, ikhwanKu sesungguhnya mereka tidak akan berganjak dari apa yang telah ditetapkan kepada mereka, walaupun terpaksa berenang didalam "lautan darah", dan hari ini kita menyambut datangnya hari gembira buat kita yang memulainya dan mereka yang akan mengakhirinya, maka bersyukur dan bergembiralah dengan berita ini kerana apa yang bermula ini akan berakhir bila mereka bermula. Syaddina Ali Ra bertanya kepada Rasulullah SAW bilakah mereka akan bermula wahai Rasul kami, dan Rasulullah SAW berkata bermulanya mereka bila datangnya hari gembira seperti kita menyambutnya hari ini".
http://ishakismail.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Bulan Islam
Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.
1.Muharam al-Haram
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
2.Safar
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
3.Rabiulawal
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
4.Rabiulakhir
Bulan kedua musim bunga.
5.Jamadilawal
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
6.Jamadilakhir
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
7.Rejab
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
8.Syaaban
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
9.Ramadan
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
10.Syawal
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
11.Zulkaedah
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
12.Zulhijah
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.
Penggunaan
Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.
Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun. Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti Pakistan and Jordan. Walau bagaimanapun, kebanyakan peraturan astronomi negara Muslim membenarkan penggunaan calendar dan tidak tertakluk sentiasa kepada cara ini. Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara yang lain memulakan bulan ketika matahari terbenam pada hari pertama ketika bulan terbenam selepas matahari terbenam. Di Mesir, bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam.
Umm al-Qura yang rasmi, kalendar Arab Saudi menggunakan kaedah astronomi yang berlainan hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini [1]. Sebelum 1420H (sebelum 18 April 1999), jika usia bulan yang terbenam di Riyadh sekurang-kurangnya 12 jam, maka hari yang tamat ketika matahari terbenam itu merupakan hari pertama setiap bulan. Ini menyebabkan negara tersebut meraikan hari-hari raya sehari atau dua hari awal berbanding negara lain termasuklah Haji yang hanya menggunakan tarikh Arab Saudi kerana berlangsung di Makkah. Pada tahun 1380-an H (1970-an), negara Muslim berlainan menamatkan puasa Ramadan pada empat hari yang berbeza. Perayaan aidil fitri lebih seragam pada 1420H. Bagi 1420-22H, jika bulan terbenam selepas matahari terbenamdi Makkah, maka hari yang bermula ketika matahari terbenam tersebut adalah hari pertama bulan Saudi, peraturan yang sama juga bagi Malaysia, Indonesia, dan yang lain (kecuali tempat rukyah dijalankan).
Sejak 1423 H (16 Mac 2002), peraturan telah dijelaskan sedikit yang memerlukan gabungan geosentrik matahari dan bulan untuk berlaku sebelum matahari terbenam, sebagai tambahan untuk memerlukan bulan terbenam sberlaku selepas matahari terbenam di Makkah. Ini memastikan yang bulan telah berlalu melepasi matahari ketika senja, walaupun langit masih terlalu terang sebaik sebelum betul-betul kelihatan anak bulan. Secara tegasnya, kalendar Umm al-Qura digunakan untuk kegunaan awam sahaja. Pembuatnya menyedari yang untuk dapat benar-benar mencerap hilāl buat kali pertamanya boleh berlaku dua hari selepas apa yang dikira dalam kalendar Umm al-Qura.
Sejak 1419 H (1998/99) beberapa pegawai jawatan kuasa pencerap hilāl telah ditetapkan oleh kerajaan arab Saudi untuk menentukan rukyah anak bulan bagi permulaan bulan. Tidak kurang juga, pegawai agama Arab Saudi turut menerima saksi pencerapan oleh sesiapa yang kurang berpengalaman lalu mengumumkan yang hilāl dapat dilihat walaupun pihak pegawai tidak dapat melihatnya. Kebanyakan kesnya, pencerapan tersebut amat sukar dan terdapat yang salah lihat.
Bulan terbenam terkemudian daripada matahari bagi negara yang di barat, maka negara Muslim di sana sering menyambut hari perayaan sehari awal berbanding negara Muslim di timur.
Terdapat pelbagai kalendar Islam yang digelar kalendar Islam tabular yang bulannya dikira melalui kaedah hisab berbanding rukyah atau pengiraan falak. Ia mempunyai kitaran setiap 30 tahun dengan 11 tahun lompat dengan 355 hari dan 19 tahun dengan 354 hari. Bagi jangka masa panjang, ia tepat kepada satu hari dalam 2500 tahun. Ia juga menyisihkan 1 atau 2 hari bagi jangka pendek.
Microsoft menggunakan "algoritma Kuwaiti" untuk menukar kalendar Gregori kepada kalendar Islam. Ia didakwan menggunakan analisis statistik data bersejarah dari Kuwait tetapi sebenarnya menggunakan taburan kalendar Islam tabular
[ Last edited by tongkatali at 16-10-2008 12:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih semua diatas input input yang di berikan. Nervous sangat sangat rase semua ni akan berlaku dalam jangka mase terdekat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh kita bahagikan manusia keturunan ADAM AS di bumi ini kepada ZAMAN...maka boleh la kita bahagikan kepada 3 ZAMAN.
1. Zaman AWAL iaitu bermula dari turunnya Nabi Adam AS ke bumi sehinggalah hancurnya tamadun dunia akibat peristiwa banjir besar zaman Nabi Noh AS.
2. Zaman Pertengahan iaitu bermula dari selepas peristiwa surutnya banjir besar zaman Nabi Noh AS sehinggalah ke saat-saat menjelang kelahiran Nabi Muhammad SAW. Zaman ini mungkin boleh pula dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu pertengahan awal dan berakhir dengan pertengahan akhir. Saya boleh lah buat kesimpulan di sini kemuncak zaman pertengahan ini ialah pada zaman Nabi Ibrahim AS.
3. Zaman Akhir atau AKHIR ZAMAN bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW atau lebih tepat lagi apabila turunnya WAHYU pertama kepada baginda SAW.
[ Last edited by tongkatali at 14-10-2008 02:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #333 aizverus\ catat
Tapi yang seronoknya ada hadis cerita pasal kelebihan IMAN umat Islam akhir zaman yakni mereka yang beriman selepas kewafatan Rasulullah SAW. Walaupun iman mereka adalah SENIPIS KULIT BAWANG...mereka ni yakni kitalah...mereka lebih baik dari umat Islam yang hidup sezaman dengan Baginda SAW. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #333 aizverus\ catat
Mungkin "aiz" boleh perincikan lagi pula ZAMAN AKHIR...iaitu AKHIR ZAMAN. |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang lalu...nak pegi tandas.Tandas kat maner? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mac_taylor at 15-10-2008 02:40 PM
Buleh aku mencelah?
Diriwayatkan bahwa kita adalah lbh baik (ganjaran utk kita adalah lbh bnyk/tinggi) kerana walau pun kita x hidup dlm zaman Rasulullah s.a.w, tapi kita TETAP perc ...
Penjelasan yang lebih mudah difahami daripada "mereka ni yakni kitalah...mereka lebih baik dari umat Islam yang hidup sezaman dengan Baginda SAW."
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nazrulism at 15-10-2008 07:46 PM
Penjelasan yang lebih mudah difahami daripada "mereka ni yakni kitalah...mereka lebih baik dari umat Islam yang hidup sezaman dengan Baginda SAW."
Tapi ada juga yg mengatakan bahwa kita adalah umat yg paling dimurkai kerana pada zaman kitalah, berlaku kerosakan akhlak/akidah paling dahsyat yg x pernah terjadi dlm mana2 zaman sblm nie... kerana itu tanda2 kiamat berlaku dlm zaman kita...
Wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya pada kitaran keseimbangan...setiap benda di dunia ni ada circle mereka sendiri macam bumi berputar,hidup dan mati etc,etc.begitu juga dengan tamadun manusia...ia akan silih berganti dari timur ke barat.sekarang ni kita dlam tamadun barat (u.s),lepas ni akan ada tamadun dari timur yg menggantikannya.aku percaya ia akan bermula dari timur jauh.di harap malaysia adalah negara yg dikatakan tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #336 tarabas1976\ catat
Tumpang lalu...nak pegi tandas.Tandas kat maner?
Apa maksud saudara...??? Semoga ALLAH membalas dengan apa yang saudara niatkan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tongkatali at 16-10-2008 09:43 AM
Apa maksud saudara...??? Semoga ALLAH membalas dengan apa yang saudara niatkan
Aku melawak jerlar...pasai dah lamer tak jengok ke sini.Jangan salah faham. Bergurau senda, kerna sudah lama kita tidak berhubung. Ape kabar?
[ Last edited by tarabas1976 at 16-10-2008 10:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam pd semua
laam tak jupa maaf saya sebok jugak
apa2 pon nak sembang sket
tunggu la raya tahun depan dan selepas tu raya sekali lagi
akan ada sesuatu yg best [best disini bagi golonagn yg tertunggu tunggu] tapi bagi org lain mungkin takbest
bagi sesapa yg ternanti nanti Isa dan Mahdi...semoga kalian banyak bersabar dan buat keja mcm besa
salam semua salam sayang salam dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mast3rshad0w at 16-10-2008 10:36 AM
salam pd semua
laam tak jupa maaf saya sebok jugak
apa2 pon nak sembang sket
tunggu la raya tahun depan dan selepas tu raya sekali lagi
akan ada sesuatu yg best tapi bagi org lain mungkin ta ...
Ehemmm....jangan pula sampai tak buat kerja buat. Ingat yer...
"BERIBADATLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI ESOK HARI...
BEKERJALAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tongkatali at 14-10-2008 09:08 AM
Kalau boleh kita bahagikan manusia keturunan ADAM AS di bumi ini kepada ZAMAN...maka boleh la kita bahagikan kepada 3 ZAMAN.
1. Zaman AWAL iaitu bermula dari turunnya Nabi Adam AS ke bumi sehinggalah hancurnya tamadun dunia akibat peristiwa banjir besar zaman Nabi Noh AS.
2. Zaman Pertengahan iaitu bermula dari selepas peristiwa surutnya banjir besar zaman Nabi Noh AS sehinggalah ke saat-saat menjelang kelahiran Nabi Muhammad SAW. Zaman ini mungkin boleh pula dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu pertengahan awal dan berakhir dengan pertengahan akhir. Saya boleh lah buat kesimpulan di sini kemuncak zaman pertengahan ini ialah pada zaman Nabi Ibrahim AS.
3. Zaman Akhir atau AKHIR ZAMAN bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW atau lebih tepat lagi apabila turunnya WAHYU pertama kepada baginda SAW.
http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg31378/Salasilah_Nabu-Rasul_Related_Chart.gif
Para Nabi merupakan orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup, sementara rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat. Selepas kewafatannya, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam, perlu patuh kepada Rukun Iman yang kedua iaitu percaya kepada para nabi dan para rasul.
Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 100,000 orang manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 300 orang. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipastikan.
Antara para nabi dan rasul yang wajib orang Islam ketahui ialah:
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tongkatali at 13-10-2008 10:28 AM
Nama Bulan Islam
Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar ber ...
Pengharaman Mengubah Bilangan Bulan
Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah:36-37
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada |
|
|
|
|
|
|
| |
|