CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_slayers

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

[Copy link]
Post time 4-7-2009 06:38 AM | Show all posts
tgh2 bulatan mitc .. hahahhaha .. no komen ..
cmf_Ax Post at 3-7-2009 14:11


tau x per...no komen gaks....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2009 04:54 PM | Show all posts
hah? bulatan tu? mmg la besar bulatan tu tp ... betul ke nk buat kat situ? nk parking kat mitc... mkan kat zubaidah tu.. isk.. sesaknye nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 05:43 PM | Show all posts
ish bior betoi wei kat tgh2 tuuu...camne derang plan nih....x ke sesak nanti..nak parking camno pulok..ish ish..pelik tol la
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 07:01 PM | Show all posts
bkn kate nk buat, dah siap pon laa .. huhuhu ..

parking aku dunno .. parking je kot keliling bulatan gahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 08:40 AM | Show all posts

Taman Buaya

Buaya Melaka tarik pelancong
Oleh MUHAMMAD RIZANIZAM ABDUL HAMID
[email protected]

PENGUNJUNG  teruja melihat buaya dalam kandang di Taman Buaya, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

MELAKA 10 Julai - Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM), Ayer Keroh di sini bukanlah satu produk pelancongan baru di negeri ini tetapi ia terus mendapat tumpuan pelancong yang datang ke Melaka.

Terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar, TBRM mula beroperasi pada 1987.

Dengan keluasan 3.2 hektar, taman yang mempamerkan spesies yang sudah wujud lebih 250 juta tahun lalu itu mempunyai 118 ekor buaya termasuk dari luar negara.

Antara spesies yang ada ialah buaya Siam, buaya jelujung, buaya tembaga dan mugger.

Pegawai Pemasaran TBRM, Noor Fadzillah Mohd. Fadzly berkata, antara tarikan lain TBRM ialah Taman Permainan Air, Rumah Cermin dan Misteri, Rumah Hantu dan menaiki kereta api mini taman Jurassic.

Menurutnya, pentas pertunjukan baru dan Malaysia In Miniature yang mengandungi 13 replika bangunan bersejarah di Malaysia adalah antaratarikan terbaru TBRM.

"Malaysia In Miniature mempunyai bangunan KLCC, A'Famosa, Stadhuys, Jambatan Pulau Pinang, Tugu Negara dan Litar F1 Sepang yang dijangka siap awal tahun depan.

"Kita tidak mahu menjadikan taman buaya ini sekadar mempamerkan reptilia, sebaliknya menjadi pusat rekreasi yang sesuai untuk semua aktiviti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Taman Permainan Air seluas 557 meter persegi pula dilengkapi beberapa permainan untuk kanak-kanak seperti air terjun, air pancut, gelongsor badan dan taman permainan air.

Katanya, taman air yang boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa itu juga sesuai untuk diadakan majlis-majlis keraian.

Noor Fadzillah menambah, pentas pertunjukan baru yang sedang dalam pembinaan pula mampu memuatkan sebanyak 500 pengunjung.

"Ia bagi menggantikan pentas pertunjukan sedia ada yang cuma mampu memuatkan 200 orang pada satu-satu masa.

Tambahnya, taman yang mempunyai 26 kolam buaya itu juga menyediakan kemudahan tandas dan surau untuk kemudahan pengunjung beragama Islam.

Katanya, pertunjukan buaya, ular dan silap mata akan diadakan pada setiap hujung minggu.

"Alamilah debaran menyaksikan pelatih buaya meletakkan kepalanya didalam mulut seekor buaya besar seberat 500 kilogram," katanya.

Para pengunjung TBRM dikenakan bayaran RM10 untuk setiap dewasa dan RM6 kanak-kanak.

Ia dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 7 malam.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi TBRM di nombor 06-2322349/2322350 atau Noor Fadzillah di talian 017-6611476.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 12:45 AM | Show all posts
saye pernah pegi.. byk nyamuk laaa... huhuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2009 12:59 PM | Show all posts
Sentral: Planetarium Melaka RM20j dibuka esok
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
[email protected]

Produk pelancongan akan dirasmikan 1 Ogos

MELAKA: Planetarium Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, dekat sini, yang dibangunkan dengan kos kira-kira RM20 juta, dijangka dibuka kepada orang ramai Rabu ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kerja pembinaan projek di kawasan seluas 2.8 hektar itu, kini 95 peratus siap dengan kerja terakhir yang masih dalam proses adalah melengkapkan kawasan landskap dan pemasangan beberapa peralatan.

"Kita harap baki kerja yang belum siap ini dapat disiapkan secepat mungkin. Insya-Allah, jika semua berjalan lancar, ia akan dibuka kepada orang ramai mulai 15 Julai ini," katanya selepas melakukan lawatan ke planetarium itu, baru-baru ini.

Ini adalah planetarium kedua dibina di negeri ini selepas Planetarium Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Masjid Tanah.

Bagaimanapun, Planetarium Melaka agak istimewa kerana mempunyai saiz kubah berukuran 15 meter berbanding sembilan meter di Tanjung Bidara, selain mempunyai kemampuan menerima pengunjung di ruang teater seramai 210 orang pada satu-satu masa.

Disamping itu, ia turut mempamerkan 20 peralatan pameran berteknologi tinggi bernilai RM2.4 juta kepada pengunjung, selain dilengkapi pelbagai kemudahan lain termasuk galeri, ruang persembahan dan pameran, muzium astronomi, restoran dan kiosk.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin serta dua Pengarah Rekaan Syarikat Konsultan Jururunding Pico International (M) Sdn Bhd, Edmund Chen dan Bruce Head.

Mohd Ali berkata, Planetarium Melaka yang bakal menjadi satu lagi produk pelancongan di negeri ini dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Ogos ini.

Katanya, kerajaan negeri akan menjalinkan kerjasama dalam pertukaran bahan dan filem bersama empat planetarium lain yang terdapat di negara ini iaitu masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu, Sarawak dan Planetarium Al-Khawarizmi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 12:14 AM | Show all posts
sabtu ni nk g tgk bwk anak2 .. hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2009 09:21 AM | Show all posts

Pulau Upeh, Padang Kemunting habitat kekal penyu karah

Post Last Edit by Syd at 11-9-2009 09:37

Melaka beli semula Pulau Upeh
Oleh ROSLI HASSAN
[email protected]

ALI (kiri) bertukar dokumen memorandum persefahaman dengan Khalib di Ayer Keroh semalam.

MELAKA - Pulau Upeh di sini akan dibangunkan sebagai pusat pendaratan penyu karah seterusnya menjadi destinasi pelancongan terbaru di Melaka."

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri telah membeli semula pulau itu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada harga RM6.5 juta.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian setelah TNB tidak dapat membangunkan pulau tersebut.

"Pulau Upeh sebelum ini dijual kepada TNB dengan harga RM7 juta untuk dijadikan pusat latihan agensi tersebut namun sehingga kini ia tidak dilaksanakan.

"Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membeli semula Pulau Upeh dan dibangunkan sebagai pusat pelancongan paling menarik di Melaka," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan TNB di sini semalam.


PULAU UPEH yang terletak berhampiran Pantai Klebang, Melaka.

Mohd. Ali mewakili kerajaan negeri manakala TNB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

"Pulau Upeh yang mempunyai keluasan pembangunan kira-kira 1.8 hektar mengandungi 120 calet lama dan ia akan dibaik pulih termasuk membina calet baru," kata Mohd. Ali lagi.

Menurutnya, Pulau Upeh dijangka dibuka kepada pelancong awal tahun depan dan pengunjung boleh ke sana menaiki bot di muara Sungai Melaka atau di Klebang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 10:58 AM | Show all posts
penyu nk mndarat?

dah makin dkt dgn jalan raye baru tambak mane penyu nk singgah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 03:09 PM | Show all posts
ade lg ke boye2 ni? bkn smue dah trlepas ke darat ke? hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 11:14 PM | Show all posts
aku g zaman skola slekeh..
tatua la skng
da lawa kot siap ngn taman air... suure ada buaya lam tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 05:37 PM | Show all posts
chalet-chalet yg ada kat pulau tuh masih baik ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 12:40 AM | Show all posts
Aku lalu hari sabtu  tak bukak lagi...
Tapi dah final stage.. tgh buat landskap jer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 04:00 AM | Show all posts
xpe
ak ada 3 thn lg dok kat mlaka nih
dh nk abes bljr nanti bru ak pegi situ
skrg nih ak dok pegi mydin ja
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 11:51 AM | Show all posts
Sentral: Melaka bangunkan semula Pulau Upeh

MELAKA: Kerajaan negeri akan membangunkan semula Pulau Upeh, dekat sini, dengan kerjasama sektor swasta sebagai destinasi pelancongan utama di Melaka pada masa depan, selain menjadikan ia pusat pembiakan penyu karah terbesar di Semenanjung.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kerajaan negeri sudah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat pelabur bagi membina 200 chalet baru di situ, selain menaik taraf 120 chalet lama dan pelbagai kemudahan lain yang terbiar sebelum ini.

"Kerja pembinaan chalet baru dan menaik taraf chalet lama serta beberapa kemudahan terbiar di pulau ini akan dimulakan pada 1 Ogos ini. Kita jangka dalam tempoh setahun, ia boleh disiapkan dan sekali gus dapat menerima kedatangan pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian berkaitan pulau itu antara kerajaan negeri menerusi Chief Minister Inc (CMI) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam. Kerajaan negeri diwakili Mohd Ali, manakala TNB oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Menerusi perjanjian ini, kerajaan negeri akan membayar sebanyak RM6.5 juta kepada TNB bagi tempoh enam bulan. TNB sebelum ini membeli pulau berkenaan kira-kira 10 tahun lalu, bagi tujuan pembinaan pusat latihan tapi tidak jadi.

Mohd Ali berkata, Pulau Upeh mempunyai potensi menjadi tumpuan pelancongan utama di Melaka pada masa depan, berikutan lokasinya berhampiran dengan Pantai Klebang yang kini dibangunkan dengan projek Arab City membabitkan kos lebih RM250 juta.

Katanya, menerusi projek pembangunan baru itu, pulau berkenaan yang terbiar lama bakal bertukar wajah termasuk dilengkapi kemudahan pembiakan penyu karah sekali gus bakal menjadi antara tarikan utama di situ.

"Usaha membangunkan kawasan ini sebagai pusat pembiakan penyu karah akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pada masa ini, Pulau Upeh sudah pun menjadi lokasi pendaratan penyu terbabit, cuma ia kurang dipromosikan.

"Selepas ini, saya akan minta Exco pelancongan negeri untuk mempromosikan pulau ini sebagai lokasi pendaratan penyu secara besar-besaran. Kita tidak perlu bimbang kerana kemudahan jeti sudah disediakan, selain ada juga operator pelancongan yang beroperasi ke pulau itu ketika ini," katanya.

Mengenai cadangan membina jambatan menghubungkan Pulau Upeh dengan Arab City di Pantai Klebang, berikutan kedudukannya yang sangat hampir, Mohd Ali berkata, ia boleh dipertimbangkan pada masa depan jika dapat membantu industri pelancongan.

"Projek Arab City di Pantai Klebang ini akan disiapkan dalam tempoh dua tahun dari sekarang. Jika ia bersesuaian, mungkin kita boleh bina buat permulaan sebuah jambatan gantung bagi menghubungkan kedua-dua lokasi," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2009 07:11 PM | Show all posts
hah? bulatan tu? mmg la besar bulatan tu tp ... betul ke nk buat kat situ? nk parking kat mitc... mkan kat zubaidah tu.. isk.. sesaknye nnti...
gigi00 Post at 5-7-2009 16:54




haah...btol2 kat bulatan tu... smlm g mydin lalu ctu... besau gak..... hm....tp tu la... xtau ape istimewanye..so...x tau nak komen ape...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 12:49 AM | Show all posts
WWF Malaysia Terkejut Melaka Akan Majukan Pulau Upeh

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- WWF- Malaysia terkejut dengan pengumuman Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam bahawa Pulau Upeh, kawasan pantai penetasan utama penyu karah akan dibangunkan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma berkata rancangan ini muncul walaupun WWF-Malaysia mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri itu mengenai pentingnya Pulau Upeh dan pantai penetasan utama penyu karah lain.

WWF-Malaysia menekankan pada pertemuan itu bahawa perlindungan undang-undang bagi semua pantai penetasan utama termasuk seluruh Pulau Upeh diperlukan, kata beliau dalam kenyataan di sini Isnin.

Ia juga menekankan bahawa hanya kesan rendah penyu berasaskan ekopelancongan yang jelas di pulau itu sementara negeri ini memperoleh pendapatan daripada pelancongan serta bagi memastikan survival penyu karah.

Beliau berkata meneruskan pembangunan tanpa mengambilkira keuntungan dan kesan pembangunan terhadap populasi penyu, akan memberi kesan yang tidak baik terhadap habitat penetasan.

"Bagi memberi ruang pada pembangunan yang terancang, kerajaan negeri janganlah melaksanakan penambakan tanah di atas atau berhampiran dengan pulau. Sebarang penambakan seperti itu akan memberikan kesan yang tidak baik kepada penyu," tambah beliau.

Beliau berkata kini pantai penetasan di Melaka termasuk Pulau Upeh tidak dilindungi secara sah. Pemuliharaan penyu karah di Pulau Upeh bergantung pada perlindungan undang-undang di seluruh pulau tersebut.

"Kehidupan penyu berasaskan ekopelancongan bergantung pada penyu kembali ke Pulau Upeh untuk menetas setiap tahun. Rantau Abang adalah satu contoh di mana penyu berasaskan pelancongan didapati salah," kata Dr Dionysius.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 07:39 AM | Show all posts

Kampung Jawa

Post Last Edit by Syd at 4-8-2009 10:19

'Semuanya bagus-bagus'
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
[email protected]


Walaupun semakin dihimpit arus pemodenan bandar raya Melaka, Kampung Jawa tetap berdiri megah bersama peninggalan sejarahnya.




DARI jauh, deretan kedai papan yang kelihatan usang, sepi tanpa sebarang tarikan. Malah, ketika itu tidak banyak kedai yang beroperasi,sebaliknya hanya ada tiga empat buah yang dibuka sambil setia menanti kunjungan pelanggan.

Sejurus kaki melangkah memasuki kawasan tersebut, seorang wanita Cina dalam lingkungan usia 60-an mendekati penulis.

Mulutnya ramah menegur sambil bertanyakan barang yang mahu dicari di sana.

"Cari apa amoi? Baju semua ada, murah-murah punya. Jangan takut, semuanya bagus-bagus!!" ayat-ayat itu meluncur laju daripada mulut Koh Lian Neo.

Bila ditanya kembali khabar perniagaannya sekarang, dia menjawab:

"Biasalah zaman sekarang mana ada untung. Susah juga nak cari makan.Lagipun, di Melaka sudah banyak pasar raya dan gedung beli-belah dibuka. Jadi, tak ramai lagi orang datang berbelanja di Kampung Jawa ini," luah wanita itu.

Sedar atau tidak, itulah antara realiti yang kini dihadapi oleh golongan peniaga di Kampung Jawa, Melaka yang dulunya pernah dikenali sebagai syurga beli-belah dalam kalangan penduduk setempat. Kampung Jawa suatu ketika ibarat 'Petaling Street Melaka'.

Namun, dek arus pemodenan yang semakin menghimpit, rezeki yang dahulunya melimpah-ruah bagi mereka, kini hanya sekadar cukup untuk menyara kehidupan seharian keluarga.


Kawasan Dataran Kampung Jawa bersebelahan Sungai Melaka yang lapang dan bersih.

Bagaimanapun, dalam kepesatan pembangunan Melaka, Kampung Jawa masih mampu bertahan sebagai sebuah destinasi yang mesti dikunjungi.

Jika tidak, mustahil untuk sesebuah perniagaan itu bertahan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya sejak ia dimulakan pada tahun 1950-an.

Bagi Lian Neo yang mewarisi perniagaan menjual pakaian siap untuk semua peringkat usia itu daripada ibu mentuanya, dia sudah menjadi peniaga di sana selama lebih 25 tahun. Walaupun bisnes yang dijalankan ada pasang surutnya, namun dia tetap tegar menghadapi cabaran yang datang.

"Kalau diikutkan, memanglah susah untuk dapatkan pelanggan sekarang. Persaingan sangat hebat.

"Tapi, sebenarnya Kampung Jawa ada pelanggannya sendiri. Contohnya, golongan keluarga yang berpendapatan sederhana.

"Bayangkan kalau mereka bawa RM100 sahaja, ia sudah dapat membeli baju untuk satu keluarga yang mempunyai tiga orang anak berbanding berbelanja di pasar raya.

"Selain boleh tawar-menawar, kualiti barang yang dijual juga ada nilainya," jelas Lian Neo.


PENGUNJUNG boleh membeli pakaian siap di Kampung Jawa dengan harga yang berpatutan.

Berdasarkan tahun pembinaan (1953) yang tertera di Madrasah Al-Hidayah yang terletak di kawasan itu, terbukti Kampung Jawa sudah dibangunkan sejak sebelum merdeka lagi.

Ini bermakna, sudah 56 tahun perniagaan bertapak di tempat tersebut.Menurut salah seorang peniaga terawal di Kampung Jawa, Omar Ismail, 75, seingat beliau sebelum merdeka lagi, sudah ada beberapa orang peniaga kecil mencari rezeki di sana.

"Kalau tidak silap, tahun 1952 lagi sudah ada yang berniaga. Saya pula memulakan perniagaan pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum negara mencapai kemerdekaan. Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian siap, akhirnya saya berjaya sampai ke tahap ini.

"Malah, dengan duit berniaga inilah saya menyara isteri dan anak-anak seramai sembilan orang. Alhamdulillah, itu satu kebanggaan bagi saya sebagai seorang ketua keluarga," ujar Omar yang kini dibantu oleh anak-anaknya dalam menguruskan perniagaan pakaian.


PENIAGA terompah, Tham Fong Ling tekun menyiapkan kerjanya di dalam sebuah pondok kayu kecil.

Hakikatnya, tambah Omar, situasi 50 tahun dahulu amat berbeza dengan sekarang. Dalam tempoh 30 tahun pertama, proses jual-beli memang berjalan lancar dengan kehadiran ramai pengunjung.

"Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pendapatan kami agak berkurangan. Cuma, ia tidaklah sampai membuatkan golongan peniaga tutup kedai. Kami harap nasib kami akan terbela apabila kerajaan bakal membangunkan kawasan ini kelak," kata Omar penuh pengharapan.


DERETAN terompah tergantung menunggu untuk dijual.

Harapan Omar itu merupakan rentetan daripada kebimbangan sekumpulan penduduk dan peniaga di situ mengenai rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan perkampungan Arab di tiga lokasi termasuk Kampung Jawa. Dua lokasi lain ialah di Klebang dan Pulau Melaka.

Projek yang diusahakan salah sebuah syarikat hartanah dari Arab Saudi itu kini dalam peringkat perundingan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri daripada penduduk terbabit. Ia melibatkan kos sebanyak RM200 juta.

Seorang lagi peniaga, Abdullah Omar, 59, turut melahirkan harapan supaya peniaga asal tidak dipindahkan dari lokasi tersebut jika sudah dibangunkan kelak.

"Sebagai rakyat,kami memang menyambut baik cadangan tersebut. Tetapi, banyak perkara perlu diambil kira terutama nasib golongan peniaga lama di sini.

"Maklumlah, setiap projek pembangunan itu, pasti ada kesannya kepada golongan tertentu. Begitu juga kami," tutur Abdullah yang mula menjalankan perniagaan pada tahun 1980.

Kebanyakan peniaga biasanya mendapatkan bekalan barang yang dijual dari serata tempat. Antaranya Kelantan, Thailand, China, Indonesia dan sebagainya.

Selain deretan kedai papan, ada juga kedai bangunan batu lama yang beroperasi. Mereka menjual pelbagai jenis barangan keperluan seperti terompah, pinggan mangkuk, peralatan dapur dan perkakasan.


kampung jawa masih bertahan meskipun semakin terpinggir oleh arus pemodenan.

Bagi kedai yang menawarkan perkhidmatan pula termasuklah kedai gunting rambut dan kedai pajakan emas.

Tidak ketinggalan, terdapat juga kedai-kedai yang menjual haiwan ternakan seperti itik, ayam, ikan, kucing, arnab dan lain-lain, sekaligus membuatkan semua yang dikehendaki ada di sana.

Bila sudah puas membeli-belah dengan harga yang berpatutan,pengunjung juga boleh menikmati keenakan aneka jenis makanan yang dijual menerusi gerai-gerai. Menu paling diminati dan sering diminta pastinya rojak, sate dan cendol.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 08:43 AM | Show all posts
Sate kat kg jawa ni best..

Masa aku kecik2 dulu pernah gak ikut parents aku shopping kat sini..

Masa tu hanya ader Fajar, the store, great wall..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070818 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list