CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kes cerai Anne Ngasri [sah cerai talak tiga!!]

  [Copy link]
Post time 24-5-2010 06:21 PM | Show all posts
baru je td nampak si anne ni..mmg cute la..hapa raa bini comey cam tu pon nak kasi cerai...oops jgn mintak gambar...gua mmg tak lapaq nak amik gambar2 retis ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 09:10 PM | Show all posts
jodoh di tangan Allah..kita mampu merancang dan berusaha....kena tanam dalam hati dan fikiran......
setiap berlaku ada hikmahnya..insyaAllah...kita akan bertemu dengan insan yang lebih baik..berprasangka baiklah kepada Allah...
Di zaman Rasullullah SAW..ada seorang wanita menangis...apabila Rasullullah bertanya mengapa? Maka wanita itu menjawab...suami dia yang sangat baik itu sudah tiada kerana mati dalam peperangan...maka, Rasullullah mengajar wanita tersebut satu doa:

Ya Allah berikan aku ganjaran terhadap perkara buruk yang menimpa ku dan gantikan ia dengan yang lebih baik dari itu...

memang suaminya itu terkenal dengan kebaikannya...

tidak lama kemudian...Rasullullah SAW telah datang meminangnya...bukankan itu lebih baik????

maka...apabila berlaku penceraian maka tidak perlu kita menunding jari ke arah orang lain...maka apa kata kita mendoakan wafie dan Anne..mendapat kebahagian masing2...tidak lama lagi...insyALlah...atas doa kita itu juga..kita akan mendapat yang lebih baik dari apa yang kita dapat hari ini kerana mendoakan kebahagiaan kepada saudara seislam kita...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 10:37 PM | Show all posts
Reply 282# PutriJ


    Ini mesti cerita pasal ummu salamah ni

dlm hal ni, kesian kt anak2 esp masih kecik.. Semoga tabah dalam dugaanNya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 09:16 AM | Show all posts
bukan aku penah taruk ke link pasal anne kahwin nikah, dan jugak updated pasal anak dia tu..??
in fact, kat cari neh pung kalau ko search, type anne ngasri terpacul laa thread tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:35 AM | Show all posts
Harap Anne tabah ya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:45 AM | Show all posts
Syd, depa ni manjang nak kene suap je :re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2010 09:56 AM | Show all posts
smoga anne dgn laki dia nihbt le keputusan leklok.
klu bercerai tu jln terbaik.wat to do ..kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 10:00 AM | Show all posts
Suami Anne lafaz cerai tatkala hamil
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
2010/05/25

TIADA wanita di dunia ini mahu bergelar janda pada usia yang muda, apatah lagi ibu tunggal kepada tiga anak. Begitulah halnya dramatis terkenal, Anne Ngasri.

Pada mata masyarakat, Anne, 26, dan suaminya, Abd Wahi Hassan, 29, nampak sebagai pasangan bahagia. Malah mereka cukup lincah dan ceria menyertai Sehati Berdansa musim pertama dan layak ke final.

Namun tiba-tiba, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pergolakan rumah tangga mereka apabila muncul di mahkamah syariah.

Kata Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, 26, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangganya yang dibina hampir lima tahun dengan Wahi yang juga seorang pelumba motosikal.

"Siapa yang tak sayangkan suami dan anak-anak? Apa yang berlaku selama ini saya simpan dan pertahankan tapi apabila kami sudah muncul di mahkamah syariah, apa lagi yang dapat saya katakan.

"Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya tak pernah menyesal dengan ujian Tuhan," kata Anne ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Aleema di Aleema Beauty House, Wangsa Link, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ternyata dari riak wajahnya nan jelita itu, Anne tenang dan masih mampu tersenyum. Malah dia kini hamil 4 bulan selepas dikurniakan dua anak.

"Saya mahu teruskan hidup ini dan membahagiakan diri saya dan anak-anak. Sebagai hamba-Nya yang lemah, saya reda dengan apa yang terjadi. Terus terang, saya tak pernah menyesal berkahwin pada usia muda.

"Malah saya tidak percaya ada orang cakap ini semua kerana 'badi Sehati Berdansa'. Soal jodoh, perceraian dan maut semuanya urusan Tuhan," katanya.

Ditanya sama ada rumah tangganya itu sudah tidak mampu diselamatkan lagi, Anne hanya berserah kepada takdir.

"Kes pengesahan lafaz cerai kami belum diputuskan oleh mahkamah lagi. Saya tidak ingin melanggar qada dan qadar. Biarlah Tuhan yang menentukan.

"Saya juga tak mahu komen sama mengenai punca masalah kami walaupun ada orang cakap ia sebab orang ketiga atau suami saya sudah berkahwin lain," ujarnya.

Anak kelima daripada enam beradik ini berkata, keluargalah yang memberi kekuatan kepada dirinya untuk berhadapan dengan saat getir itu.

Anne berkata suaminya juga melafazkan cerai ketika usia kandungannya itu mencecah dua bulan setengah.

"Saya tidak boleh komen banyak-banyak kerana ingin menjaga hati keluarga kami. Apa yang saya boleh katakan, suami saya memang pernah lafaz cerai tapi kami sudah rujuk semula.

"Kami juga sudah tidak tinggal sebumbung sejak suami saya melafazkan cerai pada 25 Mac lalu. Tapi saya tidak tahu mengenai hak penjagaan anak-anak selepas ini kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah nanti. Kes pengesahan lafaz cerai kami akan disebut semula pada 14 Jun nanti.

"Saya juga sudah berpindah dan tinggal di kediaman yang berhampiran dengan rumah ibu saya. Apabila saya keluar bekerja atau terbabit dengan penggambaran drama, ibulah yang menjaga anak-anak saya," katanya.

Anne menghadiri sebutan kali pertama kes pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 20 Mei lalu. Anne tidak diwakili peguam memfailkan permohonan pengesahan lafaz talak berbunyi 'Aku ceraikan kau, Anne' yang didakwa dilakukan suaminya, di rumah mereka di Shah Alam jam 11.20 pagi, 25 Mac lalu.

Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 sewaktu berusia 22 tahun. Mereka dikurniakan dua anak, Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2.

Mengenai imej bertudung pula, kata Anne, hatinya terbuka untuk bertudung, Oktober tahun lalu.

"Saya selesa dengan imej bertudung ini. Insya-Allah, saya merancang untuk menunaikan umrah selama 14 hari, tahun ini. Ia juga kunjungan pertama saya ke Tanah Suci. Saya ke sana tidak ditemani ahli keluarga dan hanya mengikuti satu rombongan umrah. Emak dan kakak saya, Darling, sudah ke sana dan sekarang tiba giliran saya pula," katanya.

Berkongsi perkembangan karier seninya, Anne yang turut berbakat sebagai pengacara berkata, dia bersyukur kerana rezekinya murah dalam bidang seni.

Kata Anne, dia baru selesai penggambaran drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro, sejak dua bulan lalu.

Anne yang pernah menerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2003 menerusi telefilem Anak Angkat berkata, dia akan terus berlakon selagi ada tawaran dan kesihatan kandungannya mengizinkan.

Anne yang terkenal dengan iklan Fair & Lovely juga juga dilantik menjadi duta produk makanan segera, Ocean Ria daripada QI Foods Sdn Bhd.

Tidak lengkap jika tidak menyentuh mengenai produk Aleema, Anne akui dia mengikat kontrak sebagai duta produk itu selama setahun.

"Saya sudah mencuba produk Aleema tahun lalu dan ia sangat serasi dengan kulit wajah saya. Justeru, apabila ditawarkan menjadi duta produk ini saya terus terima tanpa berfikir panjang," katanya.

PROFIL ANNE NGASRI

NAMA SEBENAR : Naszriah Ngasri
TARIKH LAHIR: 18 Disember 1984
TEMPAT LAHIR: Pulau Pinang
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan duta produk
BILANGAN ANAK: Kelima daripada enam beradik
ANAK: Abdul Warits, 4 dan Abdul Wafri, 2
DRAMA: lebih 200 drama dan telefilem seperti drama bersiri komedi, Jangan Main Belakang, Dunia Baru, Anak Angkat, Cili Padi, Seindah Janji
PROGRAM TV: Program 13 episod, Cahaya Permata untuk RTM
FILEM: Dunia Baru The Movie
IKLAN: Fair & Lovely, Maxis, Petronas
DUTA PRODUK: Ocean Ria, Aleema
ANUGERAH: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1993
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2010 10:04 AM | Show all posts
anne subur..
laki dia pung 'subur' gak eh?

siap ada gosip kahwen lain lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 10:17 AM | Show all posts
Reply 284# Syd


    waa...jangan lah marah..aku budak baru belajar lah..beginner lagik kat Carik ni tau..huhuhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 10:42 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 11:35 AM | Show all posts
ank2 dia chomel sgt
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 11:46 AM | Show all posts
Anne ni matured.. tak melatah.. mungkin sebab dia dah biasa dengan wartawan sejak dari kecik, so dia tau cemana nak handle kalau kena tanya hot questions... bagus dia tak cerita sangat sebab apa kes cerai ni bla bla bla.. maybe nanti terkeluar jugak cerita kat court, but at least dia tak buruk2kan suami dia macam sesetengah artis lain yang nak bercerai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:04 PM | Show all posts
anne subur..
laki dia pung 'subur' gak eh?

siap ada gosip kahwen lain lagi
Syd Post at 25-5-2010 10:04

ye ke syd?

tapi yg kes anak ponti tu ye ke si wafi ni ek?ade yg kate FN ade yg kate die ni?

sabar,redha n tawakal jelah anne ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:35 PM | Show all posts
"Kes pengesahan lafaz cerai kami belum diputuskan oleh mahkamah lagi. Saya tidak ingin melanggar qada dan qadar. Biarlah Tuhan yang menentukan.

ntahapa2 ntah statement :re:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 12:38 PM | Show all posts
kwin sbb jodoh, cerai tak de jodoh, kalau kita selalu menyalah ketentuannya tanpa berusaha mendalami asal kejadian dan yang maha satu, maka manusia sentiasa lupa diri, perkara halal yang paling dibenci Allah adalah percerian, jadi cari la keredhaannya, dunia sementara yang pasti kekal adalah tuhan dgn janji akhiratnya ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 01:16 PM | Show all posts
Si Anne ni pun leh tahan gak gediknya walaupun beranak-pinak. Pernah tertgk masa dia masuk Pop Kuiz dgn si Bell dan Darling. Aduh!Tergedik2 sungguh. Menangis kalau mak mentua dia tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 04:44 PM | Show all posts
"Kata Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, 26, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangganya yang dibina hampir lima tahun dengan Wahi yang juga seorang pelumba motosikal"

Bila pulak nama laki si Anne ni jadi Wahi? pastu pelumba motosikal la pulak.... adoi.... sok kabo ni pun....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 05:03 PM | Show all posts
meminjam kata2 porumers kat cni; bertabahlah anne...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 05:14 PM | Show all posts
"Kata Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, 26, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyel ...
KelisaSilver Post at 25-5-2010 16:44



    a'ah mmg pun sblm ni dia bgtau laki dia pelumba motosikal pun



sabar je la..peknen lagi...dia..subur tul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074694 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list