|
Post Last Edit by life_love at 3-6-2011 01:12
Tiara simple tapi cukup puitis
Lagu & Lirik: M Nasir untuk kumpulan Kris
Tiara
Ti ...
NBI86 Post at 6-1-2011 01:49
Pernah dengar jugak pasal maksud lagu ni ...
mase tu wawancara dgn vokalis kump. ni kat satu rancangan muzik..
pasal cinta monyet...lelaki yg tersilap langkah & perempuan yg mencapai cite-cite nye...
so far bestla lagu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang....pada mereka yang tak mengerti...
Sayang....pada hati tertutup mati...
Bagai sangkar tanpa penghuni...
Burung berharga terlepas lari.... |
|
|
|
|
|
|
|
makin banyak aku tahu, makin kecil diri aku ni.. skrg, hanya tersenyum melihat dunia ini. hidup di dunia hanya untuk Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
listkan lagu2 m nasir kat cni |
|
|
|
|
|
|
|
of kos m nasir sendiri.
mana2 artis yg dpt lagu dari m.nasir mmg bleh meletop!
yes, kekalutan ...
bangcak Post at 4-12-2010 07:36
bukan kebanyakan lagu2 m.nasir nie arwah loloq yg tulis ker? xsilap aku, yg lirik2 tersirat2 nie identiti arwah.. prof aku dulu, die member baik ngn arwah.. selalu b4 lecture die akan bg lirik2 lagu arwah nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman 80 an - 90 an..lirik2 M nasir memang halus, dn berseni dn penuh dgn maksud2 tersirat..
yea ...
salimrock Post at 9-12-2010 10:46
lagu2 skg nie terlalu straight forward.. langsung xde seninya (cm penah dikomen oleh habsah hassan, penulis lirik terkenal)..
cm KRU & terbaru si Najwa latiff tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kebanyakan lagu2 m.nasir nie arwah loloq yg tulis ker? xsilap aku, yg lirik2 tersira ...
cincancun Post at 31-10-2011 12:42
yes.
arwah pon lagendary jugak. mana2 band yg dpt sentuhan dia pon mmg bleh meletop. |
|
|
|
|
|
|
|
best topik ni..up balik la |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya m nasir bukan laa amat kreatif dalam membuat lagu.. tapi ia semua dihasilkan oleh loloq, dan sekarang lihatlah m nasir bila loloq telah meninggal.. canggungnya telah cacat... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu nafas cahaya?
sumber: wiki
Nafas Cahaya mengejutkan pemerhati seni apabila lagu ini mula diperdengarkan. Ia sebuah lagu pop yang diadun dengan tradisional Melayu secara minimal serta sedikit sentuhan hindi. M. Nasir menyifatkan lagu ini hanya sesuai dinyanyikan Misha yang bervokal manja dan gemersik.
Lirik lagu yang dicipta Loloq ini secara puitis membayangkan sang gadis yang meminta kepastian daripada seorang pemuda tentang cintanya. Simbolik lain untuk lagu ini ialah mengenai cerita umat manusia di zaman Arab Jahilliah yang mendambakan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW menurunkan ilmu dan wahyu-wahyu Allah yang disampaikan kepadanya agar jalan dan jiwa manusia selalu terang. Pelbagai tafsiran boleh dibuat melalui lagu ini kerana unsur seninya yang cukup mendalam.
Misha dan M.Nasir ketika menerima anugerah 'Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 16 (2009)
[sunting] Lirik
Sebelum bintang ada sana
Di manakah cahaya?
Jawablah pemuja
Jika benar kau cinta
Tanpa berkerana
Bisikanlah buatku
Jika terbukti rindumu
Lamaku menanti
Sabda rindumu kasih
Membelai nurani
Biar sempatku bermimpi
Keindahan malam seri
lalalalalalalalalala....
Cinta bukan kata
Rindu bukan madah
Dalam nafas pun tersimpan cahaya
Kalimah cinta bersakti
Melamar hati yang suci
Kalimah cinta berperi
Melamar kasih ke sisi
Kalimah cinta sejati
Menguji diri di sini
Kalimah cinta terpatri
Melayar hari insani
Redakan gelora
Cinta mendampar jiwa
Biarlah terasa
Dalam aman semula
lalalalalalalalala..... |
|
|
|
|
|
|
|
salam dunia pon best gak....
cahaya kekasih yg benar,
menghapus segala,
api kemarahan....
'cahaya kekasih yg benar'-ni kot yg org selalu ckp nur muhammad S.A.W... |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesiapa faham apa maksud bait2 dalam kias fansuri..??
Kias Fansuri
Tak sempat dipapas
Hidangan ku habis
Bila ku terpandang
Dia melangkah masuk hendak menjamu selera
Geletar lututku
Di belakang tabir
Bila ku terdengar
Namaku dipanggil
Dia matanya merah menyala
Dia... hadiahkan tubuhku
Tujuh lacutan pedang saktinya
Dia...
Jangan sesekali kau ceritakan
Pengalamanmu Yusuf
Takut-takut mengundang bencana
Siapa tahu
Betapa berat cinta yang ditanggung
Sehingga dia sanggup lakukan
Biar apa saja demi mendapatkan
Restu Sultan cahaya hatinya
Tak sia-sia azam Zulaikha
Bisa jadi cermin mengintai jiwa
Tak sia-sia mimpi Zulaikha
Bisa jadi lorong insan bercinta
Bisikan memujuk
Memupuk nurani
Lalu terbukalah
Pintu yang menghijap
Dia...
Aku kenal dia lama dahulu
Dia...
Yang melamarku dalam mimpi
Kias fansuri
Mawar berduri
Kias fansuri
Lembah yang sepi
Kias fansuri
Madah bersari
Kias fansuri
Langit yang tinggi
maksud terakhir susah nak paham la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya lirik2 yg M Nasir wat sendiri tak la terlalu puitis..
Tapi bila dia suruh Loloq wat lirik lagu2 dia, mmg sgt puitis..
Off Topic: M Nasir ni dh haji ke blum ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul arwah Loloq yg tulis kebanyakan lagu M nasir.. Tapi Combination of M Nasir dgn Loloq mmg Meletop..
tapi ade gak tulisan M Nasir yg mencabar minda gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Title
Post Last Edit by sejarah at 26-11-2011 00:05
Reply 292# afal1495
err maksud rangkap akhir lagu itu merujuk kpd kiasan, tamsilan, ibarat, analogi (maybe kronologi) tentang kembara ke 'alam' realiti/haqiqi diri kita sendiri.
- mawar berduri -lembah yg sepi -madah bersari -langit yg tinggi
= merujuk kpd betapa sukarnya, misteri-mistiknya, uniknya, ekslusifnya, menongkah arus, overwhelming/beyond logic&reason dll.
...agaknyalah
P/s: den pulak tak brape paham maksud:
"lalu terbukalah pintu yg menghijab Dia,
aku kenal dia lama dahulu,
Dia yg melamarku dlm mimpi"
^muleh tulun berikan pencerahan? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by afal1495 at 27-11-2011 19:00
Reply afal1495
P/s: den pulak tak brape paham maksud:
"lalu terbukalah pintu yg menghijab Dia,
aku kenal dia lama dahulu,
Dia yg melamarku dlm mimpi"
^muleh tulun berikan pencerahan?sejarah Post at 23-11-2011 02:48
rasanya nih 2 rangkap yg berbeza..
Bisikan memujuk
Memupuk nurani
Lalu terbukalah
Pintu yang menghijap
rangkap nih merujuk kepada rangkap sebelumnya berkisahkan antara Zulaikha dengan Nabi Yusuf.. pujukan Zulaikha suatu ketika dulu telah membuka hati Yusuf untuk mengahwininya & halangan (hijap) ketika itu telah terbuka setelah Zulaikha menjanda / kematian suami..
Dia...
Aku kenal dia lama dahulu
Dia...
Yang melamarku dalam mimpi
Ini berkisahkan petanda2 kenabian (melamarku) Nabi Yusuf yang disampaikan kepada ayahnya ketika kecil (kenal lama dahulu) lagi dimana dia telah menceritakan kepada ayahnya (Nabi Ya'akub) tentang mimpinya melihat kambing dibaham serigala & ayahnya melarang dia menceritakan tentang mimpinya untuk mengelakkan iri hati saudaranya yang lain (ada dalam rangkap sebelumnya).. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 295# sejarah
terima kasih..
saya dah sikit2 faham maksudnya, ia adalah kiasan Hamzah Fansuri..
mawar berduri = satu keindahan yg akan diuji & ada risiko..sanggup?
lembah yg sepi = tidak ramai yg menempuh laluan ini..berani?
madah bersari = bahasa yg cantik tersangat mujarab utk pesakit rohani..faham?
langit yg tinggi = terhasil drp kesedaran wujud hakiki yg tinggi..langit yg mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika seluruh rakyat Malaysia belum mengenali Illuminati, kumpulan Kembara yang dianggotai oleh M.Nasir suatu ketika dahulu telahpun dikatakan menampilkan beberapa unsur Illuminati didalam albumnya. Namun, tidak lama selepas berjuang bersama-sama dalam bidang nyanyian dengan ahli kumpulan Kembara yang lain, M.Nasir telah menarik diri daripada kumpulan tersebut dan bergerak solo. M.Nasir juga pernah suatu ketika dahulu dikritik/digam oleh RTM atas ketelanjurannya ketika memberi komen terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed.
Kini, pada tahun 2011, kita boleh menyaksikan betapa pengaruh besar Illuminati atau Freemason sudah banyak mempengaruhi rakyat Malaysia. Sama ada iklan, mahupun konsert pastinya mempunyai unsur-unsur Freemasonry. Namun, sama ada kebetulan atau sesuatu yang dirancang, ia masih diperkatakan oleh rakyat Malaysia, terutama yang 'masih hijau' dalam mengenali Freemasonry.
| Upacara perletakan batu asas loji Freemason di Pulau Pinang | Harus diingat bahawa, Freemason bukan sahaja bergerak di Malaysia melalui lojiloji mereka sahaja. Tetapi secara 'ghaib', ia turut bergerak melalui pertubuhan seperti Lion Club dan Rotary Club. Kelab-kelab ini pula dianggotai oleh ahli-ahli korporat serta orang ramai yang 'buta' ataupun bukan beragama Islam. Justeru, janganlah hairan sekiranya terdapat dua atau tiga iklan TV yang anda tonton mempunyai unsur-unsur Freemasonry.
| Kulit album kumpulan Kembara | Apa yang anda lihat diatas adalah kulit album kumpulan Kembara. Tidak cukup dengan kulit album, lirik lagu nyanian M.Nasir bertajuk APA LAGI juga agak menarik perhatian.
APA LAGI (M NASIR)
Betapa berat memandang
Berat lagi memikul
Rumahku kau cerobohi
Ladang sudah kau cabul
Tinggal tanah terbakar
Dengan pahlawan hilang ikrar
Apa lagi yang kau mahukan
Hey manusia pendominasi
Apa lagi yang kau mahukan
Hey mata dalam tiga segi
Dari tanah jawi ke Maghribi
Semangatnya mahu kau ragut
Dengan caramu, dengan alasanmu
Dari ide mu yang bangrut.. hey!!!
Sedarlah sedarlah hey teman
Tidak semua jalan menuju ke kota Rom
Geseklah rebabmu
Wahai tangan yang membuai
Darahku tetap mengalir
Ke tanah pertiwi ini
Ho.. ho.. ho
Tetap mengalir
Mengalir untuk pertiwi ini
Damai bukan kawat berduri
Damai dada yang terbuka
Cinta harus membebaskan
Bukan seksa penjara
Hujan api yang kau gugurkan
Ku terima bagai bunga. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus sungguh tafsirannya...
saya dah sikit2 faham maksudnya, ia adalah kiasan Hamzah Fansuri..
mawar berduri = satu keindahan yg akan diuji & ada risiko..sanggup?
lembah yg sepi = tidak ramai yg menempuh laluan ini..berani?
madah bersari = bahasa yg cantik tersangat mujarab utk pesakit rohani..faham?
langit yg tinggi = terhasil drp kesedaran wujud hakiki yg tinggi..langit yg mana?
langit yang tinggi barangkali tafsiran langit pada diri manusia itu 'aqal' ..pentafsiran memerlukan ketajaman fikiran ..tak semua mampu menggapai 'langit' itu...disebabkan keupayaan yang berbeza-beza.. |
|
|
|
|
|
|
|
langit yang tinggi barangkali tafsiran langit pada diri manusia itu 'aqal' ..pentafsiran memerlukan ketajaman fikiran ..tak semua mampu menggapai 'langit' itu...disebabkan keupayaan yang berbeza-beza..
miftahuljamilah Post at 30-11-2011 15:50
yup, sbb tu klau kte perhati tgok bile owg fhm ttg ni bile dia kata ttg langit, tangan nya xpernh lepas pd paras kepala...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|