CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: telracs

[Melaka] Edisi Rumah Pantun

[Copy link]
 Author| Post time 10-1-2025 03:35 PM | Show all posts
Edited by telracs at 10-1-2025 07:37 AM
TTun_Teja replied at 1-1-2025 12:32 AM
Hati hati saat melangkah
Bimbang terpijak duri berbisa
Mulakan hari baru dgn bissmilah

Saat melangkah penuh cermat,
Duri berbisa mohon dijauhkan;

Ungkapan B
ismillah suatu azimat,
Hanya kepada-Nya kita serahkan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2025 03:52 PM | Show all posts
TTun_Teja replied at 1-1-2025 12:32 AM
Bismillah di baca sbgai permulaan
Agar keberkatan dtg seiringan
Tekadkan azam, tempuhi cabaran

Mensyukuri nikmat meredhai ujian,
Doa dan solat perlu seiringan;

Cabaran ditempuh sebagai dugaan,
Dimudahkan urusan diberi ketabahan.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 05:07 PM | Show all posts
TTun_Teja replied at 1-1-2025 12:33 AM
Cabaran datang tidak terhenti
Janganlah  mudah berputus asa
Bergantung sepenuhnya kpd ilahi



Kisah mukjizat nabi Isa,
Tanah liat menjadi bulbul;
Hanya Dia Penunai doa,
Cepat atau lambat pasti makbul.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 05:35 PM | Show all posts
ghopper replied at 1-1-2025 01:13 PM
Asal kapas menjadi benang,
Benang diwarna dengan kesumba;
Benang bukan sebarang benang,


Benang diwarna dengan kesumba,
Kuning, jingga dan merah juga;

Bertukar ilham mengasah minda,

Berkongsi pelbagai ilmu berguna.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 05:38 PM | Show all posts
ghopper replied at 1-1-2025 01:16 PM
Buah cempedak santapan landak,
Tinggi-tinggi sarang tempua;
Pandai tidak, mahir pun tidak,


Tinggi-tinggi sarang tempua,
Turun hinggap di atas batu;

Mohon tunjuk ajar rakan semua,

Bersama kita saling membantu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 05:42 PM | Show all posts
ghopper replied at 1-1-2025 01:19 PM
Meriah sungguh kumbang di taman,
Sayang bunga layu tidak berbaja;
Janganlah gelak wahai rakan,



Bunga layu tidak berbaja,
Kecuaian begitu usah diulang;
Awak hanya cuba sahaja,
Namun berjaya dengan cemerlang.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2025 05:48 PM | Show all posts
ghopper replied at 1-1-2025 01:19 PM
Manis sungguh buah delima,
Buah dabai di atas peti;
Selamat datang 2025,


Buah dabai di atas peti,
Jangan tersilap disangka kurma;

Moga hidup kekal diberkati,

Berbuatlah baik setiap masa.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 05:53 PM | Show all posts
ghopper replied at 1-1-2025 01:19 PM
Ke Hulu Yam membeli sempoa,
Singgah sebentar membeli kek span;
Selamat Tahun Baru Rakan Forum Semua, ...


Singgah sebentar membeli kek span,
Di kedai empunya Puan Marina;

Semoga impian jadi kenyataan,

Perlu usaha untuk terlaksana.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2025 05:58 PM | Show all posts
ghopper replied at 1-1-2025 01:13 PM
Asal kapas menjadi benang,
Benang diwarna dengan kesumba;
Benang bukan sebarang benang,



Daun selasih digoreng tumis,
Dicampur kerabu buah kuini;
Terima kasih cik @ghopper yang manis,
Sudi singgah berpantun di sini.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 06:02 PM | Show all posts
vanilacup replied at 2-1-2025 02:16 AM
Ada kesayuan muncul di hati
tatkala Ramadan datang membilang hari
Renungilah diri dan perhati


Ramadan datang membilang hari,
Terasa di hati sungguh gembira;

Berapakah sudah amalan sendiri,

Jangan dikira teruskan sahaja.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 06:10 PM | Show all posts
amiraira replied at 2-1-2025 06:45 AM
sedap rasanya air kelapa
jawap bila2 pn x apa

Rasa sedap air kelapa,
Apabila diminum tanpa gula;
Soalan mod amira saya terlupa,
Biasa sarapan koko panas sahaja.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 06:16 PM | Show all posts
amiraira replied at 2-1-2025 06:46 AM
sesat jalan malu bertanya
yg ada semua ada sini rasanya

Sesat jalan silalah bertanya,
Supaya selamat tiba ke destinasi;
Terima kasih mod Amira,
Semoga persahabatan kekal abadi.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 06:21 PM | Show all posts
Edited by telracs at 10-1-2025 11:33 PM
Mendaki gunung tersesat di gua,
Berhati-hati jadilah berani;
Maafkan saya wahai rakan semua,
Nak beri kredit tapi saya bukan moderator di sini.





@AceHand
@ipes2  
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
wah...!
mod beli pantun kite...

mahir sungguh mod berpantun.



masak lemak ikan cencaru,
lemak manis gula kelapa,
tidak hamba silap berguru,
ilmu dan pedoman kongsi bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 11:57 AM | Show all posts
telracs replied at 10-1-2025 06:02 PM
Ramadan datang membilang hari,
Terasa di hati sungguh gembira;
Berapakah sudah amalan sendiri,

Mana ada seisi dunia yang indah
Ini cuma destinasi melakukan amalan
Belajar agama tak pernah habis sudah
Kiamat pasti tiba tak perlu ramalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.170443 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list