Tidak pernah gagal bermakna tidak normal. Tidak pernah susah bermakna tidak sempurna. Yang membezakan orang yang gagal dengan orang yang berjaya ialah bagaimana mereka bangkit dari kegagalan dan kesusahan hidup.
Orang yang ‘cukup makan’ terus hidup dalam kegagalan kerana mereka hanya meratapi nasib malang yang dikatakan ‘diberi’ oleh Tuhan. Mereka terus menerus memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan rasa malas mereka. Kesudahannya, mereka akan terus kekal menjadi golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Manakala orang yang berjaya terus cuba bangkit dengan melupakan segala kisah silam yang melemahkan semangatnya, dan mengerah segala usaha semampu mungkin tanpa mengalah kepada nasib kerana mereka percaya, bukan nasib yang menentukan kejayaan mereka.
Jangan merajuk dengan usaha anda yang mungkin kelihatan sia-sia hari ini. Jangan berhenti berusaha. Anda mungkin perlu berehat, atau menukar arah, tetapi jangan sesekali berhenti bergerak ke hadapan. Jangan pandang belakang lagi! Seperti memandu, anda tidak perlu menoleh ke belakang, cukup dengan menggunakan ‘side mirror’. Kisah silam anda boleh dianggap sebagai ‘side mirror’ untuk membantu anda terus maju. Kalau asyik tengok ‘side mirror’ saja, accident pula nanti! Tengok depan ya!
Kisah Nabi Yunus ini mungkin boleh kita jadikan iktibar.