|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
degil tul la si fifi nih.....nk jgak cari si sol shark tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 282# rafflesia76
Hahahhaha.Raff itu memangla.memula kena jual mahal.hahahaha
p/s; morning semua lama tak masuk forum.hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Velvet Underground, The Zouk
Bergema irama R&B di segenap ruang kawasan ini. Sinaran lampu laser bergerak seiring dengan rentak irama lagu. Tidak bingit, muzik yang di mainkan adalah sesuai untuk mereka yang menggemari ritma perlahan.
Bella mencapai rokok di atas meja lalu di nyalakan. Kemudian, rokok itu di hulurkan kepada Shark yang duduk rapat di sebelahnya. Sebatang lagi rokok di ambil, di nyalakan untuk dirinya sendiri. Kepalanya terangguk-angguk perlahan mengikut rentak lagu.
“Shark” Namanya di panggil. Kelihatan Zidan dan Markus sudah berada di depannya.
“Have a seat” Mereka duduk.
“Drinks?”
“JD would do” Shark menuangkan arak ke dalam gelas lalu di hulurkan kepada Markus.
“I must say, that all good”
“I’ve told you that you can trust us” Markus mengangguk.
“This is the balance” Sebuah beg berwarna hitam di letakkan di atas meja. Shark hanya membiarkan saja, tidak di buka. Kepalanya dianggukan sekali.
“There will be another delivery”
“When?”
“Soon. I will let you know the date and other details”
“Alright”
“Cheers” Mereka melagakan gelas.
“Such a pretty girl you have there, Shark”
“She is, isn’t she?” Shark tersenyum. Tangannya memeluk bahu Bella, erat.
“Let me go! Aku nak jumpa dia. Bi!” Terdengar jeritan tidak jauh dari tempat mereka duduk.
“Bi!” Kali ini Shark menoleh. Matanya tajam memandang ke arah suara yang memanggil.
“Lepaslah!” Setelah meronta dengan lebih kuat, Fifi dapat melepaskan pegangan. Dia meluru ke arah Shark.
“Sorry boss... perempuan ni…”
“It’s okay” Shark berkata, mukanya menunjukkan riak garang.
“Markus, sorry but our conversation has to end now. I’m sure we will meet again”
“Yeah. Understand. Some other time then” Markus bangun, memandang ke arah Fifi dan terus berlalu.
“Ajak” Shark menyentakkan kepalanya ke arah beg hitam di atas meja. Ajak mengangguk lalu mengambil beg lalu meninggalkan tempat itu.
“Duduklah” Shark berkata kepada Fifi tetapi Fifi tidak mengendahkannya. Matanya tajam merenung Bella. Shark pula memandang Fifi, lebih tepat, ke arah perut Fifi.
“Ada apa?”
“Bi..mana you pergi? Kenapa you tak datang cari I?”
“Buat apa I nak cari you?”
“You tinggalkan I sebab perempuan ni?” Fifi bertanya garang. Shark hanya tersenyum sinis mendengar soalan Fifi. Bella mengangkat kening.
“Bi..how could you? Sampai hati you tinggalkan I. Apa salah I?”
“I bosan dengan you. I blah lah..”
“Habis, I macam mana? Anak you ni macam mana?”
“Betul ke anak I?”
“Memanglah anak you. Takkan you tak nak mengaku?” Nada suara Fifi agak tinggi.
“Eh…you ada bukti ke tu anak I? Entah-entah, you buat dengan orang lain, you nak tuduh I?”
“Bi…I tak pernah dengan orang lain. Ini anak you. Tolonglah Bi.. Percayalah” Fifi masih merayu.
“You datang sini, husband you tak marah ke?” Soalan Shark kedengaran menyindir. Fifi tidak menjawab.
“Pergi baliklah”
“No Bi. Tolonglah…jangan tinggalkan I”
“Sayang… You nak suruh I buat apa? Kahwin dengan you? You kan dah kahwin. Biar ajelah husband you tu jaga you” Shark bangun dan duduk di sebelah Fifi. Tangannya sengaja membelai rambut Fifi.
“Bi, jangan cakap macam tu. I sayangkan you”
“Sayang…You tahu tak, perempuan macam you ni, berlambak kat luar tu I boleh dapatlah. Kalau I nak, tiap-tiap malam I tukar perempuan pun I boleh. Perempuan macam you, pada I sama je taraf macam sampah. Bila di pujuk, senang-senang je bagi. Itu baru dengan I, kalau lelaki lain pujuk, mesti you bagi juga kan?”
“Bi…sampai hati you!”
“Sudahlah! Jangan cakap banyak. Mulai dari sekarang, aku tak nak tengok muka kau lagi. Baik kau balik rumah, layan laki kau baik-baik. Sebelum dia cop kau ni isteri derhaka” Kata-kata Shark semakin sinis.
“No Shah…please! Jangan tinggalkan I Shah, please”
“Zidan!”
“Bangun” Lengan Fifi di tarik.
“Tak nak! Shah… Tolonglah…Shah!”
“Kalau kau tak nak mati, bangun!” Ugutan Zidan secara tiba-tiba membuatkan Fifi terdiam. Wajah Shark di pandang meminta simpati tetapi Shark hanya memandang tanpa perasaan. Lengannya di sentap lagi oleh Zidan membuatkan Fifi bangun dan terus meninggalkan tempat itu.
“Honey…” Shark cuba memeluk Bella tetapi Bella menolaknya dengan kasar.
“Damn it! What’s wrong with you girls today?” Shark merengus.
Bella hanya mendiamkan diri. Drama yang berlaku sebentar tadi membuatkan dia terasa hati. Kata-kata hina yang di lemparkan oleh Shark kepada gadis itu juga seolah-olah di tujukan kepada dirinya. Bella memandang Shark dan kemudian bangun dan berlalu pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 283# freddianza
hai fred.....g bertapa kt gua mane? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 283# freddianza
Salam Fred.... Lama tak nampak... |
|
|
|
|
|
|
|
S**l punya jantan si shark nih.....mulut longkang....puiihh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 285# rafflesia76
Hahhahaha.bertapa dalam ofis.busy so tak sempat la nak mengomen kat forum.hahaa.ni baru reda busy kekdahnya.hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 286# Nicki_Meow
Hehhehe.tu la.ni baru ada kelapangan.l
. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 287# rafflesia76
Amboi raff.marah betul nampak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply rafflesia76
Amboi raff.marah betul nampak..
freddianza Post at 13-7-2012 10:19
mesti ar marah....da puas menjimak menabur biji benih xnk mengaku plak....da ler tu siap bahasakan fifi tu sampah lg....yg dia tu dok teguk air kencing setan manusia mulia kah?:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 292# rafflesia76
Sabar.sabar tapi cek pun marah jugak.Aishhh.memang nak kena silambam betul la mamat longkang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
da le marah kt si shark tu.....si nicky ni da MIA blk..... |
|
|
|
|
|
|
|
Si nicky lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii takut orang ligan dia pasai shark.hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 15
Datin Haryati, Fandi dan Mak Ton masih duduk menunggu di ruang tamu. Jam sudah menunjukkan hampir pukul satu pagi. Sudah berkali-kali nombor telefon Fifi di dail namun tiada yang menjawab. Datin Haryati semakin resah.
“Sabarlah Datin. Insya-Allah tak ada apa-apa jadi pada Fifi” Mak Ton cuba menenangkan majikannya. Datin Haryati hanya mendiamkan diri. Sesekali esakannya kedengaran. Hatinya benar-benar di hantui kebimbangan. Sofea Raihana keluar secara tiba-tiba. Tidak memberitahu kemana, tiada khabar dengan siapa. Sudah pasti dia gelisah. Pelbagai perkara buruk bermain di fikirannya.
Fandi pula hanya mendiamkan diri. Dia juga tidak tahu apa yang patut di buat. Tidak di nafikan, dia juga serisau Datin Haryati, malah mungkin lebih lagi. Tapi, dia tidak pula menunjukkan perasaannya secara zahir. Tidak mahu menambahkan lagi kerisauan ibu mertuanya.
“Mama…” Setelah lama berdiam diri, akhirnya Fandi bersuara.
“Mama pergilah tidur. Biar saya yang tunggu Sofea” Fandi berkata lagi.
“Mama risaulah Fandi. Tiba-tiba je dia keluar. Sudahlah tak cakap pergi mana, sorang-sorang pulak tu. Call tak angkat”
“Mama pergi rehat dulu. Dah malam sangat ni. Nanti mama pulak yang sakit. Kalau ada apa-apa nanti, saya beritahu” Fandi memujuk lagi. Tidak sampai hati pula dia melihat Datin Haryati dalam keadaan begitu
“Datin, betul cakap Fandi tu. Datin tidurlah dulu ya. Sama-sama kita doa Fifi balik dengan selamat” Mak Ton pula memujuk. Akhirnya Datin Haryati akur. Dia bangun perlahan-lahan, di ikuti oleh Mak Ton.
Kini, tinggal Fandi seorang saja di ruang tamu. Dia semakin gelisah.
‘‘Meow…’’ Nicki melompat ke atas ribanya.
‘‘Hey..sibuklah’’ Tetapi, Fandi tidak pula menghalau kucing itu. Kepala Nicki di usap perlahan.
******************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 13-7-2012 15:12
Satu jam kemudian
Kelihatan lampu terang di hadapan rumah. Fandi yang sudah pun duduk di halaman rumah segera bangun. Kereta itu hanya berhenti di luar pagar. Tapi, itu bukan kereta milik Fifi.
Pintu pagar automatik di buka. Fandi hanya tercegat di sebelah kereta Honda Jazz berwarna merah jambu. Ada tiga orang penumpang di dalamnya. Beberapa saat kemudian, pemandunya keluar.
“Awak” Si pemandu comel berambut pendek memanggil.
“Ya?”
“Awak husband Fifi kan?”
“Ya”
“I Nina. Kawan Fifi. Fifi tak boleh drive sebab dia dah macam tak betul. Asyik menangis je. So I bawak dia balik rumah. Kereta dia we all tinggalkan dekat…” Nina tidak meneruskan kata-kata. Dia menggigit bibir.
“Kereta dia kat mana?” Dahi Fandi berkerut.
“Zouk” Perlahan suara Nina apabila menyebut perkataan ‘Zouk’. Mata Fandi mengecil memandang Nina. Nina semakin serba salah.
“Awak semua tak mabuk kan?” Fandi memerlukan kepastian.
“Mabuk? Oh No no…we all bukan kaki minum. We just like to party” Fandi semakin jengkel mendengar kata-kata Nina.
“Pergi party? Nina, awak tahukan yang Sofea tu mengandung. Kenapa awak ajak dia pergi tempat bukan-bukan?” Fandi berusaha mengawal suaranya.
“Tak..bukan macam tu…Fifi...ala…macam mana nak cakap…” Nina semakin resah. Pandangan tajam Fandi membuatkan dia terkedu.
Garangnya husband Fifi…
“Nanti you tanya sendiri pada Fifilah, ya?” Nina mengambil jalan selamat. Pintu kereta di tempat duduk pemandu di buka. Kelihatan Fifi menangis teresak-esak.
“Fifi, dah sampai. Please, stop crying” Nina memujuk.
“I dah cuba pujuk dia banyak kali, tapi dia still menangis” Suara Nina kedengaran berputus asa.
“Sofea Raihana” Fandi memanggil.
“Sofea, kita masuk rumah dulu” Fandi mengajak. Melihat Fifi yang asyik menangis, timbul pula rasa simpati di hatinya.
“Jom” Tangan Fifi di tarik perlahan. Fifi menurut.
“Nina, thanks sebab bawak Sofea balik” Fandi berkata. Kali ini, nada suaranya tidak lagi tinggi.
“No problem” Nina membalas lalu masuk kembali ke tempat duduk pemandu. Dia hanya memerhatikan Fandi yang sudah pun berlalu memimpin tangan Fifi ke dalam. Pintu pagar automatic di tutup.
“Babe..” Bahunya di cuit. Nina berpaling ke arah Maya di tempat duduk belakang.
“Apa?”
“Itu ke husband Fifi?”
“Iya”
“Handsome” Maya tersenyum-senyum.
“Eh…tino garik” Nina membuat muka. Enjin keretanya di hidupkan dan kemudian meninggalkan rumah banglo mewah itu.
*********************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
tt nak tanya ni.. masa awal-awal ada tt post
Sofea Raihana,
Aku pernah bermimpi yang satu hari nanti kita akan kekal selamanya tetapi kini aku mengerti, ianya tak mungkin terjadi. Telah ku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk mu tetapi aku gagal. Maafkan aku kerana pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Pergi ku ini bukan kerana benci, tetapi aku pergi kerana aku tak mampu mencintai jika kau juga tidak mencintai aku.
Harris Saifullah,
Ketahuilah walaupun hadirmu tidak di pinta, namun kamu adalah sebaik-baik anugerah ALLAH. Doa ku pohon agar dikau sentiasa di dalam Rahmat Ilahi. Semoga kamu akan menjadi sehebat namamu suatu hari nanti.
tapi hero nama fandi.. shark pun nama lain.. jadi siapakah harris saifullah? |
|
|
|
|
|
|
|
Nickyy si fandi ni dah keluar aura suami mithali dah.eheheh.suka suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Sofea Raihana kelihatan langsung tidak bermaya. Dia hanya menangis dan menangis. Fandi pula terasa buntu, tidak tahu apa yang perlu di lakukan. Sofea Raihana di dudukkan di atas kerusi di ruang tamu. Fandi ke dapur, mengambil segelas air dan kembali ke ruang tamu.
“Sofea’ Gelas itu di hulurkan kepada Fifi. Fifi mencapai lalu di teguk sedikit. Setelah itu, gelas itu di hulurkan kembali kepada Fandi yang duduk di sebelahnya.
“Awak, awak okay ke? Awak pergi mana sebenarnya?” Fandi berkata lembut. Wajah Fifi di pandang lama. Fifi hanya menggelengkan kepala.
“Sofea. Awak jangan buat macam ni lagi ya. Keluar macam tu je, tak bagi tau. Semua orang risaukan awak..."
“Saya…saya…” Fifi menangis lagi.
“Sudahlah tu. Walau apa pun masalah awak, cuba bawa bersabar. Istighfar banyak-banyak..." Tangisan Fifi semakin kuat. Tidak semena-mena, Fifi menyembankan mukanya ke bahu Fandi. Dia menangis semahu-mahunya. Fandi tergamam seketika. Dalam keadaan serba tak kena, Fandi memeluk Fifi dan sebelah lagi tangannya membelai rambut Fifi. Dia pun tidak tahu mengapa dia bertindak begitu. Pada saat ini, apa yang dia rasakan adalah, dia mahu melindungi Sofea Raihana daripada apa saja perkara yang menyakitinya.
Entah berapa lama mereka berkeadaan begitu, Fandi pun tak pasti. Tiba-tiba saja Fifi menolaknya dan terus menaiki tangga, menuju ke bilik tidurnya. Sekali lagi Fandi tergamam. Fandi mengekori langkah Fifi dengan pandangan mata. Satu keluhan lepaskan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|