Post time 1-3-2016 09:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah tgk wujud 12, seram giler, masa gawar ambil air kat kolam tu sorang2, clear dengar suara cik pon mengilai, ada 3 epoisod semuanya. Dorang pg kat villa angker kat indon, cam biasa dah lepas tgk tu 2-3 hari tido bukak lampu. Task kali ni sofee, tatu dan lilly kena duduk kat villla tu dlm 3-4 hari kot, mmg kena kacau teruk la.......so, korang rajin2 le gugel uer, aku tak boleh bg link sbb anak aku dah balik u dah, dia yg gigih carik ari tu...
tu wujud 9 kirakekuri..yg pergi buat seruan tu kalo tak salah sy ada 4 orang..Tatu, Gawar, A'a dan Sofie (adik kakcik)..yg buat seruan tu nama dia A'a..tatu, gawar dan sofie tunggu kat kereta..yg jatuh kat atas kereta tu bukan pocong tapi kuntilanak @ pontianak..benda tu ikut dieorang balik sbb A'a salah bakar kemenyan masa buat seruan..dan lagi 1 dieorg buat seruan tp tak bawak bomoh skali..tu jer silap dieorg..sbb tu benda yang jatuh tu ikut dieorg sampai balik rumah dan kemudian merasuk sofie sampai badan sofie terbalik kebelakang dgn mata terbeliak dan mulut ternganga..
Aku follow team TAC ni dr Wujud 1 lagi. Sampai laa last version tu TAC brape ntah lupa.
Sekarang da keluar Wujud brape ek?
Dulu tiap2 minggu pegi kedai cd tanya. Sampai apek tu naik hapal muka aku.
Nampak je muka aku, "haa ituu hantu belum ala lagi amoi "
Post time 27-10-2016 11:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru jumpa thread ni
Nak share pengalaman sikit boleh TT?
Awal tahun 2015, saya dan kawan kawan ada plan nak buat misi Ghost Hunter ke Kellie's Castle. Masa tu dah jam 2pagi. Ramai jugak masa tu ada dalam 10-15 org jugak lah geng saya. Dalam ramai ramai tu cuma saya dan seorang lagi kawan saya je perempuan yang lain lelaki.
Masa ni Dataran KTM Ipoh tu masih famous dgn aktiviti malam. Sekarang dah jadi no trespassing area dah. Bincang punya bincang, antara ramai ramai tu ada seorang yang boleh ubatkan orang kalau kena rasuk yadda yadda.
Kebetulan pukul 7pagi tu nanti dia duty, dia ni polis kat situ jugak. So tak jadi lah kitorang pergi cari hantu kat Kellie's Castle. Nak lepak makan kat Nasi Goreng Udang Banjir, tunggu ada lagi 2-3 org tak sampai lagi. Melepak je lah kitorang kat situ sebab kawan kitorang meniaga sewa rollerblade kat situ.
Memandangkan aku sorang perempuan yg tak kahwin lagi masa tu, aku duduk asing dari geng geng lelaki. Duduk bersila ramai ramai atas batu simen kasar bentuk bulat tak jauh dari gerbang bangunan KTM tu. Aku sorang mengadap ke parking dan muka aku hala ke railway.
Member aku yg polis nak duty pukul 7 tu bukak video kat Youtube. Geng paranormal yang korang discuss ni lah. Aku tengok dari jauh je. Tapi dengar lah mantera mantera diorang baca tu. Masa tu yang lelaki semua kerumun polis tu sebab nak tumpang tengok kat screen phone sekali.
Masa diorang kerumun tu aku nampak ada bayang orang tengah terhendap hendap kitorang kat celah celah kereta. Masa tu KTM sentiasa penuh dgn anak anak muda, so tak pelik lah kereta merata rata parking. Tak kurang ada yang melepak kat pintu kereta je. Aku assume yang terhendap hendap tu adalah salah seorang dari kawan yg kitorang tengah tunggu tu lah.
Disebabkan bersila aku ni macam terjenguk jenguk lah orang tu. Dia macam main ba-ba-chak dengan aku. Sebab tu aku yakin dia geng kitorang. Dia tahu aku nampak dia. Masalahnya dia main chak chak tu jauh woo. Contoh aku nampak dia kat sebelah kiri, then dia menyorok sebalik kereta then dia timbul nun dekat belakang pulak. Selang 6-7 buah kereta. Entah macam mana laju betul dia beralih tempat.
Dari ramai ramai yang kerumun tu, ada seorang geng kitorang nama Wan Kaca perasan yang aku bergerak ke kiri kanan pastu terjenguk jenguk belakang diorang. Aku cakap ada orang main chak chak. Aku tak puas hati nak tahu siapa dia. Then Wan ni kata buat tak tahu je lah weh. Tak ada apa tu. Masalahnya aku nampak ada orang intai intai. So dah lama lama aku tukar tempat duduk tak menghadap parking dah. Tak lama lepastu bersurai.
Make it short. Balik dari lepak tu, geng perempuan aku seorang lagi tu kena rasuk kaw kaw. Dia kenakan kawan kitorang yang polis tu sampai polis tu terpaksa MC pagi tu. Benda tu memang follow dari KTM tu. So sah lah yang aku nampak terhendap hendap tu bukan manusia. Sebab cara dia beralih dari satu tempat ke satu tempat lain laju gila. Esoknya aku pulak kena rasuk separuh badan. Dari pinggang ke bawah bukan aku control, aku cuma boleh control dari pinggang ke atas dan minda separuh sedar.