Edited by Maideen. at 9-12-2015 04:27 PM
Alhamdulillah....
Pastinya bro bukan macam pakar aurat hanya mampu lawan cut & paste dan perasan bagus lalu terus I'm waiting ke hulu I'm waiting kehilir.....Prrrrrrrpffftght
Jika ia tontu saudara boleh buat cenggini:
" 24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung
Ramai yang beranggapan bahawa ayat diatas adalah meminta semua wanita menutup aurat dengan memakai tudung kepala. Puas saya cari perkataan yang menyebut rambut atau kepala atau tutup di dalam ayat diatas tapi tidak dijumpa. Apakah perkataan rambut , kepala atau tutup tiada dalam bahasa arab atau di dalam Al Quran?
Sesungguhnya terdapat ayat-ayat Tuhan yang ada menyebut perkataan rambut dan kepala, diantaranya:
48:27. Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut." Dia tahu apa yang kamu tidak tahu, dan buatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.
16:80. Dan Allah buatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan buatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu dapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.
Mengenai Kepala sila rujuk
Mengenai Tutup sila rujuk
Mengenai Tudung sila rujuk
Apakah mereka fikir Tuhan itu kehabisan ayat? atau tidak tahu tentang ayat berikut?
18:109. Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami datangkan pengisian semula yang serupa dengan itu."
Atau adakah mereka dengan sengaja memandai-mandai mengubah ayat Tuhan?
Pastinya dan jelas sekali bro lebih cerdik dari pakar aurat itu....
Wallahualam. |