CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] #PrayForCikguAzizan Kes digugurkan #224

[Copy link]
Post time 19-12-2017 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 19-12-2017 07:39 PM
kalo aku cikgu...nmpk murid ni 'buat perangai spt yg didakwa'...aku akn bgtau guru bosar....

hermm cakap mmg senang bro..
cuba ko letak diri ko di tempat cg azizan sbg pk hem..yg hari2 kena mengadap kes2 disiplin, budak2 nakal yg x makan saman..menguruskan disiplin kt skolah mmg bwh tggjwb cikgu disiplin & pk hem..GB/ pengetua pun mmg x mau handle kes2 disiplin ni

Agak2 ko la kan cikgu azizan tu boleh sabar lagi ke bila die nampak budak ni tgah hisap gam, tgah lalok?
kalau aku pun bg penendang terus..
tapi mungkin ko ni jenis manusia paling sabar atas muka bumi ni kot

wah aku respek giler kt hang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aku bukan nk sokong cikgu ni..tp kalau aku kt tempat die masa tu, aku pun buat tindakan yg sama..bukan senang nk mengurus emosi bila ko kena provoke cthnya macam kes ni
bercakap mmg la senang..itu la ini la...x ikut sop la..
apapun cikgu pun manusia jugak..bukan robot boleh ignore jer perasaan tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah mengajar budak2 usia 6 tahun di tadika. Budak 6 tahun dah pandai kurang ajar dgn cikgu sekarang ni. Marah sikit, panggil cikgu babi, cikgu siallah. Tu budak 6 tahun tu. Belum masuk lagi budak2 sekolah. Emosi cikgu tertekan mengadap pelajar2 ada masalah displin mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
simatakucing replied at 19-12-2017 10:09 AM
Allhamdulillah ... Cikgu Azizan dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan mencederakan muridnya ....
...

i sokong penuh cikgu ini!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar2 cerita keluarga budak tu nak buat press conference esok..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 19-12-2017 09:58 PM
Dengar2 cerita keluarga budak tu nak buat press conference esok..

btol..ada dgr jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat utusan online katanya parent budak ni nak saman civil plak cikgu ni. Jika benar wahh kes kian menarik nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
shy79 replied at 19-12-2017 09:20 PM
hermm cakap mmg senang bro..
cuba ko letak diri ko di tempat cg azizan sbg pk hem..yg hari2 kena  ...

pernah tgk fru,polis,penguatkuasa majlis perbandaran...dimaki hamun..bahkan 'ditangankan' oleh 'pesalah laku'....kalo ikutkan kes ini...polis boleh tembak depa la...dah depa 'bersalah'...tak pyh ikut law...tak pyh ikut sop bagai???????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
shy79 replied at 19-12-2017 09:20 PM
hermm cakap mmg senang bro..
cuba ko letak diri ko di tempat cg azizan sbg pk hem..yg hari2 kena  ...

hanya yang kerja bidang perguruan je yang faham...susah ckp dengan orang yang bukan dlm bidang perguruan...asik rasa diorang lagi pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 19-12-2017 10:44 AM
Tahniah cikgu! Makpak laknat dan penyokong2 pasti menggelupor kemaluan kan @Skuau @iloveselangor

So lepasni cikgu ni nak acah2 jadi hakim dan polis lagi ke?

Harap taubat
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 19-12-2017 09:51 AM
Next days kerajaan perlu menggubal satu peraturan/undang2 iaitu ibubapa yg cuai dgn kelakuan jaha ...

Kalau dah bermaslah patut masok Henry Gurney jah.....penjajah dah lama ajar kuarantin budak bermasalah sejak zaman tok kadok.

Await korang susah nak follow?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..
Maknanya kes ni peguam negara yg bebaskn tp parenrs xtarik report?
Gtu kot..
Xpe cikgu..per2 pon.

Pd yg senangnya berkataatlamat xhallkn cara me setuju juga..

Tapiiii letakkan korg ditempat cikgu..
Jumpa sorg 2 boleh lg sabar..
Anggapla ini khilaf cikgu tu jugak selepas dah bersabar dgn beribu2 murid..
Kita ni manusia biasa..sabar mmg mudah diucap..  nak buat seeekali mmg senang.. tapi nak kekal.istiqamah sabar tu yg susah..sekejap2 bolehla tahan sabar..tapi kalu dicabar2.. hilang jugak pertimbangan..

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk x betapa eloknya budi pekerti cikgu2 sekolah ni..
Sabar..
Skit pon xbocor mklumat peribadi murid tu dan keluarga..

Masih jg aib..xkisahla aper pon alasan..

Kalau xnampak lagi xtahula
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 19-12-2017 10:37 PM
Kat utusan online katanya parent budak ni nak saman civil plak cikgu ni. Jika benar wahh kes kian me ...

Dah agak dah..

Tapi wow..byknya duit dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 19-12-2017 11:06 PM
pernah tgk fru,polis,penguatkuasa majlis perbandaran...dimaki hamun..bahkan 'ditangankan' oleh 'pe ...

" Memang patut pun cikgu tu didakwa. Siapa suruh sentuh murid? Siapa suruh tak ikut peraturan? Siapa suruh langgar SOP? Peringatan buat semua cikgu, lain kali sila ikut SOP. Jangan main langgar sahaja."

Begitulah antara hantaran komen yang mendapat sambutan hangat. Suka bebenar mereka bila cikgu didakwa. Alasan utama, padan muka cikgu sebab langgar SOP.

Baik. Kau nak cerita pasal SOP dengan aku kan? Kau dengar sini. Cikgu adalah makhluk yang paling banyak melanggar SOP. Bahkan kalau tak langgar kau orang maki hamun kata cikgu tak ada hati perut pula. Biar aku senaraikan apa SOP yang selalu cikgu langgar.

1. Kalau ikut SOP, guru tak perlu basuh kencing berak murid. Tak perlu salin pakaian baharu. Biasanya pakaian baru itu pun cikgu yang akan beli di Koperasi Sekolah sekiranya tiada baju kecemasan yang sesuai dengan saiz budak tu. Guna duit poket sendiri.

Ikut SOP, guru hanya perlu call parent. Tunggu mereka yang datang bawa pakaian bersih, basuh berak dan kencing anak. Mop lantai dalam kelas, salin pakaian anak mereka dan bawa pulang atau teruskan pembelajaran.

Tapi pernah kau dengar ibu bapa datang ke sekolah tengok anak dalam keadaan hancing dan busuk? Tahi dah mengeras kat bontot sebab tak ada cikgu basuh?

Pernah dengar ke tak? Kenapa tak pernah dengar? Sebab guru seluruh Malaysia melanggar SOP!

2. Ikut SOP, cikgu tak perlu bagi duit belanja pada murid yang duitnya tercicir. Atau yang ibu bapa lupa bagi duit belanja. Atau duit murid itu kena curi.

Cukup maklumkan pada ibu bapa yang anak mereka tak ada duit belanja hari itu. Biar ibu bapa datang hantar duit belanja atau bekal makanan.

Tapi cikgu-cikgu mana sanggup biar anak murid mereka berlapar. Walau melanggar SOP, walau duit poket sendiri tak banyak, tapi mereka takkan pastikan murid mereka kelaparan!

3. Kalau ikut SOP, guru tak perlu pun beli kasut dan pakaian untuk murid yang kasut dan pakaiannya koyak rabak. Khususnya murid miskin. Tak perlu pun belikan alat tulis bagi murid yang seringkali tiada alat tulis.

Bukan peraturan dan bukan kewajipan bagi guru untuk buat semua itu. Itu bukan SOP nya. Namun, berapa ribu murid di seluruh negara cikgu bantu beli pakaian, kasut dan alat tulis?

Kenapa cikgu langgar SOP? Kau fikirlah sendiri.

4. Kalau ikut SOP, guru tak payah hantar murid sakit ke klinik. Bukan boleh claim duit minyak. Bahkan habis masa di klinik menunggu pula.

Sama juga bawa murid walili sekolah ke pertandingan sukan. Mana boleh guna kereta guru. Salah SOP tu. Patut ibu bapa yang hantar sendiri. Pernah berlaku kemalangan bila guru bawa murid untuk wakili sukan, akhirnya guru itu didakwa dan didapati bersalah!

Tapi sehingga hari ini, guru menggadaikan kerjaya sendiri melanggar SOP demi melihat kejayaan muridnya dalam sukan dan apa-apa pertandingan.

5. Kalau ikut SOP 100%, sudah beribu-ribu murid kena masuk sekolah pemulihan akhlak. Sudah beribu murid di dakwa mencalarkan kereta guru, memukul guru, memecahkan cermin kereta guru, menggugut guru, serangan seksual, mesej lucah dan sebagainya.

Murid walau melawan, walau nakal, walau bermasalah cikgu sebolehnya tidak mahu buat report polis. Guru percaya itu hanya jalan terakhir. Guru percaya muridnya masih boleh dipulihkan.

Paling penting, guru risau masa depan muridnya gelap bila mereka dilibatkan dengan kes polis dan ada rekod mahkamah.

Kalau nak dituliskan semua SOP yang dilanggar para guru seluruh Malaysia, status aku ini akan menjadi lebih tebal dari novel Lagenda Budak Setan.

Cukup kau orang fahamkan apa yang aku tulis ini sahaja.

Dan ingat, aku pun tidak menyokong kekerasan pada murid seperti lempang atau sepak terajang kerana kesalahan mereka.

Cuma bila sesekali cikgu terlanggar SOP seperti melempang anak kalian, datanglah berjumpa dan minta penjelasan lanjut dengan berhemah. Gaya orang matang datang berbincang.

Bukan terus ke balai polis membuat laporan dan mendakwa di mahkamah.

Kerana terlampau banyak SOP yang cikgu langgar demi kecintaan mereka pada proffession pendidikan. Demi kasih sayang mereka pada murid-murid mereka.

Guru juga manusia. Sesekali tersilap juga. Datang dengan berhemah, bincang dengan baik. Bukan terus nak menyalahkan, terus nak saman bagai.

Jikalah seluruh guru di Malaysia betul-betul mengikut SOP, kesan paling teruk adalah pada murid dan anak-anak kalian.

Kau yang mulakan sebut pasal SOP, maka hadamlah hal ini baik-baik. Sekian.

#MFS
- Aku guru yang selalu langgar SOP demi kecintaan pada proffession dan murid.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 19-12-2017 11:50 PM
Kalau dah bermaslah patut masok Henry Gurney jah.....penjajah dah lama ajar kuarantin budak bermas ...

Ko tahu cara2 nk masukkan ke henry gurney???
Ko igt terus amik n campk gtu je?

Ko sembang je lebat..
Tpi akta racun ngan akta dadah pon xtau beza..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
JIKA SELEPAS INI

Jika selepas ini
Anak tuan melanggar disiplin sekolah
Kami tidak akan menghukum
Kerana tugas kami mengajar di dalam kelas

Jika selepas ini
Anak tuan ada masalah kesihatan di sekolah
Kami tidak akan merawat mereka hatta sebiji panadol atau setitis minyak angin
Kerana kami bukan doktor

Jika selepas ini
Jika anak tuan mewakili sekolah
Ke pertandingan di sekolah lain
Pergilah sendiri
Kerana kami bukan driver

Jika selepas ini
Anak tuan ditinggalkan bas
Ajarlah dia untuk naik uber
Supaya selamat sampai ke rumah

Jika selepas ini
Jika tiada lagi kelas tambahan UPSR
carilah pusat tuition
Kerana kami perlu mendidik anak sendiri
Dan sediakan kopi untuk suami.

Jika selepas ini.
Guru-guru pulang awal
Jangan ditanya kenapa
Kerana tugas guru telah selesai

#guru malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 19-12-2017 11:06 PM
pernah tgk fru,polis,penguatkuasa majlis perbandaran...dimaki hamun..bahkan 'ditangankan' oleh 'pe ...

Ko ni sembang je sbb ko tgk je..ko just cakap dr apa yg kobtengok..keadaan sebaenar ko xtau..nak banding polis dgn cikgu? Nampak sgt ko xtau undang2..polis kalau dibantai oleh pesalah dewasa polis boleh bantai balik atas dasar mempertahankan diri..

Cikgu walau dibantai murid..sentuh walau sekadar nak pertahankan diri atau nak tenangkan dia pon murid boleh tuduh cikgu cuba mencederakan dia...

Tak sama lansungla..undang2 yg lindung kanak2 bawahbumur dgn undang2 org dewasa..

Polsi pon kalau tangkap penjenayah bawah umur pon pening nak handle dorg..kena bagi itu ini..ada peraturan khusus...me xogt tapi ni mmg berdasarkan maklumat dr polsi sbb kami cikgu pon byk beekrjasama dgn polis..

Kalau tangkap penjenayah dewasa senang skit...

So sebelum ko nak pung pang pung pang gitu gini at least ko cakaplh berdasarkan ilmu n fakta..jgn ikut aku nampk ..aku tgk..aku rasa...

Bulan xboleh kondem..tapi at least berdasarkan fakta..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Marilah rakyat malaya sekalian menderma gam pd family laknat ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu sekolah kawan dgn budak2 lelaki hisap rokok, arwah atuk pukul kaw2 habis terseliuh kaki, rotan tu sampai patah.

Ni hisap gam. Boleh selamba parents budak ni. Cannot brain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.394335 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list