|
ada rezeki boleh beli either fizikal book or ebook
|
|
|
|
|
|
|
|
currently reading :
Tajuk : Sampah
Penulis : SN Shahnon Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Sinopsis :
Dia menghulurkan tangan sekali lagi. Sekurang-kurangnya dia bersandarkan harapan juga. Tetapi, sekian lama sandaran itu tidak pernah dimakbulkan. Kini, manusia hanya memikirkan kewujudan sendiri. Tidak pernah memikirkan kewujudan orang lain. Mahu tidak mahu sandaran yang paling nikmat dan paling memuaskan ialah khayalan. Hanya berkhayal dalam kematian menunggu keabadian di alam barzakh sahaja yang terdaya meneruskan degupan jantungnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nanti review le
jalan ceritanya mengenai apa
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni sibuk habiskan masa dgn baca buku dr indonesia..penulisnya tere liye (penulis buku hafalan sholat delisa)..ada 9 series buku ni...order kat shopee...dlm masa tiga hari i dah baca 6 buku..sesiapa yg suka genre adventure fantasy blh try kot
buku ni tentang dunia paralel..tentang klan2 yg wujud di bumi seperti klan bumi iaitu kita la, klan bulan, klan matahari, klan bintang dan semua klan2 ni mempunyai kemajuan dan kuasa yg berbeza..yg paling primitif thp ketinggalan zaman, klan bumi lah yg klan lain gelar makhluk tanah...dan buku ini juga berkisarkan pengembaraan 3 org sahabat yg tinggal di bumi tetapi berasal dr klan yg berbeza cuba untuk selamatkan bumi daripada hancur
watak utama : pada awal buku mereka tak tahu pun yg mereka ni dr klan yg berbeza tp ada peristiwa yg menyebabkan mereka terpaksa mengembara merungkai rahsia di sebalik klan
1) Raib dari klan bulan : ada mcm2 kuasa (blh menghilang,pukulan berdentum, blh keluarkan salji, ada kuasa penyembuhan, blh bercakap dengan alam )
2) Seli dari klan matahari : blh mengeluarkan petir, ada kuasa kinetik
3) Ali dr klan bumi : x ada kuasa mcm kwn2 yg lain tp dia ni supergenius sehinggakan org klan bulan & matahari surrender dgn tahap genius ali ni...suka mencipta pelbagai peralatan yg pelik2...dan peralatan yg dia cipta nilah yg banyak membantu pengembaraan diaorg...tetapi ali blh bertukar menjadi beruang yg ganas bila dia dah marah (dikatakan makhluk primitif dr klan bumi)
walaupun nama2 klan ni matahari, bulan, bintang bukan bermaksud mereka ni tinggal di bulan, matahari bagai, mereka tetap tinggal di bumi tetapi dunia yg lain...mcm bunian mcm tu la
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fly_in_d_sky replied at 31-8-2021 11:39 AM
nanti review le
jalan ceritanya mengenai apa
orait ni review sikit pasal novella Sampah
Kisah tentang kehidupan seorang pengemis yang hidup terbiar dan melarat di tempat letak kereta, di kaki lima, dan lorong-lorong. Penceritaan daripada suara hati sang pengemis, sudut pandang dia melihat dunia, digambarkan dirinya yang sebenar adalah amat kaya, juga amat miskin. Kaya dengan ketenangan dan harapan untuk menemui keabadian. Miskin kerana tidak punya sebarang alat deraan hidup. 'Alat deraan' dalam konteks ini adalah harta benda. Harta benda yang hanya menderakan proses mencari keabadian, iaitu kematian.
Disebabkan karya SN Shahnon Ahmad, jadi kita perlukan penelitian semasa membaca, tak boleh terburu-buru membaca disebabkan laras bahasa yang tinggi dan banyak pengulangan ayat yang ditulis (memang 'stail' beliau begitu). |
|
|
|
|
|
|
|
i see ..
tengok lah ada rezeki beli lah kot
rehatkan diri membeli buku dulu ...
saya pernah baca buku Srengenge
not bad juga lah
buku dari sasterawan negara tak boleh baca dalam keadaan terburu
maksud dan jalan ceritanya mendalam
kena faham betul-betul
kalau tak akan jadi tak faham dan bosan
|
|
|
|
|
|
|
|
fly_in_d_sky replied at 1-9-2021 03:33 PM
i see ..
tengok lah ada rezeki beli lah kot
rehatkan diri membeli buku dulu ...
setuju sis... bukan bacaan untuk kita release tension... bila kita tenang & rileks baru boleh baca dan mudah nak fikir & hadam |
|
|
|
|
|
|
|
maka buku sebegini perlu dibuat pekasam dulu
mungkin setahun atau lebih ...
sebab saya pekasam dulu buku-buku macam ini ..
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tengah baca buku KHURAFAT, TAHYUL & MISTIK DI ALAM MELAYU karangan Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi. buku ni bukan buku fiksyen tapi kupasan dan gaya bahasanya sangat menarik kadang2 rasa macam baca novel pula; macam penceritaan seseorang.
discovered tgg buku ni secara tak sengaja masa dengar ceramah di Ytube. ustaz tu letak atas meja dan promote... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedang cuba baca Everyone Communicates, Few Connects: What the Most Effective People Do Differently by John C. Maxwell. Self explanatory title |
|
|
|
|
|
|
|
currently reading :
Tajuk : Telaga
Penulis : Khairi Mohd
Penerbit : Fixi
Sinopsis :
“Dan, mung gi dapur ambik garam nga lado hitam,” arah Lebai Kosim.
Shahidan angguk dan mula melangkah ke arah langsir namun langkahnya terhenti tiba-tiba. Diam dia di situ.
“Hoh, sebab apo, Dan?” tanya ayahnya kehairanan.
“Hmm... Ado lagi ni, ayoh. Ado lagi.”
“Gapo? Mano?”
“Ado lagi ni duk dapur,” kata Shahidan yang tegak berdiri di depan langsir. “Ai, kito tak boleh masuk ni. Tak boleh. Bahayo.”
“Banyok ko, Dan?”
Shahidan diam sebentar. Dia kedengaran merengus. “Mung nok gapo?”
Suaranya lain macam, tidak menjawab soalan ayahnya tetapi kini bercakap dengan langsir. Di belakang sana, dalam gelap, aku masih merasai kehadiran ‘sesuatu’ itu.
* * *
Siapa sangka Sungai Kelantan menyimpan banyak rahsia. Termasuklah rahsia yang tidak sengaja aku bongkar pada satu petang, semasa pergi memancing dengan kawan baikku, Mat Toya dan Pok Jik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi la ucaptama buku ni sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 26-9-2021 06:51 PM
Bagi la ucaptama buku ni sikit
Tak masuk kepala apa yg dibaca,kepala meolls terbayang bukan2.
Nnt dah ada rumusan meolls bagi hokeh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fly_in_d_sky at 29-9-2021 12:36 PM
boleh bagi link seller tak?
saya cek kat goodreads.comdah sampai 11 buah buku
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh order kat shopee je
|
|
|
|
|
|
|
|
KHIANAT
Ini Pei Pan...
tak akan pernah berakhir
selaagi ada kehidupan
Ia tak akan pernah mati...
selagi manusia terus juga hidup
Kuasa.. harta... wanita... huh!
SEMUANYA ADALAH PENGKHIANATAN!
malam tadi habis sudah adventure Harry Potter
so rasa puas juga lah
walaupun bila pengakhiran ... semua benda reveals
perangai Snape sebenar .. siapa Voldermort ...
walaupun agak sedih bila Fred mati .. Remus mati .. Tonks mati .. Dumbledore mati
warghhhhh ...
cuma tak boleh brain Ron and Hermoine ...
hahaha
Harry and Ginny ok lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by masterudeng82 at 28-10-2021 09:39 AM
Sedang baca novel Lara Wirang oleh Maria Kajiwa.
** dah habis baca novel MK ni. Cerita yang menarik dan tak meleret. Ustaz Muiz seorang guru agama yang mengharungi banyak ujian dan dugaan sewaktu tempoh dia berdakwah. Dia kemudian berlawan dengan seorang penduduk di kampung tu juga yang mengamalkan ajaran sesat.
|
|
|
|
|
|
|
|
iouls baru baca buku ni dalam 10 muka surat gitu,
tak boleh nak habis
berat juga perkataan dan ayat digunakan....
semoga iouls diberi kekuatan nak sambung/mula semula baca buku ni sampai habis
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba lah baca buku A. Samad Said - Hujan Pagi
lagi lah berat
saya baca suku kemudian stop
sampai la ni tak sentuh ...
review kata Hujan Pagi karya yang paling terbaik compare Salina
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|