CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rilistix

CINTA

[Copy link]
Post time 3-12-2006 03:47 AM | Show all posts
KOMEN TAMBAHAN

Ayu betul Vanida Imran masa last2 sekali tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2006 11:35 AM | Show all posts
sape nk ikut g the mines agkt tangan...
ari neh br nk tgk..huhu
lambat keretapi la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 06:44 PM | Show all posts

Reply #302 orang_letrik's post

aku nak pi.......\o/\o/\o/........
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 07:52 PM | Show all posts
HAH  ..

LAMENYE NK TUNGGU HARI RABU ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 08:26 PM | Show all posts
saper yg belum tengok..  g ler tengok... aku tak penah komen yg baguih2 criter melayu nie... tp cinta nie.. bukan lah yg terbaik.. tp yg baik antara yg baik......

go and see it 4 ur self.... tengok ngan boipren/gilpren// memnag best elr..... tak rugi duit tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 08:41 PM | Show all posts
nak tambah lagi..... aku tengok 30 nov ari tuh kesian panggung kurang dari suku .. first day criter tuh ditayangkan.. aku tak ler high expectation.. tp sbb terpengaruh ngan promo depa.. soo tengok ler gak... criter nie ader scene buat aku gelak dan nangis....
... berani aku kater ceriter nie better lagi dari shumie nyer movie.... (aku tau PHSM  lain genre.. tp aku memnag serabut tengok esp PHSM 2...... aku tak minat tengok ceriter sepet dan gubra by yasmin ahmad  sejak aku tengok Rabun... memang fikiran aku agak rabun ler sbb tak ader klimaks lansung.. )...

neeway this is feel good movie.. dont expect kejutan demi kejutan... tp akan ader kejutan yg buat korang...  "ooo sbb tuh lah..... jadi camtu..."... atau ".. tuh la pasal dia gitu .."



..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2006 09:02 PM | Show all posts
ari jemaat lepas dah tengok. aku mmg nak tulis ari tu jugak, tp masa tu aku perati semua komen melambung, so x nak lah kacau keadaan. silap2 kena "belasah" balik. ekekekek.

aku x nak citer byk pasal kelebihan. klu nak baca pasal tu byk dah org tulis. pasal sinematografi terutamanya, mmg cun. lakonan org lama dlm ni, mmg superb. flow citer ni, mmg smooth. x melompat2 walaupun ada 5 cerita.

tp biarlah aku citer sket beberapa kekurangan (mungkin ada byk spoiler). lakonan kurang natural. yg superb hanya rahim razali, fatimah & nanu. que haidar agak bagus juga tp sbnrnya byk dibantu lakonan nanu sendiri & member rock dia yg selamba(seriously, i like this guy. kenapa bkn dia yg dpt watak que?). mcm tu jugak dgn rita & rasidi. klu bkn budak perempuan tu yg bg "nyawa" dlm kesah derang, it will become another lame story about divorce couple. pierre, rasidi, rita, eizlan, fasha & armani so-so jek. especially armani yg kadang2 nmpk overacting plak. ataupun watak dia mmg camtu, aku x tahulah. tp peratilah baju yg di pakai masa mula2 dtg kl sentral, nmpk mengarut sgt. fasha plak nmpk x sesuai utk watak tu. she damn too pretty(and vogue ?). vanida imran klu muda sket dia jauh lebih sesuai. dia nmpk lebih "low profile". pastu watak tu pon sbnrnya byk mengarut. mula2 masa kat kedai buku ok lagi, tp bila dia start dating pakai baju lawa (& mahal) camtu, aku mula rasa nonsense. tambah plak adegan orkestra tu. it's way too much. nasib baik eizlan x jemput dpd apartment mewah mcm selalu dlm citer melayu lain. tp korang perasan apa yg plg x masuk akal? pembantu kedai buku balik kampung naik flight! bkn airasia (sbb dia naik tren ERL) tp MAS. aku tau itu tak mustahil & mmg cantik klu nak buat shoot kat kl sentral dgn dlm train ERl, tp jgn lah smpi mcm tu skali.

cerita ni sbnrnya terlalu predictable. tambah plak klu dah hari2 tengok trailer. aku rasa dlm trailer tu x perlu masuk beberapa killer scene mcm scene "isteri bkn hakmilik".  mungkin cara ia dibikin mmg begitu. cuma aku rasa dah x brapa umph bila part killer scene tu. bila tengok citer tu dah boleh agak killer scene/dialog akan kuar sebentar lagik.

filem ini mmg cantik. cuma kadang2 kecantikan itu menenggelamkan "realistik" yg sepatutnya wujud. yg realistik byk berlaku cuma dlm cerita rahim&fatimah. walaupun aku berpendapat adegan gunting rambut tu satu "flaw"(sbb rahim x pernah sedar yg rambut dia x pernah digunting walhal dia dtg bkn sbb rutin tp sbb dia rasa rambut dia dah panjang). my fav part plak bila fatimah marah2 "apa tengok2? bknnya nak tolong." agaknya klu ditukar "apa tengok2? ingat artis ke?" mesti lebih kelakar. hehehehehe.

dlm cerita rita&rasidi, aku doubt sgt2 tmpt derang first date tu. sbb eizlan pernah ckp rita dilamar kat kampus, so first date derang masa student lagik. tp klu tengok tmpt tu, mcm x logik lak student boleh pegi. satu je alasan yg boleh aku piker si rasidi tu anak org kaya & depa belajar kat private college. adegan rita guling2/main2 bawah selimut tu pon sbnrnya x perlu. lebih baik diganti dgn rasidi tengok katil tu dgn muka sedih & terkenang, lepas tu pelan2 duduk sambil start menangis. mesti lg terasa kesedihannya. background silent dan kita boleh mula dengar rasidi menangis perlahan2 dan akhirnya kuat. membayangkan penderitaan yg amat sgt.

cerita nanu&que x byk aku nak ckp sgt. cerita dia agak biasa. tp scene tanah perkuburan tu mmg superb.

cerita pierre&armani pon biasa jek. walaupun aku personally lebih suka suasana pejabat dlm filem salon.

cerita eizlan&fasha lah plg mengecewakan aku. kecewa sbb pd aku cerita ni terlalu besar potensinya(pasti aku terpengaruh dgn kisah prime minister & pembantu rumahnya dlm love actually).  pemilihan pelakon yg salah, watak fasha yg terlalu "dimewahkan", sbb putus cinta yg nonsense(dah tau awak tu public figure then takut plak reporter nmpk, jgn ar ngada2 nak dating tengok teater. apedar) still aku berharap klu2 ada pertengkaran yg kaw-kaw(mcm dlm narita divorce) sblm fasha merajuk nak balik kampung, mesti besh. mesti tersentak penonton dlm panggung. dan akhirnya scene "melamar" tu disimbolikkan sbg selama hari ni eizlan pandang rendah kat rita(tp x terasa dah sbb watak fasha terlalu dimewahkan) tp hari tu eizlan melutut merayu nak kawin dgn dia. then lebih berkesan sbb lepas tu fasha cakap "saya suka awak mcm ni". nmpklah eizlan tu dah merendahkan diri dia. dia pon mengeluh2 sbb lenguh. aiseh sayangnya adegan hujung tu dah dirosakkan dgn adegan2 ditengah2. (tp aku admit masa scene tu aku gelak bagai nak rak tengok muka org2 sebelah fasha-makcik tu siap offer lagik anak dia. )

by the way, aku still bg citer ni 4.5 bintang (agaknya aku pon terpengaruh dgn sinematografi yg menawan). klu aku nak tulis kelebihannya, mungkin 3 kali lg panjang. sbb tu aku tulis pasal "flaw" yg aku perasan. and i'm planning for 2nd (or maybe 3rd) viewing. ianya sgt berbaloi utk ditonton.

[ Last edited by  junkredish at 5-12-2006 09:18 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Red_Sun This user has been deleted
Post time 3-12-2006 09:13 PM | Show all posts


Aku takde la teringin sangat nak menonton filem ni sebab tajuk dan tagline filem ni bagi aku hanya menggambarkan kisah cinta tipikal melayu bagi aku. Tapi lepas baca review yang meyakinkan kat local newspaper hari ni baru la terpanggil utk menontonnya. Sebaik credit filem ini bermula aku berjaya menarik perhatian aku dengan shot2 dan cinematografi nya yang sangat mempesonakan.. Hmm what a good first impression. Aku tak mau beri intro panjang2 dlm review aku kali ni. Filem Cinta selayaknya di beri 5 bintang! Mungkin aku keterlaluan sebab beri 5 bintang utk sebuah filem melayu tapi ini cuma penilaian peribadi aku saja. Mungkin ada yang mengatakan filem ini menggunakan konsep seperti filem Love Actually atau filem yang lebih awal dari itu iaitu Playing By Heart lakonan Gillian Anderson, Sean Connery dan lain lain. Bagi aku filem ini masih di acu dalam acuan kita sendiri.

Setiap kisah dalam cerita ini memberikan cerita yang tersendiri yang memikat tetapi personally aku amat suka kisah Elias lakonan Dato' Rahim Razali dan Kak Rubi lakonan Fatimah Abu Bakar. Mereka mungkin tidak bercinta dalam cerita ini tapi chemistry antara mereka begitu terasa sekali. Satu elemen yang sangat susah utk aku jumpa dalam filem melayu...chemistry. Kisah Arianna dan Taufiq, pekerja typist di akhbar tabloid Mingguan Sensasi juga memikat penonton. Mungkin agak tidak logik apabila Arianna, gadis naif yang baru mengenali Taufiq  berani mengikut Taufiq tinggal di rumah bujangnya tapi semua ini berjaya mengaburi ketidaklogikan itu dengan lakonan bersahaja Amani. As for Pierre Andre,  boleh la.

Filem ini banyak jugak moment2 kelakar nya. Setiap kisah dalam pasangan2 ini di beri scene2 humor yang bersahaja. Kita tak perlukan adegan2 bodoh seperti orang tua yang memukul kepala anaknya atau berjoget dalam rumah sambil diiringi muzik hip hop bodo utk memberikan lawak pada penonton. Itu hanya merendahkan intelektual si penonton DAN pembikin filem itu sendiri. Cinta bukan saja boleh memberi tawa tapi mampu mengundang air mata pada penonton. Ini bukan adegan Sembilu atau ala hindustan punya touching.. memang makan dalam la bagi aku... but that抯 just me.. korang nilai la sendiri.

Filem ini sangat cukup rempah ratus nya.. malah rempah ratus nya memang yang terbaik dan berada di kelas nya sendiri. Dari lakonan, lakon layar, cinematography, editing, muzik hingga la direction nya memberanikan aku memberikan filem ini taraf 5 bintang. Menonton filem ini bagaikan menonton sebuah iklan yang panjang. Ternyata team produksi filem ini benar2 faham dan mahir dalam memberikan penonton sebuah karya yang indah DAN menghiburkan. Mereka memang tahu apa itu FILEM yang sebenar! Dan aku berani katakan yang filem ini bakal menggondol award-award utama di Festival Filem Malaysia akan datang dan di harapkan filem ini juga berjaya di pawagam.

Aku cuma harapla kalau team produksi ni membaca review aku yang tak seberapa ni, di harapkan agar mereka masih mampu menghasilkan filem2 macam ni di masa akan datang. And that is why I give this movie a 5 star rating instead of 4! Semoga filem ini berjaya mencetus revolusi filem tempatan yang suam-suam kuku ini. Kalau korang tak suka cita2 Metrowealth, Skop Production atau  Yasmin Ahmad atau Uwei, sekurang-kurangnya cuba lah tonton filem ini and let me know what u think..

Memorable quote: 揑steri bukan hak milik.. ia adalah anugerah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2006 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by junkredish at 3-12-2006 09:02 PM
ari jemaat lepas dah tengok. aku mmg nak tulis ari tu jugak, tp masa tu aku perati semua komen melambung, so x nak lah kacau keadaan. silap2 kena "belasah" balik. ekekekek.

aku x nak c ...

pasal airasia mas bagai tuh...
masa shoot citer nih LCCT mana bukak lagi beb...

haku pun tak berapa suka love story eizlan dan fasha...yg lain ok je...
amani dan peirre nye citer banyak unsur kelakar..
a bit depressing rashidi dan anak dia nye cerita...
nanu dan adik dia a bit intense....

scene kat kubur tu mmg cantik...dia buat kat kubur jln ampang kan?
apa2 pun this film one of the best malay film yg haku pernah tgk...in terms of quality and all....

[ Last edited by  ashna at 3-12-2006 10:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by Red_Sun at 3-12-2006 09:13 PM


Aku takde la teringin sangat nak menonton filem ni sebab tajuk dan tagline filem ni bagi aku hanya menggambarkan kisah cinta tipikal melayu bagi  ...



.. ehheeh aku pon nak letak memorable quotes

...my fav :love::love::love:

".. kadang2 tuh .. susah nak sayang orang yang kita sayang..."
" litlle girls taught me.. sometime love.. u hav to let go.. "... lebey kurang gini kot.. scene tuh cepat sgt.. aku tak sempat bace btol2..:bgrin:

.. cerite cinta yg paling aku sumer between adik dan kakak( by nanu & que haidar ).....
.. yg paling biase2 jer... by eizlan yusup ngan fasha sandha.. too tipikal

.. budak yg pegang watak lis tuh pandai le lakon.. suker aku...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:32 AM | Show all posts
satu lagi lupa nak tambah ..yg scene shidi n anak dia tu bila dah habis pun aku nangis lagi ..teringatkan anak sedara sendiri masa parents diorang divorce..anak sedara ku terkial2 hafal no telefon papa dia berulang-ulang kali...baru 5 thn masa tu....aghhhhhhhhhhhhh sedih bila ingat balik!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:33 AM | Show all posts
lagi satu lupa nak tambah..aku dah tgk film ni kali ketiga..kakak aku ajak aku teman dia nengok pulak..sbb dia belanja mmg no hal..berkali2 pun takpa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:48 AM | Show all posts
Originally posted by ashna at 3-12-2006 10:13 PM

pasal airasia mas bagai tuh...
masa shoot citer nih LCCT mana bukak lagi beb...


emm, pasal tu aku mmg perasan. i'm just pointing it out sekadar nak menguatkan apa yg aku kata, watak tu terlalu "dimewahkan". x memberi gambaran sbg pembantu kedai buku (no offence). klu dia naik airasia sekalipon tambang erl dah rm35. belum tambang flight lagik, yg walaupun airasia, mungkin boleh mencecah ratusan ringgit.

emm, biarkanlah tu. aku mmg selalu menilai filem begitu detail skali, yg mungkin pada aku membayangkan betapa byknya homework2 yg dibuat oleh pengarah sesebuah filem. dlm filem CINTA ni flaw tu sebenarnya dah byk ditutup oleh sinematografi yg cantik & skrip yg bagus. dlm sesetengah adegan aku tengok pendetailan itu agak bagus, cthnya pakaian yg dipakai oleh fatimah, penggunaan loghat utara, rumah setinggan pierre. tp dlm byk jugak adegan lain pendetailan itu seakan diabaikan. klu x ditunjukkan kita mungkin menganggap fasha tu sekurang2nya seorang eksekutif, memandangkan x byk beza penampilan dgn rita & nanu yg terang2 dpd upper middle class.

a ar, tanah perkuburan tu aku pon rasa kat jalan ampang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:22 AM | Show all posts
best gak CINTA ni, lebih bagus dari SEPET , GUBRA.... tapi tak suka si AMANI lah.. over stereotype lah dia ni..............
Reply

Use magic Report

Minah_Flunxy This user has been deleted
Post time 4-12-2006 02:55 AM | Show all posts
waa best dah tgk citer nie... kat mana nak dapat quotes dari citer nie... soundtrack dah kuar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 03:12 AM | Show all posts
opss..nak join gak bagi review psl citer nie..br jer nengok smlm kat mid..
so far dis story is not up to my expectation..aku mengharapkan lebih dr yg dipaparkan..nie pendapat peribadi aku laa..
kalo dgr dr komen2 org ramai & wartawan2 yg tgk citer nie..katenye sedih sangat..sampai menangis x hengat..
tapi aku x rase camtue plak..

kalo korang rase cinta Cikgu Elyas & Rubiah adalah yg paling best bg aku plak cinta & kasih sayang antara Dyan & Dhani adalah yg paling menyentuh hati.. air mata aku mengalir jua apabila Dyan membace kertas yg "adik jangan takut..." tatau nape tp aku mmg sebak sangat part tue..aku rase lakonan Nanu byk membantu scene dia ngan que hidup.

Kisah cinta ke-2 yg berkesan bagi aku plak kisah cinta Rashidi ngan Rita..aku rase lakonan Rashidi tue sangat real..xde laa nmpk kaku bile sampai part dia nangis tue..part sedey dlm kisah dia nie start bile dia ckp kat Nanu yg Rita tinggalkan dia.. walaupun scene tue sangat biasa tapi penghayatan diorang bagus sungguh..yg anak dia tue pun sangat cute..pandai betul berlakon..dan Rita..walaupun ramai yg kate dia cam x termasuk dlm 10 org pelakon CINTA (scene dia ade 5 je kot) tapi watak dia berkesan bg aku..penghayatan dia pun bagus..bak kate wartawan2 sume..x over dan x kurang..just nice.. dan dia sangat laa cantekk kat time kat dlm selimut tue..

Kisah Cinta Eizlan ngan Fasha plak cam cerite novel aje..Eizlan x best laa berlakon dlm citer nie..Fasha plak sweet & simple..ske part last skali yg Eizlan kenyit mata kat Fasha..so cute..!! papehal pun..mak cik yg pakai spek ngan yg urut dada coz terkejut Eizlan jatuh tersungkur kat dlm train tue sure dpt bayaran lebih..huhu..

Kisah Cinta Cikgu Elyas & Rubiah plak mmg len drpd yg len..tapi aku x de laa tersentuh sgt..cume part yg Rubiah dpt tau Cikgu Elyas nyanyuk & g kedai gunting rambut tp x gunting rambut pun..tue yg aku sebak sket..

Kisah Cinta Pierre ngan Amani paling x besh..giller2 x besh..rambut Amani tue serabai bangat..pastu da common sgt caa lakonan diorang tue..pastu yg x best lagi..sume pun cam pelat time bercakap..Si Pierre..Si Amani dan termasuklah si Khalif...kelakar bile diorang sebut bahasa melayu tp pelat2 "shhh" mcm Ajai..

erk..tapi aku kagum laa..kebanyakan lokasi dirakamkan kat area Kg baru..kat tempat Cikgu Elyas men chess tue sbnrnye xde laa cantek cam dlm filem tue...tapi bile tgk dlm filem cam cantek plak..huhu..aku ske tgk view kat dlm citer nie..besh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 08:59 AM | Show all posts
satu quote dlm citer ni yg silap:

"ISTERI BUKAN HAK MILIK,TETAPI ANUGERAH"

sebeanrnya...

"ISTERI ADAKAH HAK MILIK,CINTA ITU ANUGERAH"

dalam islam pun,
setelah sesuatu yg dipertanggungjawabkan(isteri) keatas nya(suami).
Itu adalah hak miliknya(Isteri milik suaminya)
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 09:27 AM | Show all posts
byk sgt review indah so aku pun nak say the same...nicely DOne!

pasal eizlan ngan fasha tu aku rasa watak diorg tu perlu untuk tambah 'gula' dlm citer ni. another 4 couple yg lain tu terlalu berat kalau dibiarkan saja.

eh sapa berlakon jadi awek que tu ek?

and rasanya anak (lis) tu anak vee ngan rashidi yang betul kan...!ada sapa leh confirmkan?

teringat quote waktu rashidi and vee nak kawin."i have met my sparring partner"
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 10:29 AM | Show all posts
aku ske watak mamat rock tuh...thumbs up!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by junkredish at 4-12-2006 12:48 AM


emm, pasal tu aku mmg perasan. i'm just pointing it out sekadar nak menguatkan apa yg aku kata, watak tu terlalu "dimewahkan". x memberi gambaran sbg pembantu kedai buku (no offence). ...

haku rasa cerita eizlan dan fasha tu dia nak buat ala2 fairytale cinderella gitu...tapi haku tak gemar cerita dia 2 org tuh.

haku rasa rita rudani mcm tak best je dia berlakon...masa di nangis i;m sorry2 bagai tuh tak convincing...mcm nangis tak real pun...
budak kecik yg jkadi anak dia alissa tu lagi real nangis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.081377 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list