CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sump81

banjir...banjir & gambar banjir !!!!!

[Copy link]
Post time 5-12-2013 02:08 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua.
Saja naikkan balik thread ni memandangkan stgh2 tmpt PAHANG teruk dilanda banjir.
Anda blhlah update apa yg berlaku kt sini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 02:17 PM | Show all posts
KUANTAN, 5 Dis [1.29 pm] - Keadaan banjir di daerah ini mungkin akan pulih memandangkan keadaan cuaca dilihat semakin cerah. Tiada lagi hujan turun dan awan hitam kelihatan. Apa yang jelas dapat dilihat matahari keihatan memancar sejak awal pagi lagi. Apakah ia petanda berakhirnya bencana banjir besar yang melanda Kuantan bermula hari ini. Tinjauan PDO mendapati sememangnya keadaan cuaca amat baik dan ia memberikan kelegaan kepada sebahagian besar mangsa yang masih berada di Pusat Pemindahan Banjir sekarang ini. Gambar foto yang dipaparkan di atas adalah keadaan cuaca terkini yang dirakamkan oleh sahabat berhampiran Komplek Teruntum  di Jalan Mahkota jam 11.00 pagi tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:19 PM | Show all posts
nak tepek gambar TPP masak utk mangsa banjir



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:22 PM | Show all posts
dah ada yg lemas akibat banjir...Al-fatihah (baca)

KUANTAN, 5 Dis - Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut. Dua beranak, Jamal Ali, 40-an, Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi. Kejadian berlaku dalam keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan negeri- negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kini mencecah 38,323 orang dari 9,153 keluarga. Mereka ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga pukul 8 pagi tadi. Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa tertinggi iaitu seramai 30,307 orang dari 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan. Di Rompin, sejumlah 4,289 mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan dan di Pekan, 3,037 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan. Di Maran, 637 mangsa ditempat di enam pusat pemindahan dan Jerantut, 25 mangsa ditempatkan dua pusat pemindahan. Di Lipis seramai 21 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan dan di Temerloh, tujuh mangsa ditempatkan di satu pusat pemindahan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:50 PM | Show all posts
masarju posted on 5-12-2013 02:08 PM
Assalamualaikum semua.
Saja naikkan balik thread ni memandangkan stgh2 tmpt PAHANG teruk dilanda ba ...

Wa'alaikumsalam mas...

tu la kan..kesian kt org pahang...

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:52 PM | Show all posts
cintan66 posted on 5-12-2013 02:22 PM
dah ada yg lemas akibat banjir...Al-fatihah (baca)

KUANTAN, 5 Dis - Banjir di Pahang meragut satu ...

Al - fatihah...

harap2 jgn la ada lg yg lemas...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2013 03:21 PM | Show all posts
cintan66 posted on 5-12-2013 02:22 PM
dah ada yg lemas akibat banjir...Al-fatihah (baca)

KUANTAN, 5 Dis - Banjir di Pahang meragut satu ...

Al-fatihah.Ada trdngr berita tghari td.

- Barang rmh rosak,perabut,barang2 letrik,buku2,pakaian etc.
- Pokok bunga hanyut.
- Stok makanan abis.
- Sejuk.
- Bekalan letrik diputuskan.
- Tiada bekalan air.
- Mcm2 lglah.



Bg siapa2 yg xpernah kena bnajir,mereka xkan tau mcmane susahnya keadaan masa tu.
Pernah kena sekali tp xlah seteruk mcm kt Phg ni.


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 03:57 PM | Show all posts
masarju posted on 5-12-2013 03:21 PM
Al-fatihah.Ada trdngr berita tghari td.

- Barang rmh rosak,perabut,barang2 letrik,buku2,pakaian ...

masa kecil2 kat temerloh dulu 3, 4 kali jugak lah pindah sbb banjir
naik motorbot....org dewasa kayuh sampan  menuju ke tempat penempatan banjir
gotong royong masak dan makan ramai2

skrg dah tak duduk pahang tak merasa dah pengalaman ni
rumah mak kat temerloh tu pun dah bina baru kat kawasan yg tinggi....org pindah mak relax je lagi duduk kat rumah cam pulau
cuma bekalan makanan kena pastikan cukup

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 04:11 PM | Show all posts
Menurut Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kini mencecah 38,323 orang dari 9,153 keluarga

Mangsa ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga pukul 8 pagi Khamis
Kuantan         Rompin         Pekan         Maran         Jerantut         Lipis         Temerloh
30307         4289         3037              637                  25            21                    7

My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/l ... -2013#ixzz2maOXSypD
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 10:41 AM | Show all posts
ni keaadan di bandar temerloh 8.45 pagi tadi

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 10:43 AM | Show all posts
ni pula gambar kat kg kaka.....air dah melimpah ke jalan raya
penduduk kg dah bersiap sedia menunggu arahan berpindah kalau air naik lagi

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:56 PM | Show all posts
Mangsa Banjir di Pahang Meningkat

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF

KUANTAN 6 Dis. - Keadaan banjir di Pahang tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 34,235 orang hari ini berbanding 29,270 orang semalam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, setakat pukul 9 pagi tadi, Kuantan masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 27,391 orang yang kini ditempatkan di 48 pusat pemindahan.

Tambahnya, ini diikuti Pekan seramai 3,218 orang, Rompin (2,865), Jerantut (451), Temerloh (167), Maran (49), Lipis (33) dan terbaharu Bera sebanyak 61 orang.

"Beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Kilometer (KM) 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM72 Jalan Kuantan-Segamat dan KM62 Jalan Kuantan-Rompin. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ngkat#ixzz2mfRsUFvg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 09:11 AM | Show all posts
Assalam mualaikum,

Saya heran kenapa segelintir umat Nabi Muhammad s.a.w ni asyik mempolitikkan bencana banjir dugaan Allah ni dalam laman2  sosial dan forum ni. Asyik menyalahkan parti itu parti ini, asyik membandingkan penempatan mangsa banjir dengan negara lain yang kononnya lebih selesa. seolah olah tidak redha dengan ujian Allah. Membangkitkan isu Lynas dan macam2 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 08:15 PM | Show all posts
monorail posted on 7-12-2013 09:11 AM
Assalam mualaikum,

Saya heran kenapa segelintir umat Nabi Muhammad s.a.w ni asyik mempolitikkan b ...

w/slam abg long...
sy pun meluat...begitu lah hati2 manusia....apabila sesuai dgn jiwa sanjung tinggi melangit, tak nampa keburukan
apabila tak sesuai..nampak yg buruk2 ...hilang semua kebaikan
isu banjir pun nak dipolitik kan ...

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 08:23 PM | Show all posts
923 orang mangsa banjir dipindahkan di Temerloh

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH 7 Dis. - Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 923 orang membabitkan 200 keluarga yang ditempatkan di 24 buah pusat petempatan banjir sehingga 4 petang ini.

Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, mereka merupakan penduduk di 14 kampung di pinggir Sungai Pahang yang sering terdedah dengan kejadian banjir setiap tahun.

Katanya, gerakan menyelamat dan perpidahan tersebut dilakukan secara bersepadu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Kesemua mangsa dijamin mendapat kemudahan sesuai dengan situasi dan bekalan makanan mencukupi untuk keperluan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, jalan raya di Kilometer 14 Jalan Temerloh-Triang di Kampung Pangsa Enam ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air sedalam satu meter.

Beliau meminta orang ramai mengetahui jika ada tranformasi dan kabel elektrik yang ditenggelami air agar memaklumkan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk diambil tindakan segera. - UTUSAN ONLINE


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 08:33 PM | Show all posts
Jln yg ditutup banjir

Info Terkini bg DAERAH TEMERLOH.
Status banjir
1-Nama jalan:jalan teluk ira-rumpun makmur
a) sec 4.1
Kedalaman sehingga 1.6m
Status:ditutup pd semua kenderaaan
b) sec 22.4-sec 24
Kedalaman 0.3-1m
Status ditutup untuk lalulintas

2-nama jalan:paya luas-perlok
a) sec 0.8
Kedalaman 1.2m
Panjang:60m
Status:ditutup semua lalulintas
b) sec 0.8-2.8
Panjang tak dapat dikenalpasti
Kedalaman:sehingga 1m

3-nama jalan:jalan ketam loop
Sec 0.1
Kedalaman sehingga 0.7
Panjang 200m
Status ditutup untuk lalu lintas

4) jalan lipat kajang
Sec 1.4
Kedalaman sehingga 1m
Panjang tak dapat dikenalpasti
Status:ditutup untuk semua lalulintas

5) jalan kg sanggang-lubuk kawah
Lokasi (kg paya banir)
Kedalaman dan panjang tak dapat dikenalpasti
Status ditutup untuk semua lalulintas

Nampaknya kg sy terputus hubungan...kedua2 jalan semua ditutup
naik bot je lah



Tambahan jalan banjir baru terkini;
1) nama jalan:jalan kg belengu
Sec 0.4
Kedalaman sehingga 0.4
Pnjng 120m
Ditutup untuk kenderaan ringan..
Update tambahan br jln terlibat banjir
Utk DAERAH PEKAN. Jln Kg. Sawah
Sec 0.00
Kedalaman 0.6
Ditutup kpd semua kenderaan
Jln altenatif tiada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 04:16 PM | Show all posts
cintan66 posted on 5-12-2013 02:19 PM
nak tepek gambar TPP masak utk mangsa banjir

So humble..mesti ramai yg kagum.


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:12 PM | Show all posts

Sesiapa blh tlg update jalan Triang-Temerloh masih dinaiki air ke?



Iols nak pegi temerloh weekend ni....


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:16 PM | Show all posts
cintan66 posted on 6-12-2013 10:41 AM
ni keaadan di bandar temerloh 8.45 pagi tadi


ni yg dekat dgn sg. pahang tukan..
yg pekan sehari hari ahad tu ke?



Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:53 PM | Show all posts
Jetty posted on 9-12-2013 03:16 PM
ni yg dekat dgn sg. pahang tukan..
yg pekan sehari hari ahad tu ke?

Namun, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km14 Jalan Temerloh-Bahau, Km18 Jalan Triang-Temerloh dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial), katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber Berita Harian...muktahir pukul 11.32 am tadi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.091078 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list