|
Kesalahan-Kesalahan Iman Dan Tanda-tanda kecil datangnya Hari Kiamat (Telah Berlaku Dan Sedang Berlaku);-
1) Banyaknya bukit dan gunung yang telah lenyap dari tempatnya kerana pemusnahan dan pembinaan.
2) Banyak terjadi gempa bumi di mana-mana.
3) Orang-orang congkak & bongkak sama menjadi Kepala Pimpinan.
4) Orang yang kukuh dan kuat agamanya dalam mengamalkan agamanya ibarat orang yang menggenggam bara api, kerana sudah tidak adanya orang lain yang mahu membantunya di waktu orang lain meninggalkan sunnah dan syariat Islam.
5) Banyaknya orang bodoh Al-Quran yang rajin beribadat, sehingga mudah dirayu iblis dan syaitan.
6) Adanya orang yang ahli membaca Al-Quran, tetapi fasik, yakni meninggalkan solat dianggap mudah & remeh.
7) Al-Quran dijual-belikan ( bermaksud mencari faedah sendiri ) jika ada pelaburannya mahu membacanya, jika tidak, tidak mahu membacanya.
8) Orang sama memperbaiki masjid-masjidnya, tetapi tidak mahu memelihara ibadahnya dalam masjid itu. Contohnya;- sudah jarang orang yang beri抰ikaf atau berjemaah di masjid itu, selain setiap Maghrib sahaja, kalau tidak waktu Maghrib masjid senantiasa kosong.
9) Banyak turun hujan, akan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
10) Banyak orang menjadi kepala pimpinan, akan tetapi jarang sekali yang dapat dipercaya.
11) Ramai para Salihin (orang-orang soleh) meninggal dunia.
12) Banyaknya anak yang berani terhadap orang tuanya ( derhaka terhadap orang tuanya ).
13) Terdapat hujan di musim kemarau.
14) Para pendusta dianggap benar, dan orang yang jujur dibohongi dan tidak dipercaya lagi.
15) Banyaknya pengkhianat yang dipercaya dan orang yang dipercaya dikhianati.
16) Orang yang jauh menjadi akrab dan sanak famili pula menjadi jauh dan terputus.
17) Setiap desa dikepalai orang-orang munafik.
18) Setiap pasar dikepalai orang-orang jahat dan ahli maksiat.
19) Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
20) Banyak hati manusia yang lupa terhadap Allah.
21) Banyaknya anak dari perzinahan.
22) Banyaknya minuman keras (arak).
23) Perdagangan menjadi banyak dan ramai, ramai kaum wanita (isteri) yang membantu suaminya dalam masalah perdagangan itu.
24) Banyak manusia memutus tali persaudaraan.
25) Pemimpin dan orang-orang yang menerima amanat menganggap sebagai sudah seperti menerima ghanimah (rampasan harta perang).
26) Orang kaya dan pemimpin sudah sama berat mengeluarkan zakat seperti halnya berat membayar tanggungan kerana pembolotan harta.
27) Ramai orang menuntut ilmu tidak kerana agamanya, akan tetapi dengan maksud memperoleh pangkat dan kedudukan.
28) Banyaknya kaum suami yang menuruti kehendak isterinya, berani terhadap ibunya, dekat dengan kawannya tetapi jauh dari ayahnya.
29) Di dalam masjid sama mengeras-ngeraskan suaranya.
30) Banyak orang yang dimuliakan kerana dikhuatirkan keburukannya.
31) Para pembesar dan penguasa sama berbuat zina.
32) Banyaknya pemuda yang menjadi ratu (pondan).
33) Adanya orang yang membunuh saudaranya, tetapi ia tidak tahu apa sebabnya ia membunuh saudaranya itu.
34) Orang-orang yang yang rendah sama menjadi pangkat.
35) Orang-orang mulia menjadi rendah, yakni tidak menjadi pangkat. Orang mulia di sini adalah orang yang ketika memperoleh kedudukan ia tidak sombong dan tidak lupa terhadap keadaan sebelum memperoleh pangkat dan kedudukan.
36) Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
37) Agama Islam ibarat orang dalam rantauan.
38) Ramai orang kahwin di jalan-jalan.
39) Dua saudara seayah dan seibu sama berselisih dan bertentangan.
40) Orang perang memakai upah.
41) Adanya para wanita menjadi Sultan, yakni memegang kekuasaan.
42) Adanya orang-orang bodoh menjadi pemimpin.
43) Orang besar tidak menyayangi kaum rendahan (rakyat kecil dan sebaliknya).
44) Tujuan hidup setiap orang hanya memikirkan keperluan perutnya tetapi tidak memikirkan agamanya.
45) Wanita (isteri) dijadikan kiblat oleh suami, yakni lelaki (suami) tidak berani mengerjakan sesuatu selama belum minta izin pada isterinya.
46) Dirham & dinar dianggap sebagai agama setiap manusia. Maksudnya, kehidupannya di dunia hanya dipergunakan untuk mencari wang.
47) Orang alim dibunuh sama seperti halnya membunuh anjing.
48) Orang alim sudah tidak ditaati.
49) Orang alim sudah tidak disenangi.
50) Adanya harta pusaka (warisan) tidak dibahagi.
51) Banyaknya orang yang sama mengadu jika barang dagangannya tidak beruntung.
52) Orang kaya sama dimuliakan kerana harta bendanya.
53) Banyaknya terjadi perceraian suami isteri.
54) Banyak terjadi kematian secara mendadak.
55) Banyak lelaki menyerupai kaum wanita, dan banyak kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki.
56) Al-Quran dilagu-lagukan.
57) Pemuda sama naik mimbar.
58) Banyak gerombolan (golongan) tubuhnya tubuh manusia, akan tetapi hatinya adalah hati syaitan (jahat).
59) Banyak terjadi pembunuhan.
60) Meluapnya kaum wanita, sehingga terjadi 50 wanita hanya diduduki seorang lelaki. Maksudnya, seorang lelaki itu mempunyai keluarga wanita banyaknya 50 orang, dari anaknya, saudaranya, cucunya dan lain-lain, yang semuanya dalam tanggungan seorang lelaki.
61) Orang-orang alim (para Ulama |
|
|
|
|
|
|
|
1) Keluarnya asap berkepul-kepul (kabus) 2) Keluarnya Al-Masikh ad-dajjal dari arah pertengahan antara Laut Syam dan Laut Yaman di Timur Tengah, mengaku sebagai Nabi Isa a.s, tuhan orang Kristian dan Yahudi. Dari Umar r.a. bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang Nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya perihal kedatangan Dajjal. Dajjal itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu semua bahawa Tuhan itu tidaklah bermata sebelah. Sesungguhnya Dajjal itu bermata sebelah, yang kanan tidak dapat digunakan untuk melihat, seolah-olah matanya itu macam biji yang menonjol;- (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dajjal pembawa fitnah;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal";- (Riwayat Muslim). Ujian dan tanggungjawab setiap orang Islam melawan Dajjal;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku (Rasulullah s.a.w) adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga ummat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi s.a.w., bahawa Dajjal belum lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah swt sebagai penolong kamu sekalian";- (Riwayat Ibnu Majah). Dajjal membawa api dan air;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman;- (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya. Dajjal membawa sungai air dan sungai api;- Dari Abu Hudzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu kerana itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak;- (Riwayat Muslim). Dajjal membunuh orang kemudian menghidupkan kembali;- Dari Abu Said Al-Khudri r.a. berkata: Pada suatu hari Rasulullah menceritakan kepada kami tentang Dajjal dalam suatu cerita panjang, di antaranya baginda menceritakan: "Dajjal itu nanti akan datang, dan dia terhalang untuk melalui jalan-jalan masuk kota Madinah. Maka sampailah Dajjal itu ke sebuah kebun dekat pinggir kota Madinah. Di hari itu datang kepadanya seorang laki-laki yang sangat lawa. Laki-laki tadi mengucapkan: "Saya mengakui bahawa engkau ini adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami." Dajjal berkata (kepada pengikutnya): "Bagaimana pendapat kamu, kalau saya membunuh orang ini, kemudian saya hidupkan kembali, adakah kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaanku?" Pengikut-pengikutnya menjawab: "Tidak ragu-ragu!" Lalu Dajjal membunuh laki-laki tadi, kemudian dihidupkan kembali. Ketika laki-laki itu telah hidup kembali, dia mengucapkan (kepada Dajjal): "Demi Allah! Sekarang, saya lebih mengerti tentang engkau (seorang Dajjal)" Lalu Dajjal hendak membunuhnya sekali lagi, tapi Dajjal tidak sanggup melaksanakannya.";- (Riwayat Muslim). Dajjal tidak masuk kota Makkah dan Madinah;- Dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap negeri (nanti) akan diinjak oleh Dajjal, selain Makkah dan Madinah. Setiap jalan masuk ke sana, dikawal oleh malaikat yang berbaris. Maka sampailah Dajjal ke sebuah kebun (di pinggir Madinah) dan terjadilah tiga 3 kali gempa bumi di Madinah, lalu setiap orang kafir dan munafik keluar dari Madinah menuju kebun tadi;- (Riwayat Muslim). 3) Turunnya Nabiyullah Isa Alaihissalam dari langit sebagai bukti besar Islam bahawa Dajjal adalah bukannya Nabi Isa a.s yang diwar-warkan sebagai tuhan Kristian dan Yahudi. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
Turunnya Nabi Isa dari langit;- Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sungguh amat dekat saat turunnya Isa putera Maryam di kalangan kamu sekelian yang bertindak sebagai seorang hakim yang adil. Ia akan memecahkan semua kayu palang salib, membunuh babi, melenyapkan pajak gadai dan pada waktu itu harta melimpah ruah, sehingga seorang pun tidak ada yang mahu menerima harta yang disedekahkan kepadanya, hingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Abu Hurairah berkata: " Bacalah, jikalau engkau semua menginginkannya:" Tidak ada sama sekali dari golongan ahli kitab, melainkan mereka hanya beriman kepada Isa a.s. sebelum mangkat baginda iaitu setelah turunnya ke bumi dan sebelum tibanya hari kiamat. Pada hari kiamat Isa a.s. akan menjadi saksi atas semua orang. Isa a.s. mencari Dajjal;-Dari Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi berkata: "Saya mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal itu akan keluar dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh 40. Yang meriwayatkan hadis ini berkata: "Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh 40 hari atau empat puluh 40 bulan atau empat puluh 40 tahun..." Selanjutnya baginda bersabda: "Allah mengutus Isa mencari Dajjal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu umat manusia hidup dalam kerukunan;- (Riwayat Muslim). 4) Keluarnya bangsa Yakjuj Makjuj ( anak zina dari bangsa di tanah Arab dahulu kala) meratap segala makanan dan minuman yang ada sehinggakan tiada saki-bakinya untuk Kaum Muslimin yang kelaparan dan kehausan. Mereka mengikuti Nabi Isa a.s. ke suatu tempat tinggi dan hanya berbekalkan zikrullah sebagai penahan dahaga dan lapar. Keluarnya Yakjuj Makjuj;- Telah diriwayatkan bahawa: Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahnya dengan rasa ketakutan sambil berkata: Laa Ilaaha Ilallah, celaka bangsa Arab dari bahaya yang telah dekat, ini telah terbuka dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini sambil melingkarkan jari telunjuk dengan ibu jarinya. Zainab bin Jahsy bertanya: "Ya Rasulullah! Dapatkah kami binasa, padahal masih ramai solihin di antara kami?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya,! Jika telah banyak pelacuran.";- (Riwayat Muttafaq Alaihi). Tirai dinding Yakjuj Makjuj;- Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda: Allah telah membuka tirai dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini; sambil melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari;- (Riwayat Muttafaq Alaihi). 5) Hancurnya Dajjal dibunuh Nabi Isa a.s dengan tongkat Nabi Musa a.s. 6) Hancurnya Yakjuj Makjuj dan seluruh isi alam menjadi sesuci salju dan melimpah ruahnya sumber rezeki dan kekayaan berkat doa Nabi Isa a.s. Rasulullah s.a.w bersabda:- Maka hilanglah segala permusuhan dan benci-membenci di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari keseluruhan binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ular itu tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing pemeliharanya. Bumi ini akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan seperti mana dipenuhkan sesuatu bejana dengan air. Pendapat akan menjadi satu ( tiada perselisihan antara ummat) dan tidak disembah kecuali hanya Allah dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang tampuk kepimpinan (maksudnya kepimpinan Imam Mahdi);- (Riwayat Ibnu Majjah). |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #352 tongkatali\ catat
sambungan...
Nabi Isa a.s berkahwin dengan perempuan kabilah "Judzam";-Seperti sabdaan Rasulullah s.a.w. ketika Baginda menerima delegasi (perwakilan) yang datang dari kabilah Judzam (dahulukala):- "Selamat datang, kaum Nabi Syuaib bapa mertua Nabi Musa. Sesungguhnya tidak berlaku kiamat sehingga Nabi Isa a.s. akan berkahwin dengan keturunan kamu dan akan lahirlah anaknya pula";- (H.Riwayat Al Muqrizy di dalam kitabnya Al Khuthath).
Dari Nawas bin Sam'an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;- Maka dikirim oleh Allah, Yakjuj dan Makjuj; mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi. Barisan depan mereka melalui Danau Tibris, lalu mereka minum air Danau itu sampai habis. Kemudian barisan terakhir lewat pula di situ, lalu mereka mengusapkan: "Sesungguhnya di sini dahulunya pernah ada air." Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung (sehingga kekurangan makanan), sehingga seekor kepala sapi (kepala lembu) bagi masing-masing mereka, lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu. Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim penyakit hidung pada kenderaan Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang agak sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti kaca. Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; "Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!" Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim).
7) Wafatnya Nabi Isa a.s. di bumi Madinah.
8) Adanya binatang ajaib muncul di waktu dhuha sehingga dapat berbicara dengan manusia ( lihat Al-Quran surah An-Nahl, ayat 82).
Sesungguhnya tanda-tanda pertama dekatnya hari kiamat yang keluar ialah terbitnya matahari dari arah barat (Maghrib) dan keluarnya satu macam binatang ajaib di hadapan orang ramai di waktu siang hari. Masa antara keduanya keluar lebih dahulu sebelum satunya, maka yang satunya akan menyusul dalam waktu yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama itu;- (Riwayat Muslim dan Abu Daud).
Binatang yang keluar sebagai tanda akan datangnya hari kiamat itu akan keluar dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa a.s. Kemudian memberi semacam tanda kepada wajah orang mukmin dengan menggunakan tongkatnya dan memberi cap pada hidung orang kafir, dengan menggunakan cincin itu, sehingga orang-orang yang ahli tamu sama berkumpul yang satu mengucapkan "Hai orang mukmin!" dan yang lain mengucapkan "Hai orang kafir!";- (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).
Binatang itu akan keluar lalu memberi tanda kepada orang ramai di hidungnya. Orang-orang berkumpul ramai sekali, sehingga ada orang yang membeli binatang tersebut, pembeli itu ditanya: "Dari siapakah engkau membeli binatang ini?" Jawabnya: "Dari orang yang dicap hidungnya.";- (Riwayat Ahmad)
9) Wafatnya kaum Muslimin dari tiupan angin nyaman yang mencabut nyawa dari ketiak-ketiak mereka.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:- "Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari negeri Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang yang beriman, walaupun imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan mematikannya";-( Riwayat Muslim).
10) Lenyapnya Al-Quran dari Mushaf dan hati (Al-Quran diangkat).
11) Seluruh manusia di dunia menjadi KAFIR.
12) Matahari terbit dan muncul dari arah barat.
Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya (Maghrib dan Barat). Apabila matahari terbit dari tempat terbenamnya, manusia semuanya beriman. Maka di waktu itu, iman seseorang tidak berguna bagi dirinya yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang belum pernah berbuat baik dalam berimannya;- (Riwayat Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda:- "...Maka yang tinggal lagi hanyalah orang-orang yang jahat. Cepat seperti burung yang terbang (untuk mengerjakan maksiat) dan jahat seperti binatang (pada akhlak mereka). Mereka tidak kenal apa itu kebaikan dan tidak tahu apa itu kemungkaran. Lalu syaitan menggoda mereka sambil berkata: "Kamu tidak mahu ikut akukah?". Mereka menjawab: "Apa yang hendak engkau suruh?". Lalu syaitan menyuruh mereka menyembah berhala.";- (H.Riwayat Muslim).
Tidak ada manusia yang menyebut nama Allah lagi di muka bumi;- Daripada Anas bin Malik r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Tidak akan terjadi kiamat sehingga tidak dikatakan "'Allah, Allah"' di atas muka bumi ini";- (H.Riwayat Muslim).
13) Rosaknya Kaabah ( Baitullah ).
Rosaknya Kaabah;- Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia);- (Riwayat Muttafaq Alaih).
Kaabah diruntuhkan;-Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Ka'bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro) yang bergelar "Dzus-Suwaiqatain" (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka'bah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar";- (H. Riwayat Imam Ahmad).
Sabda Rasulullah s.a.w;- "Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan."- (H.Riwayat Ibnu Hibban).
Jika keadaan sudah jadi seperti ini, maka kiamat bila-bila masa boleh terjadi. Kiamat diumpamakan seperti:- "Seperti perempuan yang mengandung yang sudah cukup bulan. Keluarganya tidak tahu bilakah mereka akan dikejutkan dengan kelahiran anak yang dalam kandungannya, sama ada di waktu malam atau siang";- (H.Riwayat Ahmad).
Gempa bumi di timur, barat dan semenanjung Arab;- Sebelum berlaku kehancuran alam ini, maka akan terjadi dahulu gempa bumi yang besar dan amat dahsyat menenggelamkan manusia ke dalam perut bumi. Gempa yang seumpama itu akan berlaku di Timur, kemudian di Barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
.14) Keluarnya api dari Hijjaz menghalau manusia pada masa itu dari arah selatan Yaman ke utara negeri Syam, maka ketika itu Malaikat Israfil akan meniup sangkala tiupan yang pertama yang mengejutkan ke semua orang yang berada pada hari itu. Di hari itu orang ramai tidak sempat berurusan dengan urusan masing-masing. Mereka akan dikejutkan dengan tiupan yang keras sekali, yang menderu di udara sehingga semua orang akan tercengang ke langit mendengarkannya.
Oleh itu hendaklah kita meneliti wasiat Rasulullah SAW supaya mengikuti Al-Quran, Hadith dan sunnah agar kita berjaya dunia dan akhirat serta meninggalkan kesalahan-kesalahan iman di atas.... Insyaallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
thank you tongkatali.. good post + good effort.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni dah 30 Oktober 2008 "merangkap" 1 Zulkaedah 1429. Tak lama lagi pada 29 Disember 2008 bermulalah Awwal Muharram 1430 Hijriah. Detik-detik semakin hampir dan sudah tentu semakin mencemaskan kepada semua pihak. Di satu pihak perubahan kepimpinan sudah semakin nyata tetapi di satu pihak lagi masih melihat-lihat peluang. Persoalannya sekarang adakah perubahan ini yang dimaksudkan iaitu yang akan menentukan tahap seterusnya "chapter" AKHIR ZAMAN ? Semua pihak terutamanya saya sendiri semakin berdebar-debar...dan berharap semoga ALLAH SWT mengurniakan kebaikan kepada kita semua.
[ Last edited by tongkatali at 2-11-2008 09:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lebih tepat...
p/s...29/12/2008 bersamaan hari ISNIN |
|
|
|
|
|
|
|
Oil Dashboard
November, Saturday 1 2008 - 22:49:45
Crude Oil | $67.81
| ▲1.85 | | 2.81% | 22:48 PM EDT - 2008.11.01 |
| | |
Di sebalik PESTA penurunan harga minyak dunia, ramai yang tidak menyedari bahawa ianya ada kaitan dengan usaha secara terancang pihak musuh-musuh Islam khususnya Zionis dan Amerika Syarikat bagi menghancurkan ekonomi negara-negara umat Islam. Umumnya mengetahui bahawa sebahagian besar keluaran minyak mentah dunia adalah dari telaga-telaga minyak di negara-negara umat Islam terutamanya Arab Saudi dan Iran, oleh itu sebarang kenaikan mendadak harga minyak sudah pasti akan menguntungkan ekonomi negara-negara umat Islam. Ia juga secara tidak langsung akan melemahkan ekonomi negara-negara bukan Islam khususnya negara-negara Eropah yang banyak bergantung kepada minyak dari Timur Tengah.
Penurunan harga minyak ini sebenarnya ada kaitan dengan krisis yang sedang berlaku di rantau Teluk khususnya konflik di antara Iran dan Amerika Syarikat (termasuk Israel). Desakan supaya tentera Amerika Syarikat menyerang Iran semakin memuncak sejak akhir-akhir ini khususnya dari Israel. Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Bush yang akan tamat tempoh pemerintahannya dalam sehari dua ini kelihatan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas Iran semakin sudah pasti tidak akan melengah-lengahkan serangan selepas mendapat Presiden baru. Desakan dari para pelobi yang dikuasai para pelobi Zionis semakin memuncak, dipercayai mereka akan memastikan calon pilihan mereka dari Republikan iaitu McCain menang bagi meneruskan agenda mereka bagi memusnahkan Islam khususnya Iran.
Musuh-musuh Islam berharap penurunan (kemerosotan) harga minyak dunia di tambah pula dengan kemelesetan ekonomi dunia akan memberi tekanan dan kesan yang besar kepada ekonomi negara umat Islam khususnya Iran yang bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak dan ini akan memudahkan mereka melancarkan kempen seterusnya.
[ Last edited by tongkatali at 2-11-2008 11:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
McCAIN & PALIN akan MENANG
Aku YAKIN McCAIN dan PALIN akan menang...menurut pengalisis sokongan yang OBAMA dapat sekarang adalah hasil dari tinjauan rambang dan ia tidak akan mengambarkan sokongan sebenar. Menurutnya lagi, ramai di kalangan mereka berpura-pura menyatakan sokongan kepada satu-satunya calon Presiden berkulit hitam itu bagi mengelakkan dituduh RACIST. Di kalangan pengundi berkulit putih, sikap perkauman mereka adalah tinggi...mereka memandang rendah kepada mereka yang kulit berwarna apatah lagi jika orang itu "black". Jadi berdasarkan sikap perkauman kulit putih dan ditambah dengan lobi Yahudi dan ZIONIS...saya berani "cop jari" bahawa McCAIN & PALIN akan menang. Mereka akan pastikan bahawa McCAIN & PALIN akan menang. Kemenangan McCAIN & BIDEN ini amat penting bagi para pelobi Yahudi dan Zionis yang banyak mempengaruhi dasar luar White House. Ia akan memastikan kesinambungan dasar luar Bush yang keras dan apa yang pasti, andai benar McCAIN & BIDEN menang...sudah pasti kita akan lihat dasar luar yang ULTRA-KERAS akan dilaksanakan...dan mangsanya sudah pasti negara-negara Islam yang tidak sebulu dengan Washington khususnya Iran...ketika inilah kita akan lihat kuku DAJJAL akan mula menjarah dunia khususnya negara umat Islam. Ketika inilah "war against terror" sebenar akan berlaku iaitu perang antara ISLAM vs ZIONIS aka DAJJAL.
p/s....malam semalam aku kagum tengok kelicikan puak REPUBLIKAN dalam filem RECOUNT FLORIDA semasa krisis BUSH vs GORE dalam pilihanraya Presiden Amerika tahun 2000. Andainya pengiraan semula di Florida itu tidak dihalang oleh SUPREME COURT sudah pasti bukan BUSH yang jadi Presiden dan sudah pasti suasana dunia pada masa ini akan berlainan sedikit. Untuk rekod...dasar luar puak Rebublikan adalah agak KERAS berbanding dengan puak Demokrat...ini dapat dilihat berdasarkan tindakan Amerika sepanjang sejarah khususnya bermula WW2. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #358 tongkatali\ catat
analisis yang bagus...kalau benar ia jadi seperti ini...maka ia sudah benar2 dekat...
mc cain/palin menang ------ dasar luar ultra keras ----- perang iran vs amerika (iran akan menang, sepatutnya, kerana ia salah satu tanda2 kiamat) ----- keluarnya dajjal, senjata akhir mereka..
-entah, mungkin ak banyak terpengaruh dengan cerita hellboy / lord of the rings dsb...
wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
disebalik kita meraikan kejatuhan harga minyak...
rupanya kita x sedar, ada agenda tersembunyi utk memusnahkan ekonomi negara Islam..
thanx tongkat ali |
|
|
|
|
|
|
|
Andaian bahawa calon Republikan akan menang MELESET. Obama dari DEMOKRAT menang besar dan mendapat jumlah UNDI ELEKTORAL yang menakjubkan. Kemungkinan dasar luar Amerika akan lebih "diplomasi" sikit...apapun Obama pasti akan menghadapi tugas yang berat bagi menghadapi pihak tentera dan para pelobi yang kelihatan lebih secocok dengan puak Republikan yang KERAS. Pada 2012 akan berlangsung lagi pemilihan Presiden Amerika...jangan lupa dijangka pada 2013 akan muncul DAJJAL AL MASEH. Jadi adakah sekali lagi akan berlaku persaingan sengit dalam pemilihan Presiden Amerika...kita tunggu.
p/s...kebimbangan terhadap ancaman keselamatan terhadap "bakal" Presiden OBAMA adalah sangat serius. Terdapat laporan bahawa kemungkinan apa yang berlaku terhadap KENNEDY akan berulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita perhatikan GLOBE...kita akan dapati kedudukan Malaysia dan Amerika adalah SETENTANG...cuba perhati. Bendera pun 90% sama sehinggakan kadang-kadang menimbulkan salah faham dalam operasi-operasi tentera PBB Malaysia dalam operasi-operasi pengaman antarabangsa. Konsep negara ber"pesekutuan" yang hampir sama...adakah ia kebetulan ??? Adakah Malaysia dan Amerika Syarikat akan menjadi PEMAIN utama dalam bahagian akhir BAB AKHIR ZAMAN ??? Kita tunggu saja perkembangannya.
p/s...di Amerika RAKYAT telah menunjukkan KUASA mereka...di MALAYSIA ???
[ Last edited by tongkatali at 6-11-2008 10:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
set-2 illuminati planning untuk menangkan McCain dengan meletakkan Obama sebagai saingannya kerana mereka menjangkakan orang kulit putih tidak akan memilih orang kulit hitam sebagai Presiden apatah lagi bapa dan adik beradik sebelah bapanya adalah Muslim dari Kenya. Malahan nama tengah Obama pun sama ngan Saddam Hussein.
Aleh-2 Obama menang. Meraka dah planning kalo McCain menang, maka rancangan seranagn US terhadap Iran akan diteruskan McCain, malahan McCain juga meletakkan hal tersebut sebagai antara prioriti utama di dalam dasar pentadbiran beliau kelak. Disebabkan kemenangan Obama yang tidak dijangka, Yahudi di belakang tabir akan meneruskan rancangan US terhadap Iran "menggunakan" George Bush, mungkin sebelum awal januari 2009. Wallahualambissawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika, Yahudi ingin mendesak US untuk menyerang Iran, berkemungkinan mereka sendiri akan menyerang salah sebuah atau lebih super carrier US di Teluk parsi menggunakan missile dan kemudian menggunakan media untuk menguar-uarkan kepada dunia bahawa Amerika diserang pengganas Iran........taktik yang sama seperti 9/11 untuk menyerang Iraq.
Jika US menyerang Iran...berbagai-2 senario dunia yang kita baca di dalam kitab-2 lama akan zahir, Insya-Allah. Tapi, apa-apa pun....kita tunggu langkah pertama dari Israel.....macam 9/11. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #362 tongkatali\ catat
Jangan lupa Amerika di bawah pentadbiran BUSH Jr. telah "kidnap" bertrillion DOLLAR...mungkin kemelesetan ekonomi sekarang ini juga satu KONSPIRASI terancang...sama dengan penurunan harga minyak dunia. Melalui kemelesetan ekonomi PALSU yang diciptakan ini sejumlah wang akan di SONGLAPkan ke dana-dana ZIONIS bagi meneruskan kempen mereka. Kita tunggu sahaja...puak KKK pasti tidak akan duduk diam. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #363 tarabas1976\ catat
Kalu ikut Perlembagaan US...kalu tak silap....kalau dalam situasi PERANG, maka Presiden SEDIA ADA akan KEKAL. Jadi Selagi OBAMA tak angkat sumpah maka BUSH masih lagi ACTING PRESIDENT...so ada logik juga BUSH dan ZIONIS akan buat sesuatu sebelum JANUARI 2009...kita tunggu tengok ! |
|
|
|
|
|
|
|
satu perbincangan yg boleh menginsafkan diri kita...
kita tak sokong dan juga kita tak bantah apa yg sahabat2 semua bincangkan...
kita anggap semua yg dibincangkan itew ilmu baru utk kita pelajari .... |
|
|
|
|
|
|
|
Seluruh dunia ...termasuk umat Islam...kegembiraan menyambut kemenangan OBAMA dari Parti Demokrat dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Alasannya mudah...OBAMA diharapkan akan menghapus dasar DIPLOMASI KETENTERAAN pentadbiran BUSH yang "KERAS". Seluruh dunia terpesona dengan janji-janji manis bakal Presiden baru Amerika Syarikat tanpa ragu. Memang dari satu segi corak pentadbiran Presiden dari DEMOKRAT dan REPUBLIKAN adalah berbeza di mana golongan Demokrat dikatakan lebih liberal dan lebih bertolak ansur dan hanya menggunakan ketenteraan sebagai pilihan terakhir. Ini berbeza dengan golongan Republikan yang lebih cenderung kepada penggunaan ketenteraan sebagai satu-satu cara menyelesaikan sebarang konflik. Tapi persoalannya di sini ialah..."bolehkah kita percaya dan melektakkan harapan "perdamaian" kepada penguasa Rumah Putih" ? Bagi saya apa yang dibentangkan di hadapan oleh OBAMA adalah KABUR dan sukar untuk diletakkan harapan. Sebenarnya lebih mudah untuk "berurusan" dengan BUSH yang terkenal dengan kekerasan itu. Kadang-kadang ada juga benar pepatah "better DEVIL you know than ANGEL you don't". Bush adalah DEVIL kepada keamanan dunia khususnya umat Islam...jadi mudah bagi "musuh"nya berurusan sama ada mengambil langkah "bertahan", "menyerang balas" atau "bersembunyi". Manakala OBAMA pula sekarang dianggap ANGEL yang tidak lagi diketahui "aksi'nya...yang kita harap-harapkan untuk membawa keamanan. Tapi yang jelas perlantikan EMMANUEL ROHM iaitu seorang AKTIVIS "HARDCORE" Yahudi sebagai ketua staf di White House sudah pasti akan membawa mesej yang jelas tentang hala tuju sebenar Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat itu. Mesej ini sepatutnya menjadi SIGNAL kepada seluruh pencinta keamanan khususnya umat Islam bahawa Amerika Syarikat tidak akan berubah dengan berubahnya Presiden kerana Presidennya hanyalah BONEKA kepada pelobi-pelobi yang berada di sebalik tabir White House. |
|
|
|
|
|
|
|
Apapun aku menjangka sepanjang tahun 1430 Hijrah yang akan bermula pada 1 Muharam iaitu 29 Disember 2008 ini akan berlaku peristiwa penting yang akan mencorak semula dunia....tahun yang penuh dengan konflik...bencana...penuh debaran. |
|
|
|
|
|
|
| |
|