CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 29-8-2006 08:51 AM | Show all posts
banyak2 artikel aku suka hat ni....


Kata Teman: Lelaki puji, wanita hulur rasa simpati
Oleh Hanizam Abdullah


PADA saat akhir pasangan pengantin popular, Datin Siti Nurhaliza Taruddin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa hendak naik pelamin di Pusat Persidangan Kuala Lumpur malam ini pun masih ada yang menyuarakan rasa tak puas hati mereka. Paling banyak teman terima rungutan daripada orang ramai yang bekerja di sekitar KLCC.





Bunyinya memang marah benar kerana kata mereka dek majlis itu macam-macam peraturan pihak pengurusan KLCC yang terpaksa mereka patuhi. Paling tak sanggup kata mereka apabila nanti terpaksa bersesak-sesak kerana kawasan itu memang terkenal dengan kesesakan jalan rayanya. Tanpa majlis sanding Siti pun dah sesak, inikan pula ada ?garden party?. Ada juga yang mencadangkan untuk ambil cuti saja ke rana tidak mahu terperangkap dalam situasi yang menyesakkan dada itu.

Iyalah, mulai jam 5 petang, Datin Siti tanpa suami di sisi akan melambai-lambaikan tangannya kepada peminat daripada balkoni bangunan itu. Mulanya, penyanyi itu mahu berkereta kuda tetapi dek keselamatan - bimbang dibaling telur busuk - mereka terpaksa membatalkan saja niat itu. Tak sanggup rasanya melihat gaun pengantin ciptaan Khoon Hooi bertatahkan mutiara yang berharga ratusan ribu ringgit itu akhirnya dicemari telur busuk.

Dalam pada itu, kisah perkahwinan Datuk and Datin K terus menjadi bualan hangat masyarakat.

Daripada peminat Siti, bekas peminat Siti (iya sudah ada yang berani mengaku tak minat Siti lagi), peminat hiburan dan orang tak minat hiburan semuanya ada pendapat tersendiri.

Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri pun mahu memberi pendapat mereka mengenai ?cinta luar biasa? dan ?banyak sangat rahsia? itu.

Biasalah, nada orang lelaki tentunya berbeza daripada orang perempuan. Yang lelaki, asyik memuji Siti dan barangkali rasa cemburu dengan Datuk K kerana dapat memperisterikan Siti, tetapi yang wanitanya pula penuh rasa simpati terhadap bekas isterinya, Tengku Zawyah Tengku Izham yang mencari ketenangan di Melbourne, Australia bersama anak lelakinya.

Dr Rozaidah Talib (BN-Ampang Jaya) dalam satu sesi Dewan Rakyat berkata, kisah percintaan wanita muda dan suami orang atau bekas suami orang tidak perlu digembar-gemburkan kerana membabitkan perasaan isteri atau bekas isteri dan anak.

?Siti (Nurhaliza) dan Datuk K cinta berputik tapi (mereka) perlu memastikan ia tidak memberi kesan atau melukakan perasaan bekas isteri dan anak-anak (Datuk K),? katanya.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pula, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika membacakan kenyataan bagi pihak Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan negeri, Datuk Maznah Mazlan, meminta supaya bekas isteri Datuk K, Tengku Zawyah tabah menempuh kehidupannya.

Katanya, Maznah yang mewakili wanita di Pahang simpati dengan Tengku Zawyah dan empat anaknya berikutan perkahwinan semula bekas suaminya itu.

?Kami minta supaya beliau banyak bersabar dan menjaga diri dan anaknya baik-baik, semoga dalam peliharaan Allah,? katanya.

Tetapi paling pedas e-mel kiriman Saleha Hussin daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Teman siarkan luahan hatinya di sini yang berbunyi, ?Puan Hanizam, kenapa pandangan CAP tak disiarkan dalam akhbar arus perdana, khususnya Berita Harian? Pandangan CAP sama dengan kebanyakan pandangan rakyat Malaysia yang prihatin.

?Kami memang mual dengan hebahan besar-besaran mengenai perkahwinan Siti dengan Datuk K seolah-olah kehidupan rakyat Malaysia hanya tertumpu di situ saja sedangkan kebanyakan majlis yang diuar-uarkan itu bertentangan dengan agama dan akidah meskipun pihak mempelai mencanangcanangkan agama dalam percakapan dan hebahan mereka.

?Ini riak dan takbur, namanya. Tuhan marah. Dan bagi manusia biasa seperti saya, sungguh memualkan.

Bukan saja mual bahkan loya, muak, jemu dan bosan. Saya pasti lepas ini dalam ruangan Kata Teman puan akan bersorak-sorak menyebut mengenai jumlah rating TV3 pada malam 28 Ogos nanti - 10 atau 50 juta orang!

?Orang hanya menonton puan, kemudian jadi bahan umpatan. Wajarkah? Tahukah puan, membeli surat khabar pun saya sudah malas sekarang ini. Saya mual membaca berita yang sama saban hari.?

Sesungguhnya suara hati Saleha itu dikongsi juga pembaca lain dan teman akur mengenai pendapat itu. Tetapi hairan juga kerana setiap kali keluar cerita Siti dalam akhbar terutama Harian Metro atau Metro Ahad, jualannya memang tinggi.

Entahlah, agaknya orang mual dan benci, tetapi orang hendak tahu dan hendak beli. Situasinya macam dalam satu love hate relationship. Orang benci tapi orang tetap rindu.

Dalam pada kecoh orang kat KLCC, timbul pula kecoh penonton televisyen. Mereka dah tak tahu saluran mana yang harus mereka tumpu malam ini kerana rupa-rupanya dalam pada TV3 membuat lintas langsung wedding of the decade, pihak RTM dan Astro pula berkolaborasi menerbitkan program yang tak kurang sensasinya iaitu kisah Nordiana Naim dan Asmawi Ani. ?Nak buat apa Kak Cham mereka nak temukan Ina dan Mawi tu. Perkara yang sudah tu sudahlah.

Lagi pun Ina pun dah mulakan hidup baru. Mawi dan Ina pun dah mahu lupakan sejarah silam. Biarlah budak-budak tu tenang merencana hidup mereka,? ngomel Badri.

?Memanglah kalau ikutkan saya hendak saja melihat Ina dan Mawi berbaik semula. Saya dah baca buku Catatan Duka Nordiana Naim tu.

Memang tulus dan ikhlas hubungan cinta mereka. Terasa benar jujur cinta mereka. Sedih juga apabila akhirnya cinta mereka terpaksa berkubur saja.

? Saya rasa kalau Mawi dan Ina yang bersanding macam Siti dan Datuk K tentu nampak lebih manis lagi. Iyalah masing-masing bujang dan dara. Kalau mereka nak naik kuda dan melambai-lambai pada peminat pun tak ada orang yang nak bantah. Tapi janganlah pula nak buat siaran langung kerana itu memang memualkan. Geli apabila majlis kahwin artis dan sesi bertemu bekas tunang dah jadi satu agenda penting negara,? katanya. Teman akur kerana pembaca kita bukan cetek minda dan fikiran mereka. Jumpa lagi! ? [email protected]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2006 09:00 AM | Show all posts
rumah siap pahat berbunyi....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 09:04 AM | Show all posts

Reply #302 eis_82's post

apa tu? tak paham maksud hang eis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 09:07 AM | Show all posts

Reply #301 alahai's post

Lahai..aku pun suka artikel niiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 09:11 AM | Show all posts
aku suka part ni....

Orang hanya menonton puan, kemudian jadi bahan umpatan. Wajarkah? Tahukah puan, membeli surat khabar pun saya sudah malas sekarang ini. Saya mual membaca berita yang sama saban hari.?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 10:20 AM | Show all posts
hampa perasan dak, dalam paper la ni pasai merdeka mana ada sangatkan???
harap2 pas habis ct kawin ni, habis buang la kisah depa tu...toksah dok cerita bab hanimun pulak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2006 04:56 PM | Show all posts
tak lama lagi stop sat..nanti dh mengandung heboh balik la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 05:05 PM | Show all posts
Di mana saja orang berbincang pasai siti....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2006 09:27 PM | Show all posts
siti sana sini situ
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 08:32 AM | Show all posts
Wanita dibunuh tunang 2 hari sebelum kahwin
Oleh Azmi Md Deros dan Omar Osman

YAN: Seorang wanita berusia 28 tahun yang bakal berkahwin esok ditemui mati, dipercayai dibunuh tunangnya, di sebuah banglo terbiar dalam kawasan dusun Kampung Tanjung Jaga, Jalan Yan-Tanjung Dawai di sini, semalam.


Mayat Rohayu Kasa dari Kampung Belakang Pekan, Merbok, ditemui tertiarap dan berlumuran darah dalam semak di pangkal pokok getah, kira-kira 40 meter dari banglo itu pada jam 10 pagi, sejam selepas tunangnya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani mengenai tindakannya memukul mangsa.

Ketika ditemui, seluar denim Rohayu didapati terlondeh tetapi masih berpakaian kemeja-T lengan panjang dan berseluar dalam. Polis belum pasti sama ada wanita yang bekerja di kilang elektronik di Pulau Pinang itu, dirogol sebelum dibunuh.

Pipi kiri Rohayu juga dikatakan cedera dipercayai dihentak dengan topi keledar. Tunangnya berusia 24 tahun ditahan sejurus selepas membuat laporan dan membawa polis ke tempat mayat Rohayu. Polis turut menemui topi keledar yang digunakan untuk memukul mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Hazril Khamis, berkata dengan penahanan lelaki itu, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan, tetapi setakat ini punca pergaduhan dan motif pembunuhan itu masih disiasat.

Polis mengambil beberapa sampel pada tubuh mangsa termasuk darah bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Suspek yang bekerja sebagai jurujual di Sungai Petani, pula dibawa ke Hospital Yan untuk menjalani ujian DNA.

Kedua-duanya, yang bertunang sejak Mei lalu selepas beberapa bulan berkenalan, dikatakan pergi ke banglo itu untuk membincangkan persiapan perkahwinan mereka sempena cuti Hari Kebangsaan ini.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan lelaki terbabit dikatakan mencekik leher Rohayu sebelum menghentak pipi kirinya dengan topi keledar.

Suspek kemudian dikatakan mengheret mangsa sejauh kira-kira 20 meter sebelum mencampakkan mayat tunangnya ke dalam semak di tepi lereng bukit kecil berhampiran banglo berkenaan.

Kawasan banglo di tengah dusun buah-buahan itu agak sunyi kerana terletak 400 meter dari jalan besar dan sering dijadikan tempat melepak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 08:38 AM | Show all posts
Ibu terkilan anak bakal diijab kabul esok mati dipukul

SUNGAI PETANI: Ibu Rohayu Kasa amat terkilan apabila impiannya untuk melihat anak keempatnya itu diijabkabulkan pada Khamis ini, tidak kesampaian apabila gadis itu mati selepas dipercayai dipukul ketika bergaduh dengan tunangnya, semalam.


Zainab Din, 60, berkata semua persiapan untuk majlis pernikahan itu sudah siap diatur, malah Rohayu, 28, amat gembira ketika menunjukkan baju pengantin yang akan dipakainya pada majlis itu.

Katanya, dia dan suaminya, Kasa Ahmad, 62, yang lumpuh amat gembira menunggu hari bahagia anak mereka itu, lebih-lebih lagi ia adalah pertunangan kedua bagi Rohayu, selepas putus tunang beberapa tahun lalu.



"Mengikut perancangan mereka akan disandingkan selepas Aidilfitri ini dan majlis akad nikah pada Khamis ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belakang Pekan, Merbok, dekat sini, petang semalam.

Mayat Rohayu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan separuh bogel dengan memakai kemeja-T lengan panjang dan berseluar dalam, manakala seluar denimnya terlondeh. Mangsa dipercayai mati selepas bertengkar dengan tunangnya berhampiran sebuah banglo tinggal di Kampung Tanjung Jaga, Jalan Yan-Tanjung Dawai, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Penemuan mayat itu berikutan tunang mangsa yang berusia 24 tahun membuat laporan polis, pagi semalam.



Beliau berkata, kali terakhir melihat Rohayu atau nama panggilannya Ayu pada kira-kira jam 5 pagi kelmarin apabila mangsa pergi bekerja di sebuah kilang di Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan menaiki van.

Sementara itu, adik Rohayu, Roziana, 19, berkata bakal abang iparnya itu pernah memberitahunya dia tidak cukup wang RM800 lagi untuk hantaran perkahwinan yang berjumlah RM5,612.

"Dia memberitahu perkara itu ketika kami bertemu baru-baru ini, tetapi tidak menyangka masalah itu boleh menjadi punca pergaduhan.

"Selain itu, saya mendapat tahu mereka ada berselisih faham disebabkan kelewatan mendapat surat kebenaran bernikah daripada pihak lelaki, menyebabkan permohonan pernikahan di sini tidak boleh dilakukan sedangkan hari pernikahan mereka semakin dekat," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 08:41 AM | Show all posts

Reply #311 jj's post

kesian...........
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 30-8-2006 08:32 AM
Wanita dibunuh tunang 2 hari sebelum kahwin
Oleh Azmi Md Deros dan Omar Osman

YAN: Seorang wanita berusia 28 tahun yang bakal berkahwin esok ditemui mati, dipercayai dibunuh tunangnya, di sebuah banglo terbiar dalam kawasan dusun Kampung Tanjung Jaga, Jalan Yan-Tanjung Dawai di sini, semalam.

Mayat Rohayu Kasa dari Kampung Belakang Pekan, Merbok, ditemui tertiarap dan berlumuran darah dalam semak di pangkal pokok getah, kira-kira 40 meter dari banglo itu pada jam 10 pagi, sejam selepas tunangnya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani mengenai tindakannya memukul mangsa.

Ketika ditemui, seluar denim Rohayu didapati terlondeh tetapi masih berpakaian kemeja-T lengan panjang dan berseluar dalam. Polis belum pasti sama ada wanita yang bekerja di kilang elektronik di Pulau Pinang itu, dirogol sebelum dibunuh.

Pipi kiri Rohayu juga dikatakan cedera dipercayai dihentak dengan topi keledar. Tunangnya berusia 24 tahun ditahan sejurus selepas membuat laporan dan membawa polis ke tempat mayat Rohayu. Polis turut menemui topi keledar yang digunakan untuk memukul mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Hazril Khamis, berkata dengan penahanan lelaki itu, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan, tetapi setakat ini punca pergaduhan dan motif pembunuhan itu masih disiasat.

Polis mengambil beberapa sampel pada tubuh mangsa termasuk darah bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Suspek yang bekerja sebagai jurujual di Sungai Petani, pula dibawa ke Hospital Yan untuk menjalani ujian DNA.

Kedua-duanya, yang bertunang sejak Mei lalu selepas beberapa bulan berkenalan, dikatakan pergi ke banglo itu untuk membincangkan persiapan perkahwinan mereka sempena cuti Hari Kebangsaan ini.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan lelaki terbabit dikatakan mencekik leher Rohayu sebelum menghentak pipi kirinya dengan topi keledar.

Suspek kemudian dikatakan mengheret mangsa sejauh kira-kira 20 meter sebelum mencampakkan mayat tunangnya ke dalam semak di tepi lereng bukit kecil berhampiran banglo berkenaan.

Kawasan banglo di tengah dusun buah-buahan itu agak sunyi kerana terletak 400 meter dari jalan besar dan sering dijadikan tempat melepak. ..



MORAL OF THE STORY:

1. Zaman la...jangan sembarangan nak kawen ngan laki...kenai dulu hati budi.
2. Jangan dok pi banglo terbiaq...kot kot ada hantu kot...
3. Kot kot laki tu pembunuh bersiri kot...
4. Hati hati dengan lelaki zaman sekarang................
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 09:04 AM | Show all posts

Reply #313 7276's post

kui kui kui......
tak perlu berhati hati.....
berdada dada cukup laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 09:08 AM | Show all posts

Reply #314 jj's post

berdada dada tak payah.....
dah kelihatan...
berhati hati belum kelihatan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 09:26 AM | Show all posts
Pemilik restoran mati ditembak
PADANG BESAR 29 Ogos ? Seorang rakyat Malaysia yang juga pemilik restoran di sini mati ditembak dipercayai oleh pembunuh upahan ketika memunggah barang di hadapan rumah isterinya di wilayah Satun, selatan Thailand, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) itu, Mhd. Shariff Mhd. Hanipah, 55, dikatakan didatangi oleh dua lelaki warganegara Thailand yang menaiki sebuah pikap Siam.

Menurut saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Ayob, dua lelaki dipercayai pembunuh upahan itu dilihat berada di tempat kejadian seawal pagi.

Jelasnya, ketika mangsa sibuk memunggah barang-barang keperluan yang dibeli dari pasar berdekatan, lelaki berkenaan dilihat menghampiri dan bertindak melepaskan dua das tembakan pada jarak dekat di rusuk kanan mangsa.

?Pada awalnya, saya tidak mengesyaki apa-apa ketika dua lelaki itu meletakkan keretanya berdekatan kereta mangsa. Saya ingatkan kereta mereka rosak tetapi tidak sangka pula mereka bertindak sedemikian,? katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saksi tersebut berkata, melihat apa yang berlaku, dia bergegas membawa mangsa ke Hospital Besar Satun dan mangsa kemudiannya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Beberapa minit kemudian, ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia.

?Saya dan isteri mangsa, Noriah Abdullah kemudiannya menguruskan segala dokumen untuk membawa pulang jenazah ke kampungnya di Kampung Bongkok,? katanya.

Beliau membertahu, mangsa telah berkahwin dengan Noriah, seorang pengurus Bank Islam di Satun setelah bercerai dengan bekas isterinya, juga seorang warganegara Thailand.

Utusan Malaysia difahamkan, kejadian berlaku disebabkan rasa cemburu dan dendam sesetengah pihak yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana berkahwin dengan seorang wanita Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Hadeni Baseri berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu yang dibuat oleh adik mangsa di Balai Polis Beseri, dekat sini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis Thailand.

Laporan polis itu antara lain menyebut, mangsa dilaporkan memasuki sempadan Malaysia-Thailand melalui Kompleks Kastam di Wang Kelian pada petang semalam untuk pulang menemui isterinya.


Arwah ni pemilik Restoran Berkat Hijrah dekat dengan Sekolah Sains Kangar.
Al-Fatihah untuk arwah....:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 30-8-2006 08:38 AM
Ibu terkilan anak bakal diijab kabul esok mati dipukul

SUNGAI PETANI: Ibu Rohayu Kasa amat terkilan apabila impiannya untuk melihat anak keempatnya itu diijabkabulkan pada Khamis ini, tidak kesa ...


murah sungguh nyawa la ni....banglo tu berkurunnnnn terbiaq, dok pi buat apa situ?

agak2 kes apa, tak cukup duit ka? atau dia ajak romen2 pastu mangsa tak mau?:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 09:42 AM | Show all posts
Tanjung jaga ni area hang kan lahai?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 09:46 AM | Show all posts
Edisi Utara : Aksi Minah Rempit pula
Oleh Zuliaty Zulkiffli

ALOR STAR: Selepas penjualan cakera padat video (VCD) `Alor Star, Kulim dan Jitra Panchung
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 09:51 AM | Show all posts

Reply #319 jj's post

Cin ada dpt email minah rempit ni....lawak sbb ada lagu b/ground kedah tu...mmg gilozzz arr minah tu......  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.164418 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list