CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ashaz_77

Cerita2 seram dari seberang tambak... (NEW: Cik Pon!! Pg.23, #570)

  [Copy link]
Post time 3-10-2010 11:01 PM | Show all posts
bukan takat OCH tu aje yg haunted
hospital Sultanah Aminah kat JB yg masih beroperasi tu pun dengarnya mcm2 perkara yg menyeramkan berlaku
almaklum hospital lama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 09:03 AM | Show all posts
dah lama tak dgr citer dari TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 04:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by ashaz_77 at 4-10-2010 16:46

ok kengkawan!   

setelah sekian lama, shaz nak bercerita pula tentang pengalaman sepupu shaz (Siti) dimana dia dan suaminya sendiri mengalaminya baru-baru ini semasa/selepas dia bersalin anak sulungnya.

Beberapa hari selepas Raya, Siti selamat melahirkan anak sulung nya yg diberi nama Mohd Khasha (Dah sama nama mcm Farid Kamil dlm cerita Lagenda Budak Setan ) pada jam 10.45 mlm. Alhamdulilah dia dapat melahirkan secara normal.
Seperti biasa pihak hospital akan menanyakan (sebelum dimasukkan dlm ward bersalin) kalau uri bayi nanti mahu diuruskan sendiri atau diberi kepada mereka untuk menguruskannya. memandangkan bapa Zamir sudah berpesan supaya dia sendiri yg menanam uri itu, jadi dia pun sign form yg menyatakan bahawa dia akan mengambil uri itu selepas Siti selamat bersalin nanti... bermula saat gerun selepas dia mengambil uri itu...

Zamir pulang ke rumah dgn membawa uri bayinya itu di dalam beg, jam sudah menunjukkan pukul 12.15 tgh mlm. Sedang dia berjalan dari bus-stop rumahnya, dia berasa seram sejuk. Macam ada sesuatu yg memperhatikannya. Tiba2 meremang bulu roma dia serta-merta! Tapi dia buat tak endah dan menganggapnya sebagai tanda kepenatan sahaje.

Zamir dgn pantas melangkah pulang sebab tak sabar nak berehat dan mandi (ye lah satu hari suntuk kat hospital, tak mandi petang ). Dia pula tinggal suami-isteri sahaja jadi di rumah tentulah takde org. Bila dia sampai didepan pintunya, tiba2 dia terdengar mcm ada org berbisik di telinga kirinya ,"hehehe!" sayup-sayup kedengaran... Beristifar zamir dan dgn lekas membuka pintu dan lock dari dlm. Selepas dia tenangkan dirinya, dia pergi ke tandas untuk membersihkan diri dan untuk mengambil wuduk. Beg nya diletak diatas meja makan sebentar.

Selepas 15 mins, dia keluar dari tandas dan langsung ke bilik untuk solat Isyak. Semasa dia tgh solat, terdengar pintu depan diketuk-ketuk kuat, mcm nak roboh dibuatnya. Selesai sahaja solat, dia keluar dari bilik untuk investigate lah. Tahu tak apa dia nampak???

(Sori kengkawan, masa tak mengizinkan untuk shaz sambung terus hari ini... besok shaz sambung sampai habis ceritanya ok? harap jgn marah k? )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:57 PM | Show all posts
Reply 303# ashaz_77

aduuhh...nk iklan pn agak2 arrrr!!!!! uhuhuhuhuh saspen siot
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:59 PM | Show all posts
aik...abiskanla citerrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 05:07 PM | Show all posts
ala..seram baru nak mula..
udah bersambung...


ok shaz...esok sambung ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2010 05:17 PM | Show all posts
sabar..sabarlah hati..cerita saspen ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 05:40 PM | Show all posts
hampeh laa.... ni yg aku menci siaran berbayar nih.. manjang iklan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 06:50 PM | Show all posts
wahhhhhhhhh,mmg tepat2 berenti dekat part yang sangat suspen..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 07:59 PM | Show all posts
haha.. ujan lebat kut, xde siaran sambungan haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:00 PM | Show all posts
aku rasa dia nampak nenek tua dengan mulut yg penuh darah tengah makan uri yg diletakkan atas meja makan tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:00 PM | Show all posts
aku rasa dia nampak nenek tua dengan mulut yg penuh darah tengah makan uri yg diletakkan atas meja makan tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:33 PM | Show all posts
huh..suspen betul..sambunglah cepat..x sabar nak tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:15 AM | Show all posts
shaz tak masuk lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:18 AM | Show all posts
huhuhu
part paling suspen plak yg dia benti cite...........


suami aku dulu pon cite suspen btol masa nk bawak uri balik dr ospital
masa tu aku pas bedah anak no 2
pukul 3 pagi dia bawak balik uri naik moto
sib baik la takde cik pon tumpang tanya nak kan uri aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:19 AM | Show all posts
aaaaaaaaaaaaaa sambung pulokkk.. tgh syok layan tang saspender lak stop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2010 09:20 AM | Show all posts
Maaf semalam terpaksa berhenti typing pasal bos masuk ofis.. so sori

Ok sambungannya:

Zamir terpandang sesuatu disudut dapur nya... seperti sesusuk tubuh sedang berdiri ditepi tingkap... oleh kerana lampu dapur padam, maka tidak nampak begitu jelas tapi yg membuat dia cuak adalah bila dia ternampak lembaga tu makin menghampirinya!
Dia dah terpaku disitu, tak boleh buat apa2... tiba2 dia teringat uri bayinya yg masih dlm beg yg diletak diatas meja makan tadi. Jadi lembaga itu bukan hendak hampirinya tapi beg dia yg diatas meja tu! Dgn kecekalan hati, Zamir dgn pantas cekup beg dia, lari ke luar rumah. Lembaga yg dari tadi sedang mendekatinya, meraung lah macam tak puas hati!

Bila Zamir dah keluar dari rumah, baru lah dia nampak apakah lembaga itu (kat luar dah ada lampu corridor)... Cik Ponti dgn rupanya yg nan hodoh dan berbau amat busuk!   terdengar lah hilaian CP bila dia nampak Zamir lari lintang pukang untuk selamatkan diri dan uri bayinya... (Makin kita takut, makin dia suka nampak nya :@ )

Zamir tinggal ditingkat 4 jadi dia lari turun tangga aje untuk cepat edar dari bangunan flat tu. Sedang dia hendak sampai ke lantai 2, beg digenggaman dia terlepas dan bila dia hendak mengambil beg itu semula, dia ternampak CP itu mengejarnya dari corridor (sebelah kiri Zamir)!! Terpekik budak tu sekejap lalu grab beg itu semula dan lari kebawah.

Yg hairan satu manusia pun takde lah kelihatan (walaupun dah larut malam, selalu ada jgk org lalu-lalang). Zamir dah macam org hilang akal dan arah, tak tahu nak buat ape dan nak ke mana. Tiba2 terdengar bisikan ditelinganya seperti tadi, sayup-sayup suara itu berkata, "Uri... uri... EHEHEHHEHEHAHA!!!" lepas tu gelap semua nya....

Rupa2 nya Zamir pengsan dan bila dia sedar ada 2 org disekelilingnya, seorang pakcik dan isterinya, kebimbangan kelihatan di wajah mereka. "Nak, apa telah terjadi sampai anak pengsan? Anak sakit ke?" tanya pakcik tu. Sedang Zamir mamai2 nak bangun tu, dia teringat beg dia, alhamdulilah masih digenggaman. Lalu dia bercerita dgn pakcik dan makcik tu apa yg terjadi. Terperanjat jugak dia org bila dapat tahu. Tapi pakcik tu pun marah lah dgn Zamir kerana dia membawa balik uri bayi nya pada waktu malam begini dgn tidak tahu cara2 nya yg betul. sepatutnya Zamir blh tinggalkan uri tu di hospital dulu sementara tunggu pagi (selalunya uri tu disimpan di tmpt khas di hosp), baru lah diuruskan dgn sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:23 AM | Show all posts
huhuh adehlahhh.. kalo gen kt tmpt tu mau tertincin terberak time tu ugak...

siap mntk plak tuh.. aduhhh.. sib bek smpt slamatkan uri baby dia.. kalo di amek dek CP camne lak tu ye??
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:29 AM | Show all posts
kiranya CP tak dapat ambik uri tu la..sebab CP gelak dok sebut uri..uri..mcm CP dapat jer..fuhhh menakutkan betul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 09:30 AM | Show all posts
Oleh kerana dlm berapa jam hendak siang, pakcik dan makcik tu ajak Zamir ke rumah mereka disebelah block. Dlm perjalanan mereka, terdengar kibaran kain berlegar-legar dibelakang dan boleh kedengaran jelas suara tangisan CP tu! Tak puas2 CP ni hendak menganggu org tapi pakcik tu dah pesan supaya jgn ambil peduli dan baca lah didlm hati ayat kursi. Makin lama tangisan tu makin pelan bunyinya... lalu sepi... alhamdulilah...

Pagi2 selepas solat subuh, pakcik tu lah yg temankan Zamir uruskan uri bayinya sehingga dapat ditanam dgn sempurna tanpa gangguan lagi...

Shaz pun ada marah Zamir jgk pasal berani sgt bawa uri tu pulang tgh2 malam. Dah lah belum dicuci bersih, abis tu melambat-lambatkan menanamnya. tapi kesian jgk lah sampai pengsan dia diganggu CP tu.

Actually apakah petua2 untuk mengelakkan semua ni dari berlaku? Apakah cara2 untuk menguruskan uri bayi yg baru dilahirkan? Selama shaz melahirkan, bapa mentua shaz yg uruskan, somi ikut jgk tapi shaz tak pernah bertanya tentang soalan2 ini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.228411 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list