|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #39
[Copy link]
|
|
morning nov
camne mood arini? ada ceria ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 8-12-2021 10:31 AM
morning nov
camne mood arini? ada ceria ka?
Dr isnin spoil asyik meeting |
|
|
|
|
|
|
|
Acik takde resepi. Tapi kalau makan nasi kandar memang suka ambik ikan tenggiri goreng tu. Sedapkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
oooo masak lemak ikan tenggiri memang best.
|
|
|
|
|
|
|
|
hari2 meeting ye? brapa jam satu sesi meeting?
|
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh lapar tgk ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Sup telur
Tumis bawang merah, bwg putih dan cili besar potong
Masukkan air
Masukkan 1 cube ayam knorr
Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
Masukkan garam dan adjust rasa
Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit)
Masukkan daun bawang
Tutup api
Siap
|
|
|
|
|
|
|
|
haa.. tenkiu.
jom la acik kita bermasalla.
|
|
|
|
|
|
|
|
makan orang demam. sedap nih.
dah lama tak makan nasi air
|
|
|
|
|
|
|
|
Cucur Udang Rangup
BAHAN
1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)
CARA
1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan pula bawang & daun kucai
10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis
Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang
|
|
|
|
|
|
|
|
Acar Buah
Bahan A
1.5 cawan minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)
Bahan B
(rempah tumis, campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar halba sahaja
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu nesar jintan putih biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu besar jintan manis biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1 sudu besar rempah biji
*goreng kering @sangai dn tumbuk
Bahan C
3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih @ 3/4 kilo gula merah
garam
Bahan D
1/2 kilo buah2 jeruk campur
3 biji limau jeruk
prune tanpa biji
buah kurma sekotak
1 cawan cili padi (lebih byk lbh sedap)
15 ulas bawang merah (belah dua)
15 ulas bawang putih (belah dua)
1 cawan kismis
halia sebesar 1/2 tapak tangan
Bahan E (untuk tabur)
3 sudu besar bijan (sangai)
2 sudu bessr biji sawi (sangai)
Cara2
1)Panaskn minyak
2)Tumiskan bahan A sehingga garing
3)Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C
4)Biarkan sampai mendidih dn sedikit kering (berbuih-buih air gula)
5)Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan e dan digaul sedikit supaya bercampur (Jangan dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6) Bila mendidih terus padamkn api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
*Pastikan tiada air digunakan. air dr buah2an akan sendiri nya keluar sebagai kuah)
Boleh bertaha 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dengan air
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini 80 tahun yang lalu, Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan, permulaan kepada penjajahan mereka di Tanah Melayu.
Kelantan pada 1941 mempunyai 3 pengkalan udara Tentera Udara Diraja British (RAF) & Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) - di Kota Bharu, Gong Kedak & Machang. Berada di utara pantai timur menjadikannya lokasi strategik untuk Jepun mendaratkan tenteranya.
Maka pada 4 Disember, sebahagian angkatan Tentera Darat Ke-25 Jepun pimpinan Jen. Tomoyuki Yamashita berlepas dari Hainan sebelum konvoi disertai pasukan tambahan dari Saigon. 5,300 tentera dihantar untuk memulakan gelombang penaklukan di Tanah Melayu.
Konvoi ini dikesan oleh pesawat peninjau RAAF pada 6 Disember, kemudian sekali lagi pada esoknya oleh pesawat RAF. Namun pesawat Catalina RAF itu dibedil 5 pesawat Nakajima sebelum sempat ia menghantar mesej ke pangkalan di Singapura.
Lantas hala tuju konvoi Jepun itu tidak dapat dibaca oleh British, maka mereka teragak-agak untuk melancarkan sebarang pelan khususnya Operasi Matador - kerahan kekuatan ke sempatan Siam. Khuatir jika jangkaan meleset, hubungan dengan Siam menjadi keruh.
Pada tengah malam 7/8 Disember, konvoi Jepun itu tiba di perairan Kelantan, melabuhkan sauhnya 3km dari darat & memulakan misi penaklukan pada sekitar 12:30 malam dengan membedil pertahanan di Pantai Sabak & Pantai Pak Amat.
Pertahanan yang dibentuk angkatan Tentera India British dengan sokongan skuadron Australia & New Zealand berupaya menahan gelombang pendaratan tentera Jepun sehingga siang, namun bocor jua selepas semakin ramai musuh berjaya mendarat.
Cubaan untuk menutup kembali kebocoran pertahanan itu gagal apabila menjelang tengah pagi, seluruh 3 batalion tentera Jepun berjaya mendarat. Akhirnya British terpaksa berundur & Jepun terus mara untuk menakluk bandar Kota Bharu pada 9 Disember.
Dengan sekitar 320 kematian & 538 kecederaan di pihaknya (berbanding hanya kira-kira 68 mati & 360 cedera di pihak British), Jepun menyifatkan pertempuran di pantai Kota Bharu itu antara yang terdahsyat dalam kempen mereka menakluk Tanah Melayu.
Sumber: NST, Warfare GQ
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat nak tarik nafas pon
notis2 nay banyak yang belum reply lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
tu lah kan...
kalau dia tak check in
caner i kait reply dia kat rumah lama
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasi air kelantan sedap. Ada rasa masam masam sikit, pedas.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|