|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak Negeri Sembilan #55
[Copy link]
|
|
ade jugak, tp kalu time bizi kawe x kisah la sb bukan nk moyan pun kan
|
|
|
|
|
|
|
|
time mek post tu cun2 masuk waktu n kawe baru start solat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kannn..mujo ada opah
|
|
|
|
|
|
|
|
pasar malam la, apa kelas beli ori
|
|
|
|
|
|
|
|
kannn...agak2 la nk kelentong pun
|
|
|
|
|
|
|
|
takut nasi menggemukkan mek ke
|
|
|
|
|
|
|
|
tomyam pekat ala restoren Thai
Bahan2:
-Pes tomyam brand maepranom dan tom yum kung
-Cili kisar 3 sudu
-santan/ susu cair
-sos ikan/kicap sotong
-sos tiram
-ayam/udang/sotong
-bawang putih, bawang holland, lengkuas, serai,
-cabai melaka
-limau nipis
-daun ketumbar
-sayur bunga kobis/carrot/cendawan/anak jagung
Cara2:
1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak. masukkan pes tomyam dlm 4 -5 sudu besar. Masuk sos tiram dalam 1 sudu besar. Masukkan serai. tumis sekejap je.
2. Masukkan ayam/udang/ sotong. gaul sebati.
3. Masukkan air dan santan cair/ susu cair.
4. Masukkan semua lengkuas, bwg putih, cabai melaka, tomato, akar ketumbar,renehkan sekejap.
5. Perasakn dgn kicap sotong sampai cukup rasa.
6. Masukkan sayur sayuran,daun limau purut dan daun ketumbar. Last sekali dah mendidih perahkn air limau nipis sehingga cukup rasa. Siappp
|
|
|
|
|
|
|
|
Maggi Goreng Ala Thai
Bahan tumbuk
1. Bawang merah - 3 biji
2. Bawang putih - 3 ulas
3. Cili padi - 5 biji
Bahan hiris
1. Daun limau purut - 5 helai
2. Daun kucai - 3 ikat (optional)
3. Daun ketumbar - 3 helai
Bahan lain
1. Maggi - 1 bungkus (dicelur)
2. Telur ayam - 1 biji
3. Kiub pati ikan bilis - 1/2
4. Air limau nipis - 1/2 biji
5. Udang @ sotong
6. Sos ikan - 2 sudu besar
7. Sos tiram - 2 sudu besar
8. Chili flakes - 2 sudu besar
9. Maggi cukup rasa - 1 sudu kecil
Cara-cara membuatnya
1. Panaskan kuali & masukkan minyak masak
2. Masukkan telur & kacau seketika, angkat & asingkan
3. Masukkan bahan tumbuk & kacau
4. Masukkan sos ikan + sos tiram + daun limau purut + kiub pati ikan bilis + udang @ sotong
5. Kacau sebati & masukkan pula jus limau nipis
6. Masukkan maggi yang telah dicelur & kacau sebati
7. Taburkan pula maggi cukup rasa + daun kucai & telur yang telah digoreng
8. Kacau sebati & Biarkan seketika
9. masukkan pula hirisan daun ketumbar & chili flakes
10. Tutup api & sedia untuk dihidang
|
|
|
|
|
|
|
|
SOTONG SUMBAT MASAK SAMBAL
Bahan-Bahan:
Cili Kering (ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 batang serai
2 biji buah keras
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit halia
Sedikit Belacan
(* Semua bahan-bahan di atas untuk dikisar)
7 ekor sotong (saiz besar)
1/2 kilo udang (saiz kecil, dibuang kulit dan dicincang halus)
Sedikit daun bawang
Cili Merah (dipotong halus)
Sedikit garam
Serai untuk dititik ke dalam kuah
1 biji santan
Cara Membuat:
Penyediaan Sotong
1. Isi udang yang dicincang dicampur bersama daun bawang dan hirisan cili merah. Gaulkan bersama sedikit garam.
2. Sumbatkan ke dalam sotong dan gunakan lidi untuk tutup hujungnya.
3. Setelah siap, goreng sotong seketika di dalam minyak panas. Isi yang disumbat tadi, jangan terlalu padat sebab sotong biasanya akan mengecut apabila dimasak. Kalau terlampau padat, risau terburai isinya waktu menggoreng.
Penyediaan Kuah
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang dikisar.
2. Kacau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air. Masukkan lebihan isi udang yang dicincang ke dalam kuah untuk berikan kepekatan kepada kuah.
3. Masukkan serai yang dititik bersama sedikit air asam jawa.
4. Perisakan dengan sedikit garam. Kemudian masukkan sotong.
5. Akhir sekali masukkan santan dan biar sehingga mendidih. Terus padamkan api,
6. Sedia dihidang.
|
|
|
|
|
|
|
|
SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan :
1 ekor ikan merah( nak guna kepala shj pun boleh!!)
1 sup bunjut daripada adabi
3 ulas bawang putih dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
1 batang serai dititik / ketuk
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
2 inci halia diketuk
1 batang karot -hiris nipis memanjang
2 bii ubi kentang -potong dadu besar
1 pokok daun sup dimayang
1 pokok daun bawang dimayang
serbuk lada putih secukupnya
sebelah limau nipis/lemon
garam secukupnya
1-2 sudu kecil serbuk cukup rasa maggie
bawang goreng
Cara-cara :
panaskan minyak dan tumis halia,bawang merah,bawang putih bersama kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan serai sehingga naik bau
masukkan air secukupnya.masukkan ubi kentang dan karot.masak sehingga hampir lembut
kemudian masukkan ikan,garam,serbuk lada putih dan serbuk maggie 3 rasa.perah llimau/lemon
setelah kentang empuk rasa pon sedap semua dah boleh la tutup api.
taburkan potongan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.sedia dihidangkan bersama nasi panas2.
|
|
|
|
|
|
|
|
MEE GORENG DAGING
Bahan²
1 bungkus mee kuning
2 sdb cili kisar
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
200 gm daging hiris nipis
1 inci halia - dihiris halus
1 pokok sawi
1/2 batang carrot- potong jejari
2 sdb sos tiram
3 sdb sos cili
3 sdb kicap pekat
1 kuib daging
1 sdb lada hitam serbuk
1/2 cawan air
Minyak utk menumis
Cara²
1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih bawang besar yg ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, masak hingga garing dan masukkan daging. Masuk sedikit air dan biarkan daging empuk.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub daging, gula dan sedikit saja garam. Biarkan merenih sebentar.
5. Masukkan mee yang sudah dibasuh dan ditos, carrot dan sawi.
6. Masukkan 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos. Gaul rata dan masak hingga nampak mee lembut.
7. Siap boleh dihidang dengan taburan bawang goreng dan taburan daun sup
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 6-2-2022 02:23 PM
takut nasi menggemukkan mek ke
Bkn nasi yg mengemukkan
Tp diri sendiri yg rajin mengemukkan bdn |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 6-2-2022 02:31 PM
MEE GORENG DAGING
Bahan²
Nak order 1 mee daging |
|
|
|
|
|
|
|
Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim
Bahan:
Kacang merah (lebih kurang 300grm )
1.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 satu kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung pulut
3 sudu tepung jagung
Sedikit sirap
Sedikit garam
Cara:
1.Rendam kacang semalaman, selepas itu rebus sampai empuk dan lenyek.
(Lagi lama rendam kacang lagi senang empuk)
*kacang merah saya suka letak banyak, lagi sedap.
2. Masukkan 1.5 liter air + 1 cawan gula masak atas dapur sampi gula hancur.
3. 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dalam air
gula tu. Kacau sampai tepung larut. Nak senang guna mixed
4. Masuk 1/2 susu pekat, 1 kotak santan yang kecik, 1 tin susu cair.
5. Masukkan garam sikit, sirap sikit untuk bagi color cantik. Buka api kecik kacau sampai mendidih. Last sekali masuk kacang yang ditumbuk tu kacau sampai kacang sebati.
Tutup api.
6. Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 6-2-2022 02:29 PM
SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan :
Tips hilangkan hanyir ikan
Basuh ikan dgn air lemon |
|
|
|
|
|
|
|
tp ramai yg salahkan nasi....xnk kawan dgn dia sb anggap nasi penyebab gemuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 6-2-2022 02:32 PM
Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim
Bahan:
Bape sen sebatang ais kirim tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 6-2-2022 02:27 PM
Maggi Goreng Ala Thai
Bahan tumbuk
Smlm Baru mkn megi goreng |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 6-2-2022 02:22 PM
kannn...agak2 la nk kelentong pun
Ya ya kita caya depa kelentong |
|
|
|
|
|
|
|
siapppppppp
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|