|
aku teringat masa dia dapat dato' awal tahun ni
reporter tanye lepas ni nak kena panggil dato' ke?
dia jawab dato' ni kalo kat uk mcm gelaran kesatria, panggilah dato'
peh rilek je dia suruh orang panggil dia dato'
kalo artis lain, panggillah "nama dia sebelum dapat dato'", tak payah berdato' bagai, konon2 humble, haha |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesiapa faham apa maksud bait2 dalam kias fansuri..??
Kias Fansuri
Tak sempat dipapas
...
afal1495 Post at 18-11-2011 17:21
aku ingat lagi lagu ni ada cetus kontroversi masa mula2 kuar dulu, siap keluar paper lagi..
katanya sebutan "aum" tu menyerupai upacara hindu ke ape ntah..
cukup pelik lagu ni tak masuk final juara lagu 1998 - yg masuk firasat (to'ki), zapin yg tinggal (ramlah ram), dikir puteri & cindai..2 yg last tu aku tak pelikla masuk, tp lagu to'ki & ramlah ram tu biasa je..takleh bayang camne lagu kias fansuri boleh kalah..mungkin juri terlalu pening utk tafsir lagu ni
tapi tahun berikutnya andalusia menang juara lagu..kemenangan yg aku rasa tv3 nak bagi utk menebus kekalahan kias fansuri..kalo tak, aku rasa 3 tahun berturut2 m.nasir menang juara lagu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang....pada mereka yang tak mengerti...
Sayang....pada hati tertutup mati...
Bagai sangkar tanpa penghuni...
Burung berharga terlepas lari.
jika diikutkan seni katanya biasa2 saja..tapi maknanya cukup mendalam.Siapa yang tak mengerti?itulah orang yang tertutup mata hati...ibaratnya sangkar tanpa penghuni.."sangkar" itu jasad dan burung itu 'ruh' di dalam diri telah terlepas lari tanpa salah satu kita ibarat mati..mati tanpa kesedaran..ia telah "jauh" dari diri..itulah kerugian yang sebenar.. |
|
|
|
|
|
|
|
hebat kan beliau...susah oooo nk jmpa lg org cenggini....1/1000 |
|
|
|
|
|
|
|
saya juga tertarik dengan lirik lagu ni..benarkah ia merujuk kepada PEKIDA??
M. Nasir feat Malique - Mentera Beradu
Bismillah!
(M.Nasir)
Gerakkan Hati Hati gerakkan Pandanglah aku.. aku lah dia..
(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
(M.Nasir)
Pecah tembelang peta dah hilang bangau dah pulang suara sumbang..
(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu
(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
Puisi hati mu hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku
(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
(Suara Latar)
Akhirnya sempurna. |
|
|
|
|
|
|
|
tanx bg info mcm ni.. terus pergi download semua lagu2 dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut
nih resam dalam kongsi gelap, sekali masuk..tak leh keluar
mula2, panjat..sebab nak tengok/rasa sendiri
dah nampak..terkejut dengan realiti
kalau lari mati...
jika belot maut.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah dalam video ini yang cuba disampaikan dalam Bila Rumi Menari..
http://www.youtube.com/watch?v=o2CLCzmzqcY
Sayang.. pada mereka yang tak mengerti
Sayang.. pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Qasidah nih kira macam nyanyian/puisi kegembiraan atas kedatangan nabi.. kalau kat area2 Johor/Singapura memang benda nih macam biasa jer terutama area2 yg perkampungan arab..
jadi, pada mereka2 yang tak mengerti.. jangan mudah mengatakan itu ini sesat, jangan sampai tertutup hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by permisi at 16-12-2011 16:29
sblm tu dia cerita mcm ni
kita tak rindu pada siasah dunia
perangkapnya membuat manusia hampa
untuk bertemu impian bukan percuma
banyak mengorbankan yang sangat kita cinta
Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak dimakan api
bertemu Kekasih dimalam qudus
luka dibadan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku Maulana aku mabuk haqiqi
mendengar suaramu... |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir
Mentera Semerah Padi
Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
paling suke lirik nih.. mcm brsemangat dgr lagu nih |
|
|
|
|
|
|
|
mantera beradu
rasanya hari tu ada orang mention, masa permulaan lagu, lepas dia cakap 'masih belum sempurna', dia sebut 'Hu'. orang cakap dia refer to zikir Hu (Allahu) |
|
|
|
|
|
|
|
ada siapa-siapa boleh tafsir tak lagu demi masa??...
Lirik Lagu Demi Masa
Aku telah melihatnya, aku telah mendengarnya
Tak perlu engkau kejutkan aku
Tidakkah kau mengerti, hidupmu dalam teka-teki
Mencari kebenaran
Yang sedikit tapi payah, jika kau mengejar yang lain
Merindui kilauan emas, tapi alpa dengan yang mencipta
Demi masa, manusia sentiasa dalam rugi
Melainkan mereka yang tahu
Engkau sering bermusuhan, hanya tentang kebenaran
Sedang engkau masih keliru
Bagaimanapun jua, engkau mesti berjalan
Walau harus tersesat dan luka
Dan berpindahlah engkau insane, dalam putaran hidup ini
Hingga saatnya kau bertemu, dalam satu pertemuan yang sejahtera
Hanya mimpi, kata mereka yang rugi
Hanya mimpi, mereka tak mahu mengerti
Dan tak peduli
Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Ku harap kau memahami keadaan ku dan mungkin kau ingin bersamaku
Bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu
Semakin mendalam hanya aku yang tahu
Perasaan hati nurani
Mungkin kau kan bertanya, Siapakah dirimu
Apakah destinasimu
Apakah ada yang lain, dari peganganmu yang ada
Atau mungkin perjalananmu tamat di sini dan tiada lagi
Hanya mimpi, kata mereka yang rugi
Hanya mimpi, mereka tak mahu percaya
Dan tak mengerti.
Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Ku harap kau memahami keadaan ku dan mungkin kau ingin bersama
Bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu |
|
|
|
|
|
|
|
penuh informasi...
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
saper blh citer pasal lagu nih
Dengar gendang-genderang
Gema menghentam dada
Seluruh Nusantara
Rentak yang sama
Pergolakan drama manusia
Masing-masing mahu buktikan
Kuat lemah
Langit mana pun sama
Bulan pun redha
Sinar bumi ayahku
Dan ayahmu jua
Gugur daun
Di telapak tangan
Terpijak ranting di jalanan
Aku rindu oh! kampungku
Aku tak mahu dijadikan hamba lagi
Aku tak mahu dijajah lagi
Biar terkubur jasad terbujur
Tak rela aku berpisah
Dari cintaku yang satu
Dan Rajawali terbang tinggi
Rajawali terbang tinggi... terbang |
|
|
|
|
|
|
|
sapa tok guru m nasir agaknya? Last edited by apam on 23-9-2012 09:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kaslan tu macam ahmad maslan ke?
kui kui kui |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin suatu hari nanti kite kene wat institut pemikir lagu2/lirik M.Nasir n da gang... |
|
|
|
|
|
|
|
igat lagi taon 1994....cikgu BM suruh tafsirkan maksud lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud.....
sorang pon x mencapai piawaian yg dikehendaki...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|