Soalan Petang Rabu
a.Disebalik warna kuning tu?
Spaghetti
b.Paste 1 pic penuhnya.
c.Paste 1 pic dimana ianya[jawapan] direbus.
d.Paste 1 pic dimana ianya digoreng.
e.Paste 1 pic yg 'funny' tentangnya.
f.Paste 1 resipi yg ADANYA.
Spageti Goreng Mudah
Bahan-Bahan:
spageti yang telah direbus dan ditoskan
20 ekor udang sederhana(kopek dan kulitnya direbus 2 cawan air untuk mendapatkan stok udang)
3 sudu makan minyak masak
4 biji bawang putih dikisar
1 sebiji bawang merah dikisar
10 biji cili padi dikisar
serbuk pati ayam maggi
Cara:
panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi udang sehingga hampir masak dan tuangkan stok udang tadi. Kemudian spageti dimasukkan sebelum rencah tadi hampir kering. Akhir sekali, masukkan serbuk pati ayam untuk menambahkan rasa sedap.
Cadangan Hidangan:
Makan ketika masih panas. Untuk mencantikkan hidangan boleh diletakkan diatasnya sedikit daun sup, hirisan cili dan bawang goreng.
a.Disebalik warna kuning tu?
Telur
b.Paste 1 pic penuhnya.
c.Paste 1 pic dimana ianya[jawapan] direbus.
d.Paste 1 pic dimana ianya digoreng.
e.Paste 1 pic yg 'funny' tentangnya.
f.Paste 1 resipi yg ADANYA.
Telur Masak Kicap
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur, digoreng mata kerbau (atau apa2 mata lahhh....)
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
Sedikit soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis (mat guna Jalen)
1/2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh cuka makan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih, serbuk lada hitam dan sos tiram, kacau rata dan tuang air. Masukkan kicap dan cuka. Biar mendidih.
2. Masukkan telur, lada merah hiris dan soo hoon (toskan dahulu). Kacau perlahan2 dan kecil kan api. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidang. Sedap dimakan bersama nasi putih....
a.Disebalik warna kuning tu?
kentang
b.Paste 1 pic penuhnya.
c.Paste 1 pic dimana ianya[jawapan] direbus.
d.Paste 1 pic dimana ianya digoreng.
e.Paste 1 pic yg 'funny' tentangnya.
f.Paste 1 resipi yg ADANYA.
Begedil Ayam
Bahan-Bahan:
½ kilo kentang - direbus, kupas kulit & lecek
¼ kilo isi daging ayam - digoreng tidak terlalu garing
segenggam bawang goreng
50 sen daun sup & daun bawang - hiris halus
garam secukup rasa
tepung gandum - anggaran 4 sudu makan
2 biji telur ayam - pukul sedikit
Cara:
1. kentang yang telah direbus dan dikupas dilecek/ atau ditumbuk hingga tidak berketul (lumat - bagi memudahkan untuk mengepalnya).
2. Isi ayam yang telah digoreng disiat-siat dan disatukan dengan kentang lecek tadi.
3. Masukkan garam, bawang goreng dan tepung gandum, mula-mula 2 sudu dahulu, jika sudah boleh dikepal, teruskan mengepal bulat-bulat dan dileperkan sedikit. Jika masih belum boleh dikepal tambahkan tepung gandum lagi.
4. Celup dalam telur yang dipukul sedikit dan goreng sehingga kekuningan.