tp camana dgn radio lain?? ada sapa2 dgr Era,hitz,Fly ??
Nadia90 Post at 29-9-2011 00:25
eh.. jgnlah gitu.. satu2.. falling in love da sudah skrg stand up tp dlm masa yg sama FIL yg dah dua bulan tersiar tu boleh dimantapkan lagi popularitinya.. harus first single dan second single sendiri berentap
Khamis September 29, 2011 Adib (Anak Datuk K) Mula Jaga Tingkah Laku
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
KUALA LUMPUR: Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Adib Khalid,21, mengakui dia sudah mula menjaga tingkah laku sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tempatan.
Adib yang baru sahaja menubuhkan syarikat rakaman, What's Up Entertainment berkata, dia tidak boleh lagi berperangai kebudak-budakan memandangkan dia kini menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi selepas menerbitkan album Inggeris Siti Nurhaliza iaitu All Your Love.
"Sebelum ini, walaupun saya tidak ada kaitan dengan industri hiburan tempatan, pelbagai gosip dan gambar-gambar saya disebarkan di Internet.
"Jadi, apabila berada dalam industri, sudah pasti saya akan menjaga tingkah laku agar tidak dipandang serong oleh masyarakat," katanya.
Namun begitu, katanya, hal itu tidak bermakna dia perlu berpura-pura dan menjadi hipokrit dengan diri sendiri.
Tambah Adib, dia tahu dirinya masih baru dalam perniagaan industri seni dan justeru, dia ingin lebih mendalami berkaitan bidang tersebut supaya misinya sebagai seorang peniaga muda berjaya tidak tersasar.
"Sekarang ini, saya masih lagi belajar di Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran.
"ada masa yang sama, saya cuba berkenalan dengan penggiat-penggiat seni di luar negara. Insya-Allah What's Up akan bertapak dengan kuat di samping sokongan dan bantuan ayah saya, Datuk Sero Khalid Mohamad Jiwa dan Siti," ujarnya.
Sementara itu, ditanya adakah dia turut mencuba menyertai di bidang perniagaan drama atau filem, kata Adib, dia masih belum memikirkan tentang hal tersebut lagi.
kita jgn la cepat melatah.. kalau ada org bg kritikan terima je.. jangan pulak anggap org tu bermusuh.. kalau jelas mmg tujuannya nak mengutuk dan menjatuhkan tu lainlaa
sesiapa yg tgk bella esok tolong la recordddddddddddd patik pacal yang hina memohon perkenan tuan-tuan hamba sekalian untuk merakam bella part CT sahaja (kekonon menyusun sepuluh jari merafak sambil duduk bersimpuh di balairong sari sambil sempat kenyit mata kat hulubalang)