CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liplicious

[BEST]Keluargaku Diganggu Saka! Real Story

[Copy link]
Post time 15-10-2015 10:23 AM | Show all posts
Kami semua fikirkan ibu dah ok pada mulanya...kak N, abg ipar dan ibu duk serumah. Macam rumah sakit pun iya...dan kami adik beradik kerap balik tengok dia orang.

Ibu? Ibu macam biasa cuma kerap sakit2 di bhgn belakang badan, panas katanya. Selera makan ibu macam biasa..kadang tu luarbiasa pun iya...bila dia terasa nak makan, mcm tak boleh tunggu2..dan dan tu nak makan. Boleh gaduh dengan kak N kalau terlambat sikit. Sabar jer kak N.

Kak E...selalu sakit kepala...sakit sendi...Kak E buat home business, ada waktu dia sampai tak boleh siapkan kerjanya..ada masa terpaksa kecewakan customer...

Anak aku..ya anak dara sulong aku, Umurnya 13 thn ..duk asrama. Baru-baru ni dia kena gangguan di asrama. Dia kena histeria...terkejut aku tgh2 mlm warden call...tapi kami hanya bawa dia berubat dgn Darussyifa". Nampak ok lepas tu cuma study anak aku merosot...dia tak fokus..pagi petang siang mlm dia asyik mengantuk.Tido tido tido...dan aku langsung tak terfikir masalah anak aku ada kaitan dengan kes ibu.

Kak X...dia memang ada masalah sakit puan..cuma baru-baru ni masalahnya semakin teruk. Jumpa doctor pakar kat hospital swasta pun mcm tak jalan. Kes Kak X ni lah yang membawa kepada pembongkaran besar-besaran tentang masalah ibu....(Anak kak X sebenarnya adalah anak buah...dia jaga anak abg O sbb dia  masih tak dapat zuriat setelah sekian lama.)

jap lagi aku sambung....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 10:41 AM | Show all posts
Edited by lipliciousOri at 15-10-2015 10:56 AM

...Bila sakit Kak X berlarutan..sampai muka pucat, asyik MC jer. Kak X bleeding terlalu banyak..mcm tumpah darah. Doktor ada bagi hint suruh ikhtiar cara lain...so faham2 aje lah. Dengan bantuan kak E, Kak X pun dibawa berubat dengan sorang cikgu yang org panggil ustaz Z. Katanya dia ni merawat cara Islam cuma ada kaedah-kaedah yang berunsur tradisional.

Ustaz Z tu kata Kak X punya sakit ada kaitan dengan salah silah keturunan. Senang cakap cik saka lah,,, Kak X ni kena attack bab period tak betul...atau senang kata dia ada masalah istihadah. Ustaz Z kata benda tu yang kacau sistem kesuburan kak X...masa berubat tu ustaz tak tau yang kak X dan Kak E adik beradik sebab dia org pergi dengan beberapa orang kawan yg lain...kawan kak E yang sama nak berubat masalah rumahtangga. Masa ustaz Z tu merawat, tanda2 kalau pesakit ada problem bab jin syaitan ni ikut cara ustaz Z tu..pesakit akan sendawa, pening kepala dan nak muntah. Kak X sedawa sikit2 jer...tapi kak E yang duk jauh dari Kak X pulak yang lebih...sampai nak termuntah...terkejut lah ustaz Z tu.Bila dia tanya apa kaitan kak X dengan Kak E....jawab Kak X..."dia tu kakak saya".....

Lepas ustaz Z siap merawat kak X..dia panggil kak E. Kak E sendawa kerap dan pening kepala....orang lain yg sakit, orang lain pulak yang teruk...Ustaz Z senyum jer...Ustaz Z kata...awak kumpul lah adik beradik awak..tak boleh buat sorang2..nanti saya ubat yang ini..yang itu pulak kena...so dia orang pun buat appointment nak kami semua gi berubat dengan ustaz Z....jeng jeng jeng..mmg berpeluh2 sesi berubat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 11:07 AM | Show all posts
Petang Jumaat tu kami adik beradik dah berkumpul di rumah ustaz Z. Ibu, Kami 6 orang adik beradik perempuan, Abg O dan isteri. Anak sulung aku, 2 orang anak perempuan abg O (yang salah seorangnya anak angkat kak X, aku namakan sbg H),anak perempuan kak Y dan anak lelaki kak A. Ustaz kata keutamaan kepada anak dan cucu perempuan ibu. Anak-anak  aku yg 3 org lagi tinggal di rumah ibu dengan suami aku. Aku tak mahu budak2 kecik join sekali..bahaya. Anak2 aku semuanya perempuan...

Kami diminta bawa jagung kering (makanan ayam), telur rebus, limau nipis, air mineral dan cuka. Setiap orang perlu memotong sedikit helaian rambut dan kuku kaki dan tangan hanya di jari tengah. Bungkus dalam tisu. Scary jer kan...aku mmg tak pernah berubat cara mcm ni. Cuak jugak. Mohon supaya tak ada unsur syirik di sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 12:09 PM | Show all posts
Edited by lipliciousOri at 15-10-2015 12:22 PM

Ruang tamu rumah ustaz Z terasa dingin dengan aircond 2HP aku rasa....rumah banglo dua tingkat di tepi jalan tu kelihatan mewah dengan laman yang besar dan deretan kereta milik keluarga Ustaz Z. Kami diminta duduk dalam bulatan dan ahli keluarga yang lelaki di minta ke tepi.Barang-barang yang dibawa dilonggokkan depan ustaz. Dia pesan sekiranya dalam masa membaca surah2 nanti kita boleh rasa kelainan pada diri kita sekiranya gangguan tu ada. kalau sikit kita sekadar pening, kalau banyak sikit mungkin akan sendawa, kalau banyak lagi mungkin akan menjerit...atau lebih-lebih lagi boleh jadi akan mengamuk. Fuhh..berdebar-debar rasanya...harap2 tak adalah kesan mcm yang ustaz tu cakap kat aku dan anak aku tu...

Ustaz Z mulakan dengan bacaan bismillah...dia mcm bagi muqaddimah tujuan kami semua datang petang tu untuk membung segala bentuk gangguan pada diri dan keluarga. Segala bentuk saka, sihir, rasukan dsbnya diminta keluar meninggalkan kami dan semua itu dimohon dnegan keizinan Allah jua. Semoga selepas ini keluarga kami akan terpelihara dan dapat menjalankan ibadah dgn aman. Dan semoga zuriat keturunan kami akan menjadi insan yang soleh/solehah. Kami pun baca fatihah, sedekahkan fatihah kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia, baca kalimah syahadah, zikir astagfirullah. Lepas tu Ustaz Z kata kami kena ambil 33 biji jagung yang diletakkan atas kain putih yg saiznya anggaran 10cm x 10cm.Kena baca surah tabbatyada tanpa bismillah, tapi dimulakan dgn auzubillah..hembus dan asingkan jagung tu. Buat berulang kali sampai 33 biji jagung tu selesai..jgn tertinggal sebiji pun. Masa ni hati aku dah berdebar2...Ya Allah, peliharalah kami.

kami baca surah tu bersama-sama. Nampak mcm tak ada apa2..semua ok. Cuma kak E macam hilang fokus..kejap pakai spec kejap bukak spec. Tamat baca...Ustaz Z kata siapa yang tadi masa baca ada rasa pening dan sendawa sila pergi ke satu sudut berdepan dengan tingkap yang dia buka sedikit. Tingkap2 lain dn pintu semuanya tertutup dekat ruang tamu tu.

Sebelum apa2..tiba-tiba ibu kata dia nak ke tandas...bukan setakat ibu saja...kak A, H (anak abg O) dan anak sulungku pun dan dan nak  gi toilet. Ustaz Z buat muka relaks jer. "Pergilah" dia kata...pendek. Ustaz Z pandang ke arah Kak E..awak ke sini. Saya nak scan awak dulu. Kak E pun cakap kepala dia terasa pening-pening sikit. Ustaz minta kak E duduk berlunjur menghadap tingkap yg terbuka tu...aku nampak dia pegang satu besi kecil berwarna kuning. Entah emas atau tembaga...aku tak pasti. Kak E senyum2 kat kita orang..konon mcm relaks jer. Hati aku berdebar2 sebenarnya. anak aku belum muncul lagi dari tandas kat belakang tu.

"kalau ada yang menumpang dia, sila keluar, keluar.." lembut saja cara Ustaz Z bercakap. Kak E tiba-tiba sendawa..."erkk", "keluar".."eeerrrrkkk...errkkkkkkkkkk" makin lama makin kuat dan makin garau suara kak E. Kami yang lain ni dah berpandangan satu sama lain. Ibu dan yang lain2 gi tandas tu dah balik duduk bersama kami.

"keluar, jgn main-main lagi..keluar aku kata" nada suara Ustaz Z sedikit tegas,, tiba2 kak E cakap "Sakittttttttt..." suara kak E garau...bulu roma aku naik. Dan anak aku tiba-tiba menangis...menangis teresak-esak,,,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 12:34 PM | Show all posts
Edited by lipliciousOri at 15-10-2015 12:37 PM

..."Kakak, kenapa?..." ku peluk anakku...jgn nangis...ustaz Z pandnag ke arahku..."bawa anak awak duduk belakang makcik dia ni" " kenapa ustaz?" dia pun sama tu ....kata ustaz Z. Nak luruh jantungku bila dengar kata-kata ustaz. Anak aku dah separuh lembik badannya...ku bawak dia duduk berlunjur di belakang kak E. Kakak (bukan nama sebenar huhu) macam org loya..asyik sendawa dan nak muntahkan lendir...semua bekas ustaz dah stanby..aku yang nak takut pun jadi kuat pulak sebab nak tolong anak sendiri.

Ustaz Z fokus mengubat kak E.."siapa kau?"
"Siapa kau?"...
"Aku tak mau keluar"
"Keluar! kalau tak..ko akan tambah sakit...."
"Arghhhhhh....." suara Kak E sedikit merintih.....rintihan2 kak E lama-lama semakin nyaringdan  macam bunyi mengilai...dia menangis..tasi esak tangisnya macam mengilaiiii... tak tau nak taip mcm mana bunyinya...

Kakak pun menangis...makin kuat dan makin kerap pulak nak meludah...aku dah macam orang apa dah masa tu...anak kan..

"Ko sapa yer?"
"AKu...aku...Aku PONTIANAK!" jerit kak E nyaring................................

Kami semua terdiam..saling berpandang..ibu kat mana pun aku dah tak perasan time tu. Biar betul kak E...

jap lagi sambung.....staff nak mintak sign, aku curik tulang ari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:33 PM | Show all posts
seram la cita TT ni.. smbg la lg kalau da ms ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2015 03:18 PM | Show all posts
....lepas kak E mengaku dia pontianak tu...ustaz Z tekan tengkuk kak E gunakan besi kuning tu..lebih galak kak E menjerit....nyaring dan kuat...seram nya tak boleh nak kata. Si kakak pulak bila dengar Kak E menjerit...dia pun menjerit sama...panas badan kakak..sedihnya aku tengok keadaan anak aku tu. Komat kamit mulut aku membaca ayat qursi...ku tiup di telinga kakak. Kakak menjerit nyaring....loya nya masih belum reda..kejap2 nak meludah. Kak E meraung dan mengilai...aku sempat menoleh ibu dan adik beradikku yang lain...semua pucat dan takut. Cuma abang O agak tenang. Kak E dan anakku si kakak bercucuran air mata..sakit agaknya...

Ustaz Z suruh adik beradik ku yang lain tu utk minum air mineral yang dah dibaca doa...makan telur rebus sorang sebelah...cuaknya aku nak makan...apa jadi lah lepas makan nanti,, bila kami makan, jeritan Kak E amkin kuat..kakak pun masih menjerit...tiba2 suasana bertambah hingar...kedua2 anak Abg O menjerit..menganga mulut budak2 berdua tu..si H dan si F (banyak sgt watak,, dah mcm2 huruf yg keluar). Si F sgt agresif...kebetulan dia duduk berdekatan dgn Ustaz Z...aku nampak dia meronta nak menendang Ustaz Z. Abg O dan isteri mengawal anaknya si F. Jeritan si F nyaring...waktu ni kakak macam tersentak..dia seolah tersedar...aku bagi anakku tu minum air...bagi dia makan telur rebus...berlinang air mata kakak.."sakit mama, sakit sangat" bisiknya perlahan. Sebak hatiku,,,,tapi aku tak menangis....aku perlu kuat utk tenangkan si kakak.

Abg O punya turn pulak dan control F dan H. Kak E dah dibaringkan. Ustaz Z menutup badan Kak E dengan sehelai kain putih separas dada. Kak E ditinggalkan seketika. Ustaz Z merawat F dan H dua beradik. Dia org ni bertenaga...habis tendang terajang segala....masa ni kakak, anakku dah semakin reda. alhamdulillah...tapi dia masih menangis. Bila F dan H dah boleh dikawal, ustaz Z beralih pada kak E pulak...dia ambil botol sos yang telah disumbatkan dengan tisu2 berisi kuku dan rambut kami...dia masukkan jari hantu kak E ke dalam mulut botol tu. Apa lagi...semakin kuat pulak Kak E meraung.."sakittt..sakitttttttttttttttttttttttttttttt". "Masuk...jgn degil" kata ustaz Z.

Lepas tu giliran si kakak, F dan H pulak. banyak agaknya segala hantu dan jin tu dikumpul dlm botol dari keempat2 pesakit.Hampir jam 5 petang baru semua proses mengubat tu selesai...F dan H pun loya dan muntah2 macam si kakak tadi. Kak A mintak ustaz Z scan dia sekali..tapi Ustaz Z menolak....dia kata dia dah tak larat. Lagi pun dah asar..dia nak solat dan mintak kami dtg lepas seminggu. Botol, jagung yg berbungkus kain putih perlu dihanyutkan dalam sungai. Ustaz Z suruh kami mandi sleama 3 hari dengan campuran air, cuka, garam kasar dan limau nipis. Mandi dan gosok limau ke seluruh tubuh. Kalau sendawa ketika mandi maknanya benda tu keluar. Kalau tak sendawa maknanya dah kosong...kata dia lah.

yang peliknya masa ni..ibu relaks jer..cool dan tak ada respon apa2...ibu tak ada tanda2 pelik. Ustaz Z kata benda yg tggl kt badan ibu hanya yg lemah2..yang kuat2 dah merasuk ke anak cucu. Amboiii ibu....anak cucu pulak yang seksa skrg ni.

Kami pun balik....dan carik anak sungai yg paling dekat utk menghumbankan segala barang yg dipesan dalam sungai....seksa nak carik sbb takut org nampak...lepas tu berkejar carik masjid nak solat Asar pulak.

Episod seterusnya bila lepas seminggu ...dan rawatan ustaz Z di rumah ibu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 03:36 PM | Show all posts
lipliciousOri replied at 15-10-2015 03:18 PM
....lepas kak E mengaku dia pontianak tu...ustaz Z tekan tengkuk kak E gunakan besi kuning tu..lebih ...

sambung lagi ........ seram bace.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 04:32 PM | Show all posts
Edited by lipliciousOri at 15-10-2015 04:39 PM

Balik dari rumah ustaz Z kami semua sibuk carik ayat ruqyah..pasang kat rumah masing-masing. Tak terkecuali rumah ibu.

Ibu resah gelisah..selalu rasa nak duk luar...nak jauh dari alunan ayat suci tu...."N, badan aku ni sakit2 tau..tak boleh ditutup ke benda tu..panas ibu ni..panas badan aku!"

Kat rumah aku memang non-stop. Siang malam pagi petang kami pasang. Dan aku mula mengamalkan zikir2 harian..baca Quran . Baca AlBaqarah terutama ayat 1-5. Bagusnya kat sini, kita akan mencari Allah, mohon pada dia...kita balik pada agama.

Yang kesiannya kak E. Ustaz Z kata...saka tu berkenan pada kak E sebab ibu sgt cenderung pada Kak E. kak E memang rapat dengan ibu. Ibu bagi Kak E macam2 benda...kain, baju, hasil kraftangan ibu macam bunga telur dan barang hiasan hantaran yg ibu pernah buat masa ibu sihat dulu.Kiranya benda2 yang ibu sayang lah. Kak E pun selalu makan lebih ibu..contoh kalau ibu makan karipap separuh...separuh lagi ibu bagi kak E..dan Kak E rela makan. Lepas ibu sakit pun Kak E masih macam tu....terus terang aku kata, kami yang lain-lain ni..apa saja barang dan makanan ibu kami tak usik. Kalau ibu tak nampak , kami campak jer masuk tong sampah.

Sejak balik berubat dgn ustaz Z, nak tidur malam kak E selalu kena kacau. kaki dia ditarik ketika baru nak lena..atau ketika dah lena....macam ada benda yg tarik2 kaki kak E. Tangan kak E selalu rasa bisa2..rasa sakit..rasa kena gigitan..Bila pasang ruqyah kak E dah sama macam ibu. Pening dan sakit kepala,,,panas badan. Time solat kak E diuji macam2...ada bisikan2 nakal yg kata " E, aku nak kacau kauuuuu...hahahahahaha" mungkin kak E berhalunisasi aku pun tak tau. Lepas solat baru nak zikir..dia dah menguap...kadang tertidur ketika berzikir dan berdoa. Kesian Kak E. Bunyi serangga macam cengkerik bersahut-sahutan siang dan malam..terutama waktu kak E tinggal sorang bila suami dan anak gi keje/ sekolah. Wajah kak E tak bermaya....keletihan.

Anak aku si kakak..balik ke asarama macam biasa...tapi bila dia mengaji lepas maghrib telinganya selalu sakit..berdenyut2 mcm masa ustaz Z merawat dulu....

Ibu pulak, puas kami tanya...ibu masih berahsia. "tok nenek aku orang baik2..tak ada pun bagi ibu benda2 jahat" "mulut kau orang jgn jahat nak tuduh2 ibu, ibu kata tak tau..tak tau lah!" Sedangkan Kak E kata ketika usianya 13atau 14 tahun..ibu ada mengajar dia ayat seri wajah,,lepas diamal ramai budak lelaki tulis surat nak berkenalan dgn Kak E.Kak E cantik juga orangnya . Berkulit putih dan memang ramai peminat ketika muda.Dan ibu selalu berbangga sebab kak E mewarisi keayuannya....ibu kan taksub dgn kecantikan.

Lepas ni aku akan citer pengalaman ketika ustaz Z datang ke rumah..dahsyat betul aku rasa...debarannya Allah saja yang tahu....siapa yg mengalami boleh menyelam perasaan aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:39 PM | Show all posts
smoga tt tabah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 05:18 PM | Show all posts
Edited by lipliciousOri at 15-10-2015 05:26 PM

Kami adik beradik kena berkumpul lagi...ustaz mintak kalau boleh semua perlu hadir....kalau dulu yg perempuan diberi keutamaan..tapi kali ini ustaz kata biar semua anak dan cucu ibu ada. Malas nak buat banyak kali lagi....

Sayangnya Abg O tak boleh balik..dia ada urusan kerja yang tak boleh dielakkan.. business matters..anak abang O si F pun tak boleh balik sbb tgh exam kat kolej. Ada 3 orang lagi anak2 Abg O yg tak boleh join. Ada jugak cucu2 ibu dari anak kak N , kak Y yang tak boleh datang..termasuk dua org anak kecilku yang aku memang tak mau bawak...suamiku jaga anak2 ku kat rumah kak Y.

Punca kami kena duk bersidang ni sebab lepas seminggu berubat dgn ustaz Z...kak E, Kak A, Kak N, Kak X dan Kak Y dtg jumpa ustaz Z. Bawak ibu sekali....dia org nak pastikan masih adakah gangguan tu...masa ni terbongkar rahsia lain...ingat tak, kak A (kakak sulungku) tak sempat scan lagi....masa di scan kali ni..Kak A katanya tiba2 jadi macam harimau...ibu ada saka harimau pulak..masa dengan kak E saka pontianak.....aduhaiiii banyak betul species nyer....Kak A merangkak seolah2 harimau jadian..mengaum dan menggeleng2 kepala persis seekor harimau....Kak A kata dia berumur 200 tahun...dan ibu adalah tuan kepada  harimau tersebut...ibu dapat dari moyang kami iaitu nenek kepada ibu sendiri. harimau ni penjaga kepada harta, keturunan dan nak bagi masyarakat gerun dan memandang tinggi pada keturunan kami...karut betul kan! Memang keluarga ibu orang ada-ada pada zaman dulu..tanah berekar2..dan pandai mengubat.Rupanya penuh dengan benda mistik....kesalnya aku dengan kejahilan mereka.

Macam biasa..kalau tanya ibu,,jawapan ibu.."aku tak tau.." sama ada betul2 tak tau..kami pun tak ada jawapannya...

So.....nantikan kisah di rumah ibu pulak. Aku keje sign2 jer ari ni...jahat aku huhuhu....dok layan thread ni.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 08:53 AM | Show all posts
teruskan menulis.. aku sudi membace..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:39 AM | Show all posts
wahhhhhhhhhh..banyak citer umah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 12:17 PM | Show all posts
hari ni xdok update ker? x sbr nak tau camne ending
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 01:04 PM | Show all posts
Edited by lipliciousOri at 16-10-2015 02:04 PM

kejadian berlaku minggu lepas...baru sangat2 kan. Sebelum acara malam tu aku sedaya upaya mengamalkan zikir, doa dan ayat2 Al-Baqarah sebagai pendinding diri. Dalam hati ada sedikit rasa tak sedap tentang cara pengubatan ustaz Z. Entahlah, aku bukan berilmu..tak pandai nak meletakkan hukum. Kepada Allah sahaja aku berserah.

Sabtu Malam Ahad, di rumah ibu..selepas Isyak.

Selesai solat Isyak berjemaah, kami anak beranak termasuk ustaz Z duduk dalam satu bulatan.Masing-masing  dapat satu bungkusan jagung sebayak 33 biji yang dibungkus dalam kain putih. Cara rawatan sama jer yg mcm Ustaz Z buat masa kat rumah dia dulu. Aku duduk hampir bertentangan dengan ustaz Z, ada waktu mata kami bertentangan. Dan aku cepat-cepat membuang rasa semacam bila ustaz Z memandang aku. Ketika dia memulakan muqaddimahnya tu..tiba-tiba jer lengan sebelah kiri aku rasa berdenyut2..sebanyak 3 kali. Jelas dan kuat denyutan tu...tersentak aku dibuatnya. Tapi aku tawakal dan cepat2 baca ayat qursi dan surah albaqarah ayat 1-5. Ku usap lengan kiriku...rasa denyutan tu hilang.

Sebelum membaca surah alLahab sebanyak 33 kali, ustaz Z bagi tau sesuatu,,
"Dia dah datang ni.."
"Ramai juga yang ada malam ni..."
Naik bulu romaku mendengar cakap ustaz Z.
Sekali lagi aku diuji...kali ini lengan kiri aku rasa berat,,rasa mcm ditekan. Akucepat2 baca zikir dan surah...aku sapu pelan2 di bahu. Hilang rasa tekanan tu.

Kami semua dah mula disuntik rasa seram. Aku berdoa moga Allah pelihara aku dan anak2 ku. (kali ini si kakak dan si angah (anak keduaku) ada sekali).Moga Allah jaga aib aku.

Bacaan tabbatyada dimulakan dengan meniup biji2 jagung.ketika bacaan yang ketiga, anak lelaki kak N yang berusia awal 30-an sendawa...jelas bunyi sendawanya. Sekejap lagi suami kak N pulak. bacaan diteruskan sehinggalah kepada 4-5 bacaan yang terakhir, kak A pulak sendawa.Kuat bunyi sendawa nya..."erkkkkkkk". mata kak A bulat dan besar...dia terhenti daripada membaca.....tiba2 dia memekik "sakittttt lah" .."apa benda ni" jeritnya kuat.

Kak A duduk mengembangkan bahunya....sama macam harimau nak merangkak..."aku sakittt" "roarrrr...roarrr" bunyi harimau menderammm...matanya tajam memandang ke arah anak aku si kakak. Tiba2 kakak sendawa dan mula nak muntah...Aduhaiiii kena lagi anak aku.....cepat2 ku tadahkan plastik bagi kakak meludah. Makin lama makin banyak....kakak dah mula menangis,,,kesian dia...adik dia si angah aku suruh berpindah. Bimbang aku angah pulak kena.

yang lain2 masih ok. Kak E pun aku tak nampak apa2 yg pelik. Sehinggalah tamat bacaan tu....Ustaz Z suruh kami simpan kain putih berisi jagung tu dalam satu bekas. Kak A dah mula terbaring bergolek di lantai. Aku hanya mampu memandang kak A dari jauh. Aku cuba pulihkan si kakak..baca ayat qursi dan tiup di telinga dan tengkuknya..kakak menangis dan menjerit.

ustaz Z suruh yg lain2 cepat2 potong limau nipis...kopek telur rebus (makan sorang sebelah) dan minum air mineral. limau nipis tu kena sapu dan gosok kat badan semua orang terutama yang kena attack teruk.Rupanya bila sapu dengan limau ni keadaan jadik lebih tak terkawal....

2-3 orang anak buah aku  bantu mengawal kak A..dia meronta dan lagaknya macam seekor harimau. Kak A anak sulung, dan gangguan yang dia dapat ni dari saka harimau nenek moyang kami.....

"Sapa tuan kau?"
"tuan aku si *&^% (nama ibu..panggilan ibu di kalangan keluarganya)"

...dari jauh aku pandang ibu, sayangnya ibu macam tak ada perasaan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 01:37 PM | Show all posts
.........................

Kak E sapu limau ke badannya,,,,kak X dan kak Y bantu dia. Tiba-tiba kak E menjerit....jeritannya nyaringggg.....kuat dan bunyi mengilai macam yang sebelum ni..Ya Allah sagat2 menakutkan.

Kak A pulak berdialog dengan Ustaz Z,
"Aku nak makan"
"makan apa?"
"makan daging si &^%$#"
cepat2 ustaz Z suapkan telur rebus kat mulut kak A. Kak A makan dengan lahap...tapi,,,
"Apa benda ko kasi aku makan ni?"
"Apsal daging ni lembek?" (serius yg ni lawak.....tau pulak tu bukan daging)

Masa ni ada yang selamatkan ibu....bawak ibu jauh sikit dari tempat kak A.

si Kakak terus menjerit..jeritan yang sama mcam kali pertama berubat dulu. Ku sapukan limau di seluruh tubuh kakak. menggelupur dia kepedihan..kesian aku tgk..."sakittt" "mama sakitt" " panasssss".kakak meronta-ronta. aku baca kan ayat2 dari surah 3 qul....ayat qursi...kakak menepis2.

Kak E menjerit melolong...kak X dan kak N bantu kak E. Sapukan limau kat kepala...lagi nyaring kak E mengilai...

Anak abg O si H pulak kena attack..dia menangis dan menjerit....sampai merah mukanya,,,mujur anak sulung abg O bantu adiknya. Bila H hilang kawalan, kakaknya siap sepak muka dia kuat2..kesian pulak aku tgk...satu rumah ibu penuh dengan jeritan yang menakutkan daripada keempat-empat mangsa..Kak A, Kakak, Kak E dan H. Tak boleh nak gambarkan macam mana..hilang ketakutan..aku cuba jadi kuat!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 01:56 PM | Show all posts
Edited by lipliciousOri at 16-10-2015 01:58 PM

..Ustaz Z banyak merawat kak A, sebab dalam ramai2 tu Kak A yang terkena saka harimau...Bila ustaz Z tekan badannya dengan besi kuning tu..kak A meraung mintak tolong.

"mana tuan aku?.."
"Aku nak tuan aku"

tiba-tiba kak A duduk..matanya liar mencari ibu.....dia mengesot nak pergi ke arah ibu " tuan aku, aku nak dia"
Ustaz Z membaca sesuatu..tekan tengkuk kak A. Kak A lemah...tapi masih menderam2 bunyi harimau.

Ibu dah duduk kat satu sudut..aku pesan kat ibu suruh zikir...bagi dia tasbih kesukaannya.

H pulak menjerit2 dan meraung..Kakak bila dengar geng dia menjerit, dia pun kena semula. Naik geram aku dengan benda ni. Kak E pun sama. mengilai tak berhenti....

sampailah ustaz tu bawa botol kat dia orang. lagi kuat meronta dan menjerit....

Anak lelaki  kak A azan sebanyak 4 kali....baru lah reda sikit...masa ni ibu dah nampak letih sgt. ustaz Z suruh sapukan air mineral kat dia org berempat...dan cepat2 semua orang kena cari sungai utk hanyutkan biji2 jagung dan tanah empat penjuru dari rumah masing2 (lupa nak citer yg ni).

ustaz Z tinggal kat rumah dgn suami kak N...tunggu kami balik. Lama jugak nak carik sungai...kami keluar dengan 4-5 biji kereta....dan kemudian campak benda2 tu dlm sungai...bila otw balik aku tgk si kakak dan kak E letih sangat..kesian dia org.bila tanya sedar atau tidak masa kena rasuk tadi?..dia org cakap dia org sedar,, tapi tak boleh nak kawal.

So...itu lah kejadian yang menimpa keluarga kami..sampai sekarang masih berusaha untuk mengusir benda jahat tu...

Ibu tetap sama..tiada jawapan, tiada penjelasan...apa pun dia tetap ibu kami, satu-satunya...

Maaf kalau cara penceritaan sedikit dragging dan membosankan...aku tak reti nak gambarkan betapa teruknya suasana malam tu dengan penulisan....tapi bagi sesiapa yang pernah mengalami , aku percaya mereka memahami.

....................sampai jumpa lagi..............................
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 04:46 PM | Show all posts
tuan tanah sila jgn segan2 update lg cite yea..
Semoga family tuan tanah dipulihkan dari gangguan syaitan lahanat nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 05:26 PM | Show all posts
berat dugaan TT dan keluarga.. moga cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung cepat sikit,makcik.. :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.414003 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list