CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

Berita Hari Ini - 2005

 Close [Copy link]
 Author| Post time 18-3-2005 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 17-3-2005 08:09 AM:
by giving bad service,there are only ruining their own reputation....




tapi sedih ah bang matz.....

orang kita susah payah support orang kita last2 bidang pendidikan pun kena goreng jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2005 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 17-3-2005 09:42 AM:


Ya ke? Mana boleh burn eh. It should be fully reimbursable what...




Macam gini aku boleh cakap eh dorang " tak handle duit ngan betul"..

so mana pegi duit2 tu semua :cak::cak::cak::cak:


Ni sepatutnye tempat pendidikan secara islam wei.....:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2005 11:06 AM | Show all posts
u all dah baca berita di NY, seorg prof ni mengimam kan solat jumaat...
sedih yer..ni mesti ade yg dia terconfuse...dlm hukum, she not doing the right thing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2005 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by rosslyn at 21-3-2005 11:06 AM:
u all dah baca berita di NY, seorg prof ni mengimam kan solat jumaat...
sedih yer..ni mesti ade yg dia terconfuse...dlm hukum, she not doing the right thing.




Ross.

Ko gi sini kat bod CI - http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=152381&fpage=1


smalam aku paste more than dozen photos...
then banyak la orang ceta2 kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2005 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 21-3-2005 01:16 PM:




Ross.

Ko gi sini kat bod CI - http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=152381&fpage=1


smalam aku paste more than dozen photos...
then banyak la orang ceta2 kat sana.


thanks dep..patutlah u tah letak apa2 kat sini..rupa2nyer dah ade kat current issue...

[ Last edited by rosslyn on 21-3-2005 at 05:33 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2005 06:51 PM | Show all posts
Originally posted by rosslyn at 21-3-2005 04:25 PM:


thanks dep..patutlah u tah letak apa2 kat sini..rupa2nyer dah ade kat current issue...

[ Last edited by rosslyn on 21-3-2005 at 05:33 PM ]


pasal kat sana dah orang bukak topik, so tampal gambar2 kat sana la....


tapi memang kes serious ni.... kalo ada orang sokong kat spore, jangan tekejut lain kali spore pun mula....
pasal spore ni negara secular, semua pun ok.
So modern ke, havoc ke, basic law agama tak mau lupa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2005 06:53 PM | Show all posts
yang palin aku terperanjat is, dia buat solat jumaat di gereja lagi setelah 3 masjid menolak permohonan mereka....ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2005 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 21-3-2005 18:53:
yang palin aku terperanjat is, dia buat solat jumaat di gereja lagi setelah 3 masjid menolak permohonan mereka....ish ish

kalau dia buat kat mana pun.. akan tetap dilaknat... manusia kalau dah pandai ni lah akibat nya.. hukum Allah pun berani langgar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2005 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 21-3-2005 18:51:


pasal kat sana dah orang bukak topik, so tampal gambar2 kat sana la....


tapi memang kes serious ni.... kalo ada orang sokong kat spore, jangan tekejut lain kali spore pun mula....
pasal s ...

betul... basic mesti ada.. sebab macam mana tinggi kita belajar.. kalau terkeluar landasan.. terpaksa balik ke basic..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 07:10 AM | Show all posts
COFFEE BEAN PULA TUNGGU SIJIL


SEBUAH rangkaian cawangan kafe terkenal kini sedang menanti keputusan bagi permohonan pensijilan halal yang didaftarkannya sejak November lalu.

Syarikat The Coffee Bean & Tea Leaf yang mempunyai 39 cawangan di serata pulau telah memperuntukkan sebanyak $20,000 setahun untuk mendapatkan pensijilan halal bagi kesemua cawangannya itu.

Sebuah lagi cawangan bakal dibuka di Pantai Palawan di Sentosa dan dijangka mula beroperasi Ogos ini.

Mengesahkan demikian, Pengurus Projek syarikat tersebut, Encik Shukor Talib, berkata meskipun pihaknya telah mendapatkan bekalan halal sebelum ini, pensijilan itu dijangka memberi keyakinan terutamanya kepada masyarakat Melayu/Islam mengenai jenis makanan yang disediakan.

'Kami yakin dengan pensijilan ini, masyarakat Melayu/Islam akan lebih yakin untuk melanggani kami,' katanya semasa dihubungi baru-baru ini.

Menurut Encik Shukor, pihaknya menjangkakan penjualan meningkat sehingga 10 peratus apabila pensijilan halal dikeluarkan kepada cawangan syarikat itu kelak.

Antara makanan yang dijual ialah berbagai jenis minuman kopi dan pastri serta makanan Barat.

Ketua Unit Strategik Pensijilan Halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Shahlan Hairalah, berkata permohonan seperti itu akan memakan masa yang lebih lama kerana pemohon perlu membuat perubahan berdasarkan garis panduan pensijilan.

'Ini kerana operasi mereka besar dan luas, maka banyak yang perlu diteliti sebelum pensijilan dikeluarkan,' katanya lagi.

:pompom::pompom::pompom:

akhir nya nanti dapat jugak aku minum kopi dia yang sangat harum...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 07:11 AM | Show all posts
SOSEJ TIDAK HALAL DARI MALAYSIA TIDAK DIEKSPORT KE SINI


SOSEJ tidak halal yang dikesan diproses di dua kilang di Malaysia tidak dieksport ke Singapura.

Demikian kata Ketua Unit Strategik Pensijilan Halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Shahlan Hairalah.

Menyentuh isu dua kilang yang terletak di Selayang yang diserbu dan diarah tutup selama dua minggu itu, Encik Shahlan berkata pihaknya telah merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejurus selepas laporan mengenainya disiarkan.

'Sehubungan itu, kami menjalankan pemantauan segera ke atas sosej-sosej yang dijual di sini untuk memastikan bahawa tiada yang melanggar peraturan pensijilan halal,' katanya lagi semasa ditemui baru-baru ini.

Isnin lalu, sebuah kilang yang terletak di Kompleks Selayang dan satu lagi berhampiran Pasar Borong Selayang diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa serta-merta.

Antara barang yang dirampas ialah 200 kotak berisi sosej, kotak kosong dengan logo 'halal' yang tidak sah, pelekat dan sarung plastik.

Sebuah restoran di gedung terkemuka di Damansara Utama yang dipercayai menjadi pe langgan utama kilang sosej tersebut turut diserbu dan 50 kotak berisi produk berkenaan dirampas.

Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 07:30 AM | Show all posts
KENA BAYAR BALIK BON LEPAS GAGAL JADI GURU

BUKAN sahaja impian Cik Siti Suhana Saat untuk menjadi seorang guru hancur berkecai, bahkan beliau kini menanggung hutang yang banyak.

Keadaannya yang ibarat jatuh ditimpa tangga itu berlaku setelah Kementerian Pendidikan (MOE) menamatkan latihan Cik Siti Suhana di Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Tindakan itu diambil selepas beliau gagal dua kali dalam ujian praktikal atau modul latihan mengajar pada tahun terakhir pengajiannya.

Lantaran itu, Cik Siti Suhana, 20 tahun, yang seharusnya memenuhi bon bersama MOE dengan mengajar di sekolah rendah setelah tamat pengajian, terpaksa membayar sejumlah $76,700 kepada kementerian tersebut kerana dianggap melanggar perjanjian.

Jumlah tersebut merangkumi gaji yang dibayar MOE ketika beliau masih menuntut, yuran tuisyen dan faedah.

Cik Siti Suhana, anak sulung tiga beradik, menyertai NIE sejurus selepas beliau lulus peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat "O'.

Cik Siti Suhana telah melunaskan $7,700 pada bulan lalu dan selebihnya akan dilunaskan menerusi jumlah ansuran $200 sebulan selama 40 tahun.

Menurutnya, beliau tidak sedar bahawa beliau dianggap sebagai membatalkan bon jika latihannya dihentikan kerana gagal dalam peperiksaan.

Dalam ujian praktikal tersebut, guru-guru pelatih dihantar ke sekolah-sekolah untuk mengajar selama dua bulan.

Keputusan bagi ujian tersebut berdasarkan penilaian beberapa orang guru berpengalaman.

Beliau gagal ujian tersebut secara keseluruhan meskipun mendapat gred B daripada seorang guru.

"Seorang guru mungkin berpendapat saya seorang guru yang baik, manakala seorang lagi berpendapat sebaliknya. "enilaian dibuat berdasarkan piawaian individu," ujarnya.

Mengenai kegagalannya itu, anak pemandu teksi tersebut berkata:

"Bukannya saya sengaja membatalkan bon.

"Keputusan dibuat oleh orang atas, jadi mengapa tidak mereka semak kes saya? Saya gagal bukan kerana saya sengaja."


Beliau pernah merayu pada 23 Disember lalu, tetapi rayuannya itu ditolak NIE.

Cik Siti Suhana baru mula bekerja sebagai guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dengan gaji $750 sebulan.

Bagaimanapun, beliau tetap bertekad menjadi seorang guru.

"Saya begitu malu. Empat tahun saya di NIE, bukan sahaja saya tidak dapat diploma, malah menanggung hutang yang banyak," tambah Cik Siti Suhana.

aku nak komen sikit.. memang kesian dgn nasib suhana ni.. tetapi kadang kala guru guru muda ni deserve it.. pernah beberapa kali aku ke sekolah anak aku untuk bertanyakan soalan atau perkembangan anak aku.. percaya tak.. guru bangsa melayu kebanyakkan nya yang kerek,anggek, kurang sopan.. cara marking kertas pun very strict.. kadang kala murid dapat menjawab soalan dgn betul tetapi ada lah ejaan yang salah, guru muda ni anggap seluruh jawapan salah..yang kelakar nya mereka tu bukan nya lama.. 1 penggal aje.. lain pulak dgn guru lama.. mereka tutup mata.. mereka tahu murid murid ni tahu buat tapi cuai.
ada sorang guru muda masa dia jadi form teacher anak aku punya lah sombong.. salam pun tak nak dgn waris murid.. aku pun kenakan dia balik.. dia cakap english sepanjang perbualan tapi aku hentam cakap melayu.. tak satu pun perkataan english aku guna kan.. :nana:
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 07:48 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 22-3-2005 07:30:
aku nak komen sikit.. memang kesian dgn nasib suhana ni.. tetapi kadang kala guru guru muda ni deserve it.. pernah beberapa kali aku ke sekolah anak aku untuk bertanyakan soalan atau perkembangan anak aku.. percaya tak.. guru bangsa melayu kebanyakkan nya yang kerek,anggek, kurang sopan.. cara marking kertas pun very strict.. kadang kala murid dapat menjawab soalan dgn betul tetapi ada lah ejaan yang salah, guru muda ni anggap seluruh jawapan salah..yang kelakar nya mereka tu bukan nya lama.. 1 penggal aje.. lain pulak dgn guru lama.. mereka tutup mata.. mereka tahu murid murid ni tahu buat tapi cuai.
ada sorang guru muda masa dia jadi form teacher anak aku punya lah sombong.. salam pun tak nak dgn waris murid.. aku pun kenakan dia balik.. dia cakap english sepanjang perbualan tapi aku hentam cakap melayu.. tak satu pun perkataan english aku guna kan..


Aku pun ader baca ni berita pat BH. Kesian jugak dgn budak tu.

Tapi kan quite agree with Brownie ah pasal guru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2005 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 22-3-2005 07:30 AM:
KENA BAYAR BALIK BON LEPAS GAGAL JADI GURU

BUKAN sahaja impian Cik Siti Suhana Saat untuk menjadi seorang guru hancur berkecai, bahkan beliau kini menanggung hutang y ...




Pada aku macam ada orang nak nengok Suhana ni mati aje...

OK la, dua kali fail, tapi tak boleh slot dia jadi support staff ke, non teaching staff ke kat mana2...

$76,000? dah bayar 7k , lagi 200 every month for 40 years???
biar betik..


SO ni dah masuk sokkabar, nak nengok wakil2 orang melayu cakap apa lak, or semua diam aje takut :jeling::jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 09:29 AM | Show all posts
guru guru muda kebanyakkan nya ghairah sangat.. sampai murid murid tak rasa enjoy belajar.. everything nak perfect perfect perfect.. ingat budak makin pandai... padahal makin lingkup..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 09:42 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by herokampong at 22-3-2005 07:48 AM:


Aku pun ader baca ni berita pat BH. Kesian jugak dgn budak tu.

Tapi kan quite agree with Brownie ah pasal guru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2005 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 22-3-2005 09:29 AM:
guru guru muda kebanyakkan nya ghairah sangat.. sampai murid murid tak rasa enjoy belajar.. everything nak perfect perfect perfect.. ingat budak makin pandai... padahal makin lingkup. ...



lain sey teacher dulu teacher skarang...


teacher dulu ajar anak murid cam anak sendiri..., betul2 punye jaga sey happiness n sadness budak2.

teacher skarang maybe ada ajar untuk dapat gaji, budak2 pass fail, nak sekolah nak berhenti , tak pedulik janji gaji masuk tiap2 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 22-3-2005 09:49:
lain sey teacher dulu teacher skarang...


teacher dulu ajar anak murid cam anak sendiri..., betul2 punye jaga sey happiness n sadness budak2.

teacher skarang maybe ada ajar untuk dapat gaji, budak2 pass fail, nak sekolah nak berhenti , tak pedulik janji gaji masuk tiap2 bulan.


Smalam punyer Today paper kalau tak salah, ader article pasal orang ni compare education system/teachers pat US dgn Sg. Apa dia kata tu betol, sini sumer stress, pastu tichers kasi stress to students. Sigh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 22-3-2005 09:42:


:setuju::setuju::setuju:

Teachers yg muda2 sekarang ada yg terror ah...I know your personal life is your problem, tapi sebagai seorang guru, kena jagalah tata tertib dan akhlak because your pupils look up to you as a role model.


I know this guy... ticher.... pat luar.... main band black metal... website... sumer gambar setan....

My fren pernah citer pat I, dia pegi anak dia punya sports day, teacher anak dia punyalah seksi, pakai shorts sampai nak terkeluar setengah bontot....:geram:
.... :hmm: thought tu benda selalu ader pat website
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 07:18 AM | Show all posts
SOAL CENGKERAM: HIJRAH PERJELAS KEDUDUKAN


KAMI merujuk kepada surat bertajuk Hijrah masih belum pulangkan cengkeram (BH, 16 Mac). Segala usaha diambil untuk memastikan keselamatan dan keselesaan murid dalam pengendalian pusat kami.

Tentang masalah wang cengkeram yang ditimbulkan beberapa pembaca, berikut penjelasan kami:


Cik Haslinah A Kadir dan Nazliah A Ghani.

Wang tuntutan masing-masing sebanyak $351 dan $221 telah kami masukkan ke dalam akaun CDA anak-anak mereka pada 15 Februari menerusi cek OCBC kami.

Malah pegawai kami telah menghubungi mereka mengenai pembayaran itu pada keesokan harinya.


Cik Haslinda Mohd Amin.

Beliau memaklumkan akan berpindah ke Woodlands. Beliau memohon agar anaknya dapat ditempatkan di cawangan Woodlands. Memandangkan cawangan Woodlands tiada kelas K2, beliau minta anaknya dipindahkan ke cawangan Choa Chu Kang dan permintaannya diterima.

Beliau mahu pengangkutan disediakan dari Yishun ke Choa Chu Kang selama dua bulan dan kemudian bertukar pula dari Sembawang ke Choa Chu Kang.

Kami hanya dimaklumkan beliau berpindah ke kawasan Woodlands dan bukan Sembawang. Pengendali pengangkutan kami memaklumkan kepada suaminya kenderaan mereka tidak beroperasi di Sembawang sebab tiada murid yang tinggal di Sembawang dan bersekolah di Choa Chu Kang.

Rekod kami menunjukkan pada 5 dan 8 Januari lalu, potongan yuran bulanan dan pembayaran lain melalui akaun CDA beliau juga gagal.

Apabila diberitahu, Cik Haslinda berjanji akan lunaskan yuran tertunggak pada 12 Januari 2005, tetapi janjinya tidak ditunaikan.

Walaupun pembayaran yang kami terima hanyalah sebahagian sahaja, Hijrah Kindergarten tetap bermurah hati menerima pendaftaran anaknya. Ini memandangkan kami lebih mementingkan persekolahan anaknya.


Cik Noorhayati Salleh.

Pada 1 Disember lalu, usaha kali kedua kami untok memotong yuran pendaftaran daripada akaun CDA anaknya sebanyak $334.20 gagal. Malah, usaha kami seterusnya bagi yuran tertunggak gagal kerana kekurangan dana.

Hanya pada 10 Januari, beliau memberitahu kami tentang keadaan kewangannya yang sempit dan bertanya kedudukan permohonan beliau mendapatkan bantuan Dana Amanah Pendidikan (ETF) kendalian Mendaki.

Hijrah Kindergarten sanggup menyemak permohonannya, namun janjinya untuk menjelaskan pembayaran itu pada 12 Januari tidak ditunaikan beliau. Tuntutan kami tidak mendapat respons.

Anak-anak Hijrah Kindergarten kini sudah sesuaikan diri dan gembira mengikuti program bermutu kami termasuk anak Cik Nazliah yang belajar di tadika kami. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Hijrah Kindergarten sentiasa berusaha mempertingkat mutu khidmatnya. Talian hotline kami juga beroperasi sehingga 10 malam setiap hari bagi setiap cawangan.

Maka tidak benar kami tidak memberi respons kepada sebarang tuntutan atau pertanyaan seperti yang didakwa. Jika jawapan yang diharapkan terlewat, ia tidak disengajakan.

Hijrah Kindergarten mengalu-alukan teguran membina. Namun, ia harus dilandaskan pada fakta dan adab. Jika didapati ada usaha untuk mencemarkan nama baik kami, kami tidak ragu-ragu akan mengambil tindakan.

A Bakar Mohd,
Pengasas,
Hijrah Kindergarten.

mungkin yg tak kenal si bakar ni akan percaya apa yg di tulis nya.. tapi yg dah kena mesti gelak sakan.. macam lah tak kenal si bakar ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062218 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list